1
ISI KANDUNGAN
Isi kandungan 2
Kata – kata aluan 3
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Adakah pensyarah dan guru sudah bersedia untuk
melaksanakan PDPDT? 6
Adakah pelajar sudah bersedia untuk menerima
pelaksanaan PdPDT? 7
Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. 8-11
Cabaran pentadbir,guru,murid,dan ibubapa 12-19
Kaedah penggunaan aplikasi 20-22
Implikasi Pdpr kepada guru, pelajar dan ibu bapa 23-24
Kesimpulan 25
Cari kata 26
Rujukkan 27
2
KATA - KATA ALUAN
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi
majalah Penghayatan etika dan Peradaban atas kejayaan
menerbitkan majalah Politeknik yang istimewa ini. Terima kasih
kerana memberi kesempatan untuk kami mencoretkan sepatah
dua kata dalam majalah ini.
Majalah Politeknik ialah naskhah yang memaparkan kegiatan
pendidikan danpencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi
warga penuntut ilmu, butiran dangambar yang dimuatkan bakal
menjadi kenangan indah zaman persekolahan.Memang benar
bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah
bercetaksemakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang
bersifat rasmi, majalah akan terus relevan sampai bila-bila.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa
majalah dansidang redaksi. Kepada pembaca majalah ini,
semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.
Sekian, Terima kasih.
3
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan keizinan dari-Nya,maka kami telah dapat
menyiapkan tugasan Kerja Kursus E-Folio Penghayatan
Etika Dan Peradaban dengan jayanya. Insyaallah, tugasan
kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada
saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa
membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah iaitu Encik Nazimi Bin yang banyak memberi
tunjuk ajar dan cara membuat kerja E-Folio mengikut
kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak,
dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan
cemerlang. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin E-folio ini tidak dapat disiapkan.
4
PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
PDPR sebagai kegunaan pembelajaran semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di tahun 2020 dan kini PKP
berterusan di tahun 2021. Sebelum menghurai lebih
mendalam, PDPR adalah singkatan bagi Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah dan Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengeluarkan satu manual untuk kegunaan
guru dalam pengajaran mengikut sukatan semasa PDPR
berlansung. Kegunaan PDPR adalah untuk kegunaan
pembelajaran sama ada guru dan murid juga memberikan
peluang kepada individu untuk mencapai potensi diri serta
memberikan peluang pendidikan sama rata kepada semua
pelajar sekiranya mereka tidak dapat menghadiri kelas
namun dengan adanya PDPR mereka mampu menerima
ilmu di mana sahaja mereka berada. “PdPR ialah PdP yang
dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-
mana lokasi yang bersesuaian. PDPR boleh dilaksanakan
dalam talian dan/atau luar talian dan/atau off-site dengan
berstruktur dan terancang”.
5
Adakah Pensyarah Dan Guru sudah bersedia
untuk melaksanakan PdPDT?
kebanyakan pensyarah dan guru tidak mahu atau tidak
sanggup menerima perubahan ini seterusnya tidak
mengikuti bengkel yang telah dilaksanakan atas sebab
tidak bersedia lagi untuk menukarkan kaedah PdP
tradisional kepada kaedah PdPDT.
Setelah beberapa siri bengkel e-pembelajaran telah
dilaksanakan, terdapat perubahan persepsi daripada
penerimaan pensyarah dan guru. Pensyarah dan guru mula
menerima perubahan kaedah PdP tradisional kepada kaedah
PdPDT.
6
Adakah pelajar sudah bersedia untuk
menerima pelaksanaan PdPDT?
Sebahagian pelajar yang boleh terima PdPDT dan
segelintir pelajar yang tidak boleh menerima PdPDT.
Bagi pelajar yang celik menggunakan teknologi, mereka
boleh mengikut kelas secara PdPDT tetapi ini tidak
menunjukkan bahawa mereka suka kelas PdPDT. Bagi
pelajar yang tidak boleh menerima PdPDT, antara sebab
adalah pelajar yang masuk ke intitusi ataupun pelajar
sekolah mungkin lebih memerlukan kelas dijalankan secara
bersemuka kerana dapat melaksanakan latihan amali terus
selepas pensyarah dan guru menunjukkan demostrasi di
hadapan kelas.
Apabila kelas
dijalankan secara
PdPDT, walaupun
nota dan video
demostrasi
telahpun diberikan
kepada pelajar,
tetapi pelajar masih tidak dapat melaksanakan tugasan
yang diberikan. Ini mungkin disebabkan, tiada faktor
tekanan dan faktor tolakan (push factor) daripada
pensyarah dan guru-guru.
