The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PELANCARAN NILAM SELANGOR (HaNIS) 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norazilah Sabidin, 2022-04-28 00:03:58

BUKU PROGRAM PELANCARAN NILAM SELANGOR (HaNIS) 2022

BUKU PROGRAM PELANCARAN NILAM SELANGOR (HaNIS) 2022

Keywords: BUKU PROGRAM

SK SUNGAI TENGI

MAJLIS PELANCARAN
HARI NILAM SELANGOR

HaNIS
TAHUN 2022

29 April 2022 (Jumaat) Dirasmikan oleh:

11.00 pagi EN HASSARUDDIN BIN YAAKOB

Guru Besar

Lokasi masing-masing SK Sungai Tengi



Yang Berusaha PK Pentadbiran SK Sungai Tengi Pn Norimah binti Jarmin ,PK Hal Ehwal Murid En Azizan Bin Anin ,PK
Kokurikulum Pn Rosnah binti Mohamad Sukor ,Guru Perpustakaan dan Media Pn Nor Azilah binti Sabidin dan murid-murid yang dikasihi
sekalian,Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala saya melafazkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah
kerana Dengan limpah dan kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul secara atas talian dalam Majlis Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor
HaN1S bagi tahun 2022. Matlamat program HaN1S ini diadakan adalah untuk menyemai dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
murid selaras dengan hasrat dan aspek yang kukuh yang dilaksanakan pada 18 haribulan April tahun ini. Ini adalah bertujuan untuk
membugarkan program Nilam di sekolah-sekolah negeri Selangor bagi mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu
melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid dan guru. Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada
sektor sumber teknologi pendidikan SSTP Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atas usaha untuk mengadakan majlis pelancaran hari ini dalam
situasi normal baru walaupun menghadapi pelbagai kekangan terutamanya dalam penularan covid-19 yang semakin meningkat.

Saya dimaklumkan bahawa sektor sumber teknologi pendidikan telah menyusun pelbagai program dan pertandingan untuk
memberi peluang kepada murid-murid dalam mengasah bakat dan minat dalam bacaan seperti Kempen Galakan Membaca, Pertandingan
Bicara Buku, Pertandingan Pengkarya Muda, Anugerah Tokoh Nilam dan banyak lagi. Semua murid berpeluang untuk menyertai setiap
program ini yang akan dianjurkan oleh sektor teknologi pendidikan. Semua murid berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh
sektor sumber Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama unit sumber teknologi pendidikan (USTP) Pejabat Pendidikan
Daerah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian sebagaimana yang kita sedia maklum, buku dan membaca berpisah tiada. Sejarah telah
membuktikan bahawa buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun
manusia. Buku berupaya membenihkan ilham pemikiran kritis dari segi politik falsafah serta sosio-ekonomi dalam kalangan kelompok
manusia.

Membaca juga tidak dinafikan sebagai titik permulaan jelajah ilmu para cendiakawan dan filarso dunia barat mahupun Timur klasik mahupun
moden. Dalam program Hari Nilam 1 Selangor atau singkatannya (HaN1S), murid-murid hanya perlu membaca sebanyak mungkin buku-buku
bahan bukan buku dan bahan digital dalam sebarang genre dan sebarang bahasa asalkan dapat menambahkan pengetahuan serta bacaan
tersebut direkodkan di dalam sistem I-SEL NILAM yang sudah boleh diakses bermula April 2022. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
berusaha menambah baik sistem I-SEL NILAM untuk memudahkan murid murid merekod data bacaan secara dalam talian di mana-mana
sahaja mereka berada. Murid-murid yang tiada kemudahan peranti untuk mengakses sistem i-SEL NILAM masih boleh merekodkan bacaan
mereka secara manual dan seterusnya boleh memohon bantuan guru untuk merekodkannya dalam I-SEL NILAM. Para hadirin sekelian bagi
merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat berilmu yang suka membaca pihak sekolah dilehendaki meneruskan galakan
membaca selepas ini. Besarlah harapan saya agar guru dan murid dapat menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya.

Di era globalisasi sekarang, membaca bukan sahaja bergantung kepada bahan buku semata-mata, malahan bahan bacaan
dalam bentuk digital yang boleh dicapai secara atas talian juga diambilkira. Perpustakaan awam termasuk Perpustakaan Awam Negara
Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri Selangor tidak ketinggalan, perpustakaan di sekolah-sekolah juga menyediakan pelbagai bahan
bacaan dalam bentuk digital melalui pautan rak buku maya. Kita tidak perlu berada di perpustakaan secara fizikal untuk membaca bahan-bahan
tersebut dalam penerapan norma baru ini. Oleh itu guru-guru dan pelajar-pelajar haruslah merebut peluang ini dan bergerak selari dengan
peredaran masa bagi mendapatkan ilmu dan seterusnya membentuk masyarakat yang membaca dan berpengetahuan luas. Marilah kita sahut
cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan purata bacaan murid sebanyak 40 buah buku setahun. Untuk makluman semua
pada tahun 2020 menunjukkan hanya 94 peratus sahaja penglibatan murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan Nilam. Manakala
purata kadar pembacaan ialah 18 buah buku bagi murid sekolah rendah dan 11 buah buku bagi murid Sekolah Menengah. Faktor yang
menyumbang kepada kadar bacaan pada tahap rendah ialah penularan wabak COVID-19.

