The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.VISI DAN MISI 2.TENTATIF
3.JAWATANKUASA KERJA
4.JAWATANKUASA PIBG 5.NOTIS MESYUARAT 6.MINIT MESYUARAT KE-44 7.USUL BAHARU
8.PENGHARGAAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58053898, 2021-10-14 09:28:14

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SULTANAH ASMA KE-45 2021

1.VISI DAN MISI 2.TENTATIF
3.JAWATANKUASA KERJA
4.JAWATANKUASA PIBG 5.NOTIS MESYUARAT 6.MINIT MESYUARAT KE-44 7.USUL BAHARU
8.PENGHARGAAN

Keywords: MESYUARAT AGUNG PIBG 2021,SK SULTANAH ASMA

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH PENDIDIKAN
BERKUALITI

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
BERKUALITI

UNTUK MELAHIRKAN INDIVIDU YANG
MAMPU BERSAING PADA PERINGKAT

SEKOLAH

TENTATIF MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PIBG KALI

KE-45

MASA BUTIRAN
8:30 pagi - Kemasukan jemputan ke Google Meet melalui link yang
9:00 pagi diberikan oleh guru kelas.
9:10 pagi - Persembahan tarian dan ukulele
- Pengisian kehadiran melalui Google Form
9:30 pagi - Ucapan pengerusi majlis
9:40 pagi - Bacaan doa
- Ucapan YDP PIBG SK Sultanah Asma
11:30 pagi
Tn Hj Abdul Rahim Mat Sam, AMK, BKM
- Ucapan Guru Besar SK Sultanah Asma

Pn Huslina bt Mohd Hussain, PJK
- Ucapan Perasmi Mesyuarat
YB Dato’ Suraya Binti Yaacob DSDK,PJN, SDK,BKM,JP
-Selayang Pandang (Tayangan video)
-Sidang Mesyuarat bermula
• Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG / Pengerusi
• Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat

Agung PIBG Kali ke-44 Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma
• Membentang dan menerima Penyata Pendapatan dan

Perbelanjaan PIBG bagi tahun yang berakhir pada 31
Disember 2020
-Rehat / cabutan bertuah
-Sidang Mesyuarat bersambung
• Membahaskan usul-usul
• Ucapan penangguhan
-Cabutan Bertuah
Majlis bersurai

JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN PIBG KALI KE-45

PENASIHAT : PN HUSLINA BT MOHD HUSSAIN, PJK
(GURU BESAR)
PENGERUSI : TN HJ ABDUL RAHIM MAT SAM, AMK, BKM
(YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU)
TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK IMRAN BIN MUSA
(NAIB YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU)
NAIB PENGERUSI I : EN WAN ANISHAM BIN WAN ISHAK
(PENOLONG KANAN KURIKULUM)
NAIB PENGERUSI II : PN NAZREYANA BINTI MD NORDIN
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
NAIB PENGERUSI III : EN AHMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM
(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA : PN FARIDAH HANIM BINTI ABDUL AZIZ
NAIB SETIAUSAHA : PN AMUZAIDA BINTI AHMAD
BENDAHARI : EN ROSMADI BIN OMAR

