MTK3003 Matematik untuk Kimia 2 (2+0) Tiada
MTK3006 Statistik untuk Kimia 2 (2+0) Tiada
Jumlah 70
Kursus Elektif Program (ELF - 30 kredit)
Pelajar boleh mengambil kursus elektif daripada senarai kursus di bawah atau mengambil mana-mana kursus
kursus lain yang bertaraf 3000 ke atas tertakluk kepada persetujuan Pengerusi Program atau pensyarah kursus
terbabit.
Kod Nama kursus Kredit Prasyarat
KIM3701 Kimia Alam Sekitar 3 (3+0) Tiada
KIM4102 Kimia Kuantum 3 (3+0) Tiada
KIM4104 Elektrokimia 3 (3+0) Tiada
KIM4105 Kimia Permukaan 3 (3+0) Tiada
KIM4202 Kimia Biomolekul 2 (2+0) KIM3201
KIM4203 Kimia Heterosiklik 3 (3+0) KIM3203
KIM4205 Kimia Lipid 3 (3+0) KIM3200
KIM4206 Kimia Organik Fizik 3 (3+0) KIM3203
KIM4207 Kimia Organik Sintesis 3 (3+0) Tiada
KIM4301 Kimia Organologam Peralihan Lanjutan 3 (3+0) KIM3304
KIM4302 Kimia Fullerena 3 (3+0) Tiada
KIM4303 Kimia Koordinatan Lanjutan 3 (3+0) KIM3303
KIM4304 Kimia Kluster 3 (3+0) Tiada
KIM4401 Kimia Forensik 3 (3+0) Tiada
KIM4501 Kimia Polimer Industri 3 (3+0) Tiada
KIM4502 Kimia Cat dan Penglitup 3 (3+0) Tiada
KIM4601 Kimia Bahan Industri 3 (3+0) Tiada
KIM4602 Kimia Seramik 3 (3+0) Tiada
KIM4603 Kimia Kosmetik 3 (3+0) Tiada
47
KIM4604 Petrokimia 3 (3+0) Tiada
KIM4605 Kimia Sintetik dan Aplikasi 3 (2+1) Tiada
KIM4606 Teknik Analisis Permukaan 3 (3+0) Tiada
KIM4701 Kimia Alam Sekitar Lanjutan 3 (3+0) Tiada
KIM4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 2 (0+2) Tiada
KIM4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 4 (0+4) Tiada
Jumlah keperluan bergraduat 120 kredit
48
Skema Program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)
Jam Jam
Semester 1 Semester 2
Kredit Kredit
MTK3006 Statistik untuk Kimia 2(2+0) MTK3003 Matematik untuk Kimia 2(2+0)
Tamadun Islam dan
MPU3122 2(2+0) MPU3173 Kenegaraan Malaysia 3(3+0)
Tamadun Asia
MPU3112 Hubungan Etnik 2(2+0) KIM3104 Kimia Fizik 3(3+0)
Mekanisma dalam Kimia
KIM3001 Amali Kimia Asas 2(0+2) KIM3201 3(3+0)
Organik
Pengurusan dan
KIM3002 2(2+0) KIM3202 Amali Kimia Organik 1(0+1)
Keselamatan Bahan Kimia
KIM3100 Kimia Fizik Asas 2(2+0) KIM3301 Kimia Tak Organik 3(3+0)
KIM3200 Kimia Organik Asas 2(2+0) KIM3302 Amali Kimia Tak Organik 1(0+1)
Apresiasi Alam dan
KIM3300 Kimia Tak Organik Asas 2(2+0) MPU3312 2(0+2)
Warisan Laut
KIM3800 Kimia Analisis 2(2+0)
Elektif 2
Ko-Kurikulum 2
Jumlah 20 Jumlah 20
Jam Jam
Semester 3 Semester 4
Kredit Kredit
Kimia Organologam
BBB3101 Academic Writing Skills 3(3+0) KIM3304 2(2+0)
Peralihan
KIM3102 Amali Kimia Fizik 1(0+1) KIM3801 Kimia Instrumentasi 4(3+1)
KIM3203 Kimia Sebatian Karbonil 3(3+0) KIM4101 Kimia Koloid 3(3+0)
Penentuan Struktur
KIM3204 3(3+0) KIM4201 Kimia Sebatian Semulajadi 2(2+0)
Sebatian Kimia
KIM3303 Kimia Koordinatan 3(3+0) KIM4204 Aplikasi Kimia Organik 1(0+1)
Kaedah Penyelidikan dalam
KIM3501 Kimia Polimer 3(2+1) KIM4997 2(2+0)
Sains Kimia
Elektif 2 Elektif 3
Elektif 2 Elektif 3
Jumlah 20 Jumlah 20
Jam
Semester Pendek
Kredit
Elektif 2
Elektif 2
Elektif 3
Elektif 3
Jumlah 10
Jam Jam
Semester 5 Semester 6
Kredit Kredit
KIM3305 Kimia Keadaan Pepejal 3(3+0)
KIM4106 Spektroskopi Molekul 3(3+0) KIM4992B Latihan Industri 10(0+10)
MPU3223 Asas Keusahawanan 3(3+0)
49
English for Occupational
BBB3103 3(3+0)
Purposes
Elektif 2
Elektif 3
Elektif 3
Jumlah 20 Jumlah 10
JUMLAH JAM KREDIT BERGRADUAT 120
50
SINOPSIS KURSUS-KURSUS PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SAINS KIMIA)
Kursus : KIM3001 Amali Kimia Asas
Kredit : 2 (0+2)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi eksperimen yang berkait dengan topik yang dipelajari oleh pelajar dalam kimia analisis,
organik asas, tak organik asas dan fizik asas.
