CIKGU ROSLEE CIKGU NAIM
CIKGU MAHANI CIKGU HAFIFAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SOEHARTO
KAJIAN TINDAKAN
PROPOSAL 2021
NAMA PENYELIDIK :
ROSLEE BIN ABDUL @ MOHD
TAJUK KAJIAN :
MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN
PERKATAAN kvkv MELALUI PENGAPLIKASIAN KAEDAH
SMART PETAI21 (KAEDAH LAWAN JAM) DALAM KALANGAN
LIMA MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 2 SK KG. SOEHARTO
2
1. TAJUK KAJIAN
MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PERKATAAN
kvkv MELALUI PENGAPLIKASIAN KAEDAH SMART PETAI21
(KAEDAH LAWAN JAM) DALAM KALANGAN LIMA MURID
PEMULIHAN KHAS TAHUN 2 SK KG. SOEHARTO
2. NAMA PENYELIDIK
ROSLEE BIN ABDUL @ MOHD
3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
SK KAMPUNG SOEHARTO
FELDA KAMPUNG SOEHARTO
44020 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
4. REFLEKSI SITUASI / PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Tahukah anda, menurut pakar metafizik, pergerakan yang berlawanan dengan arah jam
akan menghasilkan TENAGA POSITIF, dan begitulah sebaliknya. Jika kita perhatikan
setiap kejadian Allah S.W.T, semuanya bergerak berlawanan arah jam.
Pengalaman saya sebagai guru Pemulihan Khas selama enam belas tahun memberikan saya
ruang untuk mengkaji dan terus mengkaji permasalahan murid Pemulihan Khas ini.
Sebelum ini saya dapat mengkaji masalah murid yang lambat mengenal huruf melalui
kaedah SMART PETAI iaitu satu kaedah lawan jam yang dalam masa seminggu murid
pemulihan khas saya dapat mengenal 26 huruf. Melalui kajian itu momentum tenaga positif
telah membantu melonjakkan daya minda murid pemulihan khas saya secara positif. Ketika
berpindah ke SK Kg. Soeharto ini pada 1 Januari 2020, saya mengajar dua belas orang
murid pemulihan khas Tahun 2 yang ketika itu lapan orang tidak mengenal semua 26 huruf.
3
Saya aplikasikan kajian saya di sekolah lama ke sekolah baharu ini. Impaknya cukup
positif. Mereka lancar mengenal huruf dengan kaedah lawan jam yang telah dilaksanakan.
Kaedah lawan jam untuk huruf ini saya aplikasikan kepada 10 murid pemulihan khas
Tahun 2 pada PdPR tahun 2021. Dalam masa dua minggu mereka berjaya mengenal semua
26 huruf besar dan huruf kecil. Ketika itu saya menghadapi masalah untuk mengajar ejaan
perkataan kvkv seperti batu, hari, bapa, baju dan lain-lain kepada lima orang murid
pemulihan khas Tahun 2 ini. Mereka menghadapi masalah membatangkan suku kata. Kalau
eja batu mereka akan sebut hantu. Mereka gagal mengingat suku kata pertama dalam
memori mereka.
Melalui sesi PdPR pastinya sukar untuk diajar kaedah lawan jam bagi perkataan kvkv. Oleh
itu saya ambil langkah mengadakan bimbingan kepada ibu bapa murid pemulihan ini cara
mengajar menggunakan kaedah lawan jam SMART PETAI21 ini. Melalui empat sesi
google meet dengan ibu bapa, jalan penyelesaian telah Nampak di hadapan. Ibu bapa
memainkan peranan melaksanakan ujian pra dan ujian pasca. Saya sebagai pembimbing
kepada ibu bapa perlu menyediakan pelbagai bahan sokongan yang menarik dana mat
membantu ibu bapa melalui modul SMART PETAI21 berdasarkan pemerhatian awal
kajian, ujian pra dan ujian pasca.
5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian awal kepada masalah lima orang murid saya ini semasa sesi
PdPR bagi kemahiran perkataan kvkv ini, saya dapati mereka boleh dan kenal huruf semasa
mereka mengeja. Malah mereka boleh menyebut suku kata dengan betul tetapi apabila
menyebut perkataan, mereka tidak dapat menyebut dengan betul seperti mana mereka eja
dan sebut suku kata. Contohnya apabila mereka eja dan sebut suku kata b..a.. = ba, t..u.. =
tu. Apabila disebut perkataan jadi hantu. Sepatutnya disebut batu. Saya dapat
mengenalpasti beberapa isu yang perlu diberikan penekanan yang berfokus. Antara isunya
ialah:
4
1) Murid tidak dapat mengingat suku kata pertama pada setiap perkataan kvkv. Walaupun
diminta eja, sebut suku kata berulang kali secara lisan, mereka masih juga mengulangi
kesilapan yang sama. Dilaksanakan juga secara bertulis biasa namun mereka masih
juga melakukan kesilapan berulang tersebut.
2) Fokus murid kepada apa yang sedang dipelajari mudah hilang apabila mereka sedar
mereka telah melakukan kesilapan berulang. Keyakinan diri mereka mula longgar dan
akhirnya mereka mula sukar untuk terus mengeja dan menyebut perkataan.
