The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah Pendidikan JPN Sabah Peringkat PPD Tambunan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FREDERIC MOUSI (S-PPDTAMBUNAN), 2024-03-06 02:02:45

Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah Pendidikan JPN Sabah Peringkat PPD Tambunan

Buku Program Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah Pendidikan JPN Sabah Peringkat PPD Tambunan

Majlis Amanat TAHUN BAHARU Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Disempurnakan Oleh: Mohd Nazrien bin Abd. Rahman Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat (SICT) “Tambunan MONOTOS, Mendepani Perubahan”


Isi Kandungan BIL PERKARA M/S 1 Setinta Kata 1 - 2 2 Pengenalan Program 3 3 Tentatif Majlis 4 4 Ahli Jawatankuasa Pelaksana 5 - 8 5 Ikrar Rukun Negara 9


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik, selamat pagi dan salam sejahtera. Buah rambutan enak dimakan, Simpan sedikit buat Cik Siti, Datangmu tuan kami nantikan, Amanat pengarah bersama dihayati. Pertama sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat dan limpah kurnia-Nya, Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan dapat melaksanakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah peringkat daerah Tambunan pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohd Nazrien Bin Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat (SICT) iaitu sektor angkat PPD Tambunan di atas kebersamaan pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kerana telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) yang mengambilkira keperluan semua pejabat pendidikan daerah di seluruh negeri dengan fokus kepada peningkatan pencapaian kurikulum, pembangunan sahsiah murid, pembangunan kokurikulum dan sukan serta memantapkan sistem sokongan organisasi. Pada majlis hari ini, kita mensasarkan kehadiran bukan sahaja warga pendidikan tetapi juga Focal Person dan Rakan Strategik PPD Tambunan seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan, Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Daerah dan Kolej Komuniti Tambunan. Ini adalah selari dan sejajar dengan Hala Tuju Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dengan mengambil kira konsep Malaysia Madani dan 7 Teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menekankan penglibatan semua pihak berkaitan dalam meningkatkan dan memperkasakan kemenjadian murid. 1 Haison bin Jahudin A.M.N Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Setinta Kata


Sehubungan dengan itu, majlis kita pada hari ini adalah untuk kita samasama mendengar, memahami dan menghayati huraian dokumen Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2023-2025 yang akan disampaikan oleh wakil Datuk Pengarah, iaitu Sektor angkat PPD Tambunan. Saya mohon agar semua yang hadir di sini pada hari ini dapat memberikan tumpuan dan fokus kepada amanat yang disampaikan agar kita semua dapat membawa amanat ini ke lokasi kita masing-masing untuk dilaksanakan dan direalisasikan bersama. Semoga segala usaha murni ini akan dapat membantu kita mencapai visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan murid yang unggul, sekolah berkualiti, guru kompeten, persekitaran pembelajaran yang kondusif dan komitmen komuniti yang padu seperti mana yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Akhir sekali, ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai di Pejabat Pendidikan daerah Tambunan yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada hari ini. Jutaan terima kasih juga kepada Pn. Chong Ai Ling, Guru Besar SJKC Yuh Min yang sudi meminjamkan premis dan peralatan untuk kegunaan majlis kita pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua tuan / puan rakan strategik yang hadir pada hari ini dan telah memberikan komitmen tinggi untuk menghadiri majlis ini. SJKC Yuh Min tempat bertemu, Girang rasa dapat bertemu, Walau panas mencengkam kalbu, Semoga pulang membawa ilmu. Sekian, terima kasih. 2 Setinta Kata


PENDAHULUAN Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah Pendidikan Negeri Sabah telah dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 15 Februari 2024, bertempat di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Majlis ini seterusnya akan diadakan di semua Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sabah sepanjang 26 Februari 2024 – 15 Mac 2024. Perutusan berfokus kepada: Perkongsian Landskap Baharu Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024. Perkongsian Hala Tuju Sepakat Sabah Hebat (SSH) JPNS Tahun 2023 – 2025 Edisi Ke-2. Pelaksanaan Program Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah JPN ini diurusetia dan diselaraskan oleh Sektor Perancangan Daerah PPD (SPD) dengan kerjasama semua sektor dan unit PPD Tambunan. PUNCA KUASA Surat arahan pelaksanaan : No. Rujukan JPNSBH.SPPD.100-3/1/2 Jld.5(22) bertarikh 20 Februari 2024. OBJEKTIF Memberi pendedahan kepada kumpulan sasaran berkaitan 7 Deklarasi Landskap Baharu Pendidikan JPN Sabah. Memberi kefahaman yang mendalam kepada kumpulan sasaran berkaitan 7 Deklarasi Landskap Baharu Pendidikan JPN Sabah dan perkaitannya dengan PSO serta 9 Fokus Strategik JPNS. Memberi perkongsian dan kefahaman kepada kumpulan sasaran berkaitan peranan masing-masing yang terkandung dalam 6 Prakasa Pendidikan MADANI. KUMPULAN SASARAN Pengarah / Wakil JPN Sabah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Timbalan PPD Penolong PPD School Improvement Partnership (SIP+) School Improvement Specialist Coaches (SISC+) Ketua Pembantu Tadbir PPD dan Sekolah Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Sabah Teachers Union (STU) Persatuan Guru Pendidikan Khas (PGPKS) Kesatuan Ketua Pembantu Tadbir Pendidikan Sabah (KEPTAS) Kesatuan Pembantu Makmal Sains (KPMS) Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sabah Fokal Person Rakan Strategik JPN Sabah 3 Pengenalan Program