Kursus : KIM3002 Pengurusan dan Keselamatan Bahan Kimia
Kredit : 2 (2+2)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan membincangkan tentang keselamatan secara am, perlindungan diri dan pakaian keselamatan
serta pengenalpastian bahaya kimia. Penekanan juga akan diberikan kepada pengkelasan bahan kimia.
Hubungan bahan kimia dengan toksikologi, pelabelan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan bahan
kimia juga akan dibincangkan. Tajuk-tajuk lain seperti pelupusan sisa kimia, kebakaran, akta keselamatan kimia
dan pengurusan keselamatan, pangkalan data bagi keselamatan kimia turut diperkenalkan dalam kursus ini.
Kursus : KIM3100 Kimia Fizik Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Topik-topik asas kimia fizik seperti teori atom, keseimbangan kimia, keadaan jirim, elektrokimia, kinetik
tindak balas dan termokimia akan dibincangkan.
Kursus : KIM3102 Amali Kimia Fizik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi eksperimen yang berkait dengan topik yang dipelajari oleh pelajar dalam bidang kimia
fizikal iaitu Kimia Fizik Asas dan Kimia Fizik.
Kursus : KIM3104 Kimia Fizik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi tiga topik utama dalam kimia fizik iaitu kimia termodinamik, kimia dinamik dan
perubahan fizikal bahan tulen. Termodinamik: Hukum-hukum Gas, Hukum Termodinamik Pertama, Kedua dan
Ketiga; Kimia Dinamik: Pergerakan molekul, Kadar tindakbalas dan Dinamik Tindakbalas; Perubahan Fizikal:
Rajah Fasa dan Aspek termodinamik perubahan fasa.
Kursus : KIM3200 Kimia Organik Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan tentang pengikatan kimia, penghibridan dan teori asid-bes, pengenalan kumpulan
berfungsi dan penamaan IUPAC bagi sebatian organik. Perbincangan juga melibatkan stereokimia, konformasi
sebatian alkana, sifat fizikal dan tindakbalas bagi sebatian alkana, alkena, alkuna dan benzene.
Kursus : KIM3201 Mekanisma dalam Kimia Organik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3200
Kursus ini membincangkan mengenai mekanisme tindakbalas SN1, SN2, E1 dan E2 bagi sebatian alkil halida,
alkohol dan eter; mekanisme tindakbalas penggantian elektrofilik aromatik bagi benzena berpenggantian dan
juga mekanisme tindakbalas perisiklik.
51
Kursus : KIM3202 Amali Kimia Organik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Amali ini merangkumi topik-topik yang dipelajari dalam kursus Kimia Organik.
Kursus : KIM3203 Kimia Sebatian Karbonil
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3201
Kursus ini akan membincangkan sifat kimia dan sifat fizik, tindakbalas dan mekanisme kumpulan aldehida,
keton, amida, asid karboksilik serta terbitannya dan sebatian β-dikarbonil.
Kursus : KIM3204 Penentuan Struktur Sebatian Kimia
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan membincangkan tentang penentuan formula molekul dan penentuan struktur bagi sesuatu
sebatian kimia berdasarkan kepada teknik spektroskopi seperti IR, NMR, MS, UV dan analisis unsur CHNSO.
Kursus : KIM3300 Kimia Tak Organik Asas
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Topik yang akan dibincangkan adalah seperti struktur atom, struktur molekul dan pengikatan, tindak balas
pengoksidaan dan penurunan, perkalaan dan jadual berkala, perkalaan sifat kimia, unsur blok-s, kumpulan
III, IV, V, VI, VII & VIII dan unsur blok-d.
Kursus : KIM3301 Kimia Tak Organik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus pengenalan kepada konsep-konsep kimia tak organik. Tajuk-tajuk yang terkandung dalam kursus ini
adalah pengikatan kimia, stereokimia, kimia nuklear, kimia blok-d dan redoks kompleks tak organik.
