The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumbersemekar, 2022-05-30 07:55:57

PESTA KEAMATAN

keamatan

PAMERAN BERTEMA BULAN
MEI

PESTA
KAAMATAN

DIMUAT NAIK OLEH :
UNIT PUSAT SUMBER

SMK ABDUL RAHIM

APA ITU PESTA
KAAMATAN?

Pesta Kaamatan yang juga dikenali
sebagai “Tadau Kaamatan”
merupakan perayaan khas untuk
menghormati semangat padi.

Perayaan ini disambut oleh suku
kaum Kadazandusun Murut.

Pesta ini disambut pada setiap bulan
Mei dengan kemuncak sambutan
pada 30 dan 31 Mei.

ASAL-USUL PESTA
KAAMATAN

Menurut kepercayaan tradisi,
dikatakan nenek moyang suku kaum
Kadazandusun Murut menderita
kebuluran akibat kemarau.

“Tuhan” mereka iaitu Kinorohingan
telah mengorbankan anak gadisnya
iaitu Huminodun.

Melalui tubuh yang dikorbankan itu,
padi akhirnya telah tumbuh semula.

ACARA SAMBUTAN

TARIAN SUMAZAU

Antara sambutan menarik yang
diadakan ialah persembahan Tarian
Sumazau.

Tarian ini diiringi paluan gong.
Kedua-dua tangan diangkat ke paras
bahu dan dikibar-kibarkan seperti
gerakan sayap burung.

sugandoi

Sugandoi merujuk kepada
pertandingan nyanyian yang
diadakan dalam Pesta Kaamatan.

Selain itu, Pesta Kaamatan juga turut
dimeriahkan dengan sukan rakyat,
persembahan kraftangan dan
pertandingan Unduk Ngadau.

UNDUK NGADAU

Unduk Ngadau merupakan
pertandingan ratu cantik dan
merupakan antara acara
kebudayaan yang paling popular di
negeri Sabah.

Pemilihan awal diadakan di setiap
daerah di Sabah dan peserta yang
menang akan mewakili daerah ke
acara kemuncak Unduk Ngadau
Kaamatan.

Pertandingan kemuncak Unduk Ngadau
akan diadakan di KDCA, Penampang
pada 30 dan 31 Mei untuk mencari
seorang juara Unduk Ngadau Kaamatan
Negeri Sabah.

Juara Unduk Ngadau Kaamatan akan
menjadi duta mewakili negeri Sabah. Si
gadis perlu :

• Memperkenalkan adat resam
kadazandusun Murut.
• Memperagakan baju tradisi.
• Mempromosikan tempat menarik di
Sabah.
• Memperkenalkan budaya tradisi Sabah
kepada dunia.

CREDIT DARIPADA:
UNIT PUSAT SUMBER
SK SRI MELANTA JAYA


Click to View FlipBook Version