7
Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah
Pelajar semakin sukar untuk menjalankan PDPR
Guru amat sukar untuk memastikan keseluruhan para
pelajar sentiasa hadir semasa kelas secara dalam talian
dijalankan kerana ramai murid yang tidak mengambil berat
dan ada juga murid yang mempunyai masalah tertentu.
Hal ini, menyebabkan kehadiran kelas secara dalam talian
dalam kalangan murid dari setiap kelas dilihat agak merosot.
"Contohnya kehadiran murid kelas hadapan adalah 25 orang
dari 27 orang jumlah keseluruhan, tetapi kehadiran kelas
belakang dilihat hanya 10 dari jumlah keseluruhan iaitu 23
orang.
8
terdapat juga pelajar yang tidak menyiapkan kerja
sekolah dan menghadiri kehadiran di kelas secara atas
talian walaupun guru-guru telah menyediakan pelbagai
bahan dan persiapan.
Guru-guru terpaksa menunggu kehadiran anak-anak murid
selama dua jam atau lebih. Kebanyakkannya juga yang
berbuat demikian adalah pelajar-pelajar yang akan
menduduki peperiksaan . Walaupun bahan PdPR dilakukan
dalam bentuk video, Slide power point dan Modul,
sambutan daripada pelajar sudah semakin berkurangan.
9
Namun begitu, masih terdapat juga guru yang rajin
menelefon ibubapa pelajar dengan bertanya supaya semua
pelajar dapat terlibat dengan sesi pembelajaran secara atas
talian.
Murid yang pandai akan 'selamat' dan yang lemah akan terus
ketinggalan. Berbanding kelas bersemuka kerana pelajar
agak takut untuk membuat tindakan tidak hadir ke sekolah
kerana hukuman akan diberikan oleh guru secara bersemuka.
10
Guru-guru perlu memberi perhatian kepada pelajar-pelajar
yang mempunyai kekangan tersebut supaya mereka tidak
tercicir dalam proses pembelajaran. Perkara paling
penting sekali dalam kalangan masyarakat adalah sentiasa
tidak hilang semangat dalam menimba ilmu, demikian juga
dengan guru supaya tidak hilang semangat dalam
menyampaikan ilmu. Guru-guru juga tidak pernah berduduk
diam namun sebaliknya terus mencurahkan imu semasa
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sejak
18 Mac dan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB). Bagi menyampaikan ilmu kepada pelajar,
Mohd Azizee Hasan yang merupakan Presiden Ikatan
Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyatakan
pendapat bahawa semua warga pendidik khususnya bagi
yang bergelar guru perlu melengkapkan diri mereka dalam
penguasaan teknologi digital dan ilmu berkaitan e-learning.
11
Cabaran Pentadbir, Guru, Murid dan Ibu Bapa
Cabaran dunia semakin menjadi kompleks dengan adanya
perubahan dan perancangan perlu bersifat mudah ubah.
Setiap pemimpin pendidikan berperanan berubah mengikut
kehendak dan keperluan terkini terutamanya pada zaman
milenium. Pentadbir perlu merancang satu pelan tindakan
bagi menghadapi perubahan era pendidikan ini. Pemimpin
perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek apabila
berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat
mengadaptasi apa jua keadaan (Drucker, 2017).
Menteri Pendidikan
Malaysia Dr Radzi Jidin
(2021) dalam
temubualnya bersama
rancangan Bual Bicara
Khas Hari Guru bersama Menteri Kanan Pendidikan
menyatakan penyediaan kaedah pendigitilan dalam
menyampaikan pengajaran memerlukan dasar yang cukup
luas bagi membolehkan persediaan latihan struktur
kompetensi dapat ditingkatkan. 12
Guru perlu mendapat peluang belajar dan mengambil
inisiatif dalam menambah baik pengetahuan dan kemahiran
digital untuk menyampaikan ilmu yang dimiliki. Guru
menghadapi cabaran dalam meningkatkan pengetahuan dan
kompetensi mereka dengan pendekatan pengajaran berbeza.
