The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MASALAH PEMBELAJARAN - FOKUS PELAJAR ADHD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sensei Mijaaa, 2023-04-02 10:38:22

PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN

MASALAH PEMBELAJARAN - FOKUS PELAJAR ADHD

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN TUGASAN KUMPULAN NAMA KURSUS: DT50303 – PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN TAHUN & SEMESTER: 2022 & SEMESTER 1 SESI 2022/2023 NAMA PENSYARAH: DR. ROSY TALIN TAJUK TUGASAN :MASALAH PEMBELAJARAN TARIKH HANTAR : 16. DECEMBER. 2022 Bil Nama Pelajar No. Matrik Pelajar Tanda Tangan 1. MAZNI BIN SIDRU PP2212083T 2 MAIWON JOHN PP2212058T 3 ARISHA WAHYUNI BINTI SHAIFUL RIDHUAN PP2212156T 4 SITI NURAIN BINTI ALBORT TEN PP2212079T 5 VINOTINE A/P NAGALINGAM PP2212082T


1.0 PENGENALAN KEPADA ADHD Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) ialah antara gangguan kanak-kanak yang biasa ditemui dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Gejala-gejalanya termasuk kesukaran memberi fokus dan perhatian, kesukaran mengawal perilaku dan hiperaktif. Seterusnya, menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) pula mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada tiga kategori. Menurut (Wahidah, 2018), ADHD merupakan suatu gangguan yang kompleks yang berhubungan dengan kelainan aspek koginitif, psikomotor, mahupun afektif. Kategori pertama ialah ADHD kurang tumpuan kerana murid kerap mengelamun ketika berada di dalam kelas, pelupa dan melakukan kerja secara tidak teratur untuk tugasan yang diberikan. Kategori kedua pula ialah ADHD hiperaktif impulsif kerana menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi serta melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Manakala, kategori ketiga pula ialah ADHD gabungan kerana menggabungkan ciri-ciri kategori pertama dan kedua iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Menurut Zuhayati Yazid (2010), Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3 peratus kanak-kanak mengalami masalah ADHD. Kanak-kanak tersebut merupakan golongan pelajar ADHD yang mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak yang menyebabkan mereka sukar untuk mengawal diri. Mereka juga menghadapi masalah untuk memproses maklumat dengan berkesan. Aspek ini menjadi cabaran kepada pendidikan pelajar bermasalah dalam pembelajaran khususnya pelajar ADHD yang menunjukkan kombinasi ketidakupayaan dalam dua dimensi iaitu fungsi kognitif dan tingkahlaku melibatkan kurang tumpuan, impulsif dan tingkahlaku hiperaktif (Barkley, 1998). Justeru itu, pengenalpastian gaya pembelajaran pelajar ADHD adalah penting bagi memastikan guru memberi pengajaran yang bertepatan dengan cara, keperluan dan kemampuan mereka belajar.


2.0 MASALAH HIPERAKTIF Masalah hiperaktif juga merupakan antara isu yang timbul dalam suasana pembelajaran. Menurut Tileston (2004), hiperaktif merupakan tingkah laku seseorang kanak – kanak yang tidak dapat duduk diam dan sentiasa meninggalkan tempat duduk mereka semasa sesi pembelajaran didalam kelas. Mereka juga sukar untuk berhenti bercakap dan dikenlpasti susah untuk duduk satu tempat untuk mendengar dengan fokus terutama sekali apabila sedang menjalani pembelajaran. Ini merupakan masalah bilik darjah yang hampir semua sekolah mengalami dan memberikan cabaran kepada guru – guru. Hal ini kerana kanak – kanak yang menunjukkan pergerakan yang tidak terhad di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, hiperaktif terbahagi kepada beberapa ciri tertentu seperti suka berlari ataupun memanjat sebarang objek tanpa terkawal. (Jamila, 2006) perkara ini biasanya berlaku apabila pelajar tersebut cenderung untuk mendahului sesuatu yang diiginkan tanpa berfikir terlebih dahulu. Kesannya, ianya sangat menganggu dalam bilik darjah dan membahayakan keselamatan pelajar itu sendiri. Perkara ini juga didorong oleh gerakan secara berlebihan oleh pelajar. Mereka sukar mengawal pergerakan sehingga hilang pertimbangan dan menyebakan keadaan yang huru huru-hara. Terbuktilah bahawa masalah ini sangat serius dan menggangu guru-guru dalam proses penyampaian ilmu. Disamping itu, hiperaktif juga berlaku apabila pelajar secara cepat ingin bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain. Menurut Jamila (2006), pelajar terlalu agresif sehingga tidak menunggu arahan guru terlebih dahulu sama ada ingin memulakan sesuatu aktiviti mahupun beralih ke aktivti yang lain. Hal ini secara tidak langsung akan menganggu rancangan pembelajaran guru tersebut dan akhirnya menyebabkan objektif pembelajaran sukar dikawal. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa mengulang semula simulasi sesuatu aktiviti akibat gangguan yang diterima. Perkara ini sudah pasti akan memakan masa yang lebih akibat gangguan-gangguan daripada masalah ini. Bukan itu sahaja, menurut Malie Yusop (2019), hiperaktif juga dapat dikesan apabila pelajar tersebut terlalu meninginkan perhatian yang lebih daripada seorang guru. Namun begitu, apabila kurang mendapat respon seperti yang diharapkan daripada guru, mereka akan cenderung untuk membuat kekecohan dengan tujuan apabila mereka membuat bising dengan pelbagai aktivti yang tidak terkawal guru mereka akan memperhatikan meraka. Hal ini sangat kerap berlaku dan impaknya juga menganggu rakan-rakan yang lain. Tidak dinafikan lagi


