Kiki Arnab Gagap Si Nurin Nazifa Mahadzir Norani Abd Rahim
Buku ini kepunyaan :
Cetakan pertama 2025 Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan daripada penerbit ISBN : 978-967-5580-XX-X Terbitan: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Syukur ke hadrat llahi kerana dengan izin-Nya, saya dapat menyiapkan buku cerita "Kiki Si Arnab Gagap" ini. Buku ini dihasilkan dengan harapan dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kanak-kanak tentang keyakinan diri, persahabatan, dan usaha untuk mengatasi kelemahan diri. Kisah Kiki, seekor arnab kecil yang memiliki kekurangan dalam pertuturan, adalah cerminan kepada cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah individu dalam kehidupan. Namun, dengan semangat tidak berputus asa dan bantuan rakan-rakan, Kiki berjaya membuktikan bahawa kelemahan bukan penghalang untuk berjaya. Saya berharap cerita ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca cilik agar mereka lebih yakin dengan diri sendiri dan belajar menghargai keunikan masingmasing. Semoga kisah ini juga dapat mendidik mereka tentang erti kasih sayang, sokongan, dan kepercayaan kepada kebolehan diri. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan buku ini. Semoga ia menjadi bacaan yang bermakna dan memberi manfaat kepada semua. Nurin Nazifa binti Mahadzir
Watak dan Perwatakan Kiki : Seekor arnab putih yang comel tetapi memiliki masalah gagap ketika bercakap. Seorang yang pemalu dan rendah diri kerana sering diejek oleh haiwan lain. Seekor kura-kura tua yang bijaksana dan penyabar. Memberikan nasihat dan dorongan kepada Kiki supaya tidak malu dengan kelemahannya. Pak Tuga: Si Monyet Nakal : Seekor monyet yang nakal dan suka mengejek haiwan lain, terutamanya Kiki. Suka bergurau tetapi kadangkala keterlaluan sehingga menyakiti hati Kiki. Pada akhirnya, dia menyedari kesilapannya dan meminta maaf kepada Kiki.
Watak dan Perwatakan Seekor tupai yang lincah dan selalu bersama Monyet. Ikut mentertawakan Kiki kerana gagap, tetapi sebenarnya dia tidak berniat jahat. Menyesal apabila menyedari bahawa Kiki lebih berani dan hebat dari yang disangkanya Si Tupai Lincah Harimau Seekor harimau yang gagah dan disegani dalam hutan. Menjadi pelindung kepada Kiki ketika dia dibuli oleh Monyet dan Tupai. Mengajar haiwan lain untuk saling menghormati dan tidak memandang rendah orang Lilo Seekor kura-kura betina yang merupakan sahabat kepada kiki. Lilo memainkan peranan penting dalam membantu Kiki mengatasi ketakutannya dan menerima diri seadanya. Seekor kura-kura yang tenang dan suka membantu haiwan lain dalam hutan.
