PERIBAHASA
Ahli kumpulan
Ahlam,Aryana,husna
SIMPULAN BAHASA
PERUMPAMAAN
PEPATAH
BIDALAN
SIMPULAN BAHASA
1.Ada hati = Ada keinginan
Ali ada hati terhadap anak perempuan ketua kampung.
2.Berhati batu = degil dan tidak mendengar nasihat
Hassan memang berhati batu kerana masih ingin mahu menyertai
pertandingan itu walaupun sudah dilarang oleh ibunya.
3.Buah hati = kekasih atau orang kesayangan
Abang membawa buah hatinya berjumpa dengan ibu dan ayah di rumah.
4.Buah mulut = perkara yang menjadi perbualan ramai.
Kepulangan Maisara di kampungnya menjadi buah mulut orang ramai.
5.Cahaya mata = anak
Rahman dan isterinya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel.
PERUMPAMAAN
1.Seperti aur dengan tebing = Tolong-menolong antara satu sama lain.
Perhubungan di antara jiran-jiran di kawasan itu sungguh akrab kerana
mereka bersifat seperti aur dengan tebing.
2.Bagai pinang dibelah dua = sama cantik sama padan.
Pasangan pengantin yang sedang duduk di atas pelamin itu bagai pinang
dibelah dua.
3.Seperti ayam berak kapur = muka pucat dan tidak bermaya
Wajah Amirah seperti ayam berak kapur apabila dipanggil ke bilik disiplin.
4.Bagai itik pulang petang = berjalan dengan lambat sekali
Salmah sering ditinggalkan oleh kawannya semasa berjalan pulang dari
sekolah kerana dia bagai itik pulang petang.
5.Seperti langit dan bumi = perbezaan yang sangat ketara.
PEPATAH
1.Biar mati anak,jangan mati adat = Adat yang tidak boleh dilanggar
2.Biar putih tulang jangan putih mata = Lebih baik mati daripada
menanggung malu
3.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih = Jika ada kemahuan pasti ada
jalan
4.Alang-alang berminyak biar licin = melakukan sesuatu pekerjaan dengan
sempurna
5.Belum duduk sudah berlunjur = Belum dapat apa yang diingini sudah
gembira hati
6.Genggam bara api biar sampai jadi arang = Melakukan pekerjaan yang
susah,hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan
BIDALAN
1.Sediakan payung sebelum hujan = Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
2.Patah tumbuh hilang berganti = terus menerus ada gantinya
3.Sekepal menjadi gunung,setitik menjadi laut = Perkara atau masalah yang
mulanya kecil menjadi besar.
4.Hendak terbang tiada bersayap = Ada keinginan melakukan sesuatu tetapi
tidak berdaya
5.Ada padi masak adalah pipit = Orang yang suka berkumpul di tempat yang
mudah mendapat rezeki
6.Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi yang masak =
Melakukan kerja sambilan sementara mendapat kerja yang tetap
SEKIAN,TERIMA KASIH
GURU:CIKGU ZARINA
>AHLAM
>ARYANA BASYIRA
>HUSNA MARDHIAH