bahawa perhatian yang diminta oleh pelajar secara berlebihan menjadikan suasana bilik darjah yang kacau-bilau. Masalah hiperaktif berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan. Menurut Barkely (2005), pengambilan gula yang tidak sesuai dengan kapasiti menyebabkan rangsangan otak terhadap otot dan fungsi anggota badan adalah cepat. Otak amat sensitif dengan para gula yang tinggi melebihi 100 mg/ml. Pada umumnya, kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah dengan masalah ini kerana kerap mengambila makanan ringan seperti gula-gula dan makanan ruji tanpa kawalan dan bimbingan ibu bapa. Demikianlah situasi apabila kandungan gula yang banyak diambil ianya akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak yang sukar dikawal. Selain itu, Menurut Barkley (2005) juga, faktor genetik menyumbang dengan lebih jelas dalam masalah hiperaktif. Kenyataan ini disokong oleh Merrell (2003) apabila mendapati terdapat perkaitan antara kanak-kanak hiperaktif dengan sifat alkohol, personaliti antisosial dan sifat histeria dalam diri ibu bapa mereka. Dalam kajian yang mereka jalankan dengan menemu bual 59 pasangan yang mempunyai anak hiperaktif dan 41 pasangan yang mempunyai anakanak yang berkelakuan tidak terkawal, mereka mendapati terdapat masalah tingkah laku sosial yang negatif dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif, dan ibu-bapa ini berkelakuan dengan cara yang sama terhadap anak-anak mereka. Faktor penyebab kepada masalah hiperaktif juga dapat dikesan melalui pengambilan rokok sebelum atau semasa ibu mengandung. Menururt Hana (2006), Apabila ibu mengandung merokok, janin mengalami kemerosotan oksigen apabila saluran darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkat dan ini akan meningkatkan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Keadaan ini mengurangkan bekalan oksigen ke darah dan, akibatnya, janin mengalami kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen membawa kepada kecacatan pada saraf otak. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada masalah hiperaktif kanak-kanak apabila lahir.


2.1 MASALAH IMPULSIF Dalam psikologi, impulsitiviti atau impulsif adalah kecenderungan untuk bertindak mengikut kehendak hati, memperlihatkan tingkah laku yang dicirikan oleh kurang atau tidak berfikir terlebih dahulu, refleksi, atau pertimbangan akibatnya (Kendall & Braswell, 2003). Tindakan impulsif biasanya dianggap kurang baik, digambarkan pramatang, sangat berisiko, atau tidak sesuai dengan situasi yang sering menimbulkan akibat yang tidak diingini, yang mengancam tujuan dan strategi jangka panjang untuk berjaya. Impulsif boleh dikelaskan sebagai pelbagai faktor petumbuhan. Terdapat pelbagai fungsi impulsif juga telah disarankan, yang melibatkan tindakan tanpa banyak pertimbangan dalam situasi yang sesuai yang boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini. Apabila tindakan seperti itu mempunyai hasil yang positif, ia cenderung tidak dilihat sebagai tanda impulsif, tetapi sebagai petunjuk keberanian, cepat, spontan, keazaman, atau tidak konvensional (Malie, 2018). Selain itu, konstruk impulsif merangkumi sekurang-kurangnya dua komponen bebas. Pertama, bertindak tanpa pertimbangan yang sesuai, yang mungkin atau mungkin tidak berfungsi dan kedua, memilih keuntungan jangka pendek berbanding keuntungan jangka panjang (Rosenberg, 2009). Tambahan lagi, impulsif ialah aspek personaliti dan komponen utama dari pelbagai gangguan, termasuk ADHD, gangguan penggunaan bahan, gangguan bipolar, gangguan personaliti antisosial dan gangguan personaliti persisian. Corak impulsif yang tidak normal juga telah diperhatikan dalam kejadian kecederaan otak yang diperolehi dan penyakit neurodegenerative (Wahab, 2015). Penemuan neurobiologi menunjukkan bahawa terdapat kawasan otak tertentu yang terlibat dalam tingkah laku impulsif, walaupun litar otak yang berbeza boleh menyumbang kepada manifestasi impulsif yang berbeza, dan genetik mungkin memainkan peranan. Impulsif menunjukkan kecenderungan untuk bertindak sebelum waktunya atau tanpa memikirkan pemikiran dan seringkali merangkumi hasil negatif (Kendall & Braswell, 2003). Seterusnya, impulsif juga berlaku sebagai tindak balas kepada pendapatan atau keuntungan segera yang dirasakan. Kanak-kanak impulsif ini melakukan sesuatu tanpa perancangan. Bagi kanak-kanak ini pula mereka terdorong untuk melakukan sesuatu perkara dan tindakan dengan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan terburu walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru. Mereka ini biasanya cuba menguasai suasana persekitaran dengan bertindak sebagai ketua. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali mengganggu kanak-kanak


lain ketika melakukan aktiviti dan ketika menjawab soalan guru. Apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu perkara, mereka akan cepat berubah tindakan dengan melakukan tindakan yang lain pula. Sebagai contoh, ketika mereka sedang menulis sesuatu latihan yang diberi oleh guru, kanak-kanak impulsif ini akan beralih tindakan kepada bermain alat permainan di dalam kelas. Seterusnya, mereka juga sering membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan sesuatu perkara yang dilakukan sama ada betul atau salah dan ia biasanya dikaitkan dengan tindakan yang diambil tanpa berfikir terlebih dahulu. Kanak-kanak ini cenderung mengalami kemalangan kerana sikapnya yang suka bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu. Contohnya, kanak- kanak impulsif selalu bermain dengan benda-benda yang tajam ataupun melintas jalan raya tanpa memastikan sama ada terdapat kenderaan ataupun tidak kerana mereka tidak sedar bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah berbahaya. Impulsif kanak-kanak seolah-olah tidak dapat membendung reaksi terdekat mereka atau berfikir sebelum mereka bertindak (Wahab, 2015). Mereka akan sering berkata tanpa berfikir, bercakap yang tidak sesuai, memaparkan emosi mereka tanpa sekatan, dan bertindak tanpa mengambil kira untuk kemudian akibat dari perbuatan mereka. Terdapat beberapa ciri-ciri yang jelas terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah impulsif. Antaranya ialah, tidak boleh menunggu giliran. Kanak-kanak impulsif terdapat yang sukar untuk menunggu giliran. Sebagai contoh, sebelum gilirannya tiba untuk menjawab solan, kanak-kanak impulsif itu menjerit menjawab soalan tersebut terlebih dahulu yang sepatutnya dijawab oleh kanak-kanak lain. Kanak-kanak impulsif ini pula sukar memahami mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Perkara ini kadangkala berlaku semasa bermain dengan rakanrakan yang akhirnya menyebabkan berlaku pergaduhan di antara kanak-kanak impulsif tesebut dengan kanak-kanak normal lain. Biasanya kanak-kanak impulsif ini tidak dapat mengawal diri sepenuhnya tentang perbuatan dan percakapannya. Seterusnya, ciri-ciri kedua iaitu suka bergaduh dengan rakan. Kanak-kanak impulsif juga ingin mempunyai rakan-rakan seperti murid-murid normal yang lain. Tetapi kanak-kanak ini tidak sematang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Ini menyebabkannya menjadi bahan ejekan rakan-rakan. Murid jenis ini akan mudah bergaduh dengan murid lain tanpa memikirkan masalah yang akan menanti akibat tindakannya itu. Selain daripada itu, mereka juga mengubah perlakuan secara tiba-tiba (Kendall & Braswell, 2003). Apa yang ingin mereka lakukan biasanya sukar dikawal dan diramal. Mereka mempunyai 'mood' yang menaik dan menurun yang