BIL BUTIRAN TINDAKAN

1 Jawatankuasa PN KHAIRIZAH BINTI RAMLI

Pendaftaran

2 Jawatankuasa Buku PN FARIDAH HANIM BINTI ABDUL AZIZ

Program

3 Jawatankuasa Penyediaan PN SUZAINA BINTI CHE NAT

Teks Ucapan

4 Jawatankuasa PN NUR ILYANI BINTI LAIT SERJANA

Dokumentasi

5 Bacaan Doa EN IMRAN BIN MUSA / EN ZULKFILI BIN

ABDULLAH

6 Jawatankuasa Pengacara EN KHAIRUL BASHAR BIN BAHRIN

/ Moderator

7 Jawatankuasa Pentadbir PN RAFIDAH BINTI REJAB

Google Meet / Youtube

8 Jawatankuasa Pencatat PN NUR ATIKAH BINTI MAHADZIR

Minit

9 Jawatankuasa Penyediaan PN SOBIROH BINTI AHMAD

Slaid

10. Jawatankuasa Jemputan PN NORIZAN BINTI ABD RASHID

11. Jawatankuasa Hadiah PN SURAYA BINTI ABDULLAH

12. Jawatankuasa Banner dan EN FAUZI BIN HAMZAH

Poster

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE-45
BIL BUTIRAN TINDAKAN

1 Jawatankuasa Pendaftaran 1. PN KHAIRIZAH BINTI RAMLI

2. PN NORZAFIRAH BINTI MOHD ZAKI

3. CIK NUR IZZAH BINTI AHMAD MOKHTAR

4. PN NAZREYANA BINTI MD NORDIN

5. PN ARIZA BINTI AHMAD

6. PN AZURAWATI BINTI ADAM

7. PN KAIRATULFAKIRAH BINTI OMAR

8. PN LEAN NYIOK MOY

9. PN NOOR AINI BINTI ABDULLAH

10.PN NORASITA BINTI ABDULLAH

11.PN SARIMAH BINTI ABD RAHMAN

12.PN SITI MUNIRAH BINTI MOHD SHUKRI

13.PN SURIANI BINTI ABDULLAH TAUHID

2 Jawatankuasa Buku 14.PN ZALEHA BINTI SAIDIN
Program 1. PN FARIDAH HANIM BINTI ABDUL AZIZ

2. PN AMUZAIDA BINTI AHMAD

3. PN NUR SHAHIDA BINTI KHALID

4. PN HAZRY SHEREENA BINTI MUHAMAD

MUZAMMIL

3 Jawatankuasa Penyediaan 1. PN SUZAINA BINTI CHE NAT

Teks Ucapan 2. PN RAFIDAH BINTI REJAB

4 Jawatankuasa 3. PN NURUL SYUHADA BINTI ALIAS
Dokumentasi 1. PN NUR ILYANI BINTI LAIT SERJANA

2. PN JUNAIDAH BINTI ISMAIL

5 Bacaan Doa 3. PN MAZNAH BINTI MUSTAFFA
1. EN ZULKFILI BIN ABDULLAH, PJK

2. EN SOLAHUDDIN BIN ABDOL AZIZ

6 Jawatankuasa Pengacara / 1. EN KHAIRUL BASHAR BIN BAHRIN

Moderator 2. PN NURUL SYUHADA BINTI ALIAS

3. PN MUNIROH BINTI SULAIMAN

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN PIBG KALI KE-45

BIL BUTIRAN TINDAKAN
7 Jawatankuasa Pentadbir 1. PN RAFIDAH BINTI REJAB

Google Meet / Youtube 2. PN SITI MASHITAH BINTI ISMAIL

8 Jawatankuasa Pencatat 3. PN KU MAJIDAH BINTI KU YAACOB
Minit 1. PN NUR ATIKAH BINTI MAHADZIR

2. CIK NUR SYAM BINTI ZULKIFLI

3. PN NORMA BINTI ABDUL RAHIM

4. PN SITI AISYAH BINTI KAHARUDIN

9 Jawatankuasa Penyediaan 1. PN SOBIROH BINTI AHMAD

Slaid 2. EN ROSMADI BIN OMAR

3. EN WAN ANISHAM BIN WAN ISHAK

10. Jawatankuasa Surat dan 4. EN AHMAD FAIZ BIN ABDUL HALIM
Jemputan 1. PN NORIZAN BINTI ABD RASHID

2. PN NOR ‘AZINA BINTI CHE AHMAD

11. Jawatankuasa Hadiah 3. PN NURIZZATI KO BINTI ABDULLAH
1. PN SURAYA BINTI ABDULLAH

2. PN FAIZAH BINTI MOHD KAMAL

3. PN ROSMANI BINTI ROMLI

4. EN ZAINAL AZANI BIN MOKHTAR

5. PN NUR FAIZAH BINTI NORDIN

12. Jawatankuasa Banner dan 1. EN FAUZI BIN HAMZAH

Poster 2. PN PANG LEAN KEE

3. PN NUR AKMAL BINTI YAHAYA

JAWATANKUASA PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH
KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