3) Tidak berani mencuba untuk mengeja dan mula bersikap pasif. Mereka juga tidak yakin
untuk melontarkan suara yang jelas ketika diminta mengeja dan menyebut perkataan
kvkv yang diberikan.
4) Hanya bergantung kepada gambar yang diberikan guru. Mereka dapat menyebut
perkataan kvkv dengan tepat selepas dieja secara suku kata apabila ada bantuan
gambar. Contohnya perkataan kayu dapat disebut dengan tepat apabila disebelah
perkataan yang dieja disertakan gambar.
5) Murid sukar belajar secara dalam talian atau secara luar talian kerana daya tumpuan
mereka mudah hilang.
Berdasarkan isu di atas, saya nampak jelas fokus kajian saya ini terarah kepada kaedah
lawan jam. Kaedah ini perlu saya ubahsuai daripada kaedah mengajar huruf bagi
menghasilkan impak yang positif. Melalui kaedah lawan jam ini saya perlu sediakan satu
modul SMART PETAI21 kemahiran kvkv. Kaedah yang menghasilkan tenaga positif
kepada minda lima orang murid pemulihan khas saya ini.
Saya perlu fokus kepada cara mengajar yang tepat dan berkesan di mana murid ini
memerlukan sesi pembelajaran secara bersemuka. Saya Nampak di sini hanya ibu bapa dan
ahli keluarga murid ini sahaja yang boleh bersemuka dengan mereka dalam situasi PdPR
ini.
5
6. OBJEKTIF KAJIAN
Apabila kajian ini selesai dijalankan dan pelaksanannya dapat dilaksanakan, diharap lima
murid pemulihan khas ini akan dapat:
6.1 Objektif Umum
Mempertingkatkan penguasaan bacaan bagi perkataan kvkv dengan tepat.
6.2 Objektif Khusus
Lima murid Pemulihan Khas Tahun 2 dapat menyebut perkataan kvkv dengan
tepat.
Meningkatkan kemahiran mengajar ibu bapa sebagai guru rumah.
Keberkesanan kaedah SMART PETAI21 dapat memastikan lima murid Pemulihan
Khas Tahun 2 menguasai kemahiran membaca perkataan kvkv.
7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan kepada lima orang murid Pemulihan Khas (responden) Tahun 2
Asoka di Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto yang masih belum dapat menyebut
perkataan kvkv dengan betul terutamanya pada suku kata pertama walaupun semasa
mengeja, sebutan suku kata dapat disebut dengan betul.
8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Tinjauan dilakukan untuk mengutip data seperti berikut:
(i) Tinjauan Masalah
Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang telah dibuat melalui sesi PdPR secara dalam talian didapati
lima orang murid pemulihan khas ini tidak dapat menyebut perkataan kvkv dengan
betul walaupun mereka dapat eja dengan sebutan suku kata yang betul. Namun
apabila menyebut perkataan, mereka tidak dapat sebut suku kata pertama dengan
betul.
6
Temu bual
Semasa sesi temubual secara dalam talian, murid mengakui bahawa mereka tidak
dapat menyebut perkataan dengan betul pada suku kata pertama kerana mereka
tidak ingat sebutan yang telah mereka eja semasa mengeja suku kata pertama.
(ii) Ujian Pra
Lima murid ini diberikan lima perkataan kvkv dan diminta mengeja sambil
menyebut suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Ujian Pra ini dilaksanakan
pada 5 Februari 2021. Berikut ialah hasil Ujian Pra ini:
RESPONDEN batu topi kuku jari pipi
1 hantu api kuku pari pipi
2 satu sapi kuku hari pipi
3 satu api kuku almari api
4 bantu api kuku pari pipi
5 satu kopi kuku lari pipi
(iii) Ujian Pasca
Selepas Ujian Pra, saya mengambil masa selama tiga minggu iaitu mulai 8 Februari
2021 hingga 26 Februari 2021 membuat kajian dan melaksanakan kajian ke atas
lima responden ini menggunakan kaedah SMART PETAI21 melalui bimbingan ibu
bapa sebagai guru rumah. Saya bertindak memberikan kaedah belajar SMART
PETAI21 ini melalui Google Meet selama 15 minit setiap hari. Selepas waktu itu
pelaksanaannya dilaksanakan oleh ibu bapa murid.
Pada 1 Mac 2021 hari pertama sesi persekolahan, saya melaksanakan Ujian Pasca.
