The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE-19/2023 SESA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teacher Nurul, 2023-06-22 22:08:16

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE-19/2023 SESA

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KE-19/2023 SESA

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-19 TAHUN 2023 & HARI ANUGERAH BESTARI SK SERI SAUJANA (SESA) HARI : AHAD TARIKH : 25 JUN 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN HAJAH AZIAH, SK SERI SAUJANA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


ATURCARA MESYUARAT “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


ATURCARA MESYUARAT 7.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran guru dan ibu bapa 8.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-19 9.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat 10.00 pagi : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 : Nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku : Bacaan Doa Ustaz Mohd Zamani bin Muhammad : Persembahan Nasyid dan Boria Suka-suka : Ucapan YDP PIBG : Ucapan Guru Besar Cikgu Juraimi bin Mohd Said : Ucapan Perasmi Yang Berbahagia Inspektor Ayu Azeerah Ezzanie Binti Mat Rasid Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi Daerah merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah SK Seri Saujana : Persembahan lagu Kanak-kanak Riang Gembira 11.00 pagi : Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati : Cabutan nombor bertuah sesi pertama : Penyampaian Anugerah • Anugerah YDP o Pengurusan Kurikulum Cemerlang o Pengurusan Hal Ehwal Murid Cemerlang o Pengurusan Kokurikulum Cemerlang • Anugerah KRMJ o Ikon Murid KRMJ o Kelas Terbaik KRMJ • Anugerah Pengurusan Kelas Terbaik : Cabutan nombor bertuah sesi kedua 1.00 tengah hari :Bersurai “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


SEKALUNG BUDI “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


SEKALUNG BUDI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 Tuan Ketua Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi Jalan Sungai Siput Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengurus Bank Islam Kota Tinggi 14, Jalan Tun Habab, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengurus Agro Bank Kota Tinggi 16, Jalan Niaga 2 Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengerusi Masjid Taman Sri Saujana81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengurus Bank Muamalat Kota Tinggi Heritage Mall, No. 23,25 & 27 Pekan Kota Tinggi 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga SS 6 (KRT) Taman Sri Saujana 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengurus Bank Rakyat Kota Tinggi No.24 & 25, Jalan Jaya 1, Taman Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengurus Ladang Tai Tak Jalan Johor Batu 2, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Pengetua SMK Taman Sri Saujana Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Guru Besar Sekolah Agama Taman Sri Saujana Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Tuan Hj Mohd Sakdon bin Md Siran Yang Dipertua PIBG SMK Taman Sri Saujana Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. En. Muzaffar bin Zakariah Pengerusi Penggerak Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) SK Seri Saujana Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. YDP PIBG SK Seri Saujana Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 dan khususnya kepada : Semoga usaha murni ini akan memberi sebaik-baik manfaat kepada para pelajar khususnya yang akan mewarisi dan meneruskan perjuangan generasi kita. Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah SWT dan segala kekurangan itu adalah kelemahan diri kami sendiri. “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


