KATA ADJEKTIF TINGKATAN 1 CIKGU MAZNI
5.1 memahami dan menggunakan Standard Kandungan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.. Kata Adjektif Standard Pembelajaran 5.1.2 memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks.
Standard Prestasi a) Memahami kata adjektif dan fungsi dalam komponen tatabahasa b) Menggunakan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid boleh: Objektif Khusus Pembelajaran 1. Menyenaraikan kata adjektif dengan betul mengikut kategori. 2. Mengelaskan kata adjektif mengikut kategori yang betul secara bertulis. 3. Murid dapat membina 4 fungsi ayat dengan menggunakan kata adjektif dengan betul secara bertulis.
Tayangan video 5 1. Berdasarkan tayangan video, guru meminta murid untuk mengenalpasti elemen yang sesuai berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 2. Guru membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. https://wordwall.net/resource/54962329/teka-gambar
1 Penerangan Kepada Topik Pembelajaran
APA ITU KATA ADJEKTIF kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsurunsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Jenis-jenis kata adjektif Kata adjektif warna 0 1 0 2 0 3 0 4 0 5 Kata adjektif bentuk Kata adjektif waktu Kata adjektif jarak Kata adjektif ukuran
Kata adjektif cara Kata adjektif perasaan Kata adjektif pancaindera Kata adjektif Sifatan atau keadaan
Guru menjalankan aktiviti mencari kumpulan dengan memberikan kepingan kertas kecil kepada murid yang mengandungi jenis-jenis kata adjektif.
Kata adjektif Warna Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contoh: penggunaan dalam ayat. Baju merah itu kepunyaanku. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. Warna perang tidak begitu digemari orang Warna kuning warna diraja. Warna pakaian seragam kami ungu.
KATA ADJEKTIF UKURAN 1 Pahlawan itu sentiasa berkeris PANJANG ke mana-mana sahaja dia pergi. 2 3 4 PANJANG RENDAH TINGGI PENDEK Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian UKURAN sebagai unsur keterangan. Ketua pasukan itu TINGGI orangnya. Anaknya masih belajar di sekolah RENDAH. Orang Ekskimo sentiasa berbaju TEBAL kerana iklim negeri itu sejuk.
KATA ADJEKTIF BENTUK BULAT Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian BENTUK sebagai unsur keterangan. BENGKOK KEMPIS LURUS BUNDAR
B L L B BUJUR BUNCIT LEPER LONJONG
DALAM AYAT Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja BULAT. Bola ragbi berbentuk LONJONG. Kotak hadiah itu empat segi BUJUR. Ada dua vokal BUNDAR dalam bahasa melayu. Gasing LEPER kesayangannya telah pecah. Jalan BENGKOK ke kota itu telah tutup.
Kata adjektif waktu BAHARU Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian KONSEP MASA sebagai unsur keterangan. LAMA SEGERA SILAM SUNTUK LAMPAU CEPAT LAMBAT
CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT Ali ke kedai untuk membeli baju BAHARU. Jalan LAMA ke kampung itu telah dibaikI. Kanak-kanak suka makan makanan SEGERA. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat SUNTUK Tiada kenderaan berenjin pada zaman SILAM
KATA ADJEKTIF JAUH Rumah yang dituju itu sungguh JAUH. DEKAT Tempat kejadian itu DEKAT sekali dengan rumah saya. HAMPIR Rumahnya paling HAMPIR dengan sekolah. RAPAT Kawan RAPAT saya belajar di luar negara JARAK Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian KONSEP RUANG antara Dua Bentuk atau Keadaan sebagai unsur keterangan.
1 3 5 2 4 6 cepat deras laju lambat perlahan perlahan 7 0 lincah sering KATA ADJEKTIF cara Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai unsur keterangan.
Dalam Ayat Tindak balas orang tua itu sungguh CEPAT. Pemain LINCAH itu berasal dari utara. Motosikal LAJU itu direka khas untuk perlumbaan. gerak-gerinya amat PERLAHAN. orang LAMBAT selalu rugi. Dia GOPOH dalam peperiksaan.
Perasaan Kata adjektif
Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian KONSEP PERASAAN sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
DALAM AYAT 01 03 05 02 04 06 Dia amat RINDU akan emaknya. Saya sungguh BENCI dengan kelakuan buruknya. Gadis itu amat SEGAN untuk bertanya. Dia SUKA sungguh dengan perangai pemuda itu. Anak kecil itu GEMBIRA sekali dengan permainan itu. Kami semua amat KASIH akan guru itu.
Kata adjektif pancaindera
01 Contents Title 02 03 04 05 06 Minuman itu sungguh MANIS. Dia suka makan ikan air TAWAR. Masakan ini terlalu MASIN. Ubat PAHIT itu untuk demam malaria. Buah mempelam muda itu MASAM sungguh. Pisang muda KELAT rasanya.
Kata adjektif sifatan atau keadaan
CURIGA CERDIK PANDAI BERANI Kata Adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian SIFATAN ATAU KEADAAN sebagai unsur keterangan nama.
Dalam ayat 01 02 03 04 Budak BAIK selalu dipuji. Anak guru itu amat CERDIK. Kesemua ahli pasukan itu LEMAH. Pegawai tentera itu sungguh BERANI.
TERIMA KASIH Budak-budak berkejar-kejar, Rasa gembira bermain di sana, Kalau kita rajin belajar, Tentu kita akan berjaya.