Tambahan pula, norma baharu menuntut guru untuk
bertugas daripada rumah akibat penularan wabak COVID-
19 sehingga menyebabkan rutin dan budaya kerja guru juga
berubah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) (Rahayu et al. 2020). Rutin kerja guru juga bukan
sahaja mengajar tetapi guru perlu meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT. Petrie (2020) potensi diri
guru boleh dikembangkan dengan menghadiri kursus
pendidikan, latihan dan program pengembangan melalui
beberapa platform dalam talian termasuk platform
komunikasi dan kolaborasi terpadu seperti Microsoft Teams,
Google Classroom, Canvas , Google meet dan zoom.
13
Cabaran guru juga bertambah apabila guru berhadapan
dengan ibu bapa. Dalam New (2020) seorang pekerja swasta,
yang mempunyai anak bersekolah Tahun Satu dan Dua di
Selangor menyatakan, terdapat guru yang tidak konsisten
dalam sesi pengajaran dimana guru sering bertukar-tukar
platform media sosial dan medium pengajaran dalam
mengendalikan kelas PDPR, dalam persediaan guru
melaksanakan pengajaran sepenuhnya secara dalam talian.
Tambahan pula, bahan
pengajaran yang
digunakan tidak
mencukupi kehendak
murid dalam
dmelaksanakan PDPR, sistem penjadualan serta alternatif
lain kepada pelajar dan guru yang tidak mempunyai akses
kepada kemudahan ini. Sebagai contoh, seorang bapa yang
mempunyai anak berusia enam, lapan dan duabelas tahun
menyatakan PDPR bukan sahaja menuntut disiplin tinggi
pelajar, malah peranan ibu bapa juga perlu dan penting
dalam memastikan anak-anak tidak tercicir dalam
mendapatkan akses pendidikan. 14
Kemampuan ibu bapa dalam menyediakan peranti yang
bersesuaian dan akses internet untuk kegunaan pembelajaran
anak menjadi cabaran utama. Ibu bapa perlu menyediakan
keperluan ini bagi memastikan kelangsungan pendidikan
anak-anak mendapat pendidikan secara sama rata. Selain itu,
ibu bapa juga perlu membuat pemantauan ke atas anak-
anaknya sewaktu melaksanakan PDPR.
15
Ini secara tidak langsung ibu bapa perlu meningkatkan
kemahiran mereka dalam penggunaan teknologi. Mohd
Norazmi,Faiza & Ruqia (2021) melalui analisis kajian yang
dilakukan, beliau mendapati antara elemen ibu bapayang
mencabar ialah dari segi penyediaan bahan atau kemudahan,
pengetahuan, kemahiran dan pengurusan keluarga. peluang
yang ada semasa PKP sedikit sebanyak dapat memberi
mereka masa dan ruang untuk bersama dalam membantu
pembelajaran anak-anak mereka. Secara tidak langsung Ibu
bapa mula menerima dan membiasakan diri dengan
pendidikan norma baharu ini.
16
Jika sebelum ini penglibatan murid dalam aktiviti PdP
kebiasaannya dinilai berdasarkan pemerhatian di dalam bilik
darjah. Kriteria-kriteria pemerhatian yang direkodkan dalam
senarai semak ialah seperti kekerapan bertanya soalan,
menjawab soalan guru, memberikan pendapat dalam
kumpulan, membuat pembentangan dan membantu rakan
menyelesaikan masalah. Namun apabila pelaksanaan PdPR,
hanya guru yang akan bercakap dari awal sehingga akhir
kelas dan murid-murid tidak diberi ruang untuk berinteraksi
sesama rakan sebaya mereka, meskipun tidak dinafikan
bahawa masa dan faktor data juga boleh menjadi salah satu
faktor. Cabaran belajar di rumah yang dihadapi oleh pelajar
adalah pelajar yang mempunyai adik beradik yang masih
kecil dan ramai yang sering bermain dan membuat bising,
mengganggu ketika pelajar mengikuti kelas secara dalam
talian. Dengan gangguan tersebut para pelajar sukar untuk
mendengar suara guru dan pelajar lain. Jika pelajar
mempunyai soalan yang hendak ditanya, guru hanya
meneruskan mengajar seperti biasa sahaja kerana tidak
mendengar soalan dan suara pelajar tersebut.
17
Skrin telefon bimbit yang kecil juga menjadi satu cabaran
kerana apa yang dimuat naik oleh guru semasa pembelajaran
secara atas talian menggunakan google meet mahupun zoom
meeting, ianya tidak dapat dilihat dengan jelas.
Manakala di Sabah dan Sarawak, yang terletak di kawasan
pedalaman, kebanyakkan pengajaran dan pembelajaran
dalam talian sangat terbatas kerana mempunyai capaian
internet yang tidak stabil dan ketiadaan alat peranti pintar.