SESI 2020/2022

EX-OFICIO : PN HUSLINA BINTI MOHD
YANG DIPERTUA HUSSAIN, PJK
NAIB YANG DIPERTUA : TN HJ ABDUL RAHIM BIN MAT
SETIAUSAHA KEHORMAT SAM, AMK. BKM.
NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : EN IMRAN BIN MUSA
BENDAHARI : PN FARIDAH HANIM BINTI ABDUL
PENOLONG KANAN AZIZ
PENTADBIRAN : PN AMUZAIDA BINTI AHMAD
PENOLONG KANAN HEM : EN ROSMADI BIN OMAR
PENOLONG KANAN : EN WAN ANISHAM BIN WAN
KOKURIKULUM ISHAK
: PN NAZREYANA BINTI MD
AHLI JAWATANKUASA (GURU) NORDIN
: EN AHMAD FAIZ BIN ABDUL
AHLI JAWATANKUASA (WARIS) HALIM
: EN KHAIRUL BASHAR BIN
BAHRIN
: PN SOBIRAH BINTI AHMAD
: PN MUNIRAH BINTI SULAIMAN
: PN NUR ILYANI BINTI LAIT
SERJANA
: EN ZULKFILI BIN ABDULLAH, PJK
: EN MOHD ZAINAL AZANI BIN
MOKHTAR
: EN JAMAL NASIR BIN AHMAD
: PN ERNI RAHANI BINTI AHMAD
: PN ROHAIDA BINTI YATIM
: PN SITI AISYAH BINTI
KAHARUDIN
: PN NUR FAIZAH BINTI NORDIN

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA
KM 4, JALAN LANGGAR
05460 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
Emel : [email protected]

YB/YM / Dato’/ Datin / Tuan / Puan
Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma,
KM. 4 Jalan Langgar
05460 Alor Setar , Kedah.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-45

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar Kedah akan diadakan
seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi
Melalui: Google Meet dari kediaman masing-masing

2. Sehubungan itu, semua ahli persatuan dijemput hadir.
3. Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG / Pengerusi
3.2 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44,

Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar Kedah.
3.3 Membentang dan menerima Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan PIBG

bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2020
3.4 Membahaskan usul-usul
3.5 Ucapan penangguhan
3.6 Cabutan bertuah
Kerjasama dan keprihatinan semua ahli untuk menjayakan mesyuarat ini amatlah dihargai
dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Bagi pihak jawatankuasa,

(Faridah Hanim Binti Abdul Aziz)
Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Sultanah Asma

MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU KALI KE 44 SEKOLAH
KEBANGSAAN SULTANAH ASMA
SESI 2020/2022

TARIKH : 12 MAC 2020

MASA : 2:30 PETANG

TEMPAT : DEWAN SERI IMTIAZ, SK SULTANAH ASMA

KEHADIRAN : WARIS (rujuk kehadiran)
GURU (rujuk kehadiran)

PENGERUSI : Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj. Abdul Rahim bin Mat Sam. AMK.BKM

AGENDA 01 : UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG / PEGERUSI
1. Yang Dipertua mengucapkan selamat datang dan mengalukan kedatangan semua

ahli jawatankuasa dan waris yang hadir.
2. Yang Dipertua mengalukan kedatangan Guru Besar baharu SK Sultanah Asma,

Puan Huslina binti Mohd Hussain dan memaklumkan bahawa Puan Huslina
pertama kali menyertai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 44.

AGENDA 02 : MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43
3. Naib Setiausaha PIBG, Pn. Amuzaida binti Ahmad membentangkan minit

mesyuarat yang lalu merujuk pada muka surat 9 hingga 14.
4. Mesyuarat memutuskan bahawa minit mesyuarat ke 43 diterima.

Pencadang : Pn. Norhazlina binti Mohd Ariffin waris kepada Nur Zara Damia
Binti Nur Farizan kelas 4 Intelligent

Penyokong : Pn. Noor Azlina binti Ahmad waris kepada Nur Shifa Tasnim kelas
5 Intelligent

AGENDA 03 : MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI
5. Naib Setiausaha PIBG, Pn. Amuzaida binti Ahmad membentangkan

laporan aktiviti sesi 2018/2019 merujuk pada muka surat 15 hingga 17.
6. Yang Dipertua memaklumkan, sumbangan atau dana yang diperolehi bukan

mudah kerana memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak.

AGENDA 04 : MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN
KEWANGAN

7. Bendahari Kehormat PIBG, En Mohamad Nasirudin bin Hj Abdullah
membentangkan penyata kewangan bagi tahun ini berakhir 31 Disember 2019
seperti yang tercatat di muka surat 22 hingga 23 dan helaian analisis penyata
pendapatan berakhir 31 Disember 2019.