MASA PERKARA 1.00 petang Ketibaan AJK Pelaksana 1.30 petang Pendaftaran & Ketibaan Senarai Undangan (Ketua PT PPD & Sekolah, PGB, Pegawai PPD, Pengerusi Persatuan / Agensi) Tayangan Video JPN 1.45 petang Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) HAISON BIN JAHUDIN A.M.N 2.00 petang Ketibaan wakil Pengarah JPNS MOHD NAZRIEN BIN ABD. RAHMAN Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat (SPICT) Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku Ikrar Rukun Negara Bacaan Doa Persembahan Nyanyian Solo (Murid Pendidikan Khas) Ucapan Alu-aluan PPD Amanat Tahun Baharu 2024 Pengarah JPNS Gimik Penyerahan Buku Halatuju PSO JPNS Tahun 2023 – 2025 Edisi Ke-2 & Kamus Landskap Baharu Pendidikan JPNS Penyampaian Cenderahati Jamuan 4.30 petang Majlis dijangka selesai 4 Tentatif Majlis


Penasihat - YBhg. Datuk Raisin bin Saidin Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengerusi - En. Haison bin Jahudin Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Timbalan Pengerusi - En. Abd. Aziz Hj Mohd. Banting Timbalan PPD, SPD - En. Jiro Seong Timbalan PPD, SPS - En. Hadili Muhadi Timbalan PPD, SPb - En. Applonius Jimi Timbalan PPD, SPM 5 JAWATANKUASA UNIT / SEKTOR SKOP TUGAS Setiausaha - Pn. Emily George (SU) - En. Jaslih Dumin (Pen. SU) - Mengadakan perbincangan awal dengan semua pihak yang terlibat. - Menguruskan mesyuarat jawatankuasa pengelola. - Menjadi penyelaras di antara semua jawatankuasa. - Menguruskan semua surat menyurat di peringkat jawatankuasa pengelola - Menyediakan dan menyusun urus tadbir keseluruhan program. - Membentangkan laporan setiap jawatankuasa dalam mesyuarat jawatankuasa induk. Bendahari - Pn. Rosalia Agedius - Membuat pengiraan jumlah perbelanjaan. - Mengagihkan wang peruntukan kepada AJK berkenaan mengikut perbelanjaan yang diluluskan. Ahli Jawatankuasa Pelaksana


6 JAWATANKUASA UNIT / SEKTOR SKOP TUGAS Jawatankuasa Floor Manager & Protokol - En. Jaslih Dumin (K) - En. Oswald Jaipul - En. Christian Joseph - Memastikan setiap atur cara berjalan mengikut masa yang ditetapkan. - Memastikan susun atur dan kedudukan semua VIP serta jemputan betul dan mengikut kekananan. - Menyediakan dan memastikan salutasi dalam susunan yang betul dan mengikut kekananan. Jawatankuasa Persembahan - En. Redzam Laugan (K) - En. Ahmad Syukri - Mencari kumpulan murid / guru untuk persembahan. - Menyediakan dan menghantar surat undangan membuat persembahan. - Memastikan kesediaan kumpulan persembahan semasa majlis. Jawatankuasa Jemputan - Pn. Jovinia Yulus (K) - Pn. Siti Aisah Ibrahim - Mengesahkan senarai undangan - Menyediakan & menghantar surat undangan kepada senarai jemputan (agensi luar, persatuan atau orang perseorangan) - Memastikan kehadiran jemputan / wakil Jawatankuasa Teks Amanat Tahun Baharu & Slaid Pembentangan - Pn. Emily George (K) - Pn. Irene Ipew - Mencetak Teks Amanat Tahun Baharu - Mengoperasikan slaid semasa pembentangan - Memasang tayangan video JPN sebelum acara rasmi bermula - Memastikan kelancaran slaid sepanjang majlis Jawatankuasa Teks Ucapan - Pn. Noemi Justin (K) - Pn. Lucia Francisca - Menyediakan teks ucapan aluan PPD - Mencetak teks ucapan & menyerahkan kepada PPD Jawatankuasa Stage Manager - En. Albert Ikon (K) - En. Rodney Samuil - En. Mohd Ridhwan - Memastikan susun atur peralatan yang digunakan di atas pentas sentiasa dalam keadaan sedia apabila diperlukan - Memastikan acara yang berlangsung atas pentas lancar - Bekerjasama dengan AJK PA Sistem Ahli Jawatankuasa Pelaksana