melampau. Mereka juga mungkin berasa gembira tetapi selepas beberapa ketika berasa sangat terganggu dan kemudiannya menjadi sangat marah. Sebagai contoh selepas berlari-lari kesana kemari, kanak-kanak ini memukul kawan secara tiba-tiba. Ciri-ciri seterusnya, tidak mahu mendengar arahan. Kanak-kanak jenis ini mudah diganggu oleh persekitaran dan terlalu banyak didatangi oleh pemikiran-pemikiran yang datang secara rawak dan tidak diperlukan pada ketika itu (Malie, 2018). Ini menyebabkan mereka mengabaikan arahan guru atau ibu bapa. Mereka juga tidak dapat memikirkan masalah yang akan dihadapi apabila mereka ingkar kepada arahan. Akhir sekali, mereka suka membuat bising. Kanak-kanak yang mempunyai masalah impulsif suka membuat bising dengan menjeritjerit dan sebahagian besar daripada masanya dihabiskan dengan bercakap. Mereka juga suka mengganggu rakan-rakan yang sedang bercakap. Ini disebabkan mereka cepat merasa bosan dan jemu serta daya tumpuan yang pendek terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh guru. 2.2 MASALAH TEMPOH TUMPUAN YANG SINGKAT Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah merupakan satu proses yang sangat penting dalam meningkatkan kemahiran dan memberikan pengetahuan kepada para pelajar. Ia merupakan salah satu komponen yang menjadi perhatian utama semua pihak bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dan cemerlang dalam semua aspek yang diceburi mereka. Setiap guru memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pelajar untuk belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Namun begitu, didapati ramai pelajar yang semakin kurang tumpuan dan minat untuk mengikuti sesi pdp yang dijalankan dalam kelas pada masa kini. James (1890 dalam Evans, 1990) menyatakan tumpuan manusia terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu kepada satu perkara sahaja dalam satu masa. Penumpuan juga boleh dijelaskan sebagai perhatian yang memberikan tumpuan terhadap mental dengan tidak menghiraukan ransangan di sekitar yang mengganggu. Dalam pembelajaran bilik darjah, memberi tumpuan boleh dijelaskan sebagai aktiviti mental yang memerlukan pelajar untuk memberikan perhatian semasa guru menyampaikan sesi pengajaran. James menambah kurang tumpuan ini termasuklah aktiviti lain seperti membuat kerja sekolah lain pada waktu mata pelajaran lain, berbual dengan rakan dan sebagainya. Reinhartz dan Beach (1998) menambah tumpuan di dalam kelas amat penting kerana ia mampu meningkatkan kecerdasan minda pelajar mencapai kejayaan dan bersedua untuk berdepan dengan masyakarat yang mencabar pada masa kini. Tempoh tumpuan pelajar yang yang


singkat dipengaruhi oleh beberapa faktor dan kesan kepada pelajar dalam prestasi akademik. Antara faktor yang mempengaruhi pelajar hilang tumpuan dalam bilik darjah ialah gaya pengajaran guru. McDonough (2007), menerangkan peranan guru melibatkan penyediaan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan mencabar, tetapi ia juga memudahkan perkembangan pemikiran motivasi pelajar itu sendiri. Pelajar akan menjadi lebih terlibat dalam pelajaran apabila guru memberi mereka peluang untuk menjadi peserta aktif di dalam bilik darjah. Pengajaran yang membosankan menyebabkan murid tidak berminat dan tidak dapat mengekalkan tumpuan serta sukar untuk mengingat semula apa yang diajar kerana guru kurang peka terhadap gaya pembelajaran murid semasa proses PdPc dijalankan (Mahmud, 2021). Semasa berada dalam bilik darjah, guru haruslah mengambil langkah seperti memberikan arahan yang jelas dan melaksanakan aktiviti yang boleh menarik minat pelajar. Sekiranya kaedah yang digunakan oleh guru tidak sesuai dan tidak dapat menarik perhatian pelajar untuk kekal fokus dalam bilik darjah, guru seharusnya menggunakan kaedah lain yang boleh diterima oleh pelajar. Selain daripada itu, faktor persekitaran bilik darjah. Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan kelas yang kotor, bising dan panas menjadi faktor lain pelajar hilang tumpuan. Segala jenis gangguan yang datang daripada luar kelas mahupun dalam kelas boleh jadi 'virus' yang melumpuhkan daya fokus murid (KLC, n.d). Kawalan kelas yang tidak sistematik yang mana guru tidak mampu mengawal kelas menyebabkan pelajar terus hilang tumpuan dan membuat aktiviti sendiri. Tumpuan pelajar terhadap pembelajaran akan lebih baik sekiranya persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan yang baik dan selesa. Kajian Moos (1979) mendapati aspek persekitaran fizikal boleh mempengaruhi tahap psikologi dan tingkah laku sosial pelajar. Hal ini seterusnya akan memberi kesan kepada pembelajaran pelajar (Chism,2006). Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang kurang sesuai juga menyebabkan pelajar mudah hilang tumpuan dalam bilik darjah. Noordin & Zainal Abiden, (2010) menyatakan penggunaan BBM yang sesuai dan menarik mampu menarik minat serta meningkatkan tumpuan pelajar serta mampu menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam pdp. Faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, kekurangan masa dan tidak mahir membina bahan secara sendiri merupakan halangan yang dihadapi oleh pendidik untuk menyediakan BBM dalam bilik darjah (Lai et. al, 2002). Kesukaran ini pastinya memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana keperluan masa telah mempengaruhi guru dalam