8. Persoalan berkaitan kutipan duit bagi SOCSO/KWSP/Gaji guru komputer 2019
diajukan oleh Pn. Shanti Kamaravel
Penjelasan YDP :
- Guru komputer digajikan asing kerana bukan di bawah KPM atau JPN
oleh itu kutipan diadakan.
Penjelasan Bendahari Kewangan selaku PK Kokurikulum SKSA :
- Guru komputer menyelaras makmal komputer terutamanya pada
waktu rehat untuk kegunaan murid-murid
- Jadual khas dari Tahun 1 hingga 6 disediakan untuk proses pengajaran
pengunaan komputer dan aplikasi di dalam komputer.

9. Mesyuarat memutuskan bahawa laporan kewangan ini diterima.
Pencadang : Pn. ShantiKamaravel
Disokong : En. Jamal Nasir

AGENDA 05 : MEMBAHASKAN USUL-USUL

10. Usul-usul yang telah diterima dan dibahaskan ialah:

10.1 Usul Pertama :

En. Muhd Syahmi Asyraf bin Halim memohon agar sekolah
menyediakan ‘locker’ untuk murid-murid meletakkan buku dan guru
perlu meyatakan di dalam jadual buku aktiviti yang perlu dibawa sahaja.
Beliau menyatakan hal ini akan membantu meringankan beg sekolah
anak-anak.

Penjelasan Guru Besar

Penyediaan ‘locker’ memerlukan ruang dan sumbangan daripada waris.
Kemudahan ini sesuai untuk murid tahap 2 yang berada di tingkat atas.
Selain itu, masalah yang bakal timbul adalah kehilangan kunci atau
barang-barang yang disimpan.

Penjelasan YDP

Cadangan ini perlu dipertimbangkan dari segi kebaikan dan keburukan
untuk mewujudkan ‘locker’.

10.2 Usul Kedua :

Pn. Rohaida binti Yatim mengusulkan tentang penyediaan makanan di
kantin dimana pihak kantin hendaklah menyediakan makanan yang sihat
dan pelbagai atau berlainan menu untuk setiap hari atau minggu, dengan
kata lain pihak kantin perlu menyediakan jadual pemakanan yang
sepatutnya. Beliau juga memohon supaya pihak kantin mengelak untuk

menjual buah mangga yang masam dan mencadangkan agar disediakan
buah-buahan (cut fruits) seperti jambu, betik, pisang dan lain- lain.

Penjelasan YDP

YDP memuji Pn. Rohaida sebagai waris yang prihatin pada pemakanan
murid. Setiap aduan yang dibuat pihak sekolah akan mengambil tindakan
yang segera seperti memberi teguran kepada pihak kantin. Beliau juga
memaklumkan bahawa pemantauan pemakanan dilaksanakan oleh
jawantankuasa kantin.

Penjelasan Guru Besar

Kantin perlu menetapkan menu yang berbeza setiap hari seperti,
• Ahad-Nasi minyak, Isnin- Nasi karot Selasa- Nasi tomato Rabu-

Nasi royale Khamis- Nasi briyani
• Mee, kueyteow, bihun sup dan buah-buahan disediakan setiap hari
• Laksa disediakan jika ada permintaan

10.3 Usul Ketiga :

Tidak dapat dibahaskan kerana pembawa usul tidak menghadirkan diri

10.4 Usul Keempat :

Pn. Norhayati binti Osman mencadangkan pihak sekolah, guru dan anak
murid diperkenalkan dengan satu system dari pihak perpustakaan iaitu u-
pustaka (Pustaka Alam Maya) di mana pihak sekolah boleh berurusan
dengan pihak perpustakaan Kedah untuk diadakan bengkel u-pustaka di
makmal komputer sekolah

Penjelasan Guru Besar

Guru Besar menyatakan usul Pn. Norhayati merupakan usul yang baik
untuk menaik taraf pusat sumber sekolah bagi kebaikan murid dan
memaklumkan usul ini akan diberi perhatian

10.5 Usul Kelima :

Tidak dapat dibahaskan kerana pembawa usul tidak menghadirkan diri.
Namun demikian YDP memberikan sedikit penjelasan bahawa membaik
pulih tandas memerlukan dana yang tinggi kerana usia tandas terlalu lama.
YDP juga mencadangkan waris boleh mewujudkan tabung khas untuk
proses pembaikkan tandas murid dan waris sendiri boleh menghias
dan mencantikkan tandas murid (gotong royong tandas)

10.6 Usul Keenam :

Pn. NurHazlina binti Mohd Ariffin memohon agar pihak sekolah
mewujudkan kelas KAFA bagi memudahkan urusan pembelajaran KAFA
puteri-puteri ASMA. Beliau juga berharap agar kebersihan tandas
ditingkatkan

