The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marwan, 2018-08-14 01:25:48

SUCCESS STORY BOOK DRAFT

SUCCESS STORY BOOK DRAFT

MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
(MAPUM)

Muka surat Daftar kandungan
2
3 Kandungan
4 Daftar Kandungan
5 Awwalul Kalam
Bicara Kata Pengerusi
6-10 Pengenalan MAPUM
11-16 Success story UMT
17-26 Success story UNIsZA
27-29 Success story UPM
30-55 Success story USIM
56-62 Success story UTHM
63-64 Success story UMP
65-69 Success story UM
70-72 Success Story UPNM
73-82 Success Story UNIMAP
83-116 Success Story UMS
117-134 Success Story UPSI
135-139 Success Story UUM
140-141 Success Story UiTM
142-143 Success Story UMK
144-145 Success Story USM
146-151 Success Story UNIMAS
Success Story UTEM
152 Editorial Board
153 Penghargaan

2

Awwalul Kalam
SUCCESS STORY
MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

(MAPUM)

Ucapan lafaz syukur kepada Allah S.W.T, sebagai awal pembuka bicara atas limpah rahmatnya
maka buku “coffee-table book Success Story-MAPUM” dapat menjadi suatu realiti hasil
dari usaha semua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA).
Syabas dan tahniah kepada Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia, di atas
gemblengan usaha semua ahli Berjaya untuk menghasilkan penerbitan yang seumpanya
dalam kalangan majlis-majlis di bawah sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti
Awam Malaysia. Bukanlah bererti untuk mendabik dada dan berbangga dengan pencapaian,
namun apa yang penting usaha yang telah dilaksanakan sejak bertahun lama di kolej
kediaman masing-masing dapat diketengahkan dan dibukukan sebagai suatu wadah santapan
untuk generasi-generasi mahasiswa akan datang atau umumnya kita kenali sebagai alumni
masing-masing.
Secara tidak lansung ianya juga sebagai medium untuk menyiman memori dan khazanah hasil
kerja yang telah diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan
seterusnya usaha Kerajaan Malaysia melalui sektor pendidikan tinggi dalam melahirkan warga
negara yang holistik dan seimbang dimasa hadapan. Pentingnya pendokumentasian setiap
pencapaian kejayaan ini agar ianya dapat kekal sebagai sumber rujukan untuk pembentukan
program-program berimpak seumpamanya di masa masa akan datang.Semoga usaha yang
sedikit ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan saya mengharapkan MAPUM agar lebih
cemerlang dan inovatif dalam semua pelan tindakan dan aktiviti yang dijalankan demi masa
depan anak bangsa kita. Sekian

Y.B. DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pendidikan Tinggi

3

BICARA KATA PENGERUSI
MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

(MAPUM)

Dengan ucapan syukur Alhamdulillah, tanda kesyukuran kami atas usaha murni untuk
mendokumentasikan pencapaian-pencapaian paling berimpak dalam kalangan Ahli-Ahli Majlis
Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM) akhirnya mencapai matlamatnya
walaupun jauh dari kesempurnaan yang hakikinya milik Allah S.W.T jua, namun
pendokumentasian pencapaian-pencapaian dalam bentuk coffee-table book-Succes
Story-MAPUM” ini, diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan aspirasi pengurusan Kolej
Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) dimasa akan datang.
Secara peribadi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah terutamanya kepada sidang
editor dibawah penyelarasan Timbalan Pengerusi MAPUM, Prof Madya Dr. Che Mohd Ruzaidi
bin Ghazali, yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) dan seluruh ahli-ahli MAPUM yang telah berkongsi coretan kejayaan berimpak masing-
masing sehingga terhasilnya buku ini.
Sepanjang penubuhan MAPUM saya rasakan terlalu banyak untuk dicoretkan ke dalam buku
seumama ini setiap aktivti-aktiviti yang pernah dijalankan yang merupakan proses
pembelajaran tidak formal serta membuktikan setiap warga MAPUM sentiasa mendokong dan
menyokong agenda pembangunan pelajardalam menguruskan hal ehwal perumahan masing-
masing. Apa yang didokumentasikan di sini, saya percaya adalah merupakan kenangan paling
manis serta paling berimpak dari senarai panjang aktiviti-aktiviti masing-masing. Hal ini juga
membuktikan halatuju MAPUM sendiri sentiasa selari dengan halatuju Kementerian Pendidikan
Tinggi.Harapan saya semoga objektif penerbitan ini iaitu mengetengahkan kegiatan dan
aktiviti pembangunan pelajar di UA masing-masing dapat didokumentasikan secara ilmiah dan
formal. Selain itu, Semoga usaha yang tidak seberapa ini mendapat keberkatannya. Akhir kata
saya mendoakan seluruh warga MAPUM terus sukses dalam apa jua perancangan dan aktiviti
yang dijalankan untuk tahun-tahun mendatang. Sekian.