Kiki, seekor arnab putih yang comel, selalu berasa rendah diri kerana dia gagap ketika bercakap. Di dalam hutan, haiwan-haiwan lain seperti Monyet dan Tupai sering mentertawakannya, membuatkan Kiki semakin sedih dan enggan bercakap dengan sesiapa. Namun, segalanya berubah apabila Kiki bertemu dengan Kura-Kura yang bijak dan Harimau yang penyayang. Mereka menyokong dan memberi semangat kepada Kiki supaya tidak malu dengan dirinya sendiri. Dengan bimbingan dan dorongan mereka, Kiki belajar untuk lebih yakin dan berani menghadapi dunia walaupun mempunyai kekurangan. Ketika ribut besar melanda hutan, Kiki terpaksa mengatasi ketakutannya untuk menyelamatkan seekor burung hantu yang tersangkut di dahan pokok. Keberaniannya mengejutkan semua haiwan lain, termasuk Monyet dan Tupai yang akhirnya menyesali perbuatan mereka. Kisah Kiki Si Arnab Gagap mengandungi nilai persahabatan, keberanian, dan kepercayaan diri. Ia mengajar kanak-kanak bahawa setiap individu istimewa dengan keunikan mereka sendiri dan kelemahan bukanlah penghalang untuk berjaya. Sinopsis
Di sebuah hutan hijau yang damai, tinggal seekor arnab bernama Kiki. Kiki seekor arnab yang sangat comel, berbulu putih bersih, dan mempunyai sepasang telinga yang panjang. Kiki sangat baik hati dan suka menolong kawankawannya. Namun, ada satu perkara yang membuatkan dia berasa rendah diri. Dia gagap apabila bercakap. Setiap kali Kiki ingin berbual, perkataannya selalu tersekat-sekat. S-s-s-selamat pagi, T-t-t-tupai, ” sapa Kiki pada suatu pagi. Si Tupai Lincah yang sedang mengunyah kacang tertawa kecil. “Hahaha! Kiki, kenapa kau bercakap begitu? Cuba cakap betul-betul!” ejeknya. Kiki tunduk malu. Dia tahu bahawa dia tidak boleh mengawal gagapnya. 1
Di sebatang pokok tinggi, seekor monyet sedang bergayut dari satu dahan ke dahan lain. Itulah Si Monyet Nakal yang suka mengusik haiwan lain. “Hei, semua! Dengar sini! Kiki nak bercakap!” jeritnya sambil ketawa. Beberapa haiwan lain yang berada di sekitar hutan mula memberi perhatian. Kiki berasa semakin gementar. Dia tidak suka menjadi perhatian, apalagi jika semua sedang menunggu dia bercakap. 2
“K-k-k-kenapa…” Kiki cuba bersuara, tetapi perkataannya tersekat lagi. Si Monyet Nakal ketawa sambil meniru cara Kiki bercakap. “K-k-kkenapa?” ejeknya, membuatkan haiwan-haiwan lain turut ketawa kecil. Kiki berasa sangat malu. Dia menundukkan kepalanya dan segera berlari ke dalam semak. Hatinya terasa sebak. “Kenapa aku tak boleh bercakap seperti mereka?” fikirnya sedih. Di bawah sebatang pokok besar, Kiki duduk bersendirian. Dia termenung, melihat sekumpulan burung berkicau riang di atas dahan. Mereka boleh berkicau dengan lancar tanpa masalah, sedangkan dia menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan satu ayat penuh. 3
“Tiba-tiba, terdengar bunyi langkah perlahan menghampirinya. “Kiki, kenapa kau bersedih?” tanya suara lembut. Kiki mengangkat kepalanya dan melihat seekor kura-kura tua berdiri di hadapannya. Ia adalah Pak Tuga, kura-kura paling bijak di hutan itu. “Mereka ketawakan saya, Pak Tuga. Saya… saya gagap.” Suara Kiki kedengaran perlahan dan sayu. Pak Tuga tersenyum. “Kiki, setiap makhluk ada keistimewaannya sendiri. Jangan biarkan ejekan mereka membuatkan kau lupa siapa diri kau.” 4