Penjelasan YDP

YDP menjelaskan setiap tahun isu KAFA akan dipertikai atau ditanya
oleh waris. 2014 usul KAFA telah diketengahkan dan dalam
makluman dalam pihak terbabit. 2018, Guru Besar Cemerlang Pn.
Sobah Omar (mantan Guru Besar SKSA) menolak
untuk melaksanakan kelas KAFA di sekolah ini atas beberapa
kekangan dan perkara yang perlu diambil kikra. 2020 keputusan tetap
sama di mana sekolah tidak akan wujudkan kelas KAFA di SK
Sultanah Asma.

10.7 Usul Ketujuh :

Pn. Santhi Kamaravel mengusulkan berkaitan kebersihan tandas,
tempat duduk di kantin tidak mencukupi serta ‘locker’ untuk
meletakkan buku. Beliau juga mencadangkan berkaitan kebersihan
tandas diterapkan di kalangan murid-murid seperti ‘hand hygiene’

Penjelasan YDP

YDP memohon pihak sekolah untuk mencadangkan pihak sekolah
untuk mengadakan program atau kempen khas bagi tandas sahaja.

Penjelasan Guru Besar

Guru Besar memaklumkan ilmu kebersihan tandas dan adab
pengunaan tandas diterapkan kepada murid-murid. Beliau
memaklumkan gotong royong kebersihan tandas akan diadakan pada
Sabtu pertama selepas cuti bulan Mac. Guru Besar mengajukan
pertanyaan kepada waris yang sudi hadir untuk membersihkan tandas.
Di samping itu Guru Besar mengalu alukan kedatangan waris untuk
bergotong royong

Penjelasan Naib YDP

En. Muhammad Nawawi bin Abu Bakar memaklumkan kebersihan
tandas bermula dari rumah.

Penjelasan PK HEM

En. Khairul Anuar bin Md Ani memaklumkan berkaitan masalah air di
sekolah ini. 2 tahun lepas ada masalah pam tetapi telah diselesaikan
dan dibaiki pada tahun ini. Makluman berkaitan tandas telah
dimaklumkan secara rasmi kepada PPD Pn. Rosmani tetapip tiada
maklum balas. Oleh itu sekolah terpaksa mengambil kontraktor luar
untuk baik pulih tandas.

10.8 Usul Kelapan :

Tidak dapat dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir.

10.9 Usul Kesembilan :

En. Mohd Najmi bin Abdullah @ Abdulah memohon agar sekolah
mewujudkan pengajian KAFA bagi memudahkan anak-anak yang
terpaksa mengejar masa untuk pengajian KAFA di sekolah lain.

Penjelasan

Telah dijelaskan pada usul ke enam

10.10 Usul Kesepuluh :

En Mohd Zakee bin Hj Abd Wahid mencadangkan agar koperasi
kedai buku SK Sultanah Asma untuk menyediakan jualan alat
kesenian bagi memudahkan murid-murid mendapatkan keperluan
tersebut. Beliau juga menyatakan jika murid-murid membeli barang-
barang kesenian dengan harga subsudi agar dapat meringankan kos
ibu bapa.

Penjelasan YDP

Usul ini dalam makluman pihak PIBG dan sekolah. YDP juga
memaklumkan bahawa kebanyakan keperluan unutk murid kedai
buku sediakan seperti ‘Plaster’ atau ‘Cool Fever’.

10.11 Usul Kesebelas :

Pn. Anizan bin Ali mengucapkan tahniah kepada Guru Besar baharu,
Pn Huslina binti Mohd Hussain. Beliau memaklumkan sejak
kehadiran Guru Besar baharu secara zahirnya guru-guru telah mula
nampak aktif dan keterlibatan semua guru dapat dilihat. Beliau
juga mencadangkan agar guru-guru diberi peluang untuk mendapat
lebih pendedahan agar boleh membawa semangat asmarian ke
kecemerlangan.

Penjelasan YDP

YDP menzahirkan pujian dan ucapan tahniah di atas kecekapan
pentadbiran baharu Guru Besar di mana melibatkan program yang
baik untuk sekolah.

10.12 Usul Kedua Belas :

En. Nil Amri bin Mohamad Kamil mengusulkan supaya murid-murid
dapat menanam sifat mementingkan kebersihan persekitaran
terutamanya di kawasan sekolah. Hal ini dapat memupuk akhlak dan
sikap yang baik di kalangan murid murid.