YBHG PROF. DR. ISMAIL ALI
Pengerusi MAPUM
Merangkap Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UMS

4

PENGENALAN
MAJLIS PERUMAHAN UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

(MAPUM)
MAPUM yang telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Timbalan- Timbalan Naib
Canselor/Timbalan Rektor IPTA ke 123 pada 17 Julai 1993 bertanggungjawab dalam
memperkasakan peranan Hal Ehwal Pelajar, Penginapan dan Perkhidmatan Pelajar
selari dengan perkembangan dan cabaran masakini dalam pendidikan tinggi dan
mendukung aspirasi hal ehwal pelajar selaras dengan misi dan visi universiti.

5

Success Story
Universiti Malaysia Terengganu
“PROGRAM MEH PAKAT LAWAT KOMUNITI 2016”

Sekitar Majlis Perasmian Program Meh Pakat Lawat Komuniti di
Litar Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu

FAKTA PROGRAM
Tarikh: 19 April 2017
Venue: Perkarangan Litar Lumba Stadium Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu
Perasmi : YAB Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu
Penglibatan: Kolej Siswa UMT & Kerajaan Negeri Terengganu

6

Success Story
Universiti Malaysia Terengganu
“PROGRAM HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN (HTRB) 2017”

7

FAKTA PROGRAM
Tarikh: 13 Nov 2017
Venue: Hosptal Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu
Perasmi : YB Dato Hj Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
Terengganu
Penglibatan: Kolej Siswa UMT,HSNZ & Gagasan Kerajaan Negeri Terengganu

8

Success Story
Universiti Malaysia Terengganu
“PENERBITAN BUKU MOMENTUM 2018”

Gambar gambar sekitar Majlis Pelancaran Buku Momentum di
Dewan Irfan Kolej Siswa UMT
9

FAKTA PROGRAM
Tarikh:
Venue Pelancaran: Dewan Irfan, Kolej Siswa UMT
Perasmi Pelancaran : YB Dato Hj Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan
Negeri Terengganu
Penglibatan : Kolej Siswa UMT

10

Success Story
Universiti Sultan Zainal Abidin
“IKATAN UKHUWAH MAHASISWA BERSAMA PENGHUNI

TAMAN SINAR HARAPAN”

11

FAKTA PROGRAM
Tarikh : 21 April 2017
Tempat : Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu
Penglibatan : Majlis Kolej Kediaman C, Kolej Aminuddin Baki (UPSI) & Taman
Sinar Harapan

12

Success Story
Universiti Sultan Zainal Abidin
“MAHABIT KASIH MAHASISWA BERSAMA KOMUNITI”

13

FAKTA PROGRAM
Tarikh : 17 Jun 2017
Tempat : Kampung Bukit Petiti Dalam, Manir, Kuala Terengganu
Perasmi : Ybrs Encik Che Mansor bin Salleh, Pegawai Pembangunan Dun
Teluk Pasu
Penglibatan : Majlis Kolej Kediaman A, B, C dan D, Persatuan Mahasiswa
Perubatan, Nursing Club, Persatuan Pembimbing Rakan Siswa & Penduduk
Kampung Bukit Petiti Dalam

14

Success Story
Universiti Sultan Zainal Abidin
“RANTAIAN KASIH BERSAMA GELANDANGAN”

Gambar gambar sekitar program Rantaian Kasih berlangsung

15

FAKTA PROGRAM
Tarikh : 27-28 September 2017
Tempat : Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur
Penglibatan : Majlis Kolej Kediaman B, Pusat Transit Gelandangan Kuala
Lumpur

16

Success Story
Universiti Putra Malaysia
“Jalinan Kasih @ Kampung Orang Asli
Sungai Gabai, Selangor, Malaysia”

Volunteer, Sekretariat Sukarelawan Siswa Majlis Tertinggi
Mahasiswa Kolej Kesebelas (K11) sesi 2017/2018,
Universiti Putra Malaysia
17

Majlis perasmian Projek Sinki Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai tahun 2016.
Kini sudah 3 tahun kerjasama terjalin antara UPM dan masyarakat Kg. Orang Asli
Sungai Gabai. Bermula tahun 2015 dengan perbincangan pembinaan sinki
sehingga kini, aktiviti kemasyarakatan masih dijalankan. Tahun 2017 UPM juga
telah menaiktaraf projek ini sebagai Projek Angkat UPM.