UCAPAN ALUAN GURU BESAR SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


KATA ALU- ALUAN GURU BESAR SK SERI SAUJANA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Salam SESA Melangkaui Harapan. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19. Mesyuarat Agung kali ini walaupun lewat tapi dapat dilaksanakan secara bersemuka. Ini rezeki dan kemudahan dan kemudahan yang Allah berikan agar dapat kita satukan hati hati kita dalam memperkasa pendidikan anak anak demi masa depan negara. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah. Kebersamaan ibubapa dan pihak berkepentingan akan dapat mempertingkat komitmen untuk menjadikan SESA sebuah institusi Pendidikan berkualiti yang dapat melahirkan murid yang kompeten dan holistik. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, pertamanya kepada En Jumaidi Hanizam Bin Jamaluddin, YDP PIBG SESA dan ahli jawatankuasanya yang peka kepada keperluan sekolah dan sentiasa memberikan komitmen terbaik untuk memastikan kebajikan dan pencapaian murid SESA ditahap cemerlang. PIBG SESA sentiasa seiring dalam mendepani cabaran dunia pendidikan. Keduanya, terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga serta komuniti yang sangat yakin kepada SESA, memberikan kerjasama hebat dalam pelbagai aktiviti dengan sokongan material, moral, tenaga dan kewangan. Banyak perkara dan keperluan sekolah khususnya berkait pembangunan sahsiah, akademik dan kurikulum murid dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagaimanapun masih ada ruang yang besar untuk ibu bapa menambah baik penglibatan dalam kesediaan murid untuk hadir ke sekolah. Trend kehadiran yang rendah pada hari Ahad dan menyambung cuti perlulah kita tangani bersama. Sokongan yang diberikan merupakam elemen penting kepada kemenjadian murid dan peningkatan kualiti pencapaian sekolah yang diharapkan. Penilaian Bilik Darjah sering tertangguh atau adakalanya tidak dapat dilaksanakan kerana masalah murid yang kerap tidak hadir dan terdapat juga yang tidak hadir berpanjangan. Perkara seperti ini merupakan ancaman kepada PBD. Ujian Sesi Akhir Akademik lebih tertumpu kepada menguji penguasaan murid pada topik pembelajaran tahun semasa, tanpa mengambil kira sikap dan sahsiah murid. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan ABC (Anak Baik Lagi Cerdik) dalam mencapai Karahmah Insaniah yang diseru oleh Menteri Pendidikan. Manakala Jabatan Pendidikan Negeri Johor pula menyambutnya dergan Karektor Murid Johor (KrMJ) yang pastinya bertujuan membentuk murid bersahsiah yang baik dan cerdik. Ketiganya, ucapan terima kasih saya tujukan kepada warga pendidik dan anggota sokongan SESA yang memainkan peranan sangat penting, yang luar biasa bagi memastikan pendidikan tetap berlangsung dalam apa keadaan sekalipun. Pelbagai kekangan dan kesukaran (terutama kekurangan guru) tidak menghalang untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid disemua peringkat. Ini terbukti dengan pelbagai aktiviti yang kini sedang sarat dalam takwim persekolahan samada dibidang akdemik mahupun kokurikulum. Semoga usaha yang berterusan ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Keempatnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada PIBKS SESA, khususnya kepada individu-individu yang menjadi sukarelawan dalam pelaksanaan aktiviti berskala besar SESA dan barisan rakan rakan strategik SESA yang turut kita “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


raikan pada hari ini. Sokongan dan kebersamaan anda menjadikan kami merasa sempurna, yakin dan bersemangat memenuhi tuntutan sistem Pendidikan semasa. Tuan puan saksikan sendiri apa yang berlaku di SESA kini, nilailah dengan hati yang tenang dan minda terbuka, andainya diiktiraf kemenjadian SESA, maka anda semua adalah penyumbangnya, jika tidak maka kita semua perlu melakukan lebih baik lagi, Tepuk dada tanya selera. Pada dasarnya hubungan baik, jalinan dan jaringan semua pihak mesti diteruskan serta dipertingkatkan. Sederap langkah dengan usaha-usaha berterusan SESA untuk meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Semua kejayaan yang dihasilkan adalah daripada kesepaduan dan keberkatan muafakat. Semangat dari kejayaan dijadikan suntikan kecemerlangan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa mencabar dengan pelbagai ketidakpastian. Pihak sekolah sentiasa bersedia menerima teguran, bimbingan, sokongan dan jalinan kerjasama semua pihak khususnya JPNJ, PPD, PIBG dan PIBKS untuk mencapai matlamat menjadikan SESA Sekolah Berkualiti. Akhir kata, Syabas dan terima kasih kepada En Jumaidi Hanizam, Tuan YDP serta AJK PIBG, semua guru atas usaha gigih mereka menjayakan mesyuarat Agung kali ke-19 dengan jayanya dan penghargaan kepada semua ibu bapa yang dapat melaksanakan tanggungjawab hadir pada hari ini. Semoga usaha kita semua diberkati dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. …………………………………………………… JURAIMI BIN MOHD SAID Guru Besar, SK Seri Saujana, Kota Tinggi, Johor. “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