Kiki menghela nafas panjang. “Tapi bagaimana, Pak Tuga? Saya mahu jadi seperti mereka. Saya mahu bercakap dengan lancar.” Pak Tuga duduk di sebelah Kiki dan berkata dengan lembut, “Ada perkara yang lebih penting daripada bercakap dengan lancar, Kiki. Hati yang baik, keberanian, dan kebijaksanaan—itu lebih bermakna.” hatinya berasa sedikit tenang. Jangan bersedih, Kiki. Suatu hari nanti, kau akan sedar bahawa kau lebih istimewa daripada yang kau sangka, 5
Kiki termenung dan berbisik perlahan. Dia tidak tahu bahawa suatu hari nanti, kata-kata Pak Tuga akan menjadi kenyataan. Betulkah aku istimewa ? 6
Keesokan paginya, Kiki keluar dari sarangnya dengan hati yang berat. Dia masih teringat kata-kata Pak Tuga, tetapi sukar untuk melupakan ejekan haiwanhaiwan lain. Ketika dia berjalan menuju ke padang rumput, dia terdengar suara-suara ketawa. 7
Hei, lihat! Si Arnab Gagap datang! 8
“Cukuplah. Jangan mengejek Kiki.” 9
11
Sejak ditegur oleh Sang Belang, Si Monyet Nakal dan Si Tupai Lincah tidak lagi berani mengejek Kiki secara terang-terangan. Namun, Kiki masih berasa sedih. Dia tetap berasa berbeza daripada haiwan lain kerana gagapnya. Pada suatu petang, Kiki duduk di bawah sebatang pokok besar berhampiran sungai kecil di hutan. Dia termenung, merenung permukaan air yang berkilauan di bawah cahaya matahari. Kenapa aku tak boleh jadi seperti haiwan lain? Aku nak bercakap dengan lancar… aku nak berkawan tanpa rasa malu… 12
Tiba-tiba, terdengar suara lembut menyapanya. “Kiki, apa yang kau buat di sini sendirian?” Kiki menoleh. Seekor kura-kura kecil dengan cangkerang kehijauan sedang berdiri di tepinya. Ia adalah Lilo, kura-kura yang selalu tenang dan baik hati. “T-t-t-tiada apa…” jawab Kiki perlahan, cuba mengelak daripada berbual panjang. Lilo tersenyum dan duduk di sebelahnya. “Aku dengar apa yang berlaku pagi tadi. Aku tahu kau sedih.” 13
Kiki menunduk. “M-m-mereka kata aku pelik, Lilo. Aku nak bercakap seperti haiwan lain, tapi aku tak boleh.” Lilo mengangguk perlahan. “Aku faham. Aku juga selalu diejek kerana aku berjalan lambat.” Kiki terkejut. “Kau? Tapi…kau tak pernah nampak sedih pun.” Lilo ketawa kecil. “Dulu aku memang rasa sedih. Tapi kemudian aku sedar, menjadi perlahan bukanlah sesuatu yang buruk. Ia membolehkan aku melihat dunia dengan lebih teliti, dan aku lebih berhati-hati.” Kiki terdiam. Lilo menyambung, “Aku tak peduli apa yang haiwan lain kata. Aku tahu aku tetap berguna walaupun aku tak sepantas mereka. Kau juga begitu, Kiki. Kau tetap istimewa walaupun kau gagap.” Kiki terharu mendengar kata-kata itu. Ini kali pertama ada yang memahami perasaannya. “T-t-terima kasih, Lilo.” 14
Lio tersenyum. “Mulai hari ini, kau boleh anggap aku sebagai sahabat kau. Kalau ada yang mengejek kau lagi, aku akan tetap di sisi kau.” Mata Kiki berkaca. Dia tidak sangka ada haiwan yang mahu menjadi sahabatnya tanpa memandang kelemahannya. Hari itu, Kiki belajar satu perkara—sahabat sejati tidak akan menilai seseorang berdasarkan kekurangannya, tetapi akan menerima mereka seadanya. 15
Beberapa hari selepas Kiki dan Lilo menjadi sahabat baik, sesuatu yang mengejutkan berlaku di hutan. Pada suatu malam, langit gelap tanpa bulan, dan angin bertiup kencang. Dahan-dahan pokok bergoyang kuat, membuatkan haiwan-haiwan kecil bersembunyi di sarang masing-masing. Tiba-tiba, terdengar suara cemas berkumandang di hutan. “Tolong! Tolong! Anak saya jatuh!” Kiki yang sedang berehat di bawah pokok besar segera terjaga. Dia mengenali suara itu. Itulah suara Ibu Burung Hantu! 16
