The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AQILAH AUNI BINTI RAMLI IPG-Pelajar, 2024-03-22 11:56:43

T2S2.06-NUR AQILAH AUNI BINTI RAMLI

Pentaksiran Dalam Pendidikan

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSANEDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKANNama : NUR AQILAH AUNI BINTI RAMLI No. K/P : 020625-07-0040 Angka Giliran : 2021202340434 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.06 Nama Pensyarah : PUAN HALIZA BINTI HUSSEINTarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja sayasendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Aqilah Tarikh : 19 Mac 2024PEMERIKSA MODERATORMarkah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah sayarujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Aqilah Tarikh : 19 Mac 2024


Nama Pensyarah: Nama Guru Pelatih : Angka Giliran : Subjek : Kod Subjek : IPGM: Nama Pensyarah: Nama Guru Pelatih : Angka Giliran : Subjek : Kod Subjek : IPGM: Nur Aqilah Auni Binti Ramli Puan Haliza binti Hussein Pentaksiran Dalam Pendidikan EDUP3153 Kampus Pendidikan Islam 2021202340434


Penghargaan Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberikan ruang dan peluang kepada penulis untuk menyiapkan tugasan penulisan Pentaksiran Dalam Pendidikan (EDUP3153) pada masa yang ditetapkan. Semua ini bukanlah atas faktor usaha penulis sematamata, akan tetapi disebabkan oleh dorongan yang diberikan oleh ibu bapa penulis sepanjang melaksanakan tugas ini. Selain itu, penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang tidak lokek ilmu, Puan Haliza binti Hussein yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, penerangan yang berkualiti serta semangat spiritual sepanjang penulis dan rakan-rakan melaksanakan tugasan penulisan ini daripada awal tarikh penerimaan sehinggalah pada hari penghantaran tugasan ini. Akhir sekali, penulis juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan jalan penyelesaian semasa penulis berada dalam fasa menyiapkan tugasan ini.


1.0 Pengenalan Istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Adimin, 2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Menurut Kementerian Pendidikan (2017) pula, Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Selain itu, pentaksiran juga ditakrifkan sebagai satu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dilaksanakan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar secara berterusan.


2.0 Penilaian Instrumen (Bertulis) Tahun : 4 Bidang : Jawi 1. Carta Ganjaran (Markah) 2. Guru memberi penerangan kepada murid. 3. Rumah Jawi


2.1 Langkah Pelaksanaan Dalam aktiviti ini, murid akan mempelajari tentang kata pinjaman Bahasa Inggeris dalam penulisan jawi dan ia dilaksanakan secara berkumpulan (pembelajaran koperatif). Wakil kumpulan akan memutar roda yang terdapat di Rumah Jawi dan mengambil sampul yang berisi satu perkataan pinjaman dari Bahasa Inggeris contohnya Lasagna dan Spaghetti. Wakil akan membina ayat ringkas mengandungi perkataan yang diperoleh sebentar tadi. Kemudian, murid tersebut akan menulis di papan putih lalu menyebutnya semula di hadapan kelas. Kumpulan yang mengeja dengan betul akan mendapat markah tambahan pada carta ganjaran. 2.2 Analisis Instrumen Aktiviti ini memfokuskan kepada pentaksiran bertulis. Pada pandangan penulis, Aktiviti ini tidak dapat menaksir penulisan keseluruhan murid didalam kelas. Hal ini kerana hanya beberapa murid sahaja yang berpeluang untuk membina ayat dan menulisnya semula di papan putih. Kebiasaannya murid yang cemerlang dan aktif sahaja akan berlumba-lumba ke hadapan kelas memberikan jawapan. Manakala murid yang pasif akan memilih untuk berdiam diri dan hanya menonton ahli kumpulan lain bergiat aktif. Oleh itu, guru tidak dapat melaksanakan proses pentaksiran terhadap keseluruhan murid. Hal ini juga termasuklah kekangan waktu yang telah ditetapkan dengan bilangan murid yang ramai. Bagi memastikan setiap murid tampil ke hadapan kelas sudah semestinya akan mengambil tempoh yang lama untuk selesai. 2.3 Cadangan Penambahbaikan Menurut penulis, kaedah untuk menambah baik aktiviti ini adalah dengan menukar cara pelaksanaan aktiviti ini. Pada asalnya, guru tersebut hanya meminta seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk menulis jawapan pada papan putih, namun cadangan penulis adalah supaya setiap ahli kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas A4 atau hanya menggunakan buku latihan masing-masing untuk membina ayat. Sebagai contoh, wakil kumpulan 1 telah memutar roda yang terdapat pada Rumah Jawi, kemudian mereka memperoleh sampul yang berisi perkataan makaroni, maka setiap ahli kumpulannya perlu membina ayat yang berlainan sesama sendiri berpandukan kata kunci utama makaroni didalam buku latihan masing-masing. Maka secara tidak langsung setiap murid akan terlibat dalam aktiviti ini. Dalam masa yang sama, guru juga boleh melaksanakan pentaksiran rakan sebaya di mana ahli kumpulan akan bertukar buku sesama sendiri kemudian mereka menyemak penulisan rakan-rakan dan menegur jika terdapat kesalahan dalam ejaan jawi. Pentaksiran rakan sebaya sememangnya memudahkan tugas guru untuk menilai tahap penguasaan murid kerana bantuan murid-murid