UCAPAN ALUAN YDP PIBG SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


KATA ALU- ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK SERI SAUJANA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinanNya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-19 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2021/2022 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Di samping kemajuan akedemik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Seri Saujana. Di kesempatan ini, besarlah harapan saya, agar ibubapa dan guru-guru dan memberikan idea-idea yang bernas semasa mesyuarat agung ini dijalankan agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk memastikan misi dan visi SK Seri Saujana tercapai. Saya berharap agar Ahli Jawantankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Seri Saujana. Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-19 ini. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. …………………………………………….. Jumaidi Hanizam Bin Jamaluddin SK Seri Saujana Kota Tinggi, Johor “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 19 / 2023 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 19/2023 SK SERI SAUJANA Penasihat : Cikgu Juraimi bin Mohd Said (Guru Besar) Pengerusi : En. Jumaidi Hanizam bin Jamaluddin (Yang Dipertua PIBG) Timbalan Pengerusi 1 : En.Mohamad Shahrizan bin Kamasian (NYDP PIBG) Timbalan Pengerusi 2 : En. Muzaffar bin Zakariah (Pengerusi PIBK) Naib Pengerusi 1 : Cikgu Norizzah bt Abu Samah (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Cikgu Rosliza bt Ramli (GPK Hem) Naib Pengerusi 3 : Cikgu Abdul Rahim bin Mohd Salih (GPK Kokurikulum) Naib Pengerusi 4 : Cikgu Rozy binti Alias (GPK Petang) Setiausaha : Ustaz Mohd Azam Sani bin Mohd Khairuddin Naib Setiausaha : Cikgu Nurul Shafiqah binti Md Samian Bendahari : Cikgu Noratiqah binti Ayob Naib Bendahari : Cikgu Nurul Fahda Binti Mustaffa AJK Pendaftaran 1. Cikgu Farhani bt Tawhid 2. Pn. Noor Nabilla binti Ramlan (PIBG) Bacaan Doa 1. Ustaz Mohd Zamani bin Muhammad AJK Sambutan 1. Cikgu Juraimi bin Mohd Said 2. En. Jumaidi Hanizam bin Jamaluddin (PIBG). AJK Backdrop / Hiasan Pentas 1. Cikgu Noraidah bt Sidin. 2. Pn Suriati Binti Buang (PIBG) Buku Program 1. Cik Nurul Shafiqah binti Md Samian 2. Ustazah Nurmasitah binti Katibin. AJK Jamuan 1. Cikgu Saidatul Safinar binti Abdul Rahman 2. Pn. Norhayati bt Mohd Yahya (PIBG). AJK Teknikal 1. Ustaz Muhammad Amerul Arif bin Mohd Semadi. 2. En. Abdul Kadir Bin Omar Shahir (PIBG). AJK Pencatat Minit Mesyuarat 1. Ustazah Farhah Nabilah binti Mohd Khalil. 2. Cikgu Nik Azeyati binti Nik Mohd Yusoff. AJK Dokumentasi 1. Cikgu Salwa binti Sapee. 2. Ustazah Kaqbi Nora binti Taufik. AJK Pengira Dan Pencatat Undi 1. Cikgu Zakiah binti Daud 2. Cikgu Norhaidah binti Osman. AJK Persiapan Tempat 1. Ustaz Mohd Safuan bin Mohd Akil. 2. En. Zairi Zail Bin Mohamed (PIBG). AJK Persembahan 1. Cikgu Nuramalina binti Zainal Abidin. 2. Cikgu Nurul Fahda binti Mustaffa. 3. Ustaz Ahmad Zakwan bin Suhaimi. 4. Ustazah Afiqah binti Mohd Yasin. 5. Cikgu Zainina binti Mohd Ajam. “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 19/2023 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


Ruj.Tuan : Ruj. Kami : SKSS.100-13/1/4( ) Tarikh : 8 JUN 2023 Semua Ibu bapa / Penjaga, Murid-murid SK Seri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor. Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SK SERI SAUJANA KALI KE-19 TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Seri Saujana akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2023 pada ketetapan berikut: Tarikh : 25 Jun 2023 (Ahad) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Hajah Aziah SK Seri Saujana 3. Tuan/puan adalah dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke mesyuarat tersebut dan boleh mengemukakan usul (jika ada) mulai tarikh terimaan notis ini. Sebarang usul boleh diisi di dalam google form yang telah disediakan sehingga tarikh 12 Jun 2023 (Isnin). Pemberi usul wajib hadir untuk membentangkan usul yang dikemukakan dan sekiranya pemberi usul tidak hadir maka usul tersebut tidak akan dibahaskan. 4. Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………………………………… MOHD AZAM SANI BIN MOHD KHAIRUDDIN, Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK Seri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor. sk. i. Fail HEM ii. Fail Sekolah PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAUJANA, TAMAN SRI SAUJANA, KM 30, JALAN JOHOR BAHRU, 81900 KOTA TINGGI, TEL : 07-8835103 JOHOR. FAX : 07-8835100


