The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56414972, 2021-08-31 20:59:47

Project Sains Buruj (Zariff Mikhael)

Project Sains Buruj (Zariff Mikhael)

FOLIO SAINS
PROJEK CERITA BURUJ

Oleh: Zariff Mikhael bin Muhammad Naguib
Kelas: 6 Delima

APA ITU BURUJ:

Buruj merupakan sekumpulan bintang yang membentuk sesebuah
bentuk, imej atau corak di langit Bumi. Dalam erti kata lain buruj-
buruj ini terdiri daripada beberapa buah bintang yang berdekatan
bagi menghasilkan sebuah corak yang menarik. Buruj boleh dilihat
pada waktu malam di ruang angkasa.

Namun begitu di khatulistiwa khususnya di Malaysia, terdapat
empat buruj yang paling terang di antara buruj-buruj yang lain
dan lebih mudah kelihatan pada waktu malam iaitu Buruj Pari,
Buruj Biduk, Buruj Skorpio dan juga Buruj Belantik. Kita tidak
boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama.
Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul
di ruang angkasa langit.

Tahukah anda apakah sebabnya?
Ini disebabkan kedudukan buruj tersebut di langit Malaysia yang
sentiasa berubah mengikut putaran bumi dan mengikut
peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.



KENALI BURUJ

• Terdapat beberapa Buruj di dunia iaitu : Buruj Pari, Buruj
Biduk, Buruj Skorpio dan juga Buruj Belantik.

• Keempat-empat buruj ini merupakan yang paling terang
antara burj-buruj yang lain.

• Kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang
sama atau satu malam.

• Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk
muncul di ruang angkasa langit.

BURUJ PARI

• Paling kecil dan paling mudah dikenal pasti.
• Hemisfera selatan
• Terdiri daripada gugusan 4 bintang yang tersusun

membentuk corak seperti layang-layang.
• Bintang dibahagian belakang-Selatan

BURUJ BIDUK

• Terdiri daripada gugusan 7 bintang.
• Membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan

tangkainya.
• Hemisfera utara.
• Sebagaian daripada buruj Ursa Major (beruang).
• Bintang pada bucu hujung senduk-Utara.

BURUJ SKORPIO

• Gugusan bintang membentuk corak seperti seekor kala
jengking.

• Hemisfera selatan.

• Menunjukkan masa menuai bagi petani.

BURUJ BELANTIK

• Paling memonjol pada waktu malam.
• Corak seperti seorang pemburu yang tali pingang dan

tergantung sebilah pedang.
• Hemisfera utara dan selatan.

KEGUNAAN BURUJ

• Sebagai petunjuk arah kepada pelayar,jurumudi dan
pengembara pada masa dahulu.
⇒ Arah Utara: Buruj Biduk
⇒ Arah Selatan: Buruj Pari

• Sebagai petunjuk musim menanam dan menuai.
⇒ Musim menanam: Buruj Biduk
⇒ Musim menuai: Buruj Skorpio

• Di rantau Asia Tenggara, lazimnya Buruj Belantik boleh
digunakan untuk menunjukkan arah kiblat.

APA ITU ZODIAK

Dari sudut astronomi, zodiak dikatakan terdiri daripada gugusan
buruj atau rasi bintang yang terletak disepanjang lingkaran
(garisan) matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi
Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa
yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi
pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang
terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini
terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas
tanda-tanda.

Istilah zodiak diambil dari perkataan Latin zōdiacus, yang digubah
daripada perkataan Greek ζωδιακός κύκλος (zōdiakos kuklos),
yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil
berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda
zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini,
istilah dan juga nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih
banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak
masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.

TANDA TANDA ZODIAK (ASTROLOGI)

• Aries (♈): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga
pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar
purba.

• Taurus (♉): Lembu jantan.
• Gemini (♊): Si kembar.
• Cancer (♋): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
• Leo (♌): Singa.
• Virgo (♍): Perawan.
• Libra (♎): Dacing – musim gugur 21 September.
• Scorpio (♏): Kala jengking.
• Sagittarius (♐): Sentora si pemanah.
• Capricorn (♑): Kambing laut– musim sejuk 21 Disember.
• Aquarius (♒): Pembawa air.
• Pisces (♓): Ikan.



KEGUNAAN ZODIAK PADA ZAMAN
DAHULU


Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000
Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk
memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya
dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan
dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang
adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada
abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-
kurangnya selama dua ribu tahun.


Click to View FlipBook Version