yang mentaksir rakan-rakan. 3.0 Penilaian Instrumen (Bertulis) Tahun : 2 Bidang : Sirah Rasulullah


3.1 Langkah Pelaksanaan Aktiviti ini dimulakan dengan guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk peta i-Think. Kemudian, murid-murid perlu menjawab soalan secara berkumpulan. Setelah selesai menjawab soalan, mereka perlu menerangkan contoh-contoh sahabat Rasulullah SAW dari kalangan kanak-kanak, lelaki dan juga wanita. 3.2 Analisis Instrumen Sekiranya dilihat pada OP3 (Objektif Pembelajaran ke-3), pada akhir pembelajaran murid akan dapat menerangkan contoh-contoh sahabat dalam kalangan lelaki, perempuan, kanak-kanak dan hamba dengan jelas selepas melaksanakan aktiviti peta i-Think. Guru telah menetapkan untuk menjalankan pentaksiran bertulis. Namun jika dirujuk semula kepada OP3, ia menyatakan bahawa murid boleh menerangkan contoh-contoh sahabat Rasulullah. Maka bagi penulis kata kunci ‘menerangkan’ dan peta i-Think mempunyai jurang yang besar. Hal ini kerana penerangan memerlukan ulasan yang panjang dan padat manakala peta i-Think adalah suatu nota ringkas yang hanya memasukkan kata kunci supaya menjadi kerangka kasar dalam memudahkan kefahaman individu terhadap sesuatu perkara. Maka dengan ini penulis berpendapat bahawa aktiviti peta i-Think tidak sesuai untuk digunakan bagi OP yang ingin menguji tahap kemampuan murid untuk menerangkan sesuatu. Selain itu, aktiviti peta i-Think ini tidak dapat menjayakan pentaksiran bertulis yang ingin dilaksanakan oleh guru. Hal ini kerana jawapan-jawapan telah disediakan didalam peta tersebut dan murid hanya perlu menentukan serta mewarnakan jawapan yang betul. Dalam masa yang sama, penulis berpendapat bahawa aktiviti ini lebih sesuai dilaksanakan untuk mentaksir murid secara lisan. Hal ini kerana pada objektif pembelajaran yang ke-3, murid sepatutnya menerangkan contoh-contoh sahabat Rasulullah SAW dari kalangan kanak-kanak, lelaki dan juga wanita. Aktiviti penerangan seperti ini sudah tentu memerlukan murid untuk berkomunikasi dan bercakap didalam kelas. 3.3 Cadangan Penambahbaikan Bagi pengujian tahap kemampuan murid untuk menerangkan semula tentang topik yang dipelajari, penulis mencadangkan agar guru melaksanakan aktiviti yang berasaskan pentaksiran lisan dan bukannya bertulis khususnya penghasilan peta i-Think. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan sesi soal jawab. Setiap soalan ditujukan kepada kumpulan adalah berbeza. Hal ini dilaksanakan agar ahli kumpulan dapat berbincang bersama-sama untuk menjawab setiap


persoalan berkaitan dengan sahabat Rasulullah. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesama rakan sebaya. Turut diusulkan agar guru menyediakan senarai semak supaya dapat memudahkan guru menilai TP (Tahap Penguasaan) murid terhadap topik yang diulaskan. Senarai semak ini juga membantu guru untuk membuat refleksi kendiri dalam menilai tahap kefahaman murid. Sekiranya guru mendapati sebahagian besar murid memperoleh TP rendah pada mana-mana bahagian, maka guru perlu membuat perubahan atau penambahbaikan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berikutnya. Rajah 1 Rajah 2


Rajah 1 dan 2 di atas menunjukkan contoh senarai semak untuk pentaksiran murid. Bagi masalah Peta i-Think, penulis mencadangkan kepada guru agar tidak menyediakan pilihan jawapan kepada murid. Hal ini perlu dilakukan untuk memberikan ruang kepada murid menulis jawapan yang mereka tahu supaya proses pentaksiran bertulis terlaksana dengan cara yang tepat. Dari segi pentaksiran pula, penulis mencadangkan agar aktiviti ini ditaksir melalui dua kaedah, iaitu pentaksiran melalui pemerhatian dan pentaksiran melalui lisan.