Apabila pelajar-pelajar tidak mempunyai alat peranti pintar,
guru-guru akan menghantar tugasan melalui aplikasi
WhatsApp di dalam kumpulan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG). Manakala bagi yang tidak mempunyai capaian
internet, guru-guru itu sendiri akan menghantar tugasan di
kediaman pelajar tersebut secara bersemuka. Bergantung
dengan keadaan cuaca, sekolah tersebut terletak kira-kira
dalam lima hingga enam jam daripada bandar besar.
Kebanyakkannya, perjalanan dari sekolah ke rumah murid-
murid mengambil masa paling lama mencecah dua jam dan
ada yang perlu melalu jalan balak atau menggunakan perahu.
18
Selain itu, antara cabaran lain ialah apabila menggunakan
waktu PDPR bagi membantu keluarga mereka. sebilangan
pelajar menyatakan bahawa mereka harus menjaga ahli keluarga
mereka yang sakit dan membawanya ke hospital serta
sebilangan pelajar yang terpaksa keluar membantu ibu bapa
berniaga di pasar.
Seterusnya, seorang ibu yang merupakan seorang ahli
perniagaan akan risau untuk membelikan anaknya telefon
bimbit kerana berdasarkan pengalaman masyarakat semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak-anak dirumah
menjadi sangat leka dengan permainan video Ketika ketiadaan
ibu dan bapa yang keluar berniaga di luar. Maka ibu dan bapa
tersebut semasa PKP hanya membenarkan anak mereka
mengikuti kelas secara atas talian menggunakan telefon bimbit
milik mereka mengikut masa yang ditetapkan sahaja.
19
Kaedah :
Penggunaan VooV Meeting, Google Classroom,
Edpuzzle dan Kahoot! dalam PdPDT
Sebelum berlakunya Pandemik COVID-19, para
institusi telah mengambil inisiatif awal untuk
mengadakan beberapa siri bengkel e-pembelajaran
kepada para pensyarah sebagai langkah persediaan
untuk mengendalikan Pengajaran dan Pembelajarn
dalam talian.
Dengan itu, empat platform iaitu VooV Meeting,
Google Classroom, Edpuzzle dan Kahoot! telah
diperkenalkan oleh pasukan E-Pembelajaran bagi
menyokong pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran dalam talian (PdPDT).
Pensyarah telah ditunjuk ajar dan diberi latihan
bagaimana untuk menggunakan keempat platform
tersebut.
20
Kaedah :
Manakala, Google Classroom digunakan sebagai satu
platform dan juga pusat sehentian (One Stop Centre) untuk
memberi informasi kelas, muat naik nota kelas, muat naik
tugasan kelas, memberi kuiz dan mengadakan
perbincangan dan juga untuk pelajar menghantar tugasan di
situ.
Seterusnya, Edpuzzle pula merupakan platform dengan
menggunakan video sebagai bahan utama dalam PdP.
Dengan menggunakan platform ini, pensyarah dapat
membuat soalan kuiz dalam video dan juga dapat memantau
kemajuan pelajar sama ada sudah menonton video
tersebut ataupun tidak.
21
Kaedah :
Akhir sekali, Kahoot! merupakan satu aplikasi yang
menyeronokkan dan menarik untuk digunakan dalam
kelas sama ada semasa kelas bersemuka ataupun secara
PdPDT. Penggunaan Kahoot! dalam PdPDT dapat
membuktikan bahawa platform pembelajaran berasaskan
permainan ini merupakan media yang berkesan untuk
memotivasi dan melibatkan pelajar dalam kelas.
22
Implikasi Pdpr Kepada Guru, Pelajar Dan Ibu Bapa
Pendidikan dalam talian merupakan implikasi ketiga yang
dinyatakan oleh Ehwan Ngadi (2020)9 dalam akhbar
pentaksiran holistik. Terdapat juga perkara dari sisi
positif walaupun perkara tersebut dilihat kelihatan
mempunyai kesan negatif yang dinyatakan oleh segelintir
pengkaji.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan
pembelajaran secara atas talian menggunakan Google
Classroom mengikut panduan pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) bermula 1 April kerana Prof Dr Fatin
Aliah Phang (2020)10 ada menjelaskan supaya pelajar tidak
boleh ketinggalan dalam pendidikan.