Penjelasan YDP

YDP menjelaskan tentang penyerapan nilai-nilai murni pada murid
sentiasa dilaksanakan oleh pihak sekolah. Beliau juga memaklumkan
nilai-nilai murni antara guru dan murid dibudayakan di sekolah ini.

AGENDA 06 : PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG

11. Yang Dipertua membubarkan jawatankuasa bagi sesi PIBG 2018/2020 secara
rasmi dan menolak jawatan Yang Dipertua.

12. Naib YDP PIBG 2019, En Mohamad Nawawi dilantik sebagai pengerusi
sementara bagi mengendalikan pemilihan jawatankuasa PIBG yang baharu.

13. En. Nawawi juga memaklumkan beliau tidak mahu meneruskan jawatan
sebagai Naib YDP dan memohon maaf di atas kekhilafan sepanjang beliau
menjawat jawatan tersebut

AGENDA 07 : PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI
2020/2022

14. Pemilihan jawatankuasa baharu dipengerusikan oleh En. Mohamad
Nawawi bin Abu Bakar

Yang Dipertua PIBG : Tn Hj Abd Rahim bin Mat Sam

Naib Yang Dipertua PIBG : En. Imran bin Musa

AJK Waris : En. Zainal Azani bin Mokhtar

En. Zulkifli bin Abdullah

En. Jamal Nasir bin Ahmad

Pn. Erni Rahani Binti Ahmad

Pn. Rohaida Binti Yatim

Pn. Noora binti Ismail

Pn. Siti Aishah binti Kaharudin

Juru Audit Pn. Faizah binti Nordin

AJK Guru : Pn Faridah Hanim binti Abdul Aziz

(sebagai setiausaha menggantikan Pn. Zafirah)

En Rosmadi bin Omar

(sebagai Bendahari menggantikan En Nasiruddin)

Pn Amuzaida binti Ahmad

Pn. Sobiroh binti Ahmad

Pn. Muniroh binti Sulaiman

Pn Nur Ilyani binti Lait Serjana

En. Khairul Bashar bin Bahrin

Pn. Junaidah binti Ismail

15. Mesyuarat bersetuju untuk dibuat pertukaran tandatangan setiausaha dan
bendahari akaun PIBG Bank Islam dan Bank Muamalat. Manakala tandatangan
YDP dikekalkan dan syarat-syarat yang lain tidak berubah.

16. Serahan majlis kepada YDP yang baharu iaitu Tn Hj Abd Rahim bin Mat Sam

AGENDA 08 : UCAPAN YDP PIBG BAHARU BAGI SESI 2020/2022

17. Tn Hj Abd Rahim menzahirkan harapan pada ahli jawatankuasa baharu untuk
menerajui jawatankuasa dengan baik.

AGENDA 09 : UCAPAN PENANGGUHAN

18. En. Khairil memohon maaf di atas kekhilafan semasa menyandang jawatan AJK
PIBG dari 2011 sehingga 2019.

19. Pn. Junaidah mewakili guru-guru mengucapkan terima kasih kepada
jawatankuasa PIBG dalam menerajui jawatankuasa dan ucapan terima kasih
dikhususkan buat YDP di atas kerjasama yang diberikan serta keperihatinan yang
diberikan oleh YDP kepada guru, waris dan murid. Harapan pada perlantikan
yang baharu dapat memberi lonjakan yang baik buat warga SKSA.

20. Pn. Lean selaku wakil guru merakamkan ucapan terima kasih kepada
jawatankuasa PIBG. Beliau juga penghargaan kepada YDP bagi pihak
pancaragam sekolah di atas semangat dan sokongan yang diberi dalam perjalanan
pancaragam sehingga berjaya. Penghargaan juga diberi kepada pihak pentadbir,
guru dan waris dalam kemenjadian murid dan berharap semoga sokongan yang
diberikan berterusan.

21. En. Amir memohon maaf sepanjang perkhidmatan sebagai ahli jawatankuasa
PIBG selama 9 tahun dan menasihati jawatankuasa yang baharu untuk
menyokong dan menyertai setiap program yang dianjurkan oleh PIBG atau pihak
sekolah.

