PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM(DT50502) SEMESTER 1 SESI 2022/2023 | SEKSYEN 2 TUGASAN INDIVIDU (DR. LEE BIH NI) NAMA PELAJAR NO. PELAJAR MAZNI BIN SIDRU PP2212083T FAKULTI : FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN KOD KURSUS : DT50502 TAJUK KURSUS : PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM
1.0PENGENALAN Permainan Badminton merupakan sukan utama serta merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Ia boleh dimainkan sama ada dua (permainan tunggal) atau empat orang (permainan beregu). Permainan badminton ini mempunyai persamaan dengan permainan tenis. Ia dimainkan dengan pemain di setiap belah dan cuba memukul bola yang dipanggil (bulu tangkis) melewati jaring agar jatuh di ruang lawan yang sudah ditentukan. Pemain juga harus mencuba menghalang lawannya dari melakukan hal tersebut kepadanya. Sepertimana yang kita ketahui, permainan badminton memerlukan seseorang pemain itu mempunyai tahap kecergasan serta ketangkasan yang tinggi kerana kelemahan pemain menguasai aspek ini boleh membawa kepada kekalahan kepada pasukan dan diri. Oleh yang demikian, setiap sekolah diwajibkan menganjurkan pertandingan sukan bagi membina produk negara yang berdaya saing dan sihat dalam melakukan pelbagai aktiviti. Justeru, Sekolah Menengah Bum-Bum, Semporna telah menganjurkan satu pertandingan permainan Badminton antara pelajar dan guru sidang pagi. Kaedah Pertandingan yang dipilih adalah separa liga dua kumpulan yang melibatkan lapan orang pemain. Oleh itu, dalam peringkat ini pertandingan akan dijalankan secara system liga dalam kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B bagi memudahkan perjalanan pertandingan yang dianjurkan. Setiap kumpulan mempunyai empat pemain iaitu kedudukan setiap pemain akan ditentukan secara adil dan saksama melalui cara undian. Pemain kumpulan A dan kumpulan B yang mendapat johan dan naib johan layak untuk masuk keperingkat separuh akhir yang dijalankan secara system kalah mati. Maka, pemain yang menang dalam perlawanan separuh akhir akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan kedudukan johan dan naib johan semasa pertandingan dijalankan. Ekoran daripada itu, sistem pertandingan ini menggunakan sistem separah liga. Hal ini disebabkan oleh, pemain yang menyertai pertandingan adalah sikit dan tidak terlalu ramai menyertainya. Maka, bagi menjimatkan kos operasi pertandingan. Sistem separa liga dipilih dalam menjayakan pertandingan ini. Manfaat daripada sistem ini juga, tidak akan membebankan pemain-pemain yang bertanding dan tidak perlu menentang dengan pemainpemain yang lain. Mata kemenangan akan diberikan seperti berikut. Iaitu yang menang akan diberi 1 mata dan kalah adalah 0 mata. Manakala, pusingan kedua dalam kes 2-0 campuran tidak akan terlibat.
2.0 CARTA SISTEM PERTANDINGAN 2.1 Jadual pengagihan kumpulan pasukan yang menyertai pertandingan badminton. Padin Francis Maiwon John Kumpulan A Mazlan Gindah Syed Azmil Jadual 1. Nama pasukan kumpulan A Iskandar Alan Butan Kumpulan B Aiman Roslan Jadual 2. Nama pasukan kumpulan B 2.2 KEPUTUSAN AKHIR PERINGKAT KUMPULAN Kumpulan A PEMAIN Padin Francis Maiwon John Mazlan Gindah Syed Azmil MATA Padin Francis 1-2 1-2 0-2 2 Maiwon John 2-0 2-1 1-2 5 Mazlan Gindah 2-1 1-2 1-2 4 Syed Azmil 0-2 1-2 2-1 3 Kumpulan B PEMAIN Iskandar Alan Butan Aiman Roslan MATA Iskandar 2-1 0-2 2-0 4 Alan Butan 2-0 1-2 2-1 5 Aiman 2-1 1-2 0-2 3 Roslan 2-1 2-0 2-1 6 Jadual 3,4. Merupakan keputusan akhir peringkat kumpulan yang bertanding Bagi pusingan awal permainan, pemain yang terlibat dalam pertandingan akan ditempatkan secara berasingan dan dilakukan secara undian. Penetapan kumpulan akan dibuat melalui kaedah undian. Selain itu, johan dan naib johan setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh akhir. Manakala, peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga dua kumpulan dijalankan secara kalah mati, iaitu pemain yang menang akan menjadi johan keseluruhan dan yang kalah pada peringkat akhir akan automatik menjadi naib johan.
2.3 CARTA PERTANDINGAN Johan Kumpulan A SEPARUH AKHIR 1 & 2 Maiwon John Alan Butan Naib johan Kump B Johan Kump B Roslan Mazlan G Naib johan Kump A SEPARUH AKHIR Alan Butan Roslan JOHAN Roslan 1-2 2-1 2-1 Keputusan akhir pertandingan Johan: Roslan Naib Johan: Alan Butan Tempat Ketiga Maiwon John Tempat Keempat: Mazlan G 3.0 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Pertandingan Separa Liga dalam sesebuah Penganjuran Kelebihan :- ❖ Menjimatkan tempoh masa pertandingan ❖ Pasukan yang menjadi johan akan mendapat peluang untuk bertemu di peringkat akhir kerana pemenang setiap kumpulan akan diasingkan ❖ Tidak membebankan pasukan yang bertanding dari pelbagai aspek kerana bilangan perlawanan yang singkat dan sedikit dari segi penyertaan tidak perlu menentang pasukan-pasukan lain. Kelemahan :- ❖ Perlawanan tidak melibatkan semua pasukan yang mengambil bahagian dalam sesebuah pertandingan ❖ Kumpulan yang kuat digabungkan dalam satu kumpulan yang sama dan menyebabkan peluang untuk bermain pada pusingan seterusnya adalah tipis ❖ Pasukan yang kurang menyerlah akan terkeluar awal di pusingan kedua serta pemenang pertandingan agak lama diketahui.
RUJUKAN Dan Sukan, K. B., Negara, M. S., & Sekolah-Sekolah, M. S. Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Badminton SUKMA Johor. Sains Sukan MAAR. 2015. Sistem Pertandingan – Kalah Mati. Diakses pada 22 Disember 2022 daripada from https://sainssukanmaar.blogspot.com/2015/01/sistem-pertandingankalah-mati.html Jabatan Kokurikulum. 2016. Pengurusan GERKO. Sistem Pertandingan. Kedah: IPGM Darulaman. Diakses pada 22 Disember 2022 daripada https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/nota-sistem-pertandingan-2 Dipetik dan diubahsuai pada 27.12.2022 https://www.scribd.com/doc/233186690/SistemSepara-Liga