menyediakan BBM ini. Guru seharusnya lebih memahami dan menguasai teknik- teknik yang digunakan dalam penghasilan alat bantu mengajar tersebut. Jika seseorang guru kurang menguasai kemahiran memilih BBM, maka para pelajar pastinya sukar mendapat input atau maklumat pengetahuan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Hal ini juga menyebabkan terdapat murid yang kurang jelas dengan pembelajaran mereka pada hari itu. Pelajar yang tidak menumpukan perhatian di dalam kelas sewaktu P&P sedang berjalan amat memberikan impak kepada pelajar itu sendiri. Berdasarkan kajian oleh Shah & Aziz (2014), keputusan peperiksaan pelajar menurun disebabkan hilang tumpuan dalam kelas. Pelajar tidak memberikan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kesan kurang tumpuan ini memberi impak yang besar dalam kalangan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran dilihat tidak berjalan dengan lancar. Apabila pelajar tidak fokus dalam P&P, pelajar akan ketinggalan. Segala pengetahuan yang disampaikan oleh guru tidak diendahkan serta tidak mencatat info menyebabkan pelajar tidak mengetahui isi kandungan pelajaran. Apabila diajukan soalan pelajar akan terpinga-pinga kerana tidak memahami isi kandungan yang disampaikan oleh guru sewaktu proses P&P dijalankan.


3.0 PENDEKATAN TEORI BEHAVIORISME Teori Behaviorisme merujuk kepada satu proses pelaziman dalam pembelajaran dimana hubungan antara tindak balas individu dengan rangsangan luar dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sesorang. (Wiliams, 1973) Teori Behaviorisme mempunyai perspektif bahawa sesuatu pembelajaran hanya akan bermula apabila wujud tindak balas terhadap rangsangan tersebut. Sebagai contoh, motivasi intrinsik dan ekstrinsik akan mempengaruhi pembelajaran seseorang melalui pemberian ganjaran dan pujian apabila dapat menyelesaikan pembelajaran dengan prestasi yang baik. Pendek kata, teori ini memperhatikan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Teori ini mempunyai banyak kelebihan terutama sekali dalam aplikasi pembelajaran. Menurut Familus (2016), aplikasi teori ini dalam pembelajaran membolehkan seorang guru peka terhadap situasi dan keadaan muridnya. Guru akan lebih memerhatikan apa kehendak dan keperluan murid dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, teori ini dianggap sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah – masalah yng timbul dalam bilik darjah. Guru perlu memainkan peranan penting kerana masalah yang timbul akibat tingkah laku pelajar memerlukan rangsangan yang sesuai menurut teori ini. Selain itu, menurut Noriati (2009), teori behavioris juga mempunyai pandangan bahawa tingkah laku manusia dapat dikawal dan diramal. Oleh itu jika dikaitkan dengan masalah bilik darjah, teori ini melihat bahawa individu yang mempunyai masalah hiperaktif memerlukan perancangan aktiviti yang sesuai bagi mengekalkan tumpuan mereka semasa pembelajaran. Aktiviti tersebut haruslah menarik agar mereka tidak cepat bosan. Sebagai contoh, aktiviti membina kraftangan daripada surat khabar. Aktivti ini melibatkan pergerakan pelajar dan secara tidak langsung meningkatkan tumpuan mereka. Disamping itu, teori behaviorisme juga menyatakan bahawa perubahan tingkah laku akan berlaku apabila adanya interaksi aktif antara stimulus dan respon seseorang. Dalam erti kata yang lain, pelajar hanya akan dapat belajar dengan baik apabila input pembelajaran tersebut dapat digunakan dan diaplikasikan. (Yusup, 2018) sebagai contoh, jika guru sudah mengajar formula bagi soalan pengiraan matematik dan pelajar masih tidak dapat menjawab soalan, maka teori ini berpendapat bahawa proses pembelajaran sebenar masih belum berlaku. Oleh yang demikian, fakta ini menunjukkan bahawa guru perlu menggunakan lebih banyak rangsangan menarik bagi menyelesaikan masalah kurang tumpuan oleh pelajar didalam bilik darjah.


Teori ini juga mampu menyelesaikan masalah seperti perbuatan Hiperaktif dengan aktiviti menarik melibatkan fizikal dan mental pelajar. Menurut Jamila (2006), ciri-ciri yang ada pada pelajar yang bermasalah hiperaktif adalah suka bercakap tanpa henti dan tidak suka duduk pada satu tempat sahaja. Namun begitu, menurut teori ini, ciri-ciri yang ada pada masalah ini justeru boleh dimanfaatkan dengan menggalakkan komunikasi dua hala. Guru-guru boleh dengan kerap menyoal murid ataupun menjadikan pengajaran tersebut berpusatkan kepada murid. Sebagai contoh memberikan ruang dan peluang kepada murid menerangkan topik pembelajaran pada hari tersebut mengikut cara yang betul. Dengan ini tingkah laku pelajar secara tidak langsung akan menuju kearah topik pembelajaran tanpa perlu risau gangguan tingkah laku negatif yang lain. Bukan itu sahaja, kajian Yusuf (2018) juga menyatakan bahawa teori behaviourisme boleh diaplikasi bagi menyelesaikan masalah dengan kaedah terapi permainan. Kaedah ini bertujuan untuk mengurangi masalah tingkah laku, meningkatkan komunikasi, ekspersi verbal, persefahaman, penilaian diri sendiri, dan meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang serta merawat gangguan perkembangan normal. Hal ini juga disokong dengan kajian Nad (2011) yang menerangkan bahawa terapi main merupakan suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan peluang mempelajari kertampilan emosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Dapat disimpulkan bahawa pengurusan masalah tingkah laku dalam bilik darjah perlu diberi perhatian lebih bagi mengelakkan tingkah laku negatif semakin bertambah dalam proses pembelajaran secara beterusan. Teori ini menyimpulkan bahawa guru – guru harus memainkan peranan terutama sekali dalam pelaksanaan aktivti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar mendapat keputusan baik dari akademik dan seiring juga perkembangan tingkah laku positif tidak hanya berlaku didalam bilk darjah tetapi juga secara beterusan bagi tahap saya seterusnya. hal ini telah membuktikan bahawa aplikasi teori behaviourisme dalam bilik darjah mampu membantu guru mengawal dan menghadapi masalah bilik darjah yang berlaku. Selain itu, pendekatan Teori Pembelajaran Skinner berpaksikan tentang kekuatan, hukuman, pembentukan, penghapusan dan peneguhan perilaku yang akan menghasilkan tindakan positif yang berlaku melalui hasil hubungan interaksi antara rangsangan (stimulus) dalam bentuk pengajaran demi menghasilkan pemikiran, perasaan atau tindakan yang berlaku.