Kursus : KIM3302 Amali Kimia Tak Organik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini melibatkan ujikaji menyeluruh semua sub-bidang kimia tak organik, aspek yang akan dipelajari
adalah selari dengan kandungan modul kursus kimia tak organik yang lain. Di antara penekanan yang diuji
adalah daripada aspek penyediaan, pemencilan hasil dan pencirian sebatian koordinatan, kimia keadaan
pepejal, sebatian kumpulan utama, prinsip asas penyediaan bahan industri dan juga kompleks logam
peralihan. Ciri-ciri asas unsur dan sebatian tak organik akan didedahkan dengan mendalam seperti reaktiviti
dan mekanisme tindakbalas, redoks, sifat magnetik, stereokimia dan aplikasi industri.
Kursus : KIM3303 Kimia Koordinatan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini tertumpu pada bidang kimia koordinatan yang membincangkan beberapa topik dengan lebih
terperinci seperti jenis ligan, penamaan, struktur geometri dan keisomeran, penyediaan sebatian koordinatan,
kestabilan kompleks, teori medan ligan, teori orbital molekul kompleks logam peralihan, peralihan elektronik,
gambarajah Tanabe-Sugano dan kesan Jahn-Teller.
Kursus : KIM3304 Kimia Organologam Peralihan
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan mengenai aspek asas dan lanjutan kimia organologam. Topik adalah termasuk
jenis-jenis ligan, mekanisma tindakbalas organologam dan penggunaan kompleks logam peralihan dalam
pemangkinan. Di samping itu juga, topik lanjutan seperti sintesis lanjutan kompleks organologam, pencirian
52
sebatian-sebatian organologam, ikatan logam dengan logam, kompleks kluster, kimia bio-organologam dan
aplikasi kimia organologam peralihan dalam industri. Corak terkini sebatian organologam di dalam aplikasi
semasa juga akan dibincangkan.
Kursus : KIM3305 Kimia Keadaan Pepejal
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Membincangkan struktur dan tenaga bagi keadaan pepejal. Tajuk-tajuk adalah struktur pepejal, kaedah
pencirian terkini, strategi penyediaan, perubahan fasa, kecacatan dan tidak stoikiometri, hubungan struktur
dan sifat, rekabentuk bahan dan keaktifan pepejal.
Kursus : KIM3501 Kimia Polimer
Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini menerangkan dengan terperinci tajuk- tajuk seperti pengkelasan polimer, struktur polimer, mekanisme
dan kinetik pempolimeran, teknik pempolimeran, termodinamik larutan polimer, penentuan berat molekul, sifat
keadaan pepejal polimer, keadaan kekaca, elastomer dan termoset.
Kursus : KIM3800 Kimia Analisis
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi prinsip asas analisis isipadu, kaedah analisis gravimetri, kaedah-kaedah pentitratan asid-
bes, kompleksometri, redoks dan pemendakan. Pengenalan kepada ralat dan pengolahan data analisis serta
pensampelan dan penyediaan sampel analisis juga akan dibincangkan.
Kursus : KIM3801 Kimia Instrumentasi
Kredit : 4 (3+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan prinsip bagi teknik spektroskopi (spektroskopi penyerapan inframerah, spektroskopi
penyerapan Ultra Ungu-lembayung nampak, spektroskopi pendarfloran molekul dan spektroskopi penyerapan
dan pemancaran atom), teknik kromatografi (kromatografi lapisan nipis, kromatografi gas dan kromatografi
cecair) serta teknik elektrokimia (potentiometri dan voltametri). Pelajar turut akan didedahkan secara hands-
on terhadap penggunaan instrumen saintifik.
Kursus : KIM4101 Kimia Koloid
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini mendalami dan menggunakan konsep-konsep kimia fizik yang telah dipelajari untuk satu cabang kimia
fizik yang berkaitan dengan dimensi sesuatu partikel. Ciri fizikal seperti fenomena permukaan, termodinamik dan
pengukuran saiz partikel akan dibincangkan.
Kursus : KIM4106 Spektroskopi Molekul
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan topik-topik seperti simetri dan teori kumpulan, kimia kuantum dan spektroskopi
molekul. Simetri dan Teori Kumpulan: Unsur dan Operasi Simetri, Pengkelasan Molekul, dan Jadual Pencirian;
Kimia Kuantum: Prinsip Kuantum Mekanik, Persamaan Schrodinger, Partikel dalam Kotak, Fungsi Gelombang,
Ketumpatan Kebarangkalian, Gerakan Getaran dan Putaran; Spektroskopi Molekul: Spektra Putaran dan Getaran,
Peralihan Elektronik dan Resonans Magnet.