Hasilnya seperti berikut:
7
RESPONDEN batu topi kuku jari pipi
1 batu topi kuku jari pipi
2 batu topi kuku jari pipi
3 batu topi kuku jari pipi
4 batu topi kuku jari pipi
5 batu topi kuku jari pipi
9. JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TARIKH PELAKSANAAN
Januari 2021
BIL AKTIVITI Januari 2021
1 Pemerhatian Januari 2021
2 Mengenalpasti Masalah Februari 2021
3 Pengumpulan Data Awal Februari 2021
4 Ujian Pra Februari 2021
5 Taklimat kepada ibu bapa Februari 2021
6 Merancang Kajian Tindakan Mac 2021
7 Melaksanakan Kajian Tindakan April 2021
8 Ujian Pasca
9 Refleksi Kajian Julai – Ogos 2021
10 Menulis Proposal Ogos – Oktober 2021
11 Menulis Laporan Lengkap Kajian Tindakan
10. KOS KAJIAN
BIL BAHAN PERINCIAN JUMLAH
1 MODUL SMART PETAI21 RM 5 X 5 SET RM 25.00
2 HADIAH MOTIVASI RM 10 X 5 SET RM 50.00
JUMLAH RM 75.00
8
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SOEHARTO
KAJIAN TINDAKAN
PROPOSAL 2021
NAMA PENYELIDIK:
MUHAMMAD KHAIRUL NAIM BIN AZENAN
TAJUK KAJIAN:
Meningkatkan Kemahiran Menulis Khat Nasakh Dan Riqah
Dengan Menggunakan Teknik Menekap Dalam Kalangan Murid Yang
Berpotensi Di Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto.
9
1. TAJUK KAJIAN:
Meningkatkan Kemahiran Menulis Khat Nasakh Dan Riqah Dengan Menggunakan Teknik
Menekap Dalam Kalangan Murid Yang Berpotensi Di Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto.
2. Nama Pengkaji:
Muhammad Khairul Naim Bin Azenan
960407-08-5957
011-24188828
3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:
Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto, Felda Soeharto, 44010, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Darul Ehsan.
4. REFLEKSI SITUASI
Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto sejak 4 November 2019. Saya telah
ditugaskan melatih murid di sekolah saya menulis khat sebagai persediaan ke pertandingan khat
peringkat daerah. Kebiasaan murid yang terpilih adalah dalam lingkungan umur 10 tahun hingga
12 tahun. Saya telah memberikan tugasan kepada mereka iaitu menulis ayat Basmallah dalam
tulisan Khat Nasakh dan Khat Riqah untuk dinilai dan membuat pemilihan wakil sekolah ke
pertandingan tersebut.
Pada 17 April yang lalu, saya telah menyemak beberapa hasil karya penulisan khat oleh
murid-murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah. Walaubagaimanapun, saya mendapati
hasil karya khat mereka tidak melepasi tahap yang saya jangkakan. Bagi saya, mereka masih
berada di tahap sederhana dan ini agak membimbangkan kerana masih banyak perkara yang
perlu diperbaiki. Mereka masih tidak dapat menulis mengikut kaedah yang betul kerana hasil
tulisan tidak mengikut bentuk huruf yang tepat.
10
Kegagalan mereka dalam menguasi teknik penulisan khat yang betul berpunca daripada
bimbingan yang kurang semasa sesi pembelajaran. Akibat dari jumlah murid yang ramai dalam
sesebuah kelas, guru tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap murid
semasa sesi penulisan khat. Tambahan pula, guru perlu mengejar masa untuk memberi
penerangan, menunjukkan cara menulis khat, memberikan latihan dan menyemak hasil kerja
murid dalam masa yang diperuntukkan. Selain itu, faktor kurang kemahiran oleh guru itu sendiri
memberikan impak kepada penguasaan murid dalam seni khat ini.
Berdasarkan dari masalah itu, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid tersebut perlu menguasai teknik penulisan khat yang
betul dalam masa yang singkat sebelum pertandingan khat berlangsung. Saya telah cuba
membantu murid-murid yang terpilih untuk mewakili sekolah dengan beberapa kali latihan
intensif. Saya memberikan penerangan yang lebih jelas untuk menulis setiap perkataan dengan
betul, sambil menunjukkan demonstrasi kepada mereka. Namun mereka masih membuat
kesalahan yang sama semasa menulis. Saya mendapati mereka sukar untuk menterjemahkan
apa yang mereka pelajari semasa menulis.
Pada waktu itu, saya berfikir sendiri untuk mengenal pasti kesilapan dan kekurangan yang
saya lakukan semasa melatih murid-murid tersebut. Saya bimbang sekiranya saya tidak mencari
kaedah yang terbaik untuk melatih murid-murid ini menulis khat, pasti masalah ini akan
berlanjutan dan mereka tidak dapat mengembangkan potensi masing-masing ke tahap yang
maksima. Emosi mereka juga mungkin akan terganggu kerana tidak Berjaya menghasilkan
tulisan khat yang baik seperti contoh yang ditunjukkan, seterusnya menghilangkan semangat
mereka untuk meneruskan latihan khat ini.