B.F.Skinner beranggapan bahawa ganjaran atau peneguhan yang digunakan kepada pelajar sebagai satu bentuk yang mendorong pelajar meningkatkan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan ini dikuatkan lagi dengan peneguhan positif yang diberikan akan melahirkan atau memperkuat tingkah laku positif (Rohani, 1995). Manakala, peneguhan negatif akan dapat memperlemah wujudnya tindak balas atau tingkah laku negatif dalam kalangan pelajar yang mempunyai masalah ADHD. Dalam proses pembelajaran teknik peneguhan ini, bukan hanya meningkatkan atau mengatasi masalah tumpuan, hiperaktif dan impulsif dalam kalangan pelajar. Faktor-faktor lain juga turut mendapat impak yang holistik. Hal ini kerana, kelebihan teknik peneguhan personaliti dan kemahiran pelajar akan berubaha ke arah yang lebih baik. Buktinya, tindakan daripada guru untuk memberi hukuman, dendaan yang bersesuaian akan mengurangkan masalah tingkah laku, maka masalah disiplin di sekolah dapat diminimumkan. Tambahan lagi, bagi membentuk sistem pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan berkesan, guru haruslah merangka teknik berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang sesuai. Untuk memastikan masalah pelajar dapat diatasi dengan berkesan peranan guru sangat penting iaitu dengan mengenalpasti masalah, seperti rangsangan negatif ataupun positif yang mampu memberikan impak kepada psikologi pelajar. Sementara itu, dalam pendekatan Skinner yang membawa beberapa kelebihan kepada pelajar antaranya ialah, guru sebagai model utama perlu menghargai setiap pelajarnya bagi membentuk suasana yang lebih terbuka. Dengan konsep perskitaran yang positif dan selesa akan menimbulkan rasa tanggungjawab, motivasi intrensik dan ekstrensik pelajar dapat ditingkatkan. Oleh itu, perubahan tingkah laku ini seperti yang digambarkan oleh Skinner (Operant Conditioning) sendiri bukanlah hal yang mudah dan total mengubah mentaliti pelajar untuk terus bertingkah laku seperti yang diinginkan. Namun, perubahan ini memerlukan masa dan tahap-tahap melalui rangsangan dari persekitaran positif yang diterimanya. Ekoran daripada perubahan tingkah laku yang terjadi merupakan tahap perkembangan kemahiran, pengetahuan dan ilmu komunikasi. Justeru, bagi masalah tumpuan, hiperaktif dan impulsif yang dialami oleh pelajar dalam bilik darjah perlu dikawal terlebih dahulu berdasarkan kepada pendekatan teori psikologi yang sesuai agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat disalurkan dengan berkesan. Dengan peneguhan positif dan bentuk hukuman yang mendorong kepada perubahan yang optimum dari segi perubahan sikap dan kelakukan yang negatif dapat diatasi. Manifestasi teori Skinner menjadikan pelajar lebih terdidik bagi melahirkan pelajar yang patuh dan utuh.


3.1 PENDEKATAN TEORI SOSIAL ALBERT BANDURA Masalah Impulsif yang boleh dikategorikan sebagai sikap agresif dalam melakukan sesuatu merupakan suatu tingkah laku yang berisiko kepada pelajar khususnya kanak-kanak. Tindakan agresif yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ini akan mengundang kepada situasi atau suasana pembelajaran yang kurang berkesan. Oleh sebab itu, dalam Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori Albert Bandura (1997), menurut beliau kaedah pembelajaran berdasarkan kepada pemerhatian dan pengamatan berpandukan kepada tingkah laku orang lain menjadikan model pengetahuan baharu kepada kanak-kanak tersebut. Dengan memegang falsafah peniruan akan mengurangkan masalah impulsif dalam kalangan pelajar yang mempunyai ciriciri tersebut. Hal ini kerana, jika guru tidak mengambil peranan yang serius, masalah impulsif akan menyebabkan suasana bilik darjah tidak efektif dan sihat. Justeru, sebagai guru perlu mengambil pendekatan awal dalam membendung masalah ini terus berterusan dan berkembang biak dalam kalangan pelajar. Bagi mengurangkan tindakan agresif impulsif, guru haruslah meletakkan syarat atau kaedah modelling kepada pelajar yang mengalami masalah seperti ini. Dengan memberikan interaksi sosial yang bersifat positif dalam kalangan rakan sebaya menjadikan sifat impulsif dalam diri seseorang pelajar akan berkurangan. Maka, pembelajaran melalui peniruan, mengajuk dan memadam menjadikan model pembelajaran sosial ini merupakan salah satu pendekatan yang sesuai dengan masalah impulsif kanak-kanak. Kanak-kanak meniru, mengamat dan memadam unsur-unsur dalam peniruan dalam konteks persekitaran biasanya, setiap kanak-kanak akan menilai sesuatu berasaskan kepada perkara yang pernah dilihat oleh mereka daripada orang yang mempunyai hubungan signifikan dengan persekitaran mereka. Dengan menetapkan cara dan syarat yang dilakukan oleh guru dalam mengatasi kecenderungan sifat impulsif kanak-kanak dalam bilik darjah adalah langkah yang proaktif bagi mengurangkan sifat dominan pelajar. Oleh itu, langkah guru untuk membendung masalah tidak sabar ini, dengan memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar agar tingkah laku seiring dengan suasana pembelajaran. Maka, konsep pemodelan dapat diintegrasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemodelan yang sesuai dan sihat untuk mengawal rakan sebaya yang mempunyai masalah impulsif dapat diatasi.