53
Kursus : KIM4201 Kimia Sebatian Semulajadi
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan secara terperinci mengenai pengenalan kepada sebatian semulajadi, kaedah
pengekstrakan, biosintesis bagi sebatian metabolit sekunder, tapak jalan metabolism bagi alkaloid, terpenoid,
steroid, flavonoid dan sebatian fenolik.
Kursus : KIM4204 Aplikasi Kimia Organik
Kredit : 1 (0+1)
Prasyarat : Tiada
Amali ini melibatkan penyaringan fitokimia sebatian semulajadi, teknik-teknik kromatografi serta kaedah
pengekstrakan dan pengasingan sebatian semulajadi daripada tumbuhan terpilih.
Kursus : KIM4992B Latihan Industri
Kredit : 10 (0+10)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pengurusan sesuatu organisasi, merangkumi
aspek teknikal atau/dan praktikal, keusahawanan dan saintifik. Melalui latihan yang diterima, pelajar akan juga
diuji kemahiran berkomunikasi dan sifat profesional serta etika mereka, dalam proses menyempurnakan sesuatu
tugasan.
Kursus : KIM4997 Kaedah Penyelidikan dalam Sains Kimia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep dan kaedah saintifik dalam melakukan penyelidikan. Konsep asas
statistik akan diperkenalkan seperti populasi, pensampelan dan jenis-jenis taburan yang berkaitan. Unsur-unsur
etika dalam melakukan penyelidikan juga akan diberikan. Akhirnya kursus ini akan memberi pendedahan
kepada pelbagai teknik/kaedah penulisan dan pembentangan lisan dalam suatu topik sains kimia yang dipilih.
Kursus : MTK3003 Matematik untuk Kimia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan konsep asas dalam kalkulus yang boleh digunakan untuk masalah dalam kimia.
Kursus : MTK3006 Statistik untuk Kimia
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan konsep asas statistik, kaedah pemerihalan data, taburan kebarangkalian, ujian hipotesis, korelasi dan regresi linear.
Kursus Elektif
Kursus : KIM3701 Kimia Alam Sekitar
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Topik-topik dalam kursus ini meliputi idea asas komposisi dan struktur bumi. Perbincangan mengenai proses-
proses kimia dan pencemaran di hidrosfera dan litosfera akan diberi penekanan. Kursus ini juga
memperkenalkan elemen-elemen utama di dalam kerak bumi dan kitaran semulajadi elemen-elemen yang
tertentu.
54
Kursus : KIM4102 Kimia Kuantum
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi dua topik utama dalam kimia kuantum iaitu teori kuantum dan struktur atom & spektra
atom. Topik yang dibincangkan adalah Teori Kuantum: prinsip kuantum mekanik, persamaan Schrodinger,
partikel dalam kotak, fungsi gelombang, tenaga, ketumpatan kebarangkalian, teori gangguan; Struktur Atom
dan Spektra Atom; stuktur dan spektra atom bersifat hidrogen, struktur bagi atom banyak elektron,
penghampiran orbital, orbital SCF.
Kursus : KIM4104 Elektrokimia
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi topik-topik lanjutan dalam bidang elektrokimia dan kimia larutan. Topik yang
dibincangkan adalah campuran ringkas, keseimbangan kimia, keseimbangan elektrokimia, pergerakan molekul
dalam cecair, difusi, dinamik pemindahan elektron: voltametri, sel bahananpi dan pengaratan.
Kursus : KIM4105 Kimia Permukaan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Perbincangan akan ditumpukan kepada topik-topik asas kimia permukaan seperti ikatan antara muka pepejal-
cecair, cecair-cecair, pepejal-gas serta penyebaran dan pembasahan akan turut dibincangkan.
Kursus : KIM4202 Kimia Biomolekul
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : KIM3201
Topik-topik kursus ini akan membincangkan secara terperinci mengenai pengkelasan, struktur, konformasi,
stereokimia, tindakbalas penyediaan, tindakbalas kimia, kepentingan kepada industri dan biologi bagi
sebatian biomolekul seperti karbohidrat, protein, asid amino, asid nukleik, lipid dan vitamin.
Kursus : KIM4203 Kimia Heterosiklik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3203
Kursus ini akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan sebatian heterosiklik aromatik yang terdiri
daripada gelang berahli-5 dan -6 dengan satu atau 2-heteroatom. Tindak balas perisiklik iaitu tindak balas
penambahan siklo, tindak balas elektrosiklik dan penyusunan semula sigmatropik juga turut akan dibincangkan.