18

FAKTA PROGRAM
Tarikh:19 November 2017
Venue: Kampung Orang Asli Sungai Gabai, Selangor, Malaysia
Perasmi :
Penglibatan: Mahasiswi Kolej Sebelas, UPM dengan Masyarakat Orang Asli Sungai
Gabai

19

Success Story
Universiti Putra Malaysia

“17 BALIK KAMPUNG”

PESERTA 17 Balik Kampung Program Anak Angkat bergambar bersama setelah
selesai program gotong royong di Masjid Al-Muttaqin, Kampong Tedong. Foto
Norrizah Baharuddin

PENGERUSI Lembaga Pengurusan Masjid Kampong Tedong, Datuk Akbar Ali, (duduk
kiri) melakukan penanaman pokok nadir di kawasan masjid pada 17 Balik Kampung
Program Anak Angkat di Masjid Al-Muttaqin, Kampong Tedong- Foto Norrizah
Baharuddin

PESERTA 17 Balik Kampung Program Anak Angkat , Kolej 17 (UPM) menanam pokok
nadir di kawasan Masjid Al-Muttaqin, Kampong Tedong- Norrizah Baharuddin

20

21

FAKTA PROGRAM
Tarikh: 3-5 November 2017
Venue: Kampung Tedong, Merlimau, Melaka
Perasmi : Ybhg. Datuk Akbar bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Al-

Muttaqin.
Penglibatan: Pelajar Kolej 17 UPM, Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam, JKKK

Kampung Tedong, Lembaga Pengurusan Masjid Al-Muttaqin dan Persatuan
Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kampung Tedong.

22

Success Story
Universiti Putra Malaysia

KMR One Putra Residence

Dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar terus kekal signifikan, UPM sentiasa
bersedia menambah baik kemudahan penginapan pelajar khususnya dengan membaik
pulih kemudahan blok kediaman lama dan uzur.
KMR OnePUTRA RESIDENCE adalah kemudahan penginapan terbaru di UPM yang
dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada 28 Oktober 2016. KMR OnePUTRA
RESIDENCE ini adalah projek menaiktaraf bangunan lama Kolej Mohamad Rashid
(KMR), iaitu kolej kediaman pertama UPM yang dikosongkan atas faktor keselamatan
dan bangunan lama yang telah usang.
Hasil kerjasama antara UPM dan anak syarikatnya iaitu UPM Holdings, bangunan
penginapan lama KMR telah dibaiki dan dinaiktaraf dari penginapan bilik biasa kepada
apartment 2 bilik, apartment 1 bilik dan jenis studio. Kawasan ini juga turut disediakan
dengan beberapa kemudahan sokongan untuk penghuni dan juga pelajar UPM. Kini,
permintaan pelajar terhadap kemudahan penginapan moden yang serba lengkap,
selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa telah
diberikan perhatian oleh universiti.
UPM telah berjaya menyiapkan fasa pertama projek OnePutra Center iaitu KMR
OnePUTRA RESIDENCE, iaitu terdiri daripada tiga blok. Blok penginapan mempunyai
kemudahan apartment 2 bilik , ruang keluarga, dapur dan satu bilik air dan juga
penginapan berkonsepkan studio yang boleh menempatkan maksima 2 pelajar untuk
satu studio. Secara keseluruhan KMR OnePUTRA RESIDENCE menyediakan 24 unit
apartment dan 119 unit studio.
KMR OnePutra Resindence juga dilengkapi dengan dataran OnePUTRA yang
mengandungi café, kedai serbaneka, kedai gambar dan cetakan, mussala, ruang
belajar 24 jam, laluan trek jogging dan gelanggang bola keranjang untuk kegunaan
penghuni, pelajar dan warga kampus UPM. Universiti mengenakan bayaran sewa yang
berpatutan supaya pelajar UPM dapat menikmati penginapan yang lebih baik dan tidak
membebankan.
Berikut merupakan antara kemudahan yang disediakan di KMR OnePUTRA
RESIDENCE:

23

1. Pandangan hadapan bangunan kafetaria OnePUTRA. Ianya selesa dan berhawa
dingin, serta mempunyai perkhidmatan WiFi penghuni. Di dalam bangunan ini
terdapat lounge, kedai serbaneka, dobi, restoran, kafe siber dan banyak lagi.

2. Persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan juga aktiviti sosial

24

3. Study Lounge turut disediakan kepada para penghuni
4. Kemudahan kedai serbaneka serta pemandangan dalam kafetaria

25

5. Kelengkapan dalam bilik di KMR OnePUTRA RESIDENCE
26

Success Story
Universiti Sains Islam Malaysia
“KHIDMAT SOSIAL BADAN UNIFORM (RONDAAN DAN KAWALAN )”

GAMBAR- GAMBAR PROGRAM

27

28

FAKTA PROGRAM
Tarikh: Semester 1 2015/2016 (Sebahagian daripada Modul Pembelajaraan subjek )
Venue: Lima Kolej Kediaman USIM
Perasmi : YBhg .Profesor Dato’ Dr. Musa bin Ahmad, Naib Canselor USIM.
Penglibatan: SUKSIS, SISPA, PALAPES ,BSM & BSKN

29

Success Story
KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
“MAJLIS UTHM BERSELAWAT BERSAMA HABIB NAQJAMUDDIN OTHMAN

AL KHERED”

Warga UTHM menyambut ketibaan Habib Naqjamuddin Othman
Al Khered

30

FAKTA PROGRAM
Tarikh: 11hb Mei 2017
Lokasi: Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Perasmi: PM Dr. Asri Bin Selamat

(Timbalan Naib Canselor-Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Penglibatan: 400 orang pelajar

31

Success Story
KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI / PEJABAT PELAJAR TANPA

ASRAMA
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
“PROGRAM KEPIMPINAN HARAPAN KALI KE -15 ANJURAN MAJLIS

PENGETUA
KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN, UTHM”

Peserta bergambar Kenangan semasa program
32

FAKTA PROGRAM
Tarikh: 26hb – 28hb Oktober 2018
Lokasi: Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka
Perasmi: PM Dr. Asri Bin Selamat

(Timbalan Naib Canselor-Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Penglibatan: 185 orang pelajar, 20 orang fasilitator, 15 orang urusetia

\
33

SUCCESS STORY
KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
“PERWIRA & MAHASISWA HOLISTIK

Aktiviti kerohanian

Aktiviti Fizikal

Aktiviti kemahiran insaniah
34

IMPAK PROGRAM:

Melihat peranan Kolej Kediaman adalah signifikan dalam pembentukan mahasiswa
yang menyeluruh, Kolej Kediaman Perwira melakar sejarah apabila melangkah lebih
awal ke hadapan dengan pelancaran Pelan Transformasi Mahasiswa Holistik
dengan menggariskan tiga (3) polisi iaitu 1Penghuni Muslim 1Al Quran,
1Penghuni 1Sukan dan 1Penghuni 1Kemahiran. Sebagai Kolej yang
berpandangan jauh, tiga (3) polisi ini adalah seiring dengan matlamat untuk
menjadikan Kolej Kediaman Perwira sebagai Pusat Pembelajaran Kedua yang
berupaya melahirkan penghuni yang bukan sahaja cergas fizikalnya, cerdas
mindanya dan santun pekertinya.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : 01 September 2013 - kini

Lokasi : Kolej Kediaman Perwira

Perasmi : Prof Datuk Dr Mohd Noh Bin Dalimin@Dolimin

Penglibatan : 500 orang pelajar

35

“PERWIRA & PENYELIDIKAN ARNAB”

Antara peserta program penyelidikan arnab
36

IMPAK PROGRAM:

Perwira percaya bahawa tempoh menghuni Kolej Kediaman perlu dimanfaatkan
sebaiknya dan pelajar mesti didedahkan dengan pengalaman pembelajaran
berkesan. Penyelidikan adalah aspek penting dalam pembangunan sesebuah
Universiti dan di sinilah Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Arnab yang pertama
seumpamanya di Kolej-kolej Kediaman Malaysia telah diwujudkan. Bermula dengan
20 ekor arnab pelbagai sepsis sehinggalah kini mempunyai 50 ekor arnab, penghuni
didedahkan dengan aspek penjagaan dan penyelidikan asas pembiakbakaan
selain aspek pemasaran bagi arnab daging dan peliharaan. Selain daripada aspek
penyelidikan, falsafah utama kewujudan pusat ini adalah untuk mendidik penghuni
aspek kepimpinan, nilai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap amanah
yang diberikan.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : September 2012 - kini
Lokasi : Taman Simbiosis, Kolej Kediaman Perwira
Perasmi : Prof Ir Dr Amir Hashim bin Mohd Kassim
Penglibatan : 100 orang pelajar

