The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bukuprogramsekolah, 2021-10-25 02:40:55

Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke 18

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA

SMK SEKSYEN 4
KOTA DAMANSARA




Majlis

Anugerah Kecemerlangan

AKADEMIK KALI KE-18

TARIKH MASA & TEMPAT

OKTOBER 9.00 PAGI

26 2021 SMK SEKSYEN 4
KOTA DAMANSARA

UCAPAN
YDP PIBG

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SELAMAT SEJAHTERA.




1.Yang Berusaha Puan Zainun bt Muda, Pengetua SMK Seksyen 4 Kota
Damansara,
2.Puan Wong Yok Chu, Penolong Kanan Pentadbiran,
3.Puan Aklima bt Abdul Rahman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
4.Puan Yee Lee Yean, Penolong Kanan Kokurikulum,
5.Puan Norita bt Muhammad , Penolong Kanan Petang,
6.Puan Nor Idayu bt Rosni, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
7.Guru-guru, Ibu bapa dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.




Bersyukur kita pada hari yang mulia ini dapat kita bersama-sama
menjayakan 'Majlis Anugerah Kecemerlangan’, SMK Seksyen 4 Kota
Damansara bagi tahun 2020. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang gilang-gemilang ini.
Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana dapat
memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam bidang akademik. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini
juga turut akan menyuntik semangat kepada murid-murid untuk
meningkatkan pencapaian masing-masing.

Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang menunjukkan sahsiah dan
kepintaran yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada
para guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga
berjaya melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi akademik
mahupun sahsiah. segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa dorongan
dan panduan para guru.

UCAPAN
YDP PIBG

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Saya percaya, sambutan seperti ini diadakan untuk menghargai

pengorbanan dan dedikasi murid-murid dalam mencapai kejayaan. Sambutan
seperti ini akan mendorong murid-murid untuk terus berusaha demi
kejayaan dan sekali gus mengharumkan nama sekolah. Teruskanlah berusaha
demi kecemerlangan.

Saya sedar banyak cabaran yang dihadapi oleh guru-guru, murid-murid
dan ibu bapa sepanjang tahun ini. Pendemik covid-19 banyak mengubah cara
pengajaran dan pembelajaran. Namun, kita berjaya menghadapinya bersama-
sama. Selaras dengan keperluan semasa, kita teruskanlah menyokong usaha
guru-guru dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita. Teruskanlah
memberi motivasi dan bimbingan kepada anak-anak kita, demi kejayaan
mereka pada masa akan datang.

Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak
ibu bapa akan menjadikan SMK Seksyen 4 Kota Damansara lebih beraspirasi
untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum agar terus
cemerlang. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim
pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para murid.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah
menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMK Seksyen 4 Kota
Damansara kerana telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2020. Harapan
saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam
semua bidang yang sedang dan akan diceburi.

Semoga SMK Seksyen 4 Kota Damansara terus maju jaya.
Dengan lafaz Bismillahirahmannirahim, saya dengan ini merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SMK Seksyen 4 Kota Damansara Kali ke-18.
Terima kasih.

UCAPAN
PENGETUA

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Pengerusi Majlis dan barisan Penolong Kanan,
Guru-guru kanan mata pelajaran, para ibu bapa dan penjaga, guru-guru, dan
murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya sekali lagi Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini dapat
dilaksanakan dengan komitmen yang diberikan oleh semua warga sekolah
dan para murid.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Sempena hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya
mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semoga
kejayaan murid-murid yang akan menerima anugerah pada hari ini akan
menjadi inspirasi kepada para murid lain untuk berusaha dengan lebih gigih.
Hadirin yang dihormati,

Detik bersejarah ini merupakan puncak kejayaan garapan kecemerlangan
sekolah, setelah bertungkus lumus menyemai usaha dan kini detiknya untuk
para murid menuai kejayaan. Saya percaya kejayaan yang diperoleh oleh para
murid ialah simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan itu sendiri
hasil kerjasama mantap antara barisan pentadbir, guru-guru dan para murid.

Untuk melahirkan golongan murid yang cemerlang juga, semua
pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah untuk
merealisasikan impian terutamanya sokongan daripada ibu bapa.
Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa
sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab, saling
memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak
kata pepatah seperti aur dengan tebing.