23
Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan
mengumumkan sesi pembukaan sekolah dan
penyusunan semula takwim peperiksaan susulan
cabaran yang dibawah oleh pandemik COVID-19
(Professor Dr Abdul Rashid Jamian, 2020)12.
Sistem peperiksaan merupakan satu pembangunan
murid secara holistik. Walaupun Ujian Penilaian
sekolah rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3
dibatalkan, pembabitan aktiviti kokurikulum,
kegagalan dan kejayaan seseorang murid itu
hendaklah diambil kira.
Namun begitu, Kementerian Pendidikan masih
memikirkan cara terbaik untuk mengukur dan
mentaksir murid pada peringkat sekolah rendah dan
menengah. Pelajar, guru dan ibu bapa perlu mengikuti
norma baharu dalam dunia pembelajaran.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian menjadi keperluan apabila seluruh dunia
berhadapan dengan masalah penularan wabak Covid2-4
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, PdPR adalah singkatan kepada Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah yang telah dijelaskan oleh dan Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 bermulanya PdPR ketika
penutupan sekolah tidak kira sekolah rendah, sekolah menengah
mahupun peringkat tinggi seperti Universiti. Semua pelajar
dikehendaki pulang kerumah masing-masing dan meneruskan
pelajaran dirumah secara PdPR.
Secara keseluruhannya, cabaran guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di rumah terutamanya dalam menyesuaikan diri
dengan penggunaan teknologi adalah amat tinggi. Guru perlu
memantapkan diri dengan imu pengetahuan yang selaras
perkembangan pada masa kini. Perkembangan teknologi dengan
pelbagai aplikasi memerlukan guru memberikan komitmen masa
dan wang untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran diri.
Motivasi dan semangat guru perlu dikekalkan untuk terus mendidik
murid-murid serta berusaha untuk mengatasi permasalahan atau
kekangan yang dihadapi sewaktu melaksanakan PdP atau PdPR.
Kesimpulannya, cabaran PdPR ini tidak hanya ditangani secara
bersendiri tetapi ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Guru,
ibu bapa dan murid perlu memikul tanggungjawab ini dalam
memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya dan secara
tidak langsung mencapai hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
25
CARI KATA
G P A D V T N T K O L WC R A
A O A A C R WE O L A P T O P
U W O G D C B E N N G C WP K
T E J G O O R MA R G E L E T
Y R QQL T S DZ C B B K Y A
MP H R O E G L X B W U Y A D
AO I I Y L C VX C A T S Z T
K I Y Q WE A L T J P U K MF
A N B C N F V GA J MO ME A
H T N B WO R D X S Z Y WN Q
OO P L MN I A A S S G T I U
OF G H V WWA Y I J R L L C
T E A MS V L A H Z U I O N D
UN MP P A S T A H WU G O D
R Z S S B ME QK H P R T B M
GOOGLE CLASSROOM WORD
KAHOOT TELEGRAM
LAPTOP YOUTUBE
ONLINE POWERPOINT
W H AT S A P P TELEFON
26
RUJUKAN:
Ø Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran
Atas Talian. Dilihat pada 2 Disember 2020 dari
h t t p s : / / w w w. u s i m . e d u . m y / n e w s / i n - o u r - w o r d s / c o v i d 1 9 - i m p l i k a s i -
pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/.
Ø Dr Fatin Aliah Phang. (2020). Pembelajaran Atas Talian Untuk
Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dilihat pada Disember 2020 dari
https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-untuk-
pembelajaran-sepanjang-hayat/
Ø https://www.researchgate.net/publication/347726927_Pandemik_Covid-
19_Mempercepatkan_Pelaksanaan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Dalam
_Talian_PDPDT_Di_Kolej_Komuniti_Isu_Cabaran_Yang_Dihadapi_Oleh
_Pensyarah_Dan_Pelajar
Øh t t p s : / / w w w. b h a r i a n . c o m . m y / r e n c a n a / m i n d a -
pembaca/2021/05/812576/teliti-cabaran-dihadapi-guru-murid-dalam-pdpr
Ø https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/06/830685/cabaran-
ibu-bapa-keluar-bekerja-hadapi-pdpr
Ø https://www.jejaktarbiah.com/cabaran-pengajaran-dan-pembelajaran-di-
rumah-pdpr-terhadap-para-pendidik/
Ø https://www.astroawani.com/berita-malaysia/segelintir-ibu-bapa-tertekan-
pdpr-tidak-mampu-pantau-terpaksa-bekerja-278300
27