Kursus : KIM4205 Kimia Lipid
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3200
Kursus ini akan membincangkan lipid dari perspektif bidang sains oleokimia dan industri oleokimia terutama
berkaitan dengan sumber dan fungsi lipid dalam tumbuhan, pengkelasan dan analisis lipid menggunakan teknik
klasik dan intrumentasi, sifat fizikal dan kimia lipid. Kaedah pemprosesan lemak dan minyak, serta proses
modifikasi minyak juga akan turut dibincangkan.
Kursus : KIM4206 Kimia Organik Fizik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3203
Kursus ini akan membincangkan topik-topik berkaitan dengan ikatan kimia, stereokimia, perhubungan
tenaga bebas linear (Persamaan Hammet), mekanisme tindak balas (termasuk termokimia, kinetik, kesan-
kesan isotop, kesan-kesan pelarut dan kumpulan pengganti), perantaraan reaktif (radikal bebas, karbena,
karbanion dan karbokation) dan pengenalan tindak balas fotokimia.
55
Kursus : KIM4207 Kimia Organik Sintesis
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan topik-topik dalam organik sintesis termasuklah pengenalan kimia organik sintesis,
analisis retro sintetik I dan II, kaedah sintesis yang digunakan untuk pembentukan ikatan tunggal (C-C) dan ikatan
dubel (C=C) dan sintesis asimetrik. Selain itu, perbincangan juga melibatkan strategi dan perancangan sintesis
dalam menghasil kan sebatian yang mengandungi penambahan atau pengurangan ikatan C-C, C-X. C=C dan C=X.
Kursus : KIM4301 Kimia Organologam Peralihan Lanjutan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3304
Kursus ini membincangkan beberapa topik lanjutan dalam kimia organologam peralihan, seperti sintesis lanjutan
kompleks organologam, kimia organologam lantanida dan aktinida, ikatan logam dengan logam, kompleks
kluster, peranan kompleks organologam dalam pemangkinan lanjutan, kimia bio-organologam dan aplikasi kimia
organologam peralihan dalam industri.
Kursus : KIM4302 Kimia Fullerena
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan tentang allotrop karbon fullerena dari sudut sejarah penemuan, cara sintesis, sifat-
sifat fizikal dan kimia, mekanisme pembentukan, kaedah spektroskopi yang berkaitan, ramalan struktur
menggunakan teori mekanikal kuantum serta contoh kegunaan bahan-bahan terbitan fullerena dalam industri.
Kursus : KIM4303 Kimia Koordinatan Lanjutan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3303
Kursus ini membincangkan beberapa topik lanjutan dalam kimia tak organik dan kimia koordinatan, seperti
kompleks d-logam, spektra elektronik kompleks, mekanisme tindak balas untuk kompleks d-logam, teori orbital
molekul, teori medan ligan dan aplikasi, serta peranan sebatian koordinatan dalam kimia perubatan.
Kursus : KIM4304 Kimia Kluster
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merangkumi beberapa aspek sintesis, struktur, ikatan dan kereaktifan sebatian kluster. Kluster yang
dibincangkan adalah boron hidrida atau borana yang neutral atau anionik dan logam peralihan sebatian karbonil.
Pendedahan terhadap unsur-unsur lantanida akan dibincangkan.
Kursus : KIM4401 Kimia Forensik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan mengenai sampel-sampel fizikal dan biologi yang terlibat dalam penyiasatan forensik.
Aplikasi teknik analisis ke atas pelbagai sampel forensik akan dibincangkan.
Kursus : KIM4501 Kimia Polimer Industri
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan penggunaan kimia polimer dalam industri pembuatan produk berasaskan polimer.
Tajuk-tajuk yang akan diliputi adalah sifat-sifat bahan, kaedah penyediaan, penggunaan, teknologi penghasilan
dan pemprosesan; modifikasi kimia getah asli dan komposit; penghasilan dan penggunaan gentian sintetik,
gentian karbon dan gentian kaca, teknologi pembuatan cat, varnis, dan perekat; teknologi pembuatan kertas.
56
Kursus : KIM4502 Kimia Cat Dan Penglitup
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : KIM3501
Kursus ini menerangkan konsep asas mengenai cat dan penglitup. Topik-topik merangkumi formulasi cat, jenis-
jenis cat dan penglitup; sistem cat; pigmen, pelarut, pengikat, bahan aditif dan pengisi; penghapusan cat;
teknologi penghasilan, sifat-sifat dan pengujian; penggunaan dan isu global yang melibatkan industri ini.
Kursus : KIM4601 Kimia Bahan Industri
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan tentang jenis dan sifat kimia dan fizik bahan-bahan seperti optik, seramik dan
magnet. Selain itu, kaedah penyediaan bahan-bahan perindustrian berteknologi tinggi seperti sel solar,
semikonduktor, bahan seramik dan gentian optik turut dibincangkan.