UCAPAN
PENGETUA

Hadirin yang saya muliakan,
Para murid pada hari ini menghadapi cabaran baru dalam

dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah, terutama dengan
keadaan pendemik Covid19 yg melanda seluruh dunia, memberi
kesan besar kepada pendidikan anak-anak kita dimana sekolah
diarah tutup dan bermulanya era pendidikan secara atas talian dari
rumah atau lebih dikenali sebagai PDPR. Gelombang baru
pendidikan secara online ini bukan sahaja menguji anak-anak kita
malahan melibatkan pendekatan baru pengajaran secara atas talian
secara drastik.

Diharapkan SMK Seksyen 4 Kota Damansara akan terus maju
dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Akhir kata, saya ingin
mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah kepada
semua warga sekolah terutamanya murid-murid yang telah
menempa kejayaan dalam bidang akademik. Semoga kejayaan anda
akan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

OBJEKTIF

1.Memberi pengiktirafan kepada murid-murid
yang berjaya dalam bidang akademik
sepanjang tahun 2020.

2.Menyuntik semangat murid-murid untuk
terus berusaha mengekalkan dan seterusnya
meningkatkan kejayaan tersebut.

3.Mewujudkan daya saing dalam kalangan murid
dalam bidang akademik.

4.Memberi dorongan dan sumber inspirasi
kepada murid-murid lain.

5.Mengeratkan hubungan silaturahim antara
ibu bapa dengan guru-guru.

6.Memupuk kerjasama antara ibu bapa dan guru
dalam meningkatkan prestasi dan prasarana
di sekolah.

7.Mendedahkan ibu bapa dan masyarakat
tentang pencapaian sekolah dalam bidang
kurikulum sepanjang tahun 2020.

8.Melahirkan perasan sayang akan sekolah
dalam sanubari warga sekolah dan sentiasa
berusaha meningkatkan pencapaian sekolah
dari semasa ke semasa.

TERBAIK PBD

TINGKATAN 1 1ARIF
1ARIF
1.MUHAMMAD AIDIEL BIN MOHD HASLIN 1ARIF
2.ANAS NUR UZAIR BIN ANARUDDIN
3.AINA KARMILA BINTI ABDUL HADI

TINGKATAN 2 2A

1.MUHAMMAD AIRIL AMIRUL BIN 2A
ABDULLAH HALIM 2A

2.NUR NADEEHA NAZRI 3ARIF
3.SAMEEHA FATIMAH BINTI HABIB 3ARIF
3ARIF
RAHMAN

TINGKATAN 3

1.ZAHRA' NAJIHAH BINTI ZAIDI
2.NIESREEN FATEEHAH BINTI MAZLAN
3.AMIRUL AZIM AZMI BIN BASENI

TERBAIK PBD

TINGKATAN 4 4A
4A
1.IFFAH MAISARAH BINTI SAMSULBAHARI
2.MUHAMMAD ASHIQ HUSIN BIN ZUBIR 4A

HUSIN
3.QASHRINA AISYA BINTI MOHD

NAZARUDIN

PPKI

1.NUR EMYLIA AWANI BINTI SYUHENEY
2.TUAN DANIEL AMERRULLAH BIN TUAN

ZUHAIMI
3.NUR SHAREENA BINTI JIKI

ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG SPM 2020 (PPKI)

ANUGERAH PELAJAR SPM 2020 PPKI (1A)

1.IRFAN ROS BIN HISYAM ROS 5B

ANUGERAH PELAJAR SPM 2020 PPKI (2A)




2.WAN SARAH ZAHIRA BINTI WAN 5C

ZAINUDDIN

ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG SPM 2020

(5A)

1.NUR AMIRA SHUHADA BINTI MOHD SHUKRI 5B
2.FARZANA BALQIS BINTI MOHD FAUZI 5A
3.NUR AFINDA AUDINA BINTI MURAJI 5A
4.NUR SYAZALIA BINTI AMAN 5B
5.AHMAD HAZWAN SYAUQEE BIN HUSAIRI 5A
6.NUR DINI SUMAYYA BINTI AHMAD BAKRONI 5B
7.AISHAH ADILAH BINTI ZUNAIDIN 5A

ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG SPM 2020

(5A)

8.NUR ALIYA NATASHA BINTI ZAKARIA 5A

9.NURHASYA IRDINA BINTI HELMI RIZAL 5A

10.MUHAMAD SARIFUL IZAD BIN ZULKIFLY 5E

11.SITI ZUBAIDAH BINTI ABDUR RAHMAN 5B

12.NIK DAMIA DALILI BINTI NIK AHMAD FAISAL 5B

13.NUR DINI SYAKIRAH BINTI SUHAIMI 5A

14.ALEA SURAYA BINTI TALIB 5B

15.AIESYA BINTI MAZLAN 5B

ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG SPM 2020

(6A)