5. ISU KEPRIHATINAN DAN FOKUS KAJIAN
Setelah menilai pelbagai punca dan masalah yang terjadi semasa menjalankan latihan
khat, saya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah menulis khat mengikut ukuran yang
betul. Melalui pemerhatian saya terhadap cara penulisan murid-murid dan penilaian pada hasil
kerja mereka, saya telah mengenal pasti beberapa isu yang menyumbang kepada permasalahan
ini. Antara isu-isu tersebut adalah:
11
a) Murid tidak mahir menggerakkan mata pen khat untuk menghasilkan bentuk huruf-huruf
tertentu. Sebagai contoh, dalam Khat Nasakh, ekor huruf ‘waw’ yang ditulis oleh mereka tidak
tajam. Begitu juga dengan huruf ‘alif’, yang mana hasilnya terlalu senget dan nampak keras.
b) Murid memegang batang pen khat terlalu dekat dengan hujung pen. Ini mengganggu murid
untuk menggerakkan mata pen semasa menulis khat. Tangan mereka seperti terhad untuk
menulis huruf-huruf yang panjang. Malah, mereka sukar untuk menulis huruf alif dan lam dihujung
perkataan yang mengakibatkan huruf tersebut terlalu senget dan bergetar.
c) Kedudukan kertas yang terlalu senget semasa menulis. Kertas yang ditulis perlulah selari
dengan badan murid. Mereka sudah terbiasa dengan kedudukan kertas yang senget semasa
menulis huruf-huruf rumi kerana lebih cepat dan selesa. Akibatnya, sukar untuk murid mengenal
pasti kedudukan huruf yang ditulis dan hanya akan sedar setelah selesai menulis.
d) Murid sukar untuk memahami kaedah yang betul untuk menulis huruf dalam khat.
Kebiasaannya, mereka akan melihat contoh tulisan dan tunjuk cara daripada guru. Namun
apabila murid itu sendiri menulis, ia tidak dapat menghasilkan tulisan khat yang mempunyai
bentuk dan ukuran yang sama seperti yang ditunjukkan.
e) Perbezaan kaedah menulis pada Khat Nasakh dan Khat Riqah. Murid sudah terbiasa dengan
cara penulisan Khat Nasakh yang lembut dan melengkung, jadi sukar untuk mereka menulis Khat
Riqah yang mana lebih bersifat pendek, keras dan bersegi. Malah Khat Riqah ditulis secara
serong dan bukannya mendatar. Justeru itu, murid tidak dapat menulis mengikut kaedah yang
betul.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan memberikan kaedah yang lain iaitu
menggunakan teknik menekap. Teknik menekap akan memberikan mereka panduan yang lebih
jelas kerana mereka dapat meniru setiap huruf-huruf khat. Teknik ini juga akan membantu mereka
untuk memahami bentuk setiap huruf semasa menulis. Dengan membantu murid-murid ini
menguasai kemahiran menulis khat, saya yakin mereka akan lebih mudah memahami cara yang
betul untuk menulis setiap perkataan jawi dalam penulisan khat. Hal ini seterusnya diharapkan
akan dapat membantu mereka menyerlah dalam pertandingan yang mereka akan sertai.
Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan murid dan sekolah.
12
6. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
i. Objektif Umum
Meningkat kemahiran murid-murid dalam menulis Khat Nasakh dan Khat Riqah.
ii. Objektif Khusus
Memberikan panduan yang jelas untuk menulis khat mengikut bentuk dan ukuran yang
betul.
Meningkatkan mutu pengajaran guru melalui teknik menekap dalam sesi latihan.
Menarik minat murid untuk berlatih menulis khat menggunakan kaedah baru yang lebih
mudah.
Mengubah sikap dan persepsi murid-murid bahawa menulis khat adalah senang.
7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 4 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto yang
berpotensi untuk mewakili sekolah dalam pertandingan khat pada tahun 2022. Mereka terdiri
daripada 2 orang murid tahun 4 dan 2 orang murid tahun 5. Masing-masing terdiri daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan bagi setiap tahun.
8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
i. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
Pemerhatian semasa latihan menulis khat dijalankan
Temu bual berkaitan kaedah pengajaran khat sebelum ini
Penilaian hasil karya murid sebelum menggunakan teknik menekap
13
ii. Analisis Tinjauan Masalah
Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang dibuat semasa murid-murid menulis khat menunjukkan bahawa
mereka menghadapi masalah untuk menggerakkan mata pen khat mengikut kaedah yang
betul. Melihat kepada cara mereka menulis, saya dapati bahawa mereka masih tidak
faham untuk menulis dengan betul walaupun telah diberikan tunjuk cara dan contoh
tulisan.
Temu bual
Murid-murid memberikan respons bahawa mereka paham cara untuk menulis tetapi sukar
untuk membuatnya sendiri. Saya juga menyatakan bahawa kaedah yang diajar di sekolah
membosankan kerana guru hanya menunjukkan contoh yang terdapat pada buku teks
dan murid perlu menulis semula.
Ujian Pra - Penilaian Hasil Karya
Penilaian ini adalah langkah pertama yang digunakan untuk menganalisi hasil karya
murid-murid. Ia merupakan pra ujian kepada murid-murid sebelum diajarkan kaedah yang
baru dalam menulis khat. Hasil dapatan menunjukkan masih banyak tulisan khat yang
perlu diperbaiki bentuk hurufnya. Selain itu, mereka masih menulis tanpa mengendahkan
ukuran yang telah ditunjukkan pada setiap huruf.
iii. Tindakan yang Dicadangkan
Berdasarkan analisis dari pemerhatian, temu bual dan ujian pra, satu tindakan akan dijalankan
bagi mencari jalan menyelesaikan masalah yang dikaji. Oleh itu, tindakan dilakukan dengan
memperkenalkan teknik menekap dalam penulisan khat semasa latihan berlangsung.