37

“PERWIRA & FERTIGASI CILI DAN TERUNG

Hasil tuaian program fertigasi cili dan terung
38

IMPAK PROGRAM:

Perwira melihat aspek pertanian berupaya bukan sahaja melatih nilai kepimpinan dan
kerja berpasukan, malah pastinya menajamkan kemahiran keusahawanan dalam diri
penghuni. Projek fertigasi cili dan terung dengan tanaman Cili Padi Centil, Cili
Panjang dan Terung melebarkan langkah kejayaan dengan 300 pokok cili dan 90
pokok terung sebagai sepak mula berjaya meraih keuntungan sekitar RM 350.00
sebulan. Projek ini juga sebahagian inisiatif Strategi Lautan Biru Kolej Perwira
bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading (SEGA), Batu Pahat yang
membolehkan banyak perkongsian pintar dibuat antara kedua-dua belah pihak.
Sebagai satu-satunya Kolej yang mempelopori projek seumpama ini, Kolej Perwira
akan terus mara ke hadapan demi pertanian dan keusahawanan. Terkini, aspek
Internet of Things (IoT) dan konsep sumber tenaga boleh diperbaharui
dipelopori dan berjaya membolehkan projek fertigasi ini beroperasi menggunakan
tenaga solar selain dipantau secara atas talian dan menggunakan sistem masa
nyata.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : September 2012 - kini
Lokasi : Taman Simbiosis, Kolej Kediaman Perwira
Perasmi : Prof Ir Dr Amir Hashim bin Mohd Kassim
Penglibatan : 100 orang pelajar

39

“PERWIRA & RUMAH SUKAN”
Program-program berbentuk k4e0sukanan yang pernah dijalankan

IMPAK PROGRAM:

Berpandangan jauh dan meletakkan beberapa Universiti ternama dunia seperti
Yale, Harvard, Oxford dan Cambridge sebagai rujukan, konsep rumah sukan telah
digagaskan. Empat (4) rumah dengan nama Aureolin, Azure, Harlequin dan
Scarlet disertai oleh semua penghuni dengan iltizam untuk mewujudkan persaingan
sihat menerusi pelbagai pertandingan dalam kalangan penghuni. Selain daripada
aspek kepimpinan dan kerja berpasukan, nilai komunikasi berkesan juga menjadi
nadi utama kejayaan sesebuah rumah dalam merebut Piala Inspirasi Perwira bagi
setiap semester.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : September 2013 - kini
Lokasi : Kolej Kediaman Perwira
Perasmi : Prof Ir Dr Amir Hashim bin Mohd Kassim
Penglibatan : 400 orang pelajar

41

“PERWIRA & MASJID ANGKAT”
Masjid angkat UTHM

Peserta mengindahkan kawasan masjid
angkat

Program-program kerohanian dan kesukarelawanan UTHM
42

IMPAK PROGRAM:

Perwira memanfaatkan kedudukannya di luar kampus dengan menghargai sumber dan
persekitarannya dengan mengangkat aspek kemasyarakatan sebagai elemen
penting dalam membentuk jati diri penghuni. Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding
yang merupakan lokasi utama bagi para penghuni Kolej Kediaman Perwira
menunaikan Solat Jumaat diangkat sebagai Masjid Angkat. Sebagai tanda terima kasih
serta bertujuan mendekatkan Universiti dan masyarakat, pelbagai aktiviti bersama
dilaksanakan yang dapat memberikan ruang dan peluang kepada para penghuni
khususnya menajamkan kemahiran komunikasi pelbagai lapisan masyarakat
serta menanam semangat sukarelawan dalam diri penghuni.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : 11 Mei 2013 - kini
Lokasi : Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding
Perasmi : Tn Hj Ithnin Bin Hj Buang
Penglibatan : 200 orang pelajar

43

“PERWIRA & BUAH PINGGANG”

