The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Oleh : Ustazah Siti Aisyah Binti Radzali

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mempelam82, 2023-03-16 12:07:56

RPH Pendidikan Islam Tahun 3

Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Oleh : Ustazah Siti Aisyah Binti Radzali

Keywords: Hukum Nun Mati

TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN EDUP 2112 Nama : SITI AISYAH BINTI RADZALI Angka Giliran : 2022202400168 No Kad Pengenalan : 860209-01-5298 Program : PDPP (KDC) Ambilan : OKTOBER 2022 Kumpulan/Unit : 2.07 Nama Pensyarah Kursus : EN CHOO KOW HING PETER


Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1. KUIZ 10H 07 MAC 2023 17 MAC 2023 2. PENGHASILAN PRODUK 15H 24 FEB 2023 14 MAC 2023 3. PENGURUSAN GRAFIK 5H 18 MAC 2023 23 MAC 2023 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah Tanda tangan Pelajar : SITI AISYAH Tarikh : 14 MAC 2023


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 3 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Al-Quran) 2. Kelas 3 Bumi 3. Tarikh / Hari 13 Sya’ban 1444H / 06 Mac 2023 / Selasa 4. Masa (9.00-10.00 pagi) 60 minit 5. Bilangan Murid 30 orang 6. Tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin 7. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah mengenal pasti huruf Nun Sakinah dan tanda Tanwin dalam alQuran 8. Standard Kandungan 1.6 Membaca ayat yang mengandungi bacaan Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul dan bertajwid secara beradab dan istiqamah


9. Standard Pembelajaran 1.6.1 Mengenal pasti kalimah dan potongan ayat yang mengandungi bacaan izhar halqi, idgham bila ghunnah, idgham ma’al ghunnah, ikhfa’ haqiqi dan iqlab dengan betul 1.6.2 Membaca kalimah dan potongan ayat yang mengandungi bacaan izhar halqi, idgham bila ghunnah, idgham ma’al ghunnah, ikhfa’ haqiqi dan iqlab dengan betul dan bertajwid 1.6.3 Mengaplikasikan hukum tajwid dalam pembacaan al-Quran 10. Objektif pembelajaran Murid dapat: 1. Menyenaraikan tiga daripada lima bahagian Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan tepat 2. Menyebut huruf-huruf hijaiyah mengikut kategori hukum tajwid Nun Sakinah atau Tanwin dengan betul 3. Menjelaskan tiga daripada lima cara bacaan Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan betul


11. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 1. Menghubungkait huruf tersambung dengan bahagian-bahagian Hukum Nun Sakinah atau Tanwin 2. Menganalisis huruf dan cara bacaan bahagian-bahagian Hukum Nun Sakinah atau Tanwin 12. Gabungjalin Adab : Adab semasa membaca doa 13. Penyerapan Bahasa Arab : Cara sebutan huruf dan kalimah dengan makhraj yang betul 14. Penerapan Nilai 1. Khusyuk semasa berdoa 2. Menilai dengan teliti 3. Tekun dan fokus semasa guru mengajar 4. Yakin dengan keupayaan diri 5. Patuh kepada arahan guru 15. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK): Penggunaan aplikasi google site sebagai platform untuk mengumpulkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.


16. Penilaian PdP Lisan: 1. Menyenaraikan tiga daripada lima bahagian Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan tepat 2. Menyebut huruf-huruf hijaiyah mengikut kategori hukum tajwid Nun Sakinah atau Tanwin dengan betul 3. Membaca kalimah-kalimah dan ayat-ayat dengan cara bacaan Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan betul 17. Bahan Bantu Mengajar 1. Slaid Powerpoint 2. Video nyanyian lagu dari Youtube 3. Kuiz melalui aplikasi Kahoot dan permainan melalui aplikasi Wordwall 4. Gambar untuk pembacaan


Langkah Isi Kandungan Aktiviti PdP Catatan Pendahuluan (2 minit) Bacaan doa belajar 1. Guru memberi salam kepada murid. 2. Guru meminta murid-murid untuk membaca doa belajar dengan betul 3. Murid-murid membaca doa belajar dengan bimbingan guru Penerapan nilai: Khusyuk semasa berdoa


Set Induksi (5 minit) Paparan video ayat 5 Surah Al-Falaq dan ayat 7 Surah Al-Zalzalah melalui youtube Persamaan : Kedua-dua ayat tersebut mempunyai huruf Nun Sakinah dan Tanwin 1. Guru memaparkan video dari youtube tentang huruf nun dan baris bagi tanwin. 2. Guru meminta murid menyatakan huruf dan baris bagi tanwin tersebut 3. Guru memaparkan slaid ayat 5 Surah al-Falaq dan ayat 7 Surah alZalzalah 4. Guru meminta murid-murid mencari persamaan antara kedua-dua ayat tersebut 5. Murid-murid mengenal pasti persamaan antara kedua-dua ayat 6. Guru menjelaskan perkaitan gambar dengan tajuk pembelajaran hari ini Kemahiran utama: Pemerhatian Kaedah: Soal jawab Bahan bantu mengajar: Slaid Powerpoint Penerapan nilai: Menilai dengan teliti EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Penggunaan google slide dimuatnaik daripada aplikasi youtube