Kursus : KIM4602 Kimia Seramik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada topik-topik dalam kimia seramik melalui pengenalan kepada : KIM4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II
seramik, sejarah dan sumbangan kepada masyarakat. Perbincangan difokuskan kepada jenis-jenis bahan
mentah, pemprosesan serta kaedah-kaedah pembuatan barangan seramik. Selain itu, perbincangkan turut
ditumpukan kepada pencirian bahan dan aplikasi bahan seramik dalam teknologi termaju.
Kursus : KIM4603 Kimia Kosmetik
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan perkaitan kimia dalam kosmetik. Perbincangan akan ditumpukan kepada sistem
integumetri kulit, rambut, kuku, perapina kulit, proses asas penuaan; asas dalam rumusan kosmetik seperti
pengemulsi, bahan aktif, pewangi dan pewarna; bahan oleokimia dan minyak kelapa sawit; cara penyediaan
dan formulasi bahan kosmetik akan turut dibincangkan. Aspek pembangunan produk, kualiti, keselamatan
alam sekitar dan perundangan juga akan diberi penekanan.
Kursus : KIM4604 Petrokimia
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan pembuatan dan pemprosesan bahan-bahan asas petrokimia yang penting di dalam
industri petroleum. Bahan-bahan ini termasuk olefina dan bahan aromatik serta terbitannya. Pembuatan gas
karbon dioksida, hidrogen, ammonia dan lain-lain juga akan dibincangkan.
Kursus : KIM4605 Kimia Sintetik dan Aplikasi
Kredit : 3 (2+1)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada kursus-kursus kimia teras yang telah diambil oleh pelajar, ia
menekankan dari aspek kimia sintetik dan konsep yang dipelajari dan diaplikasikan dalam projek penyelidikan
mini yang akan dijalankan oleh pelajar. Penulisan saintifik dan pembentangan hasil projek penyelidikan itu akan
diterapkan dalam kursus.
Kursus : KIM4606 Teknik Analisis Permukaan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan teknik-teknik analisis permukan dalam kimia tak organik dan kimia bahan. Topik-
topik yang dibincangkan adalah prinsip asas alatan, rekabentuk alatan, dan aplikasi sesuatu alatan itu dalam
mencirikan sifat sesuatu bahan.
57
Kursus : KIM4701 Kimia Alam Sekitar Lanjutan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Topik-topik dalam kursus ini membincangkan secara lanjut proses-proses kimia dan pencemaran di
atmosfera terutamanya di stratosfera dan troposfera. Sebagai tambahan, mekanisma kesan rumah hijau
dan pemanasan global akan turut dibincangkan. Kursus ini juga memperkenalkan bahan-bahan sisa
merbahaya dan cara pengurusannya.
Kursus : KIM4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I
Kredit : 2 (0+2)
Prasyarat : Tiada
Pelajar tahun akhir dikehendaki melaksanakan satu penyelidikan di bawah bimbingan seorang atau lebih
pensyarah di Pusat Pengajian. Pelajar dikehendaki mengemukakan satu saranan penyelidikan untuk dinilai.
Kursus ini juga memerlukan pelajar untuk membentangkan saranan dan kemajuan penyelidikan dalam seminar
yang akan diadakan. Pelajar juga akan turut melakukan penyelidikan di makmal yang telah disediakan.
Kursus : KIM4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II
Kredit : 4 (0+4)
Prasyarat : Tiada
Pelajar tahun akhir dikehendaki melaksanakan satu penyelidikan di bawah bimbingan seorang atau lebih
pensyarah di Pusat Pengajian. Pelajar dikehendaki melakukan kerja penyelidikan di makmal penyelidikan yang
disediakan dan mengemukakan satu laporan akhir penyelidikan untuk dinilai pada akhir semester. Setelah
selesai penyelidikan, pelajar dikehendaki membentangkannya dalam seminar dan menyerahkan laporan akhir
yang dijilidkan/salinan lembut ke Pusat Pengajian.
58
SINOPSIS KURSUS TERAS UNIVERSITI
Kursus : BBB3101 Academic Writing Skills
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : BBB2000–English for Academic Communication 1 (minimum grade C) or MUET
Bands 3-6)
This course is designed to develop students’ competence in writing. It introduces students to the skills needed to
become effective writers. Students will be guided through the main stages in writing such as pre-writing, outlining,
drafting and revising which will enable them to produce well-organised and adequately developed essays.
Emphasis is also given on creative and critical thinking which are integral to the writing process.
Kursus : BBB3103 English For Occupational Purposes
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Academic Writing Skills (BBB3101)
The course will cover a range of topics that is related to occupational needs such as writing a resume,
memorandum and proposal, speaking during a job interview and meeting, and presenting ideas in front of an
audience. Learners will learn common language functions and to utilise them appropriately in work place situations.
