The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema bulan Jun anjuran Kelab Alam Sekitar dan PSS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by happyoto, 2021-06-06 04:31:51

Pameran Bertema Hari Alam Sekitar Sedunia 2021

Pameran Bertema bulan Jun anjuran Kelab Alam Sekitar dan PSS

JUNE 5TH 2021

Disediakan oleh Kelab Pencinta Alam dan PSS Putra

RINGKASAN MENGENAI HARI ALAM SEKITAR

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun bermula tahun 1972
pada setiap tahun. Malah pada setiap tahun juga akan ada sebuah negara yang
akan dilantik menjadi tuan rumah bagi sambutan ini.

Hari Alam Sekitar juga menjadi sebuah sambutan yang utama bagi
seluruh dunia dengan adanya pembabitan Pertubuhan Bangsa – Bangsa
Bersatu (PBB) . Hal ini kerana bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat
serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam
sekitar.

Selain itu, sambutan ini mempunyai tema yang tersendiri dimana ia sudah
pun ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP) . Hari Alam
Sekitar merupakan hari untuk memberikan peluang terhadap umat manusia
untuk mengambil bahagian bagi mengalakkan perlindungan terhadap iklim,
serta menggunakan sumber lestari dan mengamalkan gaya hidup yang mesra
alam.

DEFINISI ALAM SEKITAR

■ “Alam” dimaksudkan dengan dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di
bumi manakala “Sekitar” bermaksud di tempat atau disekelilingnya.

■ Dengan kata lain alam sekitar atau Bahasa Inggerisnya adalah “environment”
membawa maksud kepada keadaan sekeliling atau lingkungan.
Walaubagaimanapun, secara khususnya, perkataan ini merujuk kepada fenomena
fizikal yang berkait dengan iklim dan cuaca.

■ Terdapat juga definisi lain bagi alam sekitar tetapi ia lebih kepada kefahaman
environmentalisme. Ia merupakan istilah geografi dimana ia memberikan penekanan
terhadap aspek fizikal alam sekitar. Contohnya seperti keadaan iklim yang berkait
dengan aktiviti manusia.

■ Kesemua definisi yang dikemukan secara umumnya menjelaskan bahawa alam
sekitar merupakan fenomena sekeliling yang mampu mempengaruhi kehidupan
organisma. Definisi ini juga diterima oleh Pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya
terbatas kepada fenomena fizikal bersesuaian dengan pandangan semesta moden.

KEBAIKAN MENJAGA ALAM SEKITAR

Terdapat pelbagai kebaikan bagi menjaga alam sekitar agar ianya kekal dalam keadaan
yang baik. Antara kebaikan yang boleh kita perolehi ialah ;
■ Mengekalkan kebersihan dan keaslian alam sekitar
■ Dapat menikmati keindahan alam sekitar
■ Menambahkan keimanan dan ketakwaan
kepada Allah SWT.
■ Dapat menghirup udara yang bersih dan
nyaman.
■ Dapat mengelakkan daripada berlakunya
pencemaran.
■ Dapat memajukan sektor pelancongan
■ Dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan
dalam membersihkan alam sekitar yang kotor

Tetapi sebaliknya berlaku jika kita tidak menjaga alam sekitar dengan
baik. Antara kesan negatif yang akan berlaku ialah seperti pencemaran
alam yang berpunca dari kelalaian seorang manusia. Pencemaran
merupakan bahan tercemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya
dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan
alam sekitar sehingga mendatangkan penyakit yang berbahaya.

Antara pencemaran yang boleh kita lihat adalah ;

■ Pencemaran udara

■ Pencemaran air

■ Pencemaran tanah

Pencemaran Pencemaran
udara air
-asap kilang -sisa toksik
-asap -tangki minyak
kenderaan yang tertumpah

Pencemaran
tanah
-bahan kimia
-baja tiruan

Contoh gambar rajah pencemaran dan bencana alam ;

Walaubagaimanapun, setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian.
Jadi, terdapat beberapa langkah untuk kita ikuti agar dapat menangani
masalah pencemaran ini. Antaranya ialah:

Sebagai rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar, kita haruslah
mengetahui kepentingan memelihara alam sekitar dengan baik. Antara
kepentingannya adalah :

Tanam mari si pokok lada
Pohon kelapa juga di tegar
Kesedaran diri jika didada
Kekal terpelihara alam

Bunga selasih di petik nyonya
Lalu di ikat di dalam perahu
Persekitaran bersih banyak faedahnya
Badan sihat ceria selalu

Daun selasih di tepi sumur
Di petik sudah si anak pertapa
Negara bersih rakyatnya makmur
Persekitaran indah tanggungjawab siapa

PENGHARGAAN

Setinggi – tinggi penghargaan kepada Allah SWT kerana mengurniakan nikmat
yang tidak terhingga kepada kami untuk melaksanakan sambutan Hari Alam Sekitar
Sedunia pada 5 Jun 2021 pada tahun ini. Hal ini juga membuka mata dan minda kami
untuk lebih menyayangi alam sekitar dan menghargai sumber alam yang telah
dikurniakan oleh Dia Yang Maha Esa.

Malah titipan penghargaan buat pihak yang terlibat dalam melaksanakan
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia walaupun secara maya. Saya juga mendoakan
agar rakyat dan juga negara sentiasa selamat dan sentiasa dilindungi dari jangkitan
virus Covid – 19.

Sebelum saya menutup bicara, saya berharap agar kita sentiasa mematuhi Garis
Panduan & Operasi Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) bagi
mengelakkan jangkitan virus Covid – 19 serta mengamalkan norma baharu dalam
kehidupan seharian. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Alam Sekitar
Sedunia pada semua pihak. Stay safe and always stay at home. Sekian terima kasih.

Pameran bertema bulan Jun

Tema : Isu Alam Sekitar
Anjuran : Kelab Pencinta Alam dan PSS

SEKIAN TERIMA KASIH
SELAMAT MEMBACA DAN MENJAWAB KUIZ!
Link: https://wordwall.net/play/17354/474/266


Click to View FlipBook Version