Langkah pertama yang akan saya jalankan ialah memberikan mereka latihan
menggunakan kaedah tradisional iaitu secara tunjuk cara dan latih tubi. Kemudian, saya akan
memberi maklum balas akan setiap hasil kerja sebaik sahaja selesai sesi latihan. Saya akan
membetulkan mana-mana tulisan yang perlu diperbaiki. Setelah selesai penerangan, murid-murid
akan menulis semula perkataan yang diberikan. Langkah yang sama akan diulang untuk
beberapa kali sesi latihan. Sebelum meneruskan dengan keadah yang baru, saya akan bersoal
jawab dengan murid berkaitan keberkesanan kaedah latihan yang diberikan.
14
Seterusnya, saya akan memberikan peralatan yang diperlukan untuk sesi latihan khat
menggunakan teknik menekap kepada murid-murid. Saya akan memberikan penerangan
berkaitan cara-cara yang akan mereka gunakan dalam teknik menekap ini. Latih tubi akan
diberikan beberapa kali menggunakan teknik baru ini. Kemudian, saya akan menguji penulisan
mereka pada kertas kosong tanpa menekap. Saya akan menilai penulisan mereka untuk melihat
keberkesanan teknik menekap. Setiap peningkatan yang ditunjukkan oleh murid-murid akan
direkod dalam buku catatan saya.
9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Julai Ogos Sept Okt Nov
Mengenal pasti masalah dan
1
pengumpulan data awal
2 Menulis kertas cadangan kajian
3 Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan (kaedah
4
konvensional)
5 Penilaian hasil kerja (ujian pra)
6 Melaksanakan tindakan (teknik menekap)
7 Penilaian hasil kerja (ujian pos)
8 Refleksi kajian
9 Menulis laporan kajian
10 Pembentangan dapatan kajian
15
10. KOS KAJIAN
Bil Perkara Kuantiti x Harga Seunit Jumlah (RM)
RM 4.00
1 Fail Plastik 4 x RM 1.00 RM 30.00
RM 40.00
2 Pen Penanda Papan Putih 10 x RM 3.00 RM 19.00
RM 8.00
3 Pen Khat 8 x RM 5.00 RM 5.00
RM 2.00
4 Kertas Licin A3 1 x RM 19.00
RM 108.00
5 Buku Modul Penulisan Khat 4 x RM 2.00
6 Photostat bahan dan laporan kajian 50 x RM 0.10
7 Buku catatan guru 1 x RM 2.00
JUMLAH KESELURUHAN
16
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SOEHARTO
KAJIAN TINDAKAN
PROPOSAL 2021
NAMA PENYELIDIK
HAFIFAH BINTI ABDUL KHALID
920418-02-5072
TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF MENGGUNAKAN
KAEDAH IQRA ABC DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH DI
PRASEKOLAH SK KAMPUNG SOEHARTO
17
1. TAJUK KAJIAN
Meningkatkan kemahiran mengenal huruf menggunakan kaedah IQRA ABC
dalam kalangan murid prasekolah di Prasekolah SK Kampung Soeharto.
2. NAMA PENYELIDIK
Hafifah Binti Abdul Khalid
3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Nama : Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto
Alamat : Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto
Felda Soeharto, 44010 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
4. REFLEKSI SITUASI/PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Menurut Mcleen (1995) penyelidikan tentang amalan diri sendiri adalah proses
meneroka tindakan sendiri secara kritikal tentang apa yang dilakukan, mengapa
dilakukan demikian dan apakah kesan daripada perlakuan (amalan) berkenaan.
Saya mempunyai pengalaman mengajar di prasekolah SK Kampung Soeharto
selama lebih kurang 5 tahun. Murid di prasekolah terdiri daripada murid yang
berumur 5 dan 6 tahun serta mempunyai murid seramai 25 orang. Seperti yang
kita sedia maklum, pendidikan prasekolah merupakan program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ dan 5+ tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu. Jadi murid
akan belajar asas 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul sebagai
asas kepada mereka sebelum memasuki pembelajaran di peringkat sekolah
rendah.
Tahap penguasaan murid juga berbeza bagi setiap individu dan saya dapati,
saban tahun terdapat beberapa orang murid di dalam kelas saya yang belum
dapat menguasai kemahiran asas prabacaan iaitu mengenal dan mengecam
huruf. Apabila murid tidak dapat mengecam dan mengenal huruf, sekaligus murid
ini akan mengalami masalah untuk menguasai kemahiran lain yang diajar di
prasekolah seperti kemahiran mengeja, kemahiran membatangkan suku kata dan
kemahiran membaca perkataan atau ayat mudah.