Exercises and practical in-class sessions will be conducted to give learners some insight into English communication
needs in the work place.
Kursus : MPU3223 Asas Keusahawanan
Kredit : 3 (3+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep asas bidang keusahawanan. Pelajar juga
akan melakukan aktiviti pembelajaran yang menjurus kepada membina minda keusahawanan sebagai persediaan
awal menempuhi alam kerjaya kelak.
Kursus : MPU3122 Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan ilmu ketamadunan yang meliputi pengenalan ilmu ketamadunan, perkembangan dan
interaksi ketamadunan dalam Tamadun Islam, Melayu, Cina, India, serta isu ketamadunan kontemporari dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman mengenai setiap elemen tersebut
dan implikasinya terhadap proses pembangunan negara. Selain itu, perbincangan dan perbahasan dalam kursus
ini turut berperanan dalam usaha melahirkan pelajar yang mengetahui warisan sejarah negara, memupuk nilai
murni, mempunyai jati diri kebangsaan dan menghargai kepelbagaian.
Kursus : MPU3112 Hubungan Etnik
Kredit : 2 (2+0)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini memfokuskan perbincangan berkenaan masyarakat pelbagai etnik serta hubungan etnik di Malaysia.
Perbincangan bermula dengan konsep-konsep asas dan teori berkaitan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan
juga turut menjurus kepada pelbagai bidang yang berkait rapat dengan hubungan etnik meliputi perlembagaan,
politik, ekonomi, agama dan pendidikan. Selain itu, pelbagai isu dan cabaran hubungan etnik di Malaysia dan
global yang perlu ditangani juga turut disentuh. Di akhir kursus, para pelajar dapat memahami pelbagai usaha
yang dilakukan dalam mengurus serta mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia untuk mencapai matlamat
akhir perpaduan negara dan integrasi nasional.
59
Kursus : MPU3173 Kenegaraan Malaysia
Kredit : 2 (0+2)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini membincangkan Sejarah dan Politik, Perlembagaan Malaysia, Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara,
Kemasyarakatan dan Perpaduan, Pembangunan Negara dan Agama dan Kepercayaan. Kursus ini adalah bertujuan
untuk melahirkan graduan yang memahami identiti Malaysia ke arah memupuk semangat kesejagatan. Pengajaran
dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran.
MPU3312 : Apresiasi Alam dan Warisan Laut
Kredit : 2(0+2)
Prasyarat : Tiada
Kursus ini akan menekankan kepada kepentingan untuk menghargai alam dan warisan. Satu aktiviti berteraskan
air yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris akan dianjurkan untuk memberi pengalaman secara langsung kepada
pelajar. Pelajar juga diwajibkan untuk mengikuti aktiviti yang dapat membangunkan kemahiran insaniah secara
holistik. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pendedahan awal bagi merangsang pembelajaran
kendiri dan meningkatkan sikap dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
60
PENGECUALIAN KURSUS
i. “Pengecualian Kursus” ertinya kursus yang dikecualikan kepada pelajar untuk mengambilnya kerana
pelajar tersebut telah mengikuti kursus yang setara dan lulus serta tertakluk kepada persetujuan Pusat
Pengajian yang menawarkan kursus tersebut.
ii. Pelajar layak memohon pengecualian kursus berdasarkan kelayakan akademik sedia ada seperti
sijil/diploma/pengalaman setara yang diiktiraf oleh Universiti.
iii. Pelajar yang bertukar program samada dalam universiti atau dari universiti lain juga layak memohon
pengecualian kursus.
iv. Pengecualian kursus hanya boleh dimohon sehingga minggu ke empat pada semester pertama
pengajian dan sehingga minggu ke empat pada semester kedua pengajian.
v. Pengecualian kursus boleh diberi kepada pelajar yang telah mengikuti kursus yang setara dan lulus
(tertakluk kepada ketetapan program pengajian).
vi. Pengecualian kursus yang boleh diberikan tidak melebihi dari satu pertiga (1/3) daripada jumlah beban
kredit yang diperlukan untuk bergraduat.
vii. Kursus yang diberi pengecualian tidak boleh didaftar semula oleh pelajar bagi meningkatkan Purata Nilaian
Gred Kumulatif (PNGK). Pelajar hanya dibenarkan mengambil semula kursus tersebut sebagai audit sahaja.
viii. Kursus yang dimohon pengecualian hendaklah telah diambil dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun
dari tarikh permohonan.
ix. Pusat Pengajian berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk pelajar, jika perlu,
dalam bentuk temuduga atau peperiksaan khas.