Langkah 1 (20 minit) Paparan slaid PowerPoint melalui aplikasi youtube berkaitan tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwi n Murid menjawab kuiz setelah menonton video slaid ini 1. Guru memulakan pembentangan mengenai tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin melalui aplikasi google sites yang dimuatnaik daripada youtube. 2. Murid mendengar dengan teliti tentang isi kandungan penyampaian guru. 3. Murid mengikuti bacaan ayat dan kalimah yang dibaca oleh guru 4. Murid perlulah menjawab latihan yang disediakan Kemahiran utama: Pemerhatian Bahan bantu mengajar: Slaid PowerPoint EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Penggunaan google slide melalui rakaman video yang dimuatnaik melalui youtube Penerapan nilai: Tekun dan fokus semasa guru mengajar


Langkah 2 (15 minit) Video nyanyian lagu tentang tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin 1. Guru memaparkan video nyanyian lagu tentang tajuk Nun Sakinah atau Tanwin 2. Murid menonton video nyanyian lagu tersebut 3. Murid diminta untuk memerhatikan lirik lagu tersebut untuk mengetahui isi kandungannya Kemahiran utama: Analisis isi pelajaran Bahan bantu mengajar: Video nyanyian lagu dari Youtube Dalam lagu tersebut, terdapat beberapa isi pelajaran iaitu: - Bahagian-bahagian Hukum Nun Sakinah atau Tanwin - Kategori huruf-huruf hijaiyah berdasarkan setiap hukum - Cara bacaan bagi setiap hukum pelajaran tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin 4. Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama iringan muzik Penerapan nilai: Tekun dan fokus semasa video dimainkan


Langkah 3 (15 minit) Murid menonton video mengenai hukum nun sakinah dan tanwin melelui youtube 1. Guru meminta murid untuk menyertai google sites untuk melihat langkah 3 yang terdapat video tentang hukum Nun Sakinah dan Tanwin. 2. Murid diminta untuk menyertai kuiz hotpotatoes dan quizizz melalui pautan-pautan yang telah disediakan dalam Google Sites 3. Murid diminta untuk menjawab kuiz secara atas talian tentang tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin menggunakan aplikasi hotpotatoes terlebih dahulu 4. Murid menyambung latihan dengan menjawab soalan yang terdapat dalam quizizz. Kemahiran utama: Penilaian dan Penambahbaikan Bahan bantu mengajar: Menonton video melalui aplikasi Youtube Kuiz melalui aplikasi hotpotatoes dan melalui aplikasi quizizz EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Aplikasi Google sites yang mengandungi pautan kuiz


Kuiz atas talian - Kuiz melalui aplikasi hotpotatoes - kuiz melalui aplikasi quizizz


Penutup (3 minit) Penutup kognitif: Gambar kalimah-kalimah dan ayat-ayat tentang tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin Nota padat tajuk Hukum Nun Sakinah atau Tanwin 1. Murid diminta untuk melihat gambar yang telah disediakan di google sites. 2. Murid diminta untuk membaca kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang terdapat dalam gambar dengan tajwid yang betul. 3. Murid diminta untuk membaca nota padat tentang tajuk untuk mengukuhkan ingatan dan kefahaman 4. Guru meminta murid membuat kesimpulan pada tapak padlet yang disediakan. Kemahiran utama; Penambahbaikan Bahan bantu mengajar: Gambar untuk pembacaan Padlet untuk mendapat maklumbalas dari murid. EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Aplikasi Google sites yang mengandungi gambar dan padlet untuk pembacaan dan maklumbalas terhadap pembelajaran hari tersebut Penerapan nilai: Patuh kepada arahan guru


Refleksi: Kekuatan: Sepajang pembinaan google Sites ini, saya telah mempelajari pelbagai aplikasi interaktif bagi membantu para pelajar saya mendalami lagi mata pelajaran Pendidikan Islam ini secara mendalam di dalam bidang Al-Quran. Ianya merupakan satu kepuasan bagi saya kerana google sites ini adalah salah satu cara penyampaian pengajaran bagi kemenjadian murid dengan cara mengikut arus peredaran zaman mengikut abad 21. Dengan adanya platform ini, murid dapat mengulangi tajuk ini tanpa ada had masa yang ditetapkan dan boleh berulang kali menonton video pengajaran, latihan interaktif dan permainan yang telah ditetapkan berdasarkan tajuk yang diketengahkan. Kelemahan: Dalam pembinaan google sites ini, terdapat aplikasi yang saya agak sukar kuasai dan perlukan penelitian yang lebih bagi setiap aplikasi tersebut. Secara tidak langsung, saya perlu merujuk kepada yang lebih pakar dalam bidang ini. Tetapi setelah saya dapat kuasai dalam setiap pembinaan aplikasi interaktif ini, ianya satu kepuasan bagi saya kerana telah menyediakan satu platform untuk murid belajar dengan cara berteknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa ada had waktu yang ditetapkan dan di mana jua boleh aksesnya dan menuntut ilmu dan ianya juga belajar sambil bermain tanpa rasa jemu dan bosan


Ulasan guru pembimbing: ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ Ulasan pensyarah pembimbing: ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version