18
Masalah lain yang timbul apabila murid tidak mengecam huruf adalah murid
menunjukkan sikap tidak suka ke sekolah dan mempunyai masalah rekod
kehadiran. Hal ini kerana murid tidak faham apa yang dipelajari dan menyebabkan
murid hilang minat untuk belajar. Semasa di dalam kelas, murid ini juga kelihatan
agak pasif dan kurang respon berbanding rakan yang lain. Saya juga dapati murid
ini bergantung dengan rakan mereka untuk memberikan jawapan setiap kali
diajukan soalan kepadanya. Murid ini juga akan melihat buku rakan di sebelah dan
meniru jawapan rakan jika tugasan menggunakan lembaran kerja diberikan.
Apabila murid menghantar tugasan, saya akan menyoal kembali jawapan mereka
dan murid ini tidak dapat menyebut nama huruf yang telah ditulisnya. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa murid ini mempunyai masalah belum kenal huruf.
Murid ini kebiasaanya tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang
diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat
memberi tumpuan dan minat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh
yang demikian, saya perlu melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap penguasaan
mereka. Bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid ini untuk menguasai kemahiran mengenal
huruf dan suku kata.
5. ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pada refleksi pengajaran yang lalu, saya dapati terdapat dua orang
murid prasekolah saya yang masih belum menguasai kemahiran mengenal dan
mengecam huruf. Walaupun sudah berada di prasekolah sejak dari umur 5 tahun,
namun dua orang murid ini masih belum boleh menyebut dan mengenal huruf
dengan betul. Hal ini amat menimbulkan persoalan dan membimbangkan saya.
Oleh demikian saya telah menjalankan pemerhatian dan ujian lisan untuk menguji
responden kajian. Responden kajian dapat menyanyikan lagu ABC dan menyebut
huruf secara turutan. Namun apabila saya menunjukkan kad huruf secara rawak,
responden tidak dapat menyebut nama huruf dengan betul. Ini menunjukkan
bahawa dua orang responden ini masih keliru dan belum dapat mengecam huruf
dengan betul. Saya telah menggunakan ujian pra, senarai semak dan pemerhatian
untuk membantu dalam menyelesaikan dan mendapat maklumat berdasarkan
permasalahan yang saya kaji iaitu responden belum menguasai kemahiran
mengecam dan mengenal huruf.
19
Saya perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk membantu dua orang
responden kajian supaya murid dapat menguasai kemahiran mengenal dan
mengecam huruf dengan betul. Saya telah menggunakan bahan bantu mengajar
iaitu Iqra ABC bagi membantu responden mengecam dan mengenal huruf. Cara
pelaksanaan menggunakan Iqra ABC adalah ia merupakan modul huruf. Huruf
tersebut disusun secara bertiga-tiga dan murid membaca dan mengecam huruf
tersebut secara berulang-ulang.
6. OBJEKTIF KAJIAN
6.1 Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid prasekolah
untuk mengenal dan mengecam huruf dengan betul menggunakan kaedah
Iqra ABC.
6.2 Objektif Khusus
Berikut adalah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu:
1. Memastikan murid prasekolah dapat menyebut dan mengenal 26
huruf dengan betul.
2. Melihat keberkesanan penggunaan kaedah Iqra ABC dalam
membantu meningkatkan kemahiran murid prasekolah mengenal
dan mengecam huruf.
3. Menambah baik pengajaran melalui kaedah Iqra ABC yang
mempunyai pelbagai peringkat sesuai dengan tahap perkembangan
murid.
7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas dua orang respoden murid prasekolah yang masih
belum mengenal dan mengecam huruf dengan betul.
20
8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
8.1 Tinjauan Masalah
Berdasarkan 25 orang murid di kelas prasekolah, saya dapati terdapat dua
orang murid saya yang masih belum mengenal dan mengecam huruf
dengan betul. Saya telah membuat pemerhatian ke atas hasil kerja
responden seperti lembaran kerja dan buku bacaan responden. Hasil
pemerhatian menunjukkan responden mengalami kesukaran untuk
mengecam dan mengenal huruf. Responden juga tidak dapat mengeja
perkataan kerana tidak kenal huruf. Apabila saya meminta responden
menunjukkan huruf pada carta huruf, saya menyebut huruf dan meminta
responden menunjukkan huruf yang disebut. Malangnya, responden telah
menunjukkan huruf yang salah.
8.2 Ujian Pra
Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan, saya dapati responden 1
dapat mengecam dengan betul hanya 4 huruf sahaja iaitu huruf a, c, o dan
z. Responden 1 juga sering tertukar bunyi huruf vokal mudah seperti huruf
“e” disebut sebagai huruf “i”.
Tambahan pula responden 1 juga tidak dapat menulis huruf yang disebut
guru dan tidak dapat membayangkan bentuk huruf tersebut.
Bagi responden 2 pula sudah mengecam dan mengenal 10 huruf iaitu a,c
e, f, i, o, s, t, u dan z. Responden 2 juga sering keliru dengan huruf yang
mempunyai bentuk yang hampir sama seperti huruf “ b dan d”, “m dan n”,
“g y dan j”, “p dan q”. Responden 2 boleh mengeja suku kata mudah dengan
bimbingan, namun apabila tugasan berkaitan huruf diberikan, responden
agak keliru dan tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang
diinginkan.