Albert Bandura (1997), menganggap pemodelan merupakan demonstrasi yang penting tentang peranan kognitif dalam pembelajaran kanak-kanak dalam bilik darjah. Buktinya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar yang mempunyai masalah impusif akan cenderung melakukan tindakan luar kawalan. Tindak balas luar jangka ini akan menyebabkan masalah penyampaian isi kandungan pembelajaran akan terganggu dari segi sikap impulsif pelajar yang suka bertanya atau memberi jawapan sebelum topik selesai di sampaikan oleh guru tersebut. Selain itu tidak sabar dan lebih malang lagi sifat yang sukar membuat pertimbangan yang salah. Oleh sebab itu, sebagai guru yang boleh dikategorikan sebagai model positif kepada pelajar harus mempunyai karismatik, demokrasi dan adil dalam memberi perhatian. Hal ini kerana, sifat impulsif yang cederung kepada masalah yang tidak sabar dalam bertanya atau memberi jawapan akan mendominasi sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan berpandukan kepada peneguhan sihat berbanding dengan tingkah laku yang diberikan hukuman. Tindakan guru dengan meletakkan model yang berstatus tinggi, menarik, yang disukai dan berjaya malahan pelajar akan merasakan bahawa tingkah laku mereka seringkali membawa kepada peneguhan. Akhirnya, motivasi, nilai, makna dan tujuan yang ingin dicapai oleh pelajar yang impulsif akan terbendung secara tidak langsung. Proses yang perlu dilalui bagi menyokong kaedah pembelajaran modelling iaitu. Perhatian adalah salah satu faktor yang mengatur dengan mengamati model yang menjurus kepada diri yang menghidap masalah impulsif. Buktinya, pelajar tersebut harus memberi perhatian pada model, kejadian dan unsur-unsur yang mendukung perubahan ke arah yang baik dan positif. Dengan tujuan untuk memberikan sepenuh perhatian yang tepat pada suatu model, maka konsep peniruan dapat dilakukan serta menekankan aspek penguhan, kapasiti pelajar dan hubungan kompleks adalah faktor penting dalam mengubah sifat impulsif pelajar yang boleh mengakibatkan suasana pembelajaran tidak kondusif. Manakala, perlakuan positif menjadi Representative yang membawa kepada tindak balas yang baharu kepada individu yang meniru perlakuan tersebut. (Tarsidi, D. 2010), Perlakuan yang dominan akan tersimpan dalam ingatan kekal dan mengayakan berdasarkan kepada situasi semasa. Ingatan kekal ini akan tersimpan rapi dan akan digunakan secara langsung apabila sesuatu yang mempunyai perkaitan berlaku. Ciri-ciri tersimpan dapat dalam bentuk pengekodan yang membantu kita mencuba secara simbolik atau terus tanpa paksaan. Selain itu, motivasi dan Reinforcement menjadikan pembelajaran lebih efektif. Dengan mengamati model rakan sebagai panduan kepada pelajar yang mempunyai impulsif akan berkurangan.


Masalah impulsif yang dialami dapat dikawal dengan adanya rakan sebaya di sisi. Buktinya, apabila guru menerangkan sesuatu topik di hadapan kecenderungan pelajar yang suka memberi jawapan sebelum soalan dikemukakan oleh guru dapat dibantu oleh rakan sebaya yang bijak dan pintar. Oleh sebab itu, reinforcement atau pengukuhan ini perlu dilakukan oleh guru sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkan sikap dan emosi pelajar yang impulsif membuak-buak untuk bertindak luar jangka. Tambahan lagi, Guided Mastery merupakan kaedah modelling yang terkandung dalam teori sosial bandura, iaitu dengan memberi penguasaan terbimbing meliputi aspek keterampilan, pengetahuan yang releven serta latihan terkawal yang akan menentukan bila dan bagaimana menggunakan strategi kognitif, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. (Tarsidi, D. 2010). Dengan pengawasan yang sewajarnya kepada tingkah laku impulsif, masalah yang tidak dingini tidak akan berlaku. Hal ini kerana, sifat pelajar yang kurang sopan, tidak dengan cakap guru merupakan perbuatan yang boleh menganggu pembelajaran. Justeru, dengan memberi model releven berdasarkan kepada masalah pelajar adalah cara untuk mengatasinya. Tindakan rakan sebaya akan menghasilkan ilmu pengetahuan baharu kepada pelajar yang bermasalah dengan menggunakan aspek peniruan positif dalam persekitaran. Selain itu, model sosial yang dikembangkan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1978), yang menekankan perbezaan individu, kreativiti secara individu dan pengaruh budaya ke atas pembelajaran. Yang mana setiap ilmu dan pengalaman itu berkembang hasil daripada cerapan daripada tingkah laku orang lain melalui pemerhatian dan budaya sekeliling mereka. Vygotsky (1978), juga berpendapat bahawa, kemahiran yang diperoleh itu dan bagaimana mereka berfikir adalah secara langsung antara interaksi sosial. Perkembangan kemahiran ini terjadi apabila masyarakat luar menjadi sumber rujukan sama ada konsep, idea fakta, kemahiran dan sikap yang dicerap ke dalam stor ingatan individu tersebut. Tambahan lagi, beliau juga melihat terdapat perbezaan sudut pandangan orang dewasa dan kanak-kanak dalam menaakul sesuatu. Akhirnya, kanak-kanak membuat kesimpulan dan mengembangkan atau membentuk pandangan mereka sendiri tentang kemajuan serta pencapaian dalam meningkatkan kemahiran sedia ada.


