The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDEKATAN INDUKTIF DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sensei Mijaaa, 2023-04-02 10:15:37

TEORI DAN AMALAN PEDAGOGI

PENDEKATAN INDUKTIF DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH DT50903 TEORI DAN AMALAN PEDAGOGI PENSYARAH: DR. ROSLEE TALIP SEKSYEN: 2 TUGASAN 2 (INDIVIDU) NAMA PELAJAR NO. PELAJAR MAZNI BIN SIDRU PP2212083T PENDEKATAN INDUKTIF RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


1.0 PENDEKATAN INDUKTIF Setiap Pengajaran dan Pembelajaran berkesan dipengaruhi oleh pemilihan kaedah atau pendekatan yang sesuai bagi memenuhi kognitif pelajar. Pemilihan pendekatan ini kebiasaanya ditentukan oleh beberapa faktor yang perlu diambil oleh seseorang guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada dasarnya, keberkesanan kaedah pengajaran yang efektif dalam bilik darjah dilaksanakan berdasarkan kepada aktiviti yang menarik dan jelas sama ada pada fasa awal atau pertengahan pengajaran. Manakala, pada fasa akhir guru boleh memilih aktiviti yang lebih ringkas untuk mengisi sesi refleksi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, pemilihan set dalam fasa pengajaran memainkan peranan penting bagi menjentik minat dan intuisi pelajar dengan berpandukan kepada topik yang akan disampaikan oleh guru dalam bilik darjah. Pendekatan pembelajaran bermaksud pola peraturan pembelajaran yang berusaha untuk meningkatkan kemampuan-kemampuan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar dalam membentuk pengolahan sehingga mencapai matlamat pembelajaran yang holistik. Selain itu, pendekatan pembelajaran adalah satu wadah untuk melahirkan kebijaksanaan yang harus ditempuhi oleh guru dan pelajar dalam mencapai tujuan pengajaran yang merangkumi pelbagai aspek Pendidikan yang mampu mengangkat rohani, jasmani, emosi dan intelek pelajar. Menurut Shahbuddin, Rohizani Dan Mohd. Zahir (2006) mentakrifkan pendekatan induktif memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep. Secara mudahnya, pendekatan induktif didahului dengan contoh khusus sehingga murid mampu untuk membuat kesimpulan (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Pendekatan ini melibatkan penaakulan pemikiran di peringkat tinggi. Oleh itu, konsep induktif merupakan satu kaedah yang mendapatkan hokum, memperkenalkan pengetahuan serta memberi pengalaman, membentuk kesimpulan dan membuat satu andaian yang munasabah (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Justeru, pendekatan induktif sangat bersesuaian diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi menerangkan situasi khusus dengan menghuraikan kesimpulan tentang perkara yang menjadikan topik pembelajaran dilihat secara terbuka atau umum. Selain itu, menurut Joyce, Weil dan Calhoun (Aunurrahman, 2009) mengemukakan beberapa strategi berfikir secara induktif yang sekaligus mengambarkan langkah-langkah pengembangan kemampuan pelajar dalam berfikir secara induktif. Strategi pertama iaitu, pembentukan konsep, meliputi tahap perhitungan dan pendaftaran, tahap pengelompokkan dan pemberian label atau kategorisasi. Manakala strategi kedua pula, interpretasi data yang