Tanpa berfikir panjang, Kiki melompat dan berlari ke arah suara tersebut. Di satu kawasan berhampiran pokok tertinggi di hutan, beberapa haiwan lain sudah berkumpul. Ibu Burung Hantu kelihatan cemas, kepaknya mengepak-ngepak dengan gelisah. “Nini… anak saya jatuh dari sarang! Saya tak tahu di mana dia sekarang!” rintihnya. Semua haiwan terdiam. Mereka tahu bahawa sarang burung hantu terletak di puncak pokok yang sangat tinggi. Dalam kegelapan malam, sukar untuk mencari anak burung hantu yang kecil dan lemah. Harimau tua mengarahkan semua haiwan untuk mencari anak burung hantu itu. Kita kena cari dia !! 17
Kiki memandang sekeliling. Hatinya turut berdebar. “B-b-boleh saya b-bantu?” Si Tupai Nakal mencebik. “Kau? Kau nak bantu macam mana? Kau pun takut tinggi, kan?” Kiki menggenggam kakinya dengan kuat. Memang benar, dia tidak biasa memanjat pokok setinggi itu. Tetapi dia tidak boleh berdiam diri. “T-t-tapi… kita k-k-kena cari juga, ” kata Kiki bersungguh-sungguh. Lilo menghampiri Kiki dan berkata, “Aku sokong kau, Kiki. Kita tak boleh biarkan Nini dalam bahaya.” Sang Belang mengangguk. “Baiklah. Kita semua akan bantu.” 18
19
Kiki melihat Nini yang semakin hampir jatuh. Tanpa berfikir panjang, dia meminta bantuan Si Monyet Nakal dan Si Tupai Lincah. Si Monyet Nakal dan Si Tupai Lincah teragak-agak, tetapi mereka tahu ini bukan masa untuk membantah. Mereka segera melompat ke pokok sebelah yang lebih kuat. “Lilo! Cepat ambil daun besar dan ikat dengan sulur!” arah Kiki dengan pantas. Lilo segera meminta pertolongan beberapa haiwan lain untuk menganyam daun besar menjadi jaring penyelamat. “M-m-monyet! Tupai! P-ppanjat pokok sebelah!” 20
Sementara itu, Kiki melompat ke atas batu besar dan berseru, “Nini, p-p-perlahan-lahan terbang ke arah M-monyet dan Tupai!” Nini yang ketakutan cuba menggerakkan sayap kecilnya. Namun, sebelum dia sempat berbuat apa-apa, KRAKK! Dahan tempatnya berpaut patah! “AHHHH!” jerit Nini. Semua haiwan terkejut. Tetapi mujurlah, Si Monyet Nakal dan Si Tupai Lincah sudah bersedia. Mereka segera menangkap Nini di udara dan menghantarnya ke jaring daun yang telah disiapkan oleh Lilo dan haiwan lain. “Berjaya!” sorak semua haiwan. Ibu Burung Hantu segera terbang mendapatkan anaknya dan memeluknya erat. “Terima kasih! Terima kasih, semua!” katanya terharu. 21
Sang Belang tersenyum dan berkata, “Semua ini berjaya kerana pelan Kiki. Walaupun dia gagap, dia tetap berani dan bijak.” Si Monyet Nakal dan Si Tupai Lincah saling berpandangan sebelum menunduk malu. “Kiki, maafkan kami kerana selalu mengejek kau, ” kata Si Monyet Nakal. Si Tupai Lincah mengangguk. “Kami tak sangka kau sebenarnya sangat hebat!” Kiki tersenyum malu. “T-t-terima kasih.” Pada hari itu, Kiki sedar bahawa kelemahannya tidak menghalangnya untuk menjadi berani dan membantu orang lain. Dia tidak lagi berasa rendah diri. Kini, dia lebih yakin dengan dirinya sendiri. 22
Sejak kejadian menyelamatkan Nini, seluruh hutan mula memandang Kiki dengan penuh hormat. Jika dahulu dia hanya dikenali sebagai “Si Arnab Gagap, ” kini dia dihormati sebagai arnab yang bijak dan berani. Namun, yang paling penting, Kiki sendiri berasa lebih yakin dengan dirinya. Walaupun dia masih gagap ketika bercakap, dia tidak lagi takut untuk bersuara. Pada suatu pagi, ketika Kiki berjalan di tepi sungai, Si Monyet Nakal dan Si Tupai Lincah menghampirinya. “Kiki, kami nak minta maaf sekali lagi. Boleh kita berkawan?” tanya Si Tupai Lincah dengan ikhlas. Kiki tersenyum. “S-sudah tentu! S-ssemua orang boleh jadi kawan.” Si Tupai Lincah melompat kegembiraan. “Hebat! Mulai hari ini, kami akan pastikan tiada siapa mengejek sesiapa lagi.” 23