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 19/2023 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


1. Ucapan alu-aluan Pengerusi PIBG. 2. Ucapan alu-aluan Penasihat PIBG. 3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-18. 4. Membentang, menerima dan mengesahkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 hb. Disember 2022. 5. Membahaskan Usul-usul. 6. Hal-hal lain. 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024. • AJK Ibu bapa • Juruaudit Dalaman 8. Ucapan penangguhan. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19/2023 “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


SENARAI NAMA AJK PIBG (AJK IBU BAPA & GURU) SESI 2022/2023 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


SENARAI NAMA AJK PIBG SK SERI SAUJANA 2022/2023 (AJK IBU BAPA) BIL NAMA JAWATAN 1. EN. JUMAIDI HANIZAM BIN JAMALUDDIN YANG DIPERTUA PIBG 2. EN. MOHAMAD SHAHRIZAN BIN KAMASIAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 3. EN. ZAIRI ZAIL BIN MOHAMED BIRO KECERIAAN 4. EN. ABDUL KADIR BIN OMAR SHAHIR BIRO SUKAN 5. PN. SURIATI BINTI BUANG BIRO AKADEMIK 6. PN. ZULIANA BTE ADOOL @ RAHAVI BIRO SOSIAL 7. PN. NORHAYATI BT MOHD YAHYA BIRO SUKAN 8. PN. NOOR NABILLA BINTI RAMLAN BIRO AKADEMIK 9. PN. NORHAYATUN NAIM BINTI SHAFIE BIRO SOSIAL 10. PN. JUNAINAH BINTI HUSSIN BIRO SUKAN 11. EN. NORLI BIN MOHD ALWEE BIRO EKONOMI 12. EN. MURAD BIN MASRAM BIRO KEBAJIKAN 13. PN. NOR AZIAH BINTI HARON BIRO EKONOMI 14. PN. NORZI BINTI JAMIAN BIRO KECERIAAN “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


SENARAI NAMA AJK PIBG SK SERI SAUJANA 2022/2023 (AJK GURU) BIL NAMA JAWATAN 1. CIKGU JURAIMI BIN MOHD SAID PENASIHAT 2. CIKGU MOHD AZAM SANI BIN MOHD KHAIRUDDIN SETIAUSAHA 3. CIKGU NURUL SHAFIQAH BINTI MD SAMIAN NAIB SETIAUSAHA 4. CIKGU NORATIQAH BINTI AYOB BENDAHARI 5. CIKGU NURUL FAHDA BINTI MUSTAFFA NAIB BENDAHARI 6. CIKGU NURUL HUSNA BINTI ROSLAN PENYELARAS PIBK 7. CIKGU LUQMAN NUR HAKIM BIN IBRAHIM PENOLONG PENYELARAS PIBK 8. CIKGU MUHAMMAD RUHAIMI HILMAN BIN RADZUAN BIRO KECERIAAN 9. CIKGU MOHAMMAD AZAM EZAWAN BIN MOHD LAHURI BIRO EKONOMI 10. CIKGU NURMASITAH BINTI KATIBIN BIRO SOSIAL 11. CIKGU NORFAZILAH BINTI SALIM BIRO SUKAN 12. CIKGU SITI NORA BINTI YA BIRO AKADEMIK 13. CIKGU MUHAMMAD AMERUL ARIF BIN MOHD SEMADI BIRO KEBAJIKAN “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


PERINGATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18 2022 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SERI SAUJANA 81900 KOTA TINGGI, JOHOR KALI KE-18/2022 Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 1.45 petang hingga 3.45 petang Tempat : Dewan Hajah Aziah KEHADIRAN: Ibu bapa : 300 Orang Guru : 80 Orang Jumlah : 380 Orang 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Yang Dipertua PIBG, En. Jumaidi Hanizam bin Jamaluddin selaku Pengerusi mesyuarat mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-18 bagi sesi persekolahan 2022. 1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan Mesyuarat Agung pada kali ini adalah untuk membentangkan aktiviti yang telah dijalankan bersama ibu bapa dan guru pada tahun lalu. 1.3 Pengerusi membacakan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke-18/2022. 1.4 Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, En. Juraimi bin Mohd Said. 1.5 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan guru kerana dapat melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-18/2022. 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG KE-17/ 2021 2.1 En. Mohd Azam Sani bin Mohd Khairuddin selaku Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung kali Ke-17/2021. 2.2 Pn. Norhidayah binti Abu Samah mencadangkan Minit Mesyuarat Agung kali Ke-17/2021 yang lalu disahkan. 2.3 En. Norli bin Mohd Ali menyokong minit mesyuarat disahkan dan minit mesyuarat disahkan secara sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 3.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2021 3.1 Pn. Noratiqah binti Ayob membentangkan penyata kewangan PIBG tahun 2021 bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. 3.2 En. Abdul Kadir bin Mohamad mencadangkan laporan kewangan PIBG tahun 2021 disahkan. 3.3 Pn. Junainah binti Husin menyokong penyata kewangan 2021 disahkan. 3.4 Laporan kewangan diterima sebulat suara. 4.0 MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL 4.1 Ketiadaan guru subjek Bahasa Inggeris 5 Berlian 4.1.1 Pemberi usul : Muliadi bin Kadri / Roslina binti Yaacob 4.1.2 Isu ketiadaan guru mengajar bagi subjek teras Bahasa Inggeris bagi Tahun 5 Berlian menjadi kerisauan ibu bapa kerana murid-murid akan ketinggalan pelajaran. Apakah solusi pihak sekolah bagi mengatasi masalah ini ?


Respon Guru Besar : Pihak sekolah sedang mengalami masalah kekurangan guru terutama subjek Bahasa Inggeris. Pihak sekolah dijanjikan dengan bekalan guru oleh pegawai PPD namun tidak dapat mengisi kekosongan tersebut. Isu Guru Bahasa Inggeris berkurang disebabkan beberapa orang guru Bahasa Inggeris yang berpindah dan seorang lagi guru yang menggantikan guru Prasekolah. Sebelum ini guru Bahasa Iinggeris digantikan oleh guru dari MyStep tetapi hanya dalam tempoh sebulan sahaja. Namun masalah telah diselesaikan dengan pelaksanaan pengecilan kelas. Tindakan: Semua AJK PIBG 4.2 Isu buku yang pelbagai perlu dibawa bagi setiap subjek. 4.2.1 Pemberi Usul : Mohamad Hashim bin Hassan 4.2.2 Isu mengenai pelbagai jenis buku yang perlu dibawa oleh murid bagi setiap subjek. Ibu bapa berharap agar jadual waktu murid Tahun 1 tidak membebankan dan murid dimaklumkan buku yang apa sahaja perlu dibawa agar tidak menjadi beban kepada murid yang kecil untuk membawa beg yang berat. Respon YDP PIBG: Respon Guru Besar : Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan makluman yang diberikan oleh guru dalam grup Telegram kelas. Bagi murid tahap 1 sudah ditetapkan hanya 3 subjek sahaja setiap hari. Buku murid dikumpulkan oleh guru kecuali buku yang ditetapkan untuk menyiapkan kerja sekolah. Tindakan: Semua AJK PIBG dan ibu bapa 4.3 Keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG Sekolah. 4.3.1 Pemberi Usul : Junainah binti Hussin 4.3.2 Mencadangkan agar ibu bapa yang mempunyai anak lebih daripada 2 orang bersekolah di SK Seri Saujana, digalakkan aktif dalam aktiviti PIBG sekolah. Respon YDP PIBG: Respon Guru Besar: Bersetuju dengan ibu bapa yang aktif dengan aktiviti PIBG sekolah. Penglibatan komuniti dan masjid juga sangat digalakkan. Tindakan: Semua AJK PIBG 4.4 Program membaca di sekolah. 4.4.1 Pemberi Usul : Jah Binti Mohamed