22. En. Nawawi melahirkan rasa sedih di atas pertukaran Bendahari Kehormat PIBG
2019 En. Nasiruddin sebagai kehilangan yang besar bagi sekolah. Beliau
menyatakan bahawa cadangan untuk menaikkan taraf padang sekolah dan kantin
akan diusahakan. Beliau juga memaklumkan bahawa SKSA merupakan sekolah
angkat beliau dan berjanji untuk membantu sekolah dalam apa jua program dan
aktiviti yang dijalankan. Beliau memohon maaf di atas kekhilafan sepanjang
bekerjasama.

23. YDP memaklumkan kehadiran Pengarah JPN Kedah ke SKSA berkaitan jalan
utama ke sekolah dimana penutupan jalan bagi projek jalan raya dan tuntutan
daripada penduduk ke atas tanah kawasan sekolah. Beliau juga memaklumkan
surat bantahan daripada PIBG akan dihantar kepada Pengarah.

24. Guru Besar menjelaskan berkaitan tuntutan tanah. Waris bersepakat dan
bersetuju untuk tidak menyerahkan tanah atau jalan utama ke sekolah. Beliau
juga akan berusaha untuk mendapatkan kembali jalan utama sekolah daripada
penduduk. Guru Besar juga menyatakan misi beliau bagi SKSA iaitu menjadikan
sekolah sebagai sekolah berintegriti dan kemenjadian murid. Beliau
juga memohon agar waris berjumpa pihak sekolah dahulu untuk berbincang jika
ada sebarang masalah sebelum ke pihak atasan. Guru Besar mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kehadiran semua dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke 44.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 tahun 2020 ditangguhkan pada jam 5:36 petang.

Dicatat oleh :

1. Puan Nur Ilyani binti Lait Serjana
2. Puan Suriani binti Abdullah Tauhid
3. Cik Nur Izzah binti Ahmad Mokhtar

Disediakan oleh :

(FARIDAH HANIM BINTI ABDUL AZIZ) (TN HJ ABDUL RAHIM BIN MAT SAM AMK.BKM)
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG Cemerlang SK Sultanah Asma
SK Sultanah Asma

Usul-usul
Mesyuarat Agung Tahunan

kali ke- 45

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA

KM 4, JALAN LANGGAR
05460, ALOR SETAR, KEDAH
EMEL: [email protected]

Pada Mesyuarat Agung Kali ke-45 ini, sebanyak 19 usul telah
diterima daripada ahli-ahli. Usul yang diterima ini merupakan
buah fikiran para waris untuk kebaikan pihak PIBG dan juga
sekolah demi kesejahteraan murid-murid sekolah ini.

USUL YANG AKAN DIBERI PENJELASAN

Bil Nama pembawa usul Usul

1 Norzalina Binti Othman 1. Memperbaiki keadaan tandas

(Nur Safiah Binti Mohd sekolah seperti memastikan ia dalam

Shamsul -1B, Nur Shamila keadaan terang, pintu boleh berkunci

Binti Mohd Shamsul -4B) dan sentiasa bersih.

2. Bagi faktor keselamatan anak2

terutama tahun 1 dibenarkan ke

tandas berteman.

2 Hasmiza Binti Zakaria Tentang pembelajaran semasa

(Nur Izara Qistina Iman sekolah di buka

Binti Mohd Shaufik -2B)

3 Nur Faizah Binti Nordin Menyeragamkan medium

(Iris Shakeelah Binti pengajaran - google classroom. Agak

Muhammad Sharifuddin mencabar untuk ibu bapa yang

-2E, Inas Shaheerah Binti mempunyai ramai puteri atau bekerja

Muhammad Sharifuddin untuk up to date dengan informasi

-5E, Irdina Shafiyyah Binti ke terlalu banyak media,

Abdullah -6B) penghantaran tugasan ke

personal/group di

(whatsapp/telegram/google

classroom /padlets/websites/flipgrid

dll). Mungkin boleh pilih satu media

informasi utama.

4 Intan Eliayana Cm Yusoff Adakan sekolah kafa

(Dhia Darwisyah Binti

Mohd Fairuz -3I)

5 Nur Nadwah Binti Cikgu2 kerap membuat google meet

Ahmad Rifaat dgn murid. Supaya anak2 lebih

(Nur Hawani Binti Mohd mudah memahami, pada saya la.

Hasbullah -2B) Google meet lebih kurang belajar

dlm kelas. Cikgu bertentang 4 mata

dgn anak2 murid. Terima kasih.