Sejak hari itu, Kiki mempunyai ramai kawan. Dia dan Lilo tetap sahabat baik, tetapi kini mereka sering bermain bersama Monyet, Tupai, dan haiwan-haiwan lain. Satu hari, Sang Belang memanggil semua haiwan ke dataran luas di tengah hutan. “Haiwan-haiwan sekalian, kita telah belajar sesuatu yang penting dari Kiki. Keberanian dan kebijaksanaan tidak bergantung kepada cara seseorang bercakap, tetapi pada tindakan mereka.” Semua haiwan bersorak setuju. Sang Belang menoleh kepada Kiki dan berkata, “Kiki, mulai sekarang, kau adalah contoh kepada semua haiwan di hutan ini. Teruskan menjadi dirimu yang baik hati dan berani.” 24
Kini, Kiki bukan lagi si arnab pemalu—dia adalah Kiki yang baru, Kiki yang berani. Kiki berasa sangat terharu. Dahulu, dia malu dengan kekurangannya. Tetapi kini, dia tahu bahawa setiap makhluk ada keistimewaannya sendiri. 25
Pada suatu petang yang damai, Kiki duduk di tepi sungai bersama Lilo, Si Monyet Nakal, dan Si Tupai Lincah. Mereka menikmati angin sepoi-sepoi yang menyegarkan. “Kiki, kau memang hebat, ” kata Lilo sambil tersenyum. Si Monyet Nakal mengangguk. “Ya, kau mengajar kami bahawa tidak mengapa kalau kita ada kelemahan. Yang penting, kita berani dan tidak pernah berputus asa.” Kiki tersenyum. “T-t-terima kasih, kawankawan. Saya hanya l-l-lakukan apa yang betul.” Mereka semua ketawa gembira. 26
Sejak hari itu, Kiki terus menjalankan tugasnya sebagai Penjaga Hutan. Dia membantu sesiapa yang memerlukan, memastikan keamanan di hutan, dan yang paling penting, dia sentiasa menjadi dirinya sendiri. Walaupun dia masih gagap, dia tidak lagi merasa malu. Dia tahu bahawa setiap makhluk mempunyai keistimewaan masing-masing, dan yang paling penting adalah keberanian dan kebaikan hati. Dan begitulah kisah Kiki Si Arnab Gagap, yang membuktikan bahawa kelemahan bukan penghalang untuk menjadi seorang wira. Tamat 27
Nilai dan Pengajaran Keyakinan Diri Kiki menghadapi cabaran kerana kegagapannya, tetapi dia belajar untuk percaya pada dirinya sendiri dan berusaha mengatasi kekurangan tersebut. Walaupun sering diejek oleh rakan-rakan, Kiki tidak berputus asa dan terus berusaha untuk bercakap dengan lebih baik. Ini menunjukkan bahawa kesabaran dan ketabahan adalah kunci kejayaan. Saling Membantu Kesabaran dan Ketabahan Persahabatan sejati Watak-watak dalam cerita ini menunjukkan bagaimana tolongmenolong boleh membantu seseorang menjadi lebih kuat dan yakin. Rakan-rakan yang baik akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Dalam cerita ini, terdapat watak yang membantu Kiki dan menerima dia seadanya. Ini mengajar pembaca tentang pentingnya persahabatan yang ikhlas.
Teka Silang Kata !
Kiki, seekor arnab comel tetapi gagap, sering diejek oleh haiwan lain di hutan. Namun, dengan sokongan sahabatnya, Lili, dan pengajaran berharga daripada pengalaman, Kiki mula menerima dirinya dan menemukan keberanian yang tidak disangkanya. Ikuti perjalanan Kiki dalam mengatasi rasa rendah diri dan membuktikan bahawa setiap kelemahan boleh menjadi kekuatan.