4.4.2 Mencadangkan sekali dalam seminggu untuk mengadakan program membaca di sekolah. Murid-murid boleh membaca apa juga jenis buku. Ini bertujuan untuk menggalakkan setiap murid membaca dalam 30 - 60 minit setiap hari. Respon Guru Besar: Bersetuju. Pihak sekolah juga telah melaksanakan Program NILAM dan galakan membaca di ruangan Speaker Corner. Tindakan: Semua AJK PIBG 4.5 Isu Baju Sukan dan KrMJ. 4.5.1 Pemberi Usul : Naemah Binti Uding 4.5.2 Isu mengenai baju sukan dan KRMJ masih tidak dapat. Tak perlu jual kalau stok baju tiada. Pihak sekolah wajib buat laporan ke JPNJ untuk diambil tindakan (denda/ penalti) ke atas pembekal. Respon Guru Besar: Tempahan sudah dibuat lebih awal dari tahun 2020. Namun, disebabkan pandemik, pihak sekolah meminta pembekal menangguhkan percetakan baju dikhuatiri muridmurid yang menempah tidak lagi bersekolah di SESA. Dijangkakan tempahan akan diterima pada hujung bulan Julai. Tindakan: Semua AJK PIBG 4.6 Sumbangan PIBG Tahun 2022 4.6.1 Pemberi Usul : Nor Aziah binti Haron 4.6.2 Mencadangkan sumbangan PIBG tahun 2022 adalah sebanyak RM50.00 setiap keluarga. Respon YDP PIBG: Majoriti ibu bapa dan guru sebulat suara bersetuju sumbangan PIBG tahun 2022 adalah sebanyak RM 50.00 setiap keluarga. Respon Guru Besar: Bersetuju dan diharapkan semua ibu bapa juga bersetuju. Tindakan: Semua AJK PIBG ************************************************************************** 5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 5.1 Pengerusi mengingatkan kembali bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk membantu dan melaksanakan aktiviti, membina prasarana, menambah dan menyelenggara prasarana untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah. 5.2 Pengerusi bagi pihak Jawatankuasa PIBG 2021/2022 memohon kemaafan atas kekurangan dan kelemahan sepanjang menjalankan tugas pada sesi yang lepas. 5.3 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022.