meliputi aspek mengindentifikasi hubungan antara data atau masalah, tahap menemukan hubungan dan tahap inferensi. Tambahan lagi, strategi ketiga iaitu aplikasi prinsip merangkumi tahap menganggarkan, konsekuensi, menjelaskan fonemena-fenomena dan menguji hipotesis. Oleh itu, jika difahami tentang istilah induktif yang diberikan ini menyatakan fungsi, tahap pengembangkan semasa menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah. Konsep yang diberikan oleh pengkaji ini, bersesuaian dengan subjek Bahasa Melayu yang memerlukan penerangan khusus kepada umum. Major (dahiana, 2010) berpendapat bahawa pembelajaran dengan menggunakan pendekatan induktif adalah efektif untuk sesi pengajaran tentang konsep. Pembelajaran diawali dengan memberikan beberapa contoh-contoh khusus serta menjurus kepada kesimpulan atau generalisasi. Dalam hal yang sama, pelajar akan melakukan pengamatan yang kemudiannya akan membentuk suatu konsep atau generalisasi. Oleh itu, pelajar tidak seharusnya memiliki pengetahuan utama seperti abstrak. Namun pelajar akan memenuhi peringkat abstrak setelah mencapai pengamatan dan menganalisis ilmu pengetahuan yang telah diamati. Ekoran daripada itu, menurut hudojo (dahiana, 2010) kelebihan pendekatan induktif antaranya ialah, pelajar mempunyai peluang bergiat aktif dalam mengemukan suatu formula atau rumus. Pelajar juga terlibat dalam penilaian, berfikir, bereksperimen dan memahami formula melalui beberapa contoh mudah. Justeru, sekiranya wujud keraguan dalam memahami pembelajaran yang disampaikan pendekatan ini dapat mengatasi lebih awal bermula dari khusus kepada kesimpulan atau generalisasi bagaimana konsep dan cara penerangannya. Menurut Samosir (1997), mendefinsikan pendekatan induktif sebagai suatu cara mengajar yang menggunakan data untuk mengajarkan konsep atau prinsip kepada pelajar. Selain itu, hudoyo (1987) mengatakan pendekatan induktif sebagai kaedah pengajaran yang dikembangkan melalui logic induktif iaitu bermula dari yang bersifat konkrit kepada yang bersifat abstrak. Definisi ini, dikuatkan lagi dengan pernyataan daripada Rahmawati (2011), iaitu pendekatan induktif merupakan mekanisma pengajaran yang bermula dengan menyajikan sejumlah keadaan khusus kemudian dapat disimpulkan menjadi suatu fakta, prinsip atau aturan. Proses pembelajaran diawali dengan memberikan contoh-contoh khusus kemudian sehingga pelajar dapat mengeneralisasikannya. Justeru beberapa pendapat daripada pengkaji di atas bahawa, pendekatan induktif dapat diertikan sebagai mekanisma pengajaran yang bersifat fakta khusus kepada umum yang menekankan penghayatan, pengamatan dan membuat kesimpulan kecil bagi topik yang dibincangkan dalam bilik darjah.


Pendekatan induktif dibangunkan berlandaskan kepada teori pembelajaran iaitu konstruktivisme. Hal ini kerana, pembelajaran adalah didominasi oleh pelajar itu sendiri dengan membentuk pengetahuan berdasarkan kepada hubungan interaksi sosial. Buktinya ialah, dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi, tangkah laku positif adalah melalui interaksi yang efisien daripada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan memberikan beberapa perkataan mudah, golongan kata yang khusus, medan makna yang bersifat khusus merupakan satu cara mengoptimumkan pengetahuan pelajar dengan mengsintesis pengetahuan sedia ada pelajar. proses pembelajaran menggunakan pendekatan induktif bermula dari pengenalan mengenai perkara yang bersifat konkrit kepada bersifat abstrak. Iaitu dari contoh-contoh khusus kepada rumus yang lebih terbuka atau umum. Dengan kemampuan pelajar untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam bank ingatan secara langsung akan membuat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan kepada fakta-fakta melalui pengamatan yang dilakukan oleh pelajar ketika menjalankan sesi pembelajaran. Pendekatan induktif bukan hanya mudah difahami oleh pelajar bagi proses menerima ilmu yang disampaikan oleh guru ketika dalam bilik darjah. Bahkan, proses pengajaran juga akan lebih efektif dan berkesan kerana penyampaian topik adalah lebih tersusun dengan meletakkan beberapa ciri khas bermula daripada khusus kepada yang lebih umum. Tujuannya adalah, pelajar boleh mengkonstruk ilmu pengetahuan yang sedia ada dan disesuaikan ke dalam sesi pembelajaran yang baharu. Dengan hubungan persekitaran dan interaksi sosial akan menjadikan pendekatan ini menarik dan berkesan. Justeru, dalam pengajaran Bahasa melayu misalnya para pelajar diberikan takrif khusus berdasarkan kepada golongan kata yang terdapat dalam tatabahasa. Rangkuman dari pelbagai aspek tatabahasa. Pelajar akan mencari makna, fungsi dan kategori golongan kata tersebut mengikut kesesuaian dalam membentuk satu ayat yang lengkap dan sempurna. Selepas pelajar mengkategorikan aspek tatabahasa, maka guru akan membimbing dan penjelaskan secara umum dan pelajar dapat menyimpulkan serta generalisasikan topik pembelajaran. Pendekatan induktif yang bersifat khusus kepada umum merupakan mekanisma yang akan menjentik intuisi pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran yang dijalan dalam bilik darjah. Konsep pembelajaran induktif yang berlandaskan teori konstruktivisme melibatkan interaksi sosial mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan berkesan. Hubungan antara kemahiran kognitf dan psikomotor yang diintegrasikan ke dalam suasana pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Buktinya, pelajar lebih bergiat aktif, menyumbang buah fikiran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.