1.NORAZARIENA ATIRAH BINTI CHE AB AZIZ 5E
2.SITI ZAHRATUL SHIDRAH BINTI ROSLAN 5C

ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG SPM 2020

(7A)

1.KHAIRUL AZIM BIN OSMAN 5D
2.KHAIRUL AZAM BIN OSMAN 5E

ANUGERAH PELAJAR
CEMERLANG SPM 2020

(8A)

1.ZUR ATIQAH ZAINAL 5A
2.NUR MAWADDAH RIFQI BINTI MOHAMED AZLAN 5A

ANUGERAH PELAJAR 5A
CEMERLANG SPM 2020

(12A)

1.MUHAMMAD LUQMAN SAJJAD BIN ZAIDI

ANUGERAH KHAS PPD
PETALING UTAMA



PENINGKATAN PRESTASI
GRED PURATA SEKOLAH
SEBANYAK 0.18 DALAM
PEPERIKSAAN SPM 2020

LONJAKAN SAUJANA
SPM 2020

1.PENDIDIKAN MORAL
2. GEOGRAFI
3.PENDIDIKAN SENI VISUAL
4.MATEMATIK TAMBAHAN
5. PERNIAGAAN
6. FIZIK
7. BIOLOGI

PENINGKATAN GPMP
PANITIA SPM 2020

1.BAHASA MELAYU
2.BAHASA INGGERIS
3.PENDIDIKAN MORAL
4. MATEMATIK
5. SAINS
6. GEOGRAFI
7.PENDIDIKAN SENI VISUAL
8.MATEMATIK TAMBAHAN
9. PERNIAGAAN
10.EKONOMI
11.FIZIK
12.BIOLOGI
13.TASAWWUR ISLAM

JAWATANKUASA
INDUK

Pengerusi : Puan Zainun binti Muda

Naib Pengerusi : Puan Wong Yok Chu
Puan Aklima binti Abdul
Rahman
Puan Yee Lee Yean
Puan Norita binti
Muhammad
Puan Nur Idayu binti
Rosni

Penyelaras Program: Puan Norhasimah binti
Mohamed

Setiausaha : Puan Mariam binti Musa

Bendahari : Puan Nurul Jannah binti
Mohd Fudzi

Penyelaras : Encik Kamal Arifin bin Kasim
Jawatankuasa Puan Suhaibah binti Abdul
Mutalib
Encik Thanabalan a/l
Munuswamy

SENARAI

JAWATANKUASA

Jemputan:
-Puan Saliza binti Jaafar (K)
-Puan Norfadhilah binti Hussin (PK)
-Puan Tanty Enyda binti Ramlee

Pendaftaran:
-Puan Muniyammah a/p Muthusamy

Pemilihan Penerima Anugerah:
-Puan See Siew Ying (SPM)(K)
-Puan Zarina binti Mokhtar (PBD)(PK)
-Puan Nor Haznida binti Abdul Hamid
-Pn. Saripah binti Jaaffar



Buku Program & Teks Ucapan
-Puan Siti Nor binti Yaacob (e-poster) (K)
-Puan Anita Azura binti Shahar(Teks Ucapan)
(PK)
-Puan Jasminder Kaur a/p Mohkam Singh
(Teks Ucapan)
-Puan Nor Azliana binti Ismail(e-book)

SENARAI

JAWATANKUASA

Penyediaan Sijil, Hadiah & Cenderamata
-Puan Azizan binti Fadzir Lulah (K)
-Puan Norsyazwani binti Muhamad Zain (PK)
-Cik Nur Syuhada binti Abd. Hamid





Fotografi/Video & Teknikal
-Puan Aznizah binti Abdul Rahman (K)
-Puan Nornafisah binti Othman (PK)
-Puan Shazila Evani binti Mohamad Solihin
-Encik Aznor Azim bin Azid



Bacaan Doa:
-Encik Mohd Hafiz Affandi bin Muhammad





Dokumentasi
-Puan Mariam binti Musa

Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih
kepada semua yang

terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam

menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan

Kali ke-18 2020.

"Hiduplah seakan-
akan kau akan mati

esok. Belajarlah
seakan-akan kau akan

hidup selamanya"

SMKS4KD 2021


Click to View FlipBook Version