6.0 LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 6.1 Cadangan daripada ahli mesyuarat yang hadir bersetuju melantik En. Mohd Azam Sani bin Khairuddin sebagai pengerusi sementara untuk pemilihan AJK baru 2022/2023. 7.0 PEMILIHAN AJK PIBG 2022/2023 7.1 En. Mohd Azam Sani bin Mohd Khairuddin meminta ahli-ahli PIBG yang hadir untuk memilih AJK PIBG 2022/2023. Jawatan yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG dan 11 orang ahli jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa. Manakala ahli jawatankuasa PIBG dalam kalangan guru dipilih oleh Guru Besar. 7.2 En. Abdul Kadir bin Mohamad mencadangkan agar AJK PIBG sesi lalu dikekalkan bagi sesi 2022/2023. 7.3 Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut namun beberapa orang AJK sesi 2022 memohon untuk mengundurkan diri atas beberapa faktor yang munasabah. Penarikan diri mereka dipersetujui antarannya En. Mohd Fiezry bin Jamari, Pn. Masita binti Tokiman, Pn. Nor Azreeniza binti Nor Ridzan, Pn. Asmida Murni binti Mohamad, Pn. Suraini binti Selamat dan Pn. Halillah bt Jabar@Jabbah. 7.4 En. Abdul Kadir bin Omar Shahib mencadangkan beberapa nama sebagai calon AJK antaranya En. Norzi binti Jamian, En. Murad bin Masram, En. Norli bin Mohd Alwee, Pn. Norhayatun Naim bin Syafie, Pn. Zuliana binti Adool dan Pn Suriati binti Buang. 7.5 Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut termasuk dengan mengekalkan En. Jumaidi Hanizam bin Jamaluddin sebagai Yang Dipertua PIBG dan En. Shahrizan bin Kamasian sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. 7.6 Bagi jawatan juruaudit, semua ahli mesyuarat bersetuju agar ia dikekalkan. 7.7 Senarai ahli jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa: 1. En. Jumaidi Hanizam bin Jamaluddin (YDP) 2. En. Shahrizan bin Kamasian (NYDP) 3. En. Zairi Zail bin Mohamed 4. Pn. Zuliana binti Adool 5. Pn. Norhayati bt Mohd Yahya 6. Pn. Noor Nabilla binti Ramlan 7. Pn. Junainah binti Hussin 8. Pn. Nor Aziah binti Haron 9. Pn. Norzi binti Jamian 10. Pn. Suriati binti Buang. 11. En. Abdul Kadir bin Omar Shahib 12. En. Murad bin Masram 13. En. Norli bin Moh Alwee 14. Pn. Norhayatun Naim binti Syafiee Senarai ahli jawatankuasa PIBG dalam kalangan guru: 1. Ustaz Mohd Azam Sani bin Mohd Khairudin (Setiausaha) 2. Cikgu Nurul Shafiqah binti Md Samian (Naib Setiausaha) 3. Cikgu Noratiqah binti Ayob (Bendahari) 4. Cikgu Nurul Fahda binti Mustafaa (Naib Bendahari) 5. Cikgu Nurul Husna binti Roslan ( Penyelaras PIBK) 6. Cikgu Luqman Nur Hakim bin Ibrahim (Naib Penyelaras PIBK) 7. Cikgu Muhammad Hadzir bin Raizhuddin bin Halim 8. Cikgu Mohammad Azam Ezawan bin Mohd Lahuri 9. Ustaz Muhammad Amerul Arif bin Mohd Semadi 10. Ustazah Nurmasitah binti Katibin


11. Cikgu Norfazilah binti Salim 12. Cikgu Siti Nora binti Ya Juruaudit dalaman: 1. Pn. Norkamaliah binti Sulaiman (Ibu bapa) 2. En. Mohd Isa bin Tukeman (Guru) Makluman: Semua ahli PIBG 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Tiada 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Pengerusi mengharapkan hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa terus terjalin dan memohon ibu bapa terus memberikan komitmen dan kerjasama dalam program-program yang dijalankan. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang. Dicatat oleh: 1. Ustazah ‘Afifah binti Azmi 2. Ustazah Farhah Nabilah binti Mohd Khalil Disediakan oleh, Disemak oleh, .......................................................................... …………………………………………….. (MOHD AZAM SANI BIN MOHD KHAIRUDDIN) (EN. JUMAIDI HANIZAM BIN JAMALUDDIN) Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG SK Seri Saujana, SK Seri Saujana, Kota Tinggi, Johor. Kota Tinggi, Johor.


LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2022 “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


USUL – USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19/2023 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19/2023 1. Semasa pembelian buku tulis, tidak perlu wajibkan pembelian non-woven bag. Sepatutnya pakai beg plastik seperti dulu kurang kos. Anak ramai terasa bila setiap anak dikenakan bayaran non-woven bag. 2. Pemilihan unit beruniform atas talian. Siapa isi dulu dia dapat uniform yang dikehendaki. Tak semua parents mampu nak sediakan pakaian uniform yang mahal. Anak saya ramai bersekolah jadi adiknya boleh ulang pakaian kakak atau abangnya yang dah tak pakai. Takperlu membazir. Cara pemilihan sekarang sekolah tetapkan saya tidak berapa setuju, saya lima orang anak, setiap anak berbeza uniform. Saya harap pihak sekolah dapat pertimbangkan uniform ibu bapa memilih di talian guna Google Form. Siapa cepat dia dapat unit tu. Pemberi usul : Siti Hajar Bt Md Kusmin Anak : Nur Qaireen Afrina Bt Mohd Ahfizullah (6 Berlian) “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA & GURU SESI 2023/2024 SESA “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA & GURU SK SERI SAUJANA SESI 2023/2024 Penasihat : Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Bil AJK IBU APA AJK GURU 1. 2 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Juru Audit : 1. ________________________ 2. ________________________ “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