Terdapat beberapa prinsip pengajaran secara induktif iaitu:- a. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada sesuatu generalisasi atau kesimpulan umum. b. Bahan bantu mengajar haruslah diedarkan kepada seluruh pelajar bagi membantu pelajar membuat kesimpulan. c. Contoh khusus yang relevan dan berkaitan harus divariasikan untuk menerangkan sesuatu agar generalisasi pelajar dapat dicapai dengan mudah dan cepat. d. Guru membimbing para pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk memerhati, mengamat, dan menganalisis contoh agar proses generalisasi dapat dilakukan. e. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada pendekatan induktif menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, tersusun iaitu dari contoh spesifik kepada umum. Sebagai contoh seperti di rajah di bawah. Rajah 1: Proses Pengajaran Dan Pembelajaran BM Menggunakan Pendekatan Induktif. Umumnya, pendekatan induktif yang digunakan bagi proses penyampaian ilmu bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan. Sebagai contoh, jika guru menginginkan pelajar memahami konsep atau generalisasi guru perlu menerangkan secara spesifik tentang sesuatu topik pengajaran. Butkinya ialah, guru menerangkan tentang penggolongan kata adjektif, kata nama dan kata ganda perlu menyediakan bahan-bahan khusus sebagai set induksi yang bersesuaian dengan topik agar generalisasi pelajar dapat dicapai. Misalnya, topik kata adjektif, guru memberikan seorang pelajar beberapa bahan yang berkaitan dengan kata adjektif seperti bunga, pensil, pembaris, minyak wangi dan beberapa kepingan kertas warna bagi menilai kelompok kata adjektif mengikut kesesuaian. Bagi melihat atau menilai bahan manakah yang sesuai mengikut kelompok golongan kata adjektif. Iaitu, bagi kata adjektif bentuk, maka pembaris dan pensil termasuk dalam kata adjektif bentuk. Akhirnya pelajar dikehendaki merumuskan dalam satu ayat dan mengenalpasti fungsi kata adjektif bentuk tersebut. Oleh itu, guru boleh membuat refleksi dan menggambarkan generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik dan peta atau visual bagi membantu pelajar memahami konsep pembelajaran berdasarkan kepada pendekatan induktif. Contoh-contoh khusus J.M . Kie rze k dan Gib Memerhati dan mengkaji J.M . Kie rze k dan Gib Mentafsir dan membuat generalisasi J.M . Kie rze k dan Gib Bunga, pensil, warna, bau, dan bentuk. Merah, putih, busuk, mawar, Panjang. Warna merah lambang kegagahan.


Set Induksi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah atau cara seseorang guru memulakan pengajaran, Shahabuddin et al, (2007). Pemilihan set ini adalah untuk menghubungkan pengalaman murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu pelajaran, Sharifa Alwiyah, (1986). Pemilihan set induksi yang sesuai mampu menjana idea dan sifat ingin tahu pelajar dalam topik pembelajaran. Set yang digunakan juga akan menyuntik pelajar untuk lebih bergiat aktif dalam pembelajaran baharu, Ishak et al, (2012). Takrifan tersebut memberikan gambaran bahawa fungsi set induksi sebagai mesin penjana idea yang mewujudkan aliran aktif dalam minda murid bahkan memainkan peranan dalam proses pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi dalam usaha memproses maklumat yang diperoleh semasa set induksi dilakukan oleh guru. Selain itu, set induksi terbahagi kepada dua bahagian iaitu bersifat metakognitif dan mediatif. Namun dalam melaksanakan dan fungsi antara dua set induksi ini adalah berbeza. Set induksi bersifat Metakognisi berfungi sebagai satu proses memulakan pengajaran dengan memberikan rangsangan minda murid dengan perkaitan antara pengajaran idea atau pengalaman lampau murid dengan topik yang ingin disampaikan oleh guru, Atira & Wahid, (2018). Manakala, set induksi mediatif merujuk kepada penggunaan pelbagai media sebagai bahan bantu mengajar untuk mengaitkan dengan topik yang bakal diajar oleh guru dalam bilik darjah. Oleh itu, pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan menaakul maklumat-maklumat berpandukan kepada pengalaman, idea dan ilmu pengetahuan yang terkandung dalam leksikon murid yang hanya dijana serta dikembangkan melalui pendekatan set induksi sebelum menyentuh topik utama pembelajaran. Konsep mudah untuk memahami set induksi adalah dengan memahami proses bermula daripada spesifik kepada yang umum, iaitu dimulai dengan sesuatu sebab dan menuju ke arah generalisasi. Atira & Wahid, (2018 Pemilihan set permulaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Pemilihan set akan menentukan tahap pengetahuan pelajar kepada topik yang bakal dibincangkan dalam bilik darjah. Buktinya, apabila guru bertindak sebagai fasilitator dalam bilik darjah, pelajar perlu memberikan beberapa definisi atau takrif yang khusus kepada alat yang dijadikan sebagai set induksi. Hal ini kerana, sifat dan minat pelajar hendaklah dijentik terlebih dahulu sebelum memulakan topik yang lebih spesifik dan umum. Tujuan penggunaan set induksi dalam sesi pengajaran adalah pelajar akan memberikan tumpuan, minat dan kecenderungan untuk meneruskan mencari maklumat tambahan mengenai topik tersebut akan lebih efisien dan berkesan. Maka pembelajaran akan mencapai optimum dengan set induksi yang menarik dan bersesuaian dengan minat pelajar abad ke-21.