6 Siti Hajjar Binti Abd Gani Sediakan locker di sekolah untuk

(Nur Athalia Naurah Binti murid-murid simpan buku. Hanya

Mohd Shahrul Rizal -1D) buku yang ada kerja sekolah sahaja

di bawa pulang. Ini boleh

mengurangkan beban beg anak-

anak. Boleh buat kutipan kepada ibu

bapa untuk beli locker.

7 Balkiss Binti Othman Google meet : kalau boleh hantar
(Nur Zarith Batrisyia link awal sehari atau malam
Binti Zamri -1D) sebelum kelas, untuk memudahkan
ibubapa prepare.

8 Hazizi Bin Hamzah Berkaitan tandas

(Qaiyisah Auni Binti

Hazizi -2I)

9 Khushaida Binti Ahmad Perlu baiki kipas yang rosak dan

Khiri slow atau ganti yang baharu

(Nur Aisyah Syafiyah tandas yang rosak perlu dibaiki dan

Binti Mohd Rafiee -4E) diperbaharui serta dibersihkan

10 Aisa Azira Binti Abdul Ubah laluan masuk ke sekolah

Aziz kerana laluan belakang sekolah

(Aishah Az Zahra Binti menghubungkan banyak taman

Anizan -5E) jadi memudahkan dan

mencepatkan urusan penghantaran

malah lebih selamat dari kesesakan

lalulintas. Mungkin boleh

dibesarkan laluan tepi sekolah.

11 Muhd Syahmi Asyraf Meringankan atau menghadkan

Bin Halim subjek pembelajaran secara online

(Nur Ariana Qairina seperti contoh dua atau tiga subjek

Binti Muhd Syahmi sehari kerana ibu bapa bekerja.

Asyraf -1B, Nur Arissa

Qaisara Binti Muhd

Syahmi Asyraf-2B)

12 Muhd Noraswazdi Bin Arahan tugasan utk pdpr perlu

Jamaludin diringkaskan supaya murid dapat

(Musharrafa Aisy Binti memahami secara kendiri

Muhd Noraswazdi -1D,

Marissa Aisy Binti Muhd

Noraswazdi -3I)

13 Muna Hazwani Binti Saya tiada sebarang usul. Cuma

Hashim saya minta dibincangkan atau nak

(Nur Suci Rania Binti tahu perancangan pihak sekolah

Mohd Nasrul Faiz -5B, mengenai pembelajaran secara

Nur Qhaseh Imani Binti bersemuka tahun depan.

Mohd Nasrul Faiz -6I)

14 Zamzama Bin Mohd Adakah semua guru di sksa telah

(Murni Safia Zamzama lengkap divaksin? Kalo belum apa

Binti Zamzama -6B) tindakan pihak sekolah kpd guru

yang masih belum divaksin

15 Ahmad Dainal Bin Kelas kafa bagi pelajar islam perlu

Ahmad Pishol diwujudkan.

(Nadiya El Hana Binti

Ahmad Dainal -1I)

16 Ayu Baiduri Binti Jasni Harap baik pulih toilet (bersih

(Nurul Adriana Binti bersih dan bersih)

Muhammad Yusri -2E,

Nurul Arissa Binti

Muhammad Yusri -4I)

17 Fariza Binti Ismail Saya mencadangkan agar murid

(Nuha Emalyn Syifa murid dikurangkan jumlah kerja

Binti Muhamad 'Asri -4I, sekolah agar tidak berasa tertekan.

Nurul Husna Binti Saya juga mencadangkan kepada

Abdullah -6E) para guru untuk memberikan kerja

sekolah dalam kelas.

Saya mencadangkan agar kurang

kerja sekolah diberikan kepada

para murid agar mereka tidak

berada di bawah tekanan

sepanjang pembelajaran secara

atas talian dijalankan.

UCAPAN PENGHARGAAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA,
ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN

MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA

SELURUH WARGA SKSA
SELURUH BARISAN AJK PIBG
AJK KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SK SULTANAH ASMA KALI KE -45

JUGA
SEMUA WARIS DAN IBU BAPA YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA DAN
SUMBANGAN DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG PADA KALI INI

SERTA
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MEMBANTU DARI SEGI KEWANGAN,
MATERIAL DAN SOKONGAN MORAL DALAM MELAKSANAKAN MESYUARAT INI

DENGAN JAYANYA.

SEMOGA TUHAN MEMBERI KEBERKATAN
ATAS SEGALA USAHA KITA.


Click to View FlipBook Version