SENARAI PENERIMA ANUGERAH “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


1. PENYAMPAIAN ANUGERAH YDP • Pengurusan Kurikulum Cemerlang • Pengurusan Hal Ehwal Murid Cemerlang • Pengurusan Kokurikulum Cemerlang 2. PENYAMPAIAN ANUGERAH KRMJ a) SENARAI NAMA IKON MURID KRMJ Bil Anugerah Nama Kelas 1 Ikon Sahabat Adab Krmj (Lelaki) Muhammad Ammar Zikry Bin Mohd Kalmizi 2 Permata 2. Ikon Sahabat Adab Krmj (Perempuan) Nur Aleesha Maisara Khadeeja Binti Abdul Rahim 2 Mutiara 3. Ikon Sahabat Adab Krmj (Perempuan) Monisha Nair A/P K N Kumar 6 Intan 4 Ikon Sahabat Adab Krmj (Lelaki) Muhammad Naqib Fidtri Bin Noriman 6 Berlian 5 Ikon Pembaca Doa Krmj Muhammad Izzat Bin Mohd Fauzi 2 Baiduri 6 Ikon Pembaca Doa Krmj Daing Muhammad Rayyan Bin Mohd Pahlawi 6 Berlian 7 Ikon Keterampilan – Gaya Rambut Krmj Muhammad Airiz Al Fatih Bin Zairi Zail 2 Nilam 8 Ikon Keterampilan – Gaya Rambut Krmj Muhammad Syamil Syafie Bin Sariful 5 Permata 9 Ikon Perintis Warisan Krmj Muhammad Eid Abdullah Bin Mohd Nizam 2 Intan 10 Ikon Perintis Warisan Krmj Aina Zulaikha Binti Mohd Amin 5 Delima 11 Ikon Kepimpinan Krmj Divish Naaidu A/L Balasubramaniam 6 Intan 12 Ikon Kepimpinan Krmj Nur Farzana Nabihah Binti Mohamad Nagib 6 Berlian 13 Ikon Kecergasan Krmj (Senamrobik) Muhammad Fateh Bin Muhammad Fakharuddin 5 Delima 14 Ikon Kecergasan Krmj (Senamrobik) Muhammad Arif Adhwa Bin Abd Shukor 5 Permata 15 Ikon Kecergasan Krmj (Senamrobik) Nur Damia Qistina Binti Nor Ain 6 Berlian 16 Ikon Kecergasan Krmj (Senamrobik) Nur Syahira Binti Syarifudin 5 Baiduri 17 Ikon Kecergasan Krmj (Senamrobik) Nur Alya Zinira Binti Mohd Fahdmy 6 Berlian 18 Ikon Kecergasan Krmj (Senamrobik) Nur Raisha Maisarah Binti Md Rizal 6 Berlian 19 Ikon Bicara Jauhar Krmj Amni Zulfah Binti Iwandi 6 Delima 20 Ikon Bicara Jauhar Krmj Azib Sabhi Bin Abdul Kossim 5 Berlian 21 Ikon Bicara Jauhar Krmj Muhammad Adib Zaquan Bin Zaidi 6 Berlian 22 Ikon Pengacara Krmj Qaseh Rheanur Khadijah Binti Mohd Kalmizi 6 Baiduri “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


b) KELAS TERBAIK KRMJ Anugerah Kelas Ikon Keseragaman T -Shirt Krmj (Kelas) 2 Delima Ikon Keseragaman T -Shirt Krmj (Kelas) 4 Baiduri 3. ANUGERAH PENGURUSAN KELAS TERBAIK • Aliran Tahun 1 • Aliran Tahun 2 • Aliran Tahun 3 • Aliran Tahun 4 • Aliran Tahun 5 • Aliran Tahun 6 • PPKI • Pra Sekolah “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


Tuan puteri pergi ke Rasah, Pulang semula sebelah pagi, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin Tuhan bersua lagi. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan, Walau jauh di negeri satu, Hilang di mata, di hati jangan. TERIMA KASIH. JUMPA LAGI. “SESA MELANGKAUI HARAPAN SEKOLAH CEMERLANG 2023”


Click to View FlipBook Version