8.3 Ujian Pasca
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu semasa sesi
persekolahan secara bersemuka. Saya telah memperuntukkan 10 minit
setiap hari untuk menjalankan intervensi ini. Responden telah menunjukkan
peningkatan penguasaan mengecam dan mengenal huruf setelah saya
mengaplikasikan kaedah Iqra ABC. Dalam tempoh 4 minggu, responden 2
telah berjaya menghabiskan bacaan huruf dan sudah boleh mula mengenal
huruf dengan lebih baik. Responden 1 juga menunjukkan peningkatan
dalam mengecam huruf namun masih memerlukan bimbingan guru.
21
Pendedahan kepada kaedah Iqra ABC ini dilihat dapat meningkatkan
semangat belajar responden. Responden dilihat berusaha untuk
mengecam huruf supaya boleh beralih ke muka surat modul Iqra ABC yang
seterusnya. Responden yang berjaya menghabiskan bacaan modul Iqra
ABC akan mendapat hadiah. Hadiah tersebut diwujudkan sebagai motivasi
ekstrinsik bagi menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti
yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang
dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk
suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan murid
prasekolah untuk belajar.
9. JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TARIKH
PELAKSANAAN
BIL AKTIVITI
Mac
1 MENULIS PROPOSAL KAJIAN April
2 UJIAN PRA KAJIAN TINDAKAN April
3 MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN Mei
4 UJIAN POS KAJIAN TINDAKAN Julai
5 ANALISIS DATA KAJIAN/REFLEKSI KAJIAN Ogos
6 MENULIS LAPORAN KAJIAN Ogos
7 PENGHANTARAN KAJIAN TINDAKAN
10. KOS KAJIAN : PERINCIAN JUMLAH
BIL ALATAN RM 5 x 2 set RM10.00
1 Bahan Iqra ABC RM14.00 x 1 set RM14.00
2 Kad huruf RM 2.00 x 1 set RM 2.00
3 Kertas warna RM10.00
4 Hadiah RM 5 x 2 set RM 36.00
Jumlah
22
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SOEHARTO
KAJIAN TINDAKAN
PROPOSAL 2021
NAMA PENYELIDIK
HAFIFAH BINTI ABDUL KHALID
920418-02-5072
TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF MENGGUNAKAN
KAEDAH IQRA ABC DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH DI
PRASEKOLAH SK KAMPUNG SOEHARTO
23
1. TAJUK KAJIAN
Meningkatkan kemahiran mengenal huruf menggunakan kaedah IQRA ABC
dalam kalangan murid prasekolah di Prasekolah SK Kampung Soeharto.
2. NAMA PENYELIDIK
Hafifah Binti Abdul Khalid
3. NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Nama : Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto
Alamat : Sekolah Kebangsaan Kampung Soeharto
Felda Soeharto, 44010 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
4. REFLEKSI SITUASI/PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Menurut Mcleen (1995) penyelidikan tentang amalan diri sendiri adalah proses
meneroka tindakan sendiri secara kritikal tentang apa yang dilakukan, mengapa
dilakukan demikian dan apakah kesan daripada perlakuan (amalan) berkenaan.
Saya mempunyai pengalaman mengajar di prasekolah SK Kampung Soeharto
selama lebih kurang 5 tahun. Murid di prasekolah terdiri daripada murid yang
berumur 5 dan 6 tahun serta mempunyai murid seramai 25 orang. Seperti yang
kita sedia maklum, pendidikan prasekolah merupakan program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ dan 5+ tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu. Jadi murid
akan belajar asas 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul sebagai
asas kepada mereka sebelum memasuki pembelajaran di peringkat sekolah
rendah.
Tahap penguasaan murid juga berbeza bagi setiap individu dan saya dapati,
saban tahun terdapat beberapa orang murid di dalam kelas saya yang belum
dapat menguasai kemahiran asas prabacaan iaitu mengenal dan mengecam
huruf. Apabila murid tidak dapat mengecam dan mengenal huruf, sekaligus murid
ini akan mengalami masalah untuk menguasai kemahiran lain yang diajar di
prasekolah seperti kemahiran mengeja, kemahiran membatangkan suku kata dan
kemahiran membaca perkataan atau ayat mudah.
24
Masalah lain yang timbul apabila murid tidak mengecam huruf adalah murid
menunjukkan sikap tidak suka ke sekolah dan mempunyai masalah rekod
kehadiran. Hal ini kerana murid tidak faham apa yang dipelajari dan menyebabkan
murid hilang minat untuk belajar. Semasa di dalam kelas, murid ini juga kelihatan
agak pasif dan kurang respon berbanding rakan yang lain. Saya juga dapati murid
ini bergantung dengan rakan mereka untuk memberikan jawapan setiap kali
diajukan soalan kepadanya. Murid ini juga akan melihat buku rakan di sebelah dan
meniru jawapan rakan jika tugasan menggunakan lembaran kerja diberikan.
Apabila murid menghantar tugasan, saya akan menyoal kembali jawapan mereka
dan murid ini tidak dapat menyebut nama huruf yang telah ditulisnya. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa murid ini mempunyai masalah belum kenal huruf.