7 JAWATANKUASA UNIT / SEKTOR SKOP TUGAS Jawatankuasa Penyambut Tetamu - Semua TPPD - Pegawai SIP+ - Pegawai Eksekutif Tinggi - Menyantuni VIP yang hadir (e.g. Pegawai JPNS) - Menyantuni Tetamu Undangan (e.g. Fokal Person, Pengerusi Persatuan dll) Jawatankuasa Buku Atur Cara & Backdrop - Ustaz Saleh Hudin - En. Frederic Mousi - Menyediakan backdrop majlis - Menyediakan Buku Atur Cara - Bekerjasama dengan setiausaha untuk mendapatkan kandungan buku aturcara. Jawatankuasa Persiapan Dewan & Pentas - En. Adabert Kanor (K) - En. Raynold David - Pn. Sabina Santiu - Pn. Linda Claudius - En. Hussien L - En. Peter Rotis - Pn. Masusyta Awang - Pn. Maria Magdalena - Pn. Jenneper Ann - Pn. Glory Cleophas - Pn. Sarimah Lisin - Pn. Subina Kuyong - GB SJKC Yuh Min - Menyusun kerusi / meja di dewan - Melabel kerusi VIP (mengikut kekananan) - Memasang backdrop (jika berkaitan) - Menghias pentas Jawatankuasa Pendaftaran - Pn. Jasekah Jusipin (K) - Pn. Lesia Ukor - Menyediakan rekod kehadiran (e.g. Buku Kehadiran / QR Code) - Merekodkan kehadiran dalam SPLKPM Jawatankuasa PA Sistem, Peralatan Teknikal & Rakaman / Dokumentasi - En. Applonius Jimi (K) - En. Alfred Joumil - En. Khairul Nizam - En. Braille Jamin - En. Jonathan Vitus - En. Micel Stanis - En. Shirlerry Anon - En. Jerry Damianus - En. Calvin Rain - GB SJKC Yuh Min - Menyediakan peralatan teknikal (Mikrofon, LCD, Layar, Extension wire) - Menyediakan PA Sistem - Memastikan semua peralatan berfungsi sepanjang majlis - Merakam gambar & video sebelum dan semasa majlis berlangsung Jawatankuasa Peralatan & Pengangkutan - En. Lieand Augustine (K) - En. Jefli Joseph - En. Abd. Wahid Johimin - Mengurus keperluan peralatan seperti kerusi, meja, sofa, rostrum dll - Berhubung dengan pentadbir sekolah untuk urusan peralatan - Menyediakan pengangkutan peralatan ke lokasi majlis Ahli Jawatankuasa Pelaksana


8 JAWATANKUASA UNIT / SEKTOR SKOP TUGAS Jawatankuasa Penghargaan & Cenderahati - Pn. Rozita Francis - Pn. Marcella Michael - Menyediakan cenderahati & cadangan budget cenderahati - Mengurus acara penyampaian cenderahati di atas pentas - Menyediakan Sijil Penghargaan kepada rakan strategik / tetamu undangan (e.g. Fokal Person, Pengerusi Kesatuan dll) - Menyediakan sijil penghargaan kepada murid yg membuat persembahan & guru pengiring Jawatankuasa Keselamatan & Kebersihan - En. Jais Bianus (K) - Pn. Bernadette Rensin - Pn. Rosjiah Oran - Memastikan lokasi majlis berada dalam keadaan selamat - Menyediakan lot parkir kereta untuk VIP - Menyediakan kemudahan tong sampah / plastik sampah di kawasan lokasi - Memastikan kawasan lokasi majlis berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas majlis berlangsung Jawatankuasa Pembaca Doa - Ustaz Saleh Hudin Rusinin - Memimpin bacaan doa sebelum majlis rasmi bermula Jawatankuasa Pengacara Majlis - Pn. Rose Vitus - En. Azmi Sidek - Menyediakan teks pengacaraan - Mengendalikan pengacaraan sepanjang majlis berlangsung Jawatankuasa Bacaan Ikrar - En. Jenius Rantisan - Mengurus pelaksanaan slot bacaan ikrar Jawatankuasa Jamuan - Pn. Rosneh Wasli (K) - Pn. Doreen Kunsong - Pn. Juhilo Sikul - Menyediakan menu & Cadangan budget jamuan - Menghubungi pembekal perkhidmatan - Memastikan jamuan tersedia sebelum acara Jawatankuasa Kuiz - En. Christian Joseph - Pn. Noemi Justin - En. Mohd. Khairul Nizam - Menyediakan soalan kuiz berdasarkan isi kandungan pembentangan - Menyediakan Kuiz Kahoot Ahli Jawatankuasa Pelaksana


9 Ikrar Rukun Negara


Sekalung Penghargaan


Click to View FlipBook Version