Para peserta bergambar kenangan bersama pesakit buah pinggang
44

IMPAK PROGRAM:

Perwira melihat isu masyarakat setempat berupaya mendidik para penghuni bukan
sahaja menjadi ilmuwan yang cemerlang malah seorang insan yang penuh dengan
nilai endah dan empati. Mengangkat isu penderitaan pesakit buah pinggang
sebagai subjek, Kolej Perwira mengorak langkah dengan projek Berikan Mereka
Peluang Kedua dan Erti Hidup Pada Memberi dengan sejumlah sumbangan
kewangan daripada penghuni disumbangkan kepada sembilan (9) insan yang
menderita penyakit buah pinggang. Jalinan kerjasama ini terbentuk menerusi inisiatif
Strategi Lautan Biru Kolej Perwira bersama Persatuan Kebajikan Pesakit-pesakit
Hemodialisis Darul Takwa, Batu Pahat dan pelaksanaan aktiviti Larian Ikrar Derma
Organ (LIDO) juga adalah manifestasi hasrat murni bagi membantu mereka yang
memerlukan selain meningkatkan kesedaran masyarakat kampus terhadap
kepentingan ikrar dan pendermaan organ. Sebagai Kolej Kediaman pertama
seumpama mengangkat isu pendermaan organ, pastinya usaha ini signifikan dalam
melahirkan masyarakat Malaysia yang penuh dengan nilai kasih sayang dan suka
membantu.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : September 2012 - kini
Lokasi : Rumah Pesakit-pesakit Buah Pinggang
Perasmi : Prof Ir Dr Amir Hashim bin Mohd Kassim
Penglibatan : 100 orang pelajar

45

“PERWIRA & BUDAYA ILMU”
Antara pengisian program

budaya ilmu dalam membantu
pelajarmenghadapi
peperiksaan

Countdown hari peperiksaan di UTHM

46

IMPAK PROGRAM:

Perwira mendokong kuat aspek akademik dan pembentukan budaya ilmu dalam
kalangan penghuni dengan pada setiap pagi akan berkumandang pimpinan
bacaan doa dan slot motivasi pagi bagi menyemarakkan semangat para penghuni
untuk menuntut ilmu serta memahami kepentingan doa dalam kehidupan. Sebagai
satu-satunya Kolej yang mengusahakan perkara ini, turut disediakan papan kiraan
hari menjelang peperiksaan akhir seawal hari pertama penghuni mendaftar
masuk di Kolej adalah sesuatu yang luar biasa! Ini adalah penting dalam usaha
menjadikan penghuni sentiasa fokus dengan matlamat mereka berada di Universiti
bagi melunaskan harapan keluarga tercinta.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : September 2012 - kini
Lokasi : Kolej Kediaman Perwira
Perasmi : Prof Madya Dr Afandi Bin Ahmad
Penglibatan : 250 orang pelajar

47

“PERWIRA & KARBON RENDAH”
Konsep gaya hidup
ringkas dan sihat

Amalan kitar semula
48

IMPAK PROGRAM:

Perwira sedar bahawa kepentingan menjaga alam sekitar dengan baik perlu
disebarluaskan bukan sahaja kepada penghuni malah seluruh komuniti setempat.
Sebagai Kolej Kediaman Karbon-Rendah pertama di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), pelbagai usaha bagi memberikan kesedaran kepada penghuni untuk
mengamalkan gaya hidup ringkas tetapi berkualiti tinggi dengan penekanan diberikan
kepada aspek kekeluargaan dan keteguhan hubungan komuniti, menghargai alam
sekitar dan juga meminimakan pembebasan gas karbon dioksida ( 2) dijalankan.
Program seperti mewujudkan pusat pengumpulan bahan yang boleh dikitar
semula, projek pembinaan arca dan objek berasaskan konsep tambah nilai
(upcycling), inisiatif Jom Jalan, ruangan zon Erti Hidup Pada Memberi
diyakini adalah antara usaha kecil tetapi berimpak tinggi tanda sayang kepada alam
sekitar dan generasi masa hadapan.

FAKTA PROGRAM:

Tarikh : 06 Mac 2015 - kini
Lokasi : Kolej Kediaman Perwira
Perasmi : Prof Madya Dr Afandi Bin Ahmad
Penglibatan : 50 orang pelajar

49

“PERWIRA & MEDIA”
50


Click to View FlipBook Version