Murid ini kebiasaanya tidak dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang
diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat
memberi tumpuan dan minat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh
yang demikian, saya perlu melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap penguasaan
mereka. Bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid ini untuk menguasai kemahiran mengenal
huruf dan suku kata.
5. ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pada refleksi pengajaran yang lalu, saya dapati terdapat dua orang
murid prasekolah saya yang masih belum menguasai kemahiran mengenal dan
mengecam huruf. Walaupun sudah berada di prasekolah sejak dari umur 5 tahun,
namun dua orang murid ini masih belum boleh menyebut dan mengenal huruf
dengan betul. Hal ini amat menimbulkan persoalan dan membimbangkan saya.
Oleh demikian saya telah menjalankan pemerhatian dan ujian lisan untuk menguji
responden kajian. Responden kajian dapat menyanyikan lagu ABC dan menyebut
huruf secara turutan. Namun apabila saya menunjukkan kad huruf secara rawak,
responden tidak dapat menyebut nama huruf dengan betul. Ini menunjukkan
bahawa dua orang responden ini masih keliru dan belum dapat mengecam huruf
dengan betul. Saya telah menggunakan ujian pra, senarai semak dan pemerhatian
untuk membantu dalam menyelesaikan dan mendapat maklumat berdasarkan
permasalahan yang saya kaji iaitu responden belum menguasai kemahiran
mengecam dan mengenal huruf.
25
Saya perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk membantu dua orang
responden kajian supaya murid dapat menguasai kemahiran mengenal dan
mengecam huruf dengan betul. Saya telah menggunakan bahan bantu mengajar
iaitu Iqra ABC bagi membantu responden mengecam dan mengenal huruf. Cara
pelaksanaan menggunakan Iqra ABC adalah ia merupakan modul huruf. Huruf
tersebut disusun secara bertiga-tiga dan murid membaca dan mengecam huruf
tersebut secara berulang-ulang.
6. OBJEKTIF KAJIAN
a. Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid prasekolah
untuk mengenal dan mengecam huruf dengan betul menggunakan kaedah
Iqra ABC.
b. Objektif Khusus
Berikut adalah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu:
4. Memastikan murid prasekolah dapat menyebut dan mengenal 26
huruf dengan betul.
5. Melihat keberkesanan penggunaan kaedah Iqra ABC dalam
membantu meningkatkan kemahiran murid prasekolah mengenal
dan mengecam huruf.
6. Menambah baik pengajaran melalui kaedah Iqra ABC yang
mempunyai pelbagai peringkat sesuai dengan tahap perkembangan
murid.
7. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas dua orang respoden murid prasekolah yang masih
belum mengenal dan mengecam huruf dengan betul.
26
8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
a. Tinjauan Masalah
Berdasarkan 25 orang murid di kelas prasekolah, saya dapati terdapat dua
orang murid saya yang masih belum mengenal dan mengecam huruf
dengan betul. Saya telah membuat pemerhatian ke atas hasil kerja
responden seperti lembaran kerja dan buku bacaan responden. Hasil
pemerhatian menunjukkan responden mengalami kesukaran untuk
mengecam dan mengenal huruf. Responden juga tidak dapat mengeja
perkataan kerana tidak kenal huruf. Apabila saya meminta responden
menunjukkan huruf pada carta huruf, saya menyebut huruf dan meminta
responden menunjukkan huruf yang disebut. Malangnya, responden telah
menunjukkan huruf yang salah.
b. Ujian Pra
Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan, saya dapati responden 1
dapat mengecam dengan betul hanya 4 huruf sahaja iaitu huruf a, c, o dan
z. Responden 1 juga sering tertukar bunyi huruf vokal mudah seperti huruf
“e” disebut sebagai huruf “i”.
Tambahan pula responden 1 juga tidak dapat menulis huruf yang disebut
guru dan tidak dapat membayangkan bentuk huruf tersebut.
Bagi responden 2 pula sudah mengecam dan mengenal 10 huruf iaitu a,c
e, f, i, o, s, t, u dan z. Responden 2 juga sering keliru dengan huruf yang
mempunyai bentuk yang hampir sama seperti huruf “ b dan d”, “m dan n”,
“g y dan j”, “p dan q”. Responden 2 boleh mengeja suku kata mudah dengan
bimbingan, namun apabila tugasan berkaitan huruf diberikan, responden
agak keliru dan tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang
diinginkan.
c. Ujian Pasca
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu semasa sesi
persekolahan secara bersemuka. Saya telah memperuntukkan 10 minit
setiap hari untuk menjalankan intervensi ini. Responden telah menunjukkan
peningkatan penguasaan mengecam dan mengenal huruf setelah saya
mengaplikasikan kaedah Iqra ABC. Dalam tempoh 4 minggu, responden 2
telah berjaya menghabiskan bacaan huruf dan sudah boleh mula mengenal
huruf dengan lebih baik. Responden 1 juga menunjukkan peningkatan
dalam mengecam huruf namun masih memerlukan bimbingan guru.
27

28
29