Kemajuan dan pencapaian pelajar hanya berlaku melalui pengaruh sekelilingnya, maka pelajar akibat kekurangan pendedahan daripada guru akan menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk memahami isi kandungan pembelajaran kerana bantuan guru untuk memberi penerangan dan penjelasan secara fizikal itu yang akan membina interaksi sosial antara pelajar dan guru di sekolah oleh itu Vygotsky memperkenalkan beberapa konstruk iaitu. Konstruk Vygotsky yang menjurus kepada tahap keupayaan dan kemahiran yang masih belum berjaya dicapai oleh seseorang kanak-kanak secara bersendirian dan hanya dapat dicapai dengan bantuan atau pertolongan daripada rakan sebaya. Tahap ini dikategorikan sebagai Zon Perkembangan Proksimal malah, jika perkembangan kanak-kanak di atas zon perkembangan proksimal individu tersebut tidak boleh belajar sebarang kemahiran walaupun dengan bantuan orang lain. Oleh itu, peranan guru perlu memahami dan mengenalpasti pelajar terlebih awal supaya pendekatan teori ini mampu membantu para pelajar diletakkan di tahap yang sesuai untuk proses pembelajaran dan bagaimana menentukan kaedah pengajaran yang berkesan. Sebagai guru perlu peka dengan perkembangan kognitif pelajar kerana kepelbagaian latar belakang pelajar akan mempengaruhi pertumbuhan minda kanak-kanak. Dengan kemahiran dan pemahaman tentang konsep pengajaran dan pembelajaran mampu mengenalpasti kelemahan yang ada pada pelajar. Bagi mengaplikasikan konsep yang disarankan oleh Vygotsky ini dalam pengajaran memerlukan tiga langkah bagi Zon Perkembangan Proksimal iaitu, tahap penilaian, penyesuaian Sesutu tugasan mengikut tahap perkembangan pelajar dan penyediaan sokongan instruksional yang akan membantu guru dalam penilaian sesuatu masalah yang dihadapi oleh pelajar di sekolah. Tahap penilaian ini, peranan guru penting bagi memahami suatu masalah secara realistik dengan mendefinisikan proses ini sebagai penilaian dinamik, iaitu individu yang telah mencapai tahap menaakul, berpengalaman dan mempunyai minat pada sesuatu akan mempengaruhi zon ini. Manakala, tahap kedua, jika tugasan terlalu mudah dan senang, maka bantuan kepada pelajar tersebut tidak diperlukan dan jika tugasan sukar maka pelajar akan keliru dan tertekan. Oleh sebab itu, guru perlu mengenalpasti bagaimana cara menyampaikan tugasan dan menyesuaikan mengikut kemampuan pelajar dengan mengambil kira kefahaman dan kesepakatan antara pelajar dan guru.


Konsep Scaffolding bermaksud suatu bantuan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang mereka tidak mampu selesaikan tanpa bantuan daripada guru. Hal ini kerana, majoriti masalah pembelajaran di sekolah dipengaruhi oleh kesulitan untuk memahami topik yang diajar. Buktinya ialah kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara bersendirian sukar mencapai tahap yang optimum. Oleh sebab itu, menurut Vygotsky (1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada para pelajar untuk bergerak balas dan berinteraksi dengan orang lain bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan, kebolehan, kemahiran yang mampu meningkatkan pemahaman dan perkembangan positif. Jelaslah, dalam teori sosial Albert Bandura dan Vygotsky yang menekankan aspek peniruan positif, scaffolding melalui interaksi persekitaran dalam membina personaliti individu bersesuaian dengan masalah impulsif. Masalah agresif yang dialami oleh pelajar menyebabkan suasana pembelajaran kurang berkesan. Hal ini kerana, sikap kurang ambil perhatian, malas belajar dan tidak sabar dalam bertanya kepada guru menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu. Teori sosial bandura ini dapat mengenalpasti masalah yang perlu dibendung berdasarkan kepada teori pembelajaran yang ampuh. Kaunseling dan pengawasan yang berkala harus dilakukan sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ADHD yang semakin merunsingkan para guru di sekolah. Justeru, guru harus memahami masalah pembelajaran dalam bilik darjah agar proses pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan dan efektif. Pelajar yang menghidap masalah ADHD perlu diberi perhatian khusus supaya pelajar tersebut tidak tersisih dan terpinggir. Hal ini kerana, sekiranya dibiarkan maka masalah lain akan berlaku bukan hanya kepada pelajar yang mempunyai masalah kognitif. Bahkan yang normal dan solid akan turut dipengaruhi oleh personaliti yang kurang memberangsangkan. Oleh itu, pendekatan yang wajar harus diberikan dengan menggunakan ilmu-ilmu psikologi dalam pendidikan bagi mengatasi masalah ADHD yang di alami oleh pelajar tersebut.


3.2 PENDEKATAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET Menurut Jean Piaget, interaksi persekitaran merupakan elemen penting dalam membentuk pengetahuan dan idea baharu dalam ingatan manusia. Dengan mengadaptasi hal-hal yang berkaitan dengan perkembangan kognitif melalui penghayatan, kecerdasan mental dan pembentukan pemikiran dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, Masalah Tumpuan Yang Singkat dapat diatasi dengan menggunakan teori kognitif. Dalam teori ini, kemampuan kanakkanak untuk mengembangkan dan mengkonstruk konsep-konsep serta idea baharu yang terkandung dalam bank maklumat maka proses belajar akan menjadi lebih efektif. Namun, pengetahuan ini haruslah sesuai dengan sifat serta tahap perkembangan anak. Kesediaan belajar yang dimaksudkan ialah persediaan anak dalam proses pembelajaran dengan menterampilkan dengan memberikan topik dan cara menyelesaikan masalah tersebut. Intuisi pula adalah teknik intelektual untuk memahami konsep, makna dan hubungan melalui penemuan ilmu pengetahuan baharu. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah haruslah pelbagai agar tumpuan pelajar dapat dikekalkan. Perkembangan kognitif ini seperti Jean Piaget menekankan bahawa minda manusia itu memiliki pengetahuan melalui interaksi dan struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan kesesuaian maklumat sebelum dicerna dan membentuk pengetahuan baharu. Pendapat ini bersesuaian dengan teori konstruktivisme dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh pelajar sebelum ini. Maka, ia dapat membina medan makna baharu, kemahiran dan peraturan melalui refleksi berdasarkan interaksi pelajar dengan objek dan idea. Pelajar mengkonstruk pengetahuan mereka dengan menguji idea dan kemahiran berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dengan mengaplikasikannya kepada situasi baru yang diperoleh dengan pengetahuan terkumpul dalam ingatan. Oleh itu, pembelajaran secara kontruktivisme berupaya membantu meningkatkan semangat dan fokus mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar itu sendiri melalui interaksi sosial. Pendekatan teori perkembangan kognitif mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam memahami bagaimana kanak-kanak memperoleh dan menggunakan pengetahuan untuk terus cakna dalam pelbagai situasi. Walaupun tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza tetapi perkembangan ini boleh dilihat dengan pengetahuan terbentuk secara beransur-ansur seiring dengan pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak tersebut. Dengan berpandukan kepada pengalaman dan