4.0 Penilaian Instrumen (Bertulis) Tahun : 2 Bidang : Tajwid Rajah 1 (cadangan aktiviti, langkah 3)


4.1 Langkah Pelaksanaan Dalam aktiviti ini, setiap murid akan diberikan lembaran kerja berbentuk bingo. Dalam bingo ini, terdapat perkataan yang mengandungi nun berbaris syaddah dan mim berbaris syaddah. Murid perlu menganalisis dan mengklasifikasi setiap perkataan kepada kumpulan masing masing. Sebagai contoh yang dapat dilihat diatas, perkataan َّعم َdiwarnakan dengan warna biru kerana ia tergolong dalam golongan mim syaddah. Manakala نَّ إ ِdiwarnakan dengan warna kuning kerana ia berada didalam golongan nun syaddah. 4.2 Analisis Instrumen Pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru tidak memasukkan kriteria kejayaan. Oleh itu, penulis hanya dapat menampilkan objektif pembelajaran. Dalam objektif tersebut, guru menyatakan bahawa pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat mengaplikasi bacaan nun syaddah dan mim syaddah dengan betul dan bertajwid selepas melaksanakan aktiviti Bingo. Namun, apa yang penulis dapati adalah aktiviti Bingo ini tidak mencapai tahap yang sepatutnya iaitu mengaplikasi.Dalam peringkat Taksonomi Bloom, perkataan mengaplikasi merujuk kepada proses murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk diaplikasikan dalam situasi baru bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Jika dirujuk Bingo semula, kita dapat menafsir bahawa aktiviti tersebut hanya menguji murid untuk mengetahui perbezaan antara nun syaddah dan mim syaddah. Aktiviti ini lebih terarah kepada aras memahami. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir dalam buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, pengetahuan bermaksud mengingat kembali perkara-perkara khusus universal proses dan juga struktur pada pembelajaran yang lepas. Pada peringkat ini, murid-murid sepatutnya mampu untuk memahami peristiwa, mengklasifikasikan,menyusun kriteria dan mempunyai pengetahuan dalam kaedah serta metodologi. Hal ini bermakna, mengklasifikasi kalimah nun syaddah dan mim syaddah tergolong dalam aras memahami. Tuntasnya, murid tidak mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut kerana ia tidak dapat melaksanakan aktiviti pada tahap mengaplikasi. 4.3 Cadangan Penambahbaikan Dalam usaha melaksanakan aktiviti berteraskan aras mengaplikasi, penulis mencadangkan agar guru melaksanakan aktiviti selain bingo. Contohnya melaksanakan aktiviti “Cari Saya” di mana setiap murid dibekalkan dengan beberapa potongan ayat al-Quran yang berlainan. Tugas mereka adalah perlu mencari kesemua nun syaddah dan mim syaddah yang terdapat dalam potongan ayat tersebut kemudian dikeluarkan dan ditulis dalam peta minda yang disediakan


oleh guru. Dengan adanya aktiviti seperti ini, murid dapat mengaplikasi pengetahuan sedia ada mereka tentang nun syaddah dan mim syaddah kemudian ia digunakan untuk mencarinya didalam potongan ayat yang dibekalkan oleh guru. Selain daripada mencapai objektif, ia juga dapat mengelakkan murid daripada meniru jawapan murid lain dan memastikan tahap penguasaan mereka terhadap ilmu yang disampaikan. Pada akhirnya, guru dapat melaksanakan pentaksiran bertulis dengan baik selaras dengan kehendak objektif yang ingin dicapai pada hari tersebut. Penulis juga mencadangkan agar guru menulis kriteria kejayaan didalam RPH agar mudah untuk dirujuk oleh guru-guru lain.


5.0 Rangkuman Kesimpulannya, tugas seorang guru bukan sekadar mengajar didalam kelas dan menanda kerta peperiksan semata-mata, akan tetapi guru juga perlu menyediakan RPH yang lengkap dan sarat dengan rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan didalam kelas. Ini termasuklah dengan penyediaan bahan bantu mengajar dan pentaksiran yang bersesuaian serta tepat untuk menilai tahap kefahaman murid sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Tanpa pentaksiran, guru sukar mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap objektif pembelajaran. Oleh sebab itulah perlunya setiap guru untuk merancang dengan PdP dengan baik sebelum memasuki kelas. Berdasarkan beberapa RPH yang telah penulis kaji, amat benarlah bahawa guru perlu menguasai aktiviti sebelum dilaksanakan didalam kelas. Segala analisis yang dibincangkan menjadi satu pengalaman buat saya agar lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.


Lampiran 7.0


Click to View FlipBook Version