Justeru bagi tahun 2022, kita akan melipatgandakan usaha agar purata bacaan murid di negeri Selangor dapat
dipertingkatkan kepada 40 buah buku setahun. Sekiranya kita bercakap tentang literasi maklumat, kita akan ingat kepada buku. Sesungguhnya,
buku dilambangkan sebagai teman yang paling istimewa. Cendiakawan Arab dahulu kala pernah menyatakan bahawa buku merupakan teman
setia yang terbaik. Ia tidak pernah mengecewakan kita walau bagaimanapun layanan kita terhadapnya dia, buku tetap di situ dan bersedia
untuk berkhidmat kepada kita. Aktiviti-aktiviti berkaitan galakan membaca yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah perlu
diteruskan, ditambahbaik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend semasa. Usaha ini perlulah
disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa, media sosial serta penglibatan tokoh tokoh ilmuwan profesional dan sebagainya.
Dalam konteks ini pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan
mengembang serta melestarikan budaya membaca.

Hadirin yang dihormati sekalian, sekali lagi saya ucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada sektor sumber teknologi
pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atas inisiatif untuk menganjurkan program ini. Semoga program seperti ini akan berterusan
dan diharapkan dapat memenuhi usaha murni kerajaan dalam melahirkan bangsa membaca yang berjaya. Sekali lagi saya ingin menyeru
kepada seluruh hadirin supaya sentiasa menanam minat suka membaca kerana amalan membaca ini merupakan salah satu proses pembelajaran

.yang berterusan sepanjang hayat bagi membentuk masyarakat yang berilmu dan seimbang Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya

merasmikan Majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaN1S) Peringkat Sekolah tahun 2022 Sekian wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. #SKST Adat Dikandung , Adab Dijunjung, Jaya Disanjung#

‘NILAM’ adalah singkatan daripada “Nadi Ilmu Amalan
Membaca” dan program NILAM merupakan satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat
membaca dalam kalangan murid dengan hasrat
mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada
budaya membaca dan budaya ilmu. Dengan itu, adalah
menjadi tanggungjawab Pusat Sumber SK Sungai Tengi
untuk mengadakan aktiviti-aktiviti untuk membugarkan
amalan membaca di kalangan pelajar. Pelancaran Nilam
dan Kempen Membaca Tahun 2022 diadakan untuk
merealisasikan tujuan ini di mana pelaksanaannya akan
berjalan sepanjang tahun demi menggalakkan budaya
suka membaca diterapkan dalam diri semua murid SK
Sungai Tengi.

> Melestari budaya pembacaan berkualiti, membantu proses

pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran,
penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.

> Menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang

menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan
menaakul, membuat refleksi dan menilai melalui aktiviti
pengayaan.

> Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam

pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi
kurikulum.

> Menggalakkan penglibatan masyarakat/ komuniti setempat/

pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.

> Membina masyarakat yang mempunyai budaya membaca.

> Menggalakkan dan membimbing pelajar membaca
bahan-bahan yang berpengetahuan dan bermutu.

Satu strategi untuk menanam minat membaca secara
terancang dan tersusun dalam kalangan rakyat Malaysia,

khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca
dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI :
EN HASSARUDDIN BIN YAAKOB
NAIB PENGERUSI :
PN NORIMAH BINTI JARMIN
SETIAUSAHA :
PN NOR AZILAH BINTI SABIDIN

NAIB SETIAUSAHA :
PN NORIZA BINTI JARMIN

PERSEMBAHAN MURID/ RAKAMAN :
PN HANIZAN BINTI ZAINAL

SIAR RAYA/ TAYANGAN MANUAL I-SEL NIILAM :
EN MOHD SHAH RIDUWAN B M. HANAFIAH
PENGACARA MAJLIS:
GURU BERTUGAS MINGGUAN
FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI :
EN NOR ASHRAF BIN NORDIN

BUKU PROGRAM :
PN NOR AZILAH BINTI SABIDIN

5

PN

TENTATIF PROGRAM

11.00 pagi
> Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
> Ucapan Guru Perpustakaan dan Media
> Ucapan Tuan Guru Besar
> Upacara Gimik Perasmian Pelancaran Program Bacaan NILAM

11.30 pagi
> Tayangan rakaman video persembahan.
> Persembahan murid Pra, Tahap 1 dan Tahap 2
> Nyanyian Lagu NILAM
> Tayangan manual i-SEL NILAM

12.00 tengah hari
> Bersurai

/ Karya Am /
Antologi Cerpen /
Encyclopedia /
Kamus / Jurnal /
Surat Khabar /
Majalah / Buku
Rujukan
/ Fiksyen Bahasa Inggeris

/ Artikel di dalam internet

Membaca dengan jaya NILAM NILAM
Budaya kita Bina tabiat Anugerah NILAM Idaman
membaca Matlamat NILAM pembaca jaya Membaca
kita Ganjaran yang diberi dan belajar Amalan hidup
Tidak terhingga Jadi rakan mulia Bina tabiat
pembaca Juga capai membaca Matlamat
‘Jauhari’ Pembaca yang NILAM kita Dunia indah
bestari Anugerah diberi sekali Pasti lebih berseri
Anugerah NILAM Amalan membaca
Menerangi jalan suram Menjana minda bestari

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
yang bekerjasama untuk menjayakan Majlis
Pelancaran Program NILAM dan Kempen

Galakan Membaca 2022 ini terutama
kepada En. Hassaruddin Bin Yaakob, Guru

Besar SK Sungai Tengi di atas kesudian
menyempurnakan majlis ini, para pentadbir,

guru-guru, pelajar-pelajar dan warga
SK Sungai Tengi 2022.

Terima kasih


Click to View FlipBook Version