pengetahuan, tumpuan pelajar dalam memahami atau menjawab soalan yang diajukan oleh guru dalam sesi pengajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Hal ini kerana, intuisi atau skema terkandung dalam ingatan kanak-kanak secara tidak langsung akan memberi rangsangan kepada topik perbincangan. Maka, tumpuan akan terbina dengan lebih cepat dan pantas. Pendekatan teori kontruktivism dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah membantu para guru untuk melihat dan menilai tahap perkembangan pelajar. Perkembangan dari segi kognitif, psikomotor dan sosial dapat meningkatkan semangat dan keterlibatan pelajar dalam bilik darjah. Perubahan tingkah laku yang positif akan menyumbang kepada pertumbuhan minda yang peka. Maka, hasil daripada hubungan teori pembelajaran konstruktivism bukanlah dinilai daripada perubahan kognitif pelajar itu sahaja. Malah, aspek penting dalam pendekatan ini ialah, perubahan tingkah laku pelajar itu bergantung kepada hubungan antara pelajar dan sekeliling yang akan membentuk ilmu pengetahuan, kefahaman, kemahiran sosial lain diserap semasa proses interaksi berlaku dan tumpuan jangka panjang akan terjadi sekiranya proses interaksi adalah seimbang. Justeru, Potensi pelajar perlu diasah bermula daripada peringkat awal pembelajaran supaya dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.


3.0 KESIMPULAN Kesimpulanya, masalah ADHD dalam kalangan pelajar merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ia berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan, seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terdapat dalam pelajar adalah disebabkan faktor-faktor yang tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan tertentu, yang mana kesan tersebut bukan setakat mempengaruhi diri murid tersebut, bahkan turut mempengaruhi murid yang berada di sekitar dengannya. Dalam usaha menangani masalah ini, guru memainkan peranan yang penting dan perlu menggunakan kaedah dan teori yang tepat boleh membantu untuk melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.


RUJUKAN Ashaari, Omardin (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication Anthony, E. M. (1963). Approach, method and technique. English language teaching, 17(2), 63- 67. Barkley, R.A (2005). Take charge of ADHD: the complete authoritative guide for parents New York: Guilford Publications. Barkley, R. A. (1998). Attention-deficit/hyperactivity disorder. In E. J. Mash & R. A. Barkley (Eds.), Treatment of childhood disorders (pp. 55–110). Bandura, a. (1993). Perceived Self-efficacy in Cognitive Development and Function - Dalam Educational Psychologist, 28 (2), 1178. Chism, N.V.N. (2006). Challenging traditional assumptions and rethinking learning spaces. In Oblinger, D.G.(Ed.), Learning Spaces (pp: 2.0-2.12). Educause. Evans, R. B. (1990). William James, “The Principles of Psychology,” and Experimental Psychology. The American Journal of Psychology, 103(4), 433–447. https://doi.org/10.2307/1423317 Familus, F. (2016). Teori Belajar Aliran Behavioristik Serta Implikasinya Dalam Pembelajaran. Pelita Bangsa Pelestari Pancasila, 11(2). Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak – Kanak Istimewa. Selangor Darul Ehsan : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kendall, P. C., & Braswell, L. (2003). Cognitive-behavioral therapy for impulsive children. Guilford Press. Lai, K.L., Khaw, A.H & Seah, A. K., (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Lintang. Lesilolo, H. J. (2018). Penerapan teori belajar sosial albert bandura dalam proses belajar mengajar di sekolah. KENOSIS: Jurnal Kajian Teologi, 4(2), 186-202. Lent, R. W., & Hackett, G. (1987). Career Self-efficacy: Empirical Status and Future Directions. Journal of Vocational Behavior, 30, 3472.


Malie, Y., Az-Zahra, F., Kamel, N. F., Pusa, N., Yiichasiani, R., & Ahmad, S. PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI BAGI MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU HIPERAKTIF. ICoTE Proceedings, 2(1), 21-26. Moos, R.H. (1979). Evaluating educational environments: Procedures, measures, finding and policy implication. San Francisco: Jossey-Bass. Merrell, K. W. (2003). Behavioral, social, and emotional assessment of children and adolescents (2nd ed.). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaurn Associates Malie, Y., Az-Zahra, F., Kamel, N. F., Pusa, N., Yiichasiani, R., & Ahmad, S., (2018). Penglibatan Dalam Aktiviti Bagi Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. ICoTE Proceedings, 2(1), 21-26. McDonough, S. (2007). Motivation in ELT. Elt Journal, 61(4), 369. Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F. (2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Punca anak Hilang Fokus Dalam Kelas Yang Ibu Bapa perlu ambil berat Sebelum Melarat! KLC English Language Centre. (n.d.). From https://www.klceducation.edu.my/ms/newsfeed/article/fakta/punca-anak-hilang-fokus-dalam-kelas-yang-ibu-bapa-perlu-ambilberat-sebelum-melaratPrambudi, S., & Hoiriyah, N. (2019). Penerapan Teori Operant Conditioning BF Skinner dalam Pembelajaran Pendidikan Agama Islam (PAI) di Sekolah. Studi Islam, 3, 2252. Rosenberg, B. G. & Sutton-Smith, B., (2009). A scale to identify impulsive behavior in children. The Journal of Genetic Psychology, 95(2), 211-216. Rohani, A., & Ahmadi, A. (1995). Pengelolaan Pengajaran, Jakarta. Reinhartz, J. and Beach, D. M. (1998). Teaching and learning in the elementary school: Focus on curriculum. New Jersey: Merrill Shah Bin Mohamed Arip, Mohammad Aziz (2014) FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF. In: International Counseling Conference and Work, Medan. Tar, D. J. A., & Mahmud, M. I. (2021). Minat, Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 49- 64. Tarsidi, D. (2010). Teori Kognitif Sosial Albert Bandura. Universitas Pendidikan Indonesia.


Bandung. Tileston, D.W. (2004). What every teacher should know about special learners. California : Corwin Press. Yusup, M. (2018). Hubungan antara Teori Belajar Behaviorisme Dan Perubahan Perilaku serta Implikasinya Dalam Pembelajaran. Fikrah: Journal of Islamic Education, 2(2), 155-169. Wahab, R. A. (2015). Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar kurang upaya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia). Wahidah, E. Y. (2018). Identifikasi dan Psikoterapi terhadap ADHD. Jurnal Studi Agama, 2(2). https://doi.org/10.19109/jsa.v2i2 Zuhayati Yazid. (2010). Menangani anak-anak hiperaktif. http://www.utusan.com.my.


Click to View FlipBook Version