Dipetik daripada: Peraturan Akademik, Universiti Malaysia Terengganu (Edisi 6)
61
BAHAGIAN D
PANDUAN TELEFON &
EMAIL KAKITANGAN
PENTADBIRAN
62
PANDUAN TELEFON DAN EMAIL KAKITANGAN PENTADBIRAN
PEJABAT DEKAN
09-6684100 @
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-668-XXXX
(Samb.)
1. Prof. Dr. Aziz bin Ahmad Dekan [email protected] 3144/3179
2. Kamsiah binti Abdul Latif Setiausaha Pejabat [email protected] 3145
Timbalan Dekan
3. Dr. Hazlina binti Ahamad Zakeri
(Akademik dan Pelajar) [email protected] 3510/3357
4. Sharifah Suryani binti Al Sayed Ali Setiausaha Pejabat [email protected] 3291
Prof. Madya Dr. Wan Iryani binti Timbalan Dekan
5. [email protected] 3125/3946
Wan Ismail (Bakat & Penyelidikan)
6. Sharifah Suryani binti Al Sayed Ali Setiausaha Pejabat [email protected] 3291
7. Tuan Ahmad Marwan bin Tuan Penolong Pendaftar [email protected] 3618
Rosdi Kanan
PEJABAT AM
09-6683100 @
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-668-XXXX
(Samb.)
[email protected].
1. Asma Aishah binti Ismail Penolong Pegawai Tadbir 3454
my
2. Faridah binti Ja’afar Pembantu Tadbir Kanan [email protected] 3287
3. Khadijah binti Mamat Pembantu Tadbir Kanan [email protected] 3607
4. Suhaila binti Abu Samah Pemba [email protected] 3673
Kanan ntu Tadbir (P/O)
5. Mohd Hanif bin Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) [email protected] 3287
6. Wan Azdayanti binti Wan Awang Pembantu Operasi [email protected] 3607
7. Mohd Amir bin Abdul Aziz Pembantu Operasi [email protected] 3607
nurhashimah.mohd@umt.
8. Nurhashimah binti Muda@Mohd Pembantu Operasi 3607
edu.my
MAKMAL SAINS BIOLOGI
09-6683100 @
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-668-XXXX
(Samb.)
1. Norazlina binti Abdul Aziz Pegawai Sains Kanan [email protected] 3224
2. Ku Naiza binti Ku Nordin Penolong Pegawai Sains [email protected] 3229
3224
Kanan
3. Mahidawati binti Mamat Pembantu Makmal 3227
Sains [email protected]
Kanan
4. Normaizianti binti Mohd Pilus Pembantu Makmal [email protected] 3162
5. Abd. Ridzuan bin Abd. Razak Pembantu Makmal [email protected]. 3162
my
6. Muhammad Nasain bin Muhamad Pembantu Makmal [email protected] 3162
Nasir
7. Makmal Biokimia - - 3229
8. Makmal Biologi Umum - - 3135
9. Makmal Histologi - - 3162
10. Makmal Bioteknologi 3223
63
MAKMAL SAINS KIMIA
09-6683100 @
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-668-XXXX
(Samb.)
[email protected].
1. Mohd Yusri bin Mirang Pegawai Sains Kanan 3616
my
Penolong Pegawai
2. Maswadi bin Mustafa [email protected]
Sains 3664
3. Mohd. Jamaluddin bin Jusoh Pembantu Makmal [email protected]
Kanan 3664
Pembantu Makmal
4. Mohd. Tarmizi bin Manaf [email protected] 3664
Kanan
5. Mohd. Ridhwan bin Harun Pembantu Makmal [email protected] 3664
6. Mohd Azmi bin Mohd Hassan Pembantu Makmal [email protected] 3134
7. Makmal Kimia Organik - - 3664
8. Makmal Kimia Asas - - 3134
MAKMAL FIZIK
Bil. Nama Jawatan E-Mail 09-6683100 @
09-668-XXXX
(Samb.)
1. Nusaibah binti Yusof Pegawai Sains Kanan [email protected] 3670
NO. TELEFON PEJABAT AM
UMT
Bil. Nama PTJ No. Telefon
1. Talian Utama (Operator) 09-668-4100
2. Pejabat Am Pengawal 09-668-4114
3. Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar 09-668-4142/4121
4. Pejabat Am Bendahari 09-668-4226/4227/4136
5. Pejabat Am Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah 09-668-4116
6. Pejabat Am Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi 09-668-3791/3784
7. Pejabat Am Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan 09-668-4930/4931
8. Pejabat Am Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran 09-668-3149
9. Pejabat Am Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur 09-668-4139/5003
10. Pejabat Am Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan Maritim 09-668-4149/4163
11. Pejabat Am Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan 09-668-3990/3322
12. Pejabat Am Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan 09-668-3320/3374
13. Pejabat Am Pusat Pendidikan Asas dan Liberal 09-668-3351
64
CATATAN
65