2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tingkatan 1 Modul Tatabahasa Tingkatan 1 Bitara Masa 1 jam (60 minit) Tema/Tajuk Kata Ganda (KG) Standard Kandungan 5.2 Memahami dan menggunakan k pelbagai ayat. Standard Pembelajaran 5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh berimbuhan, dan ka dengan betul mengikut konteks. Objektif Pengajaran & Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Menyenaraikan kata ganda dengan betul m 2. Mengelaskan kata ganda mengikut katego bertulis. 3. Membina ayat dengan menggunakan jenis k secara bertulis. Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : Tatabahasa Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab Kemahiran : 1. KBAT - Mengklasifikasikan kata ganda ke da sesuai untuk digunakan bagi membina ayat 2. EMK – Komunikasi. 3. Teknologi – Laptop, LCD, speaker. 4. Kreativiti – Membuat peta i-Think, Gallery W


N (RPH) kata ganda dalam ganda penuh, kata ata ganda majmuk engikut kategori. ori yang betul secara kata ganda yang betul b alam peta i-Think yang t. Walk, Pembentangan.


PERKEMBANGAN PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN D Model 5E: Engage (Pelibatan) (5 minit) AKTIVITI GURU Set induksi: 1. Guru memilih wakil daripada setiap kumpulan. 2. Guru meminta wakil tersebut untuk menekan butang dalam laptop dan sekeping gambar akan keluar daripada kotak misteri menggunakan laman interaktif WordWall. Link: seperti di bawah. 3. Berdasarkan paparan skrin, guru meminta pelajar untuk menyebut kata ganda yang sesuai berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 4. Guru meminta pelajar untuk buat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada. Link: https://wordwall.net/create/editcontent?guid=d05ecf55b05a41f9813cb0 Model 5E: Explore (Penerokaan) (7 minit) Penerangan konsep: 1. Guru membahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid. 2. Guru memberikan kepingan kertas yang mengandungi contoh kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan dan kata ganda majmuk. 3. Guru akan beri arahan kepada setiap murid untuk mencari ahli kumpulan masing-masing berdasarkan kategori kata ganda yang sama.


DAN PEMBELAJARAN CATATAN AKTIVITI PELAJAR ABM: 1. Laptop; 2. LCD; 3. Speaker. Kemahiran: 1. Mendengar; 2. Bertutur. KBAT: 1. Strategi berfikir. EMK: 1. Penggunaan teknologi. 1. Pelajar akan bentuk kumpulan kecil dalam bilik darjah. 2. Ketua kumpulan akan kehadapan untuk menekan butang berpandukan kepada arahan guru. 3. Pelajar akan menyebut dan menyenaraikan beberapa kata ganda berdasarkan golongan kata dalam gambar yang telah ditunjukan. 4. Pelajar menjawab soalan dengan mengaitkan kepada pengetahuan sedia ada. b81df06e98 1. Pelajar akan duduk dalam kumpulan seramai enam orang dalam satu kumpulan kecil 2. Setiap pelajar akan mengambil kepingan kertas yang mengandungi kata ganda yang telah ditetapkan oleh guru. 3. Setiap pelajar akan bergerak untuk mencari ahli kumpulan dalam bilik darjah berpandukan kepada kata ganda yang sama. Objektif: 1. Mencari ahli kumpulan yang mempunyai kata ganda yang sama mengikut kategori. ABM: 1. Kepingan kertas. EMK: 1. Menerapkan nilai murni kerjasama.


4. Setiap kategori kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan dan kata ganda majmuk mewakili setiap kumpulan 5. Guru akan menyoal setiap kumpulan sama ada kategori kata ganda yang mereka peroleh adalah kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan atau kata ganda majmuk. 6. kategori kata ganda tersebut akan disemak oleh guru mengikut tindak balas daripada pelajar Model 5E: Explain (Penerangan) (25 minit) Aktiviti berkumpulan: 1. Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk menyenaraikan kata ganda berdasarkan teks bacaan yang berlainan, iaitu: a. Kumpulan 1 dan 2: Buku teks (halaman 30) b. Kumpulan 3 dan 4: Buku teks (halaman 143) c. Kumpulan 5 dan 6: Buku teks (halaman 191) 2. Guru mengarahkan murid untuk mengelaskan kata ganda yang diperolehi ke dalam peta ithink sama ada peta buih, peta bulatan, dan peta dakap. 3. Menggunakan kaedah ‘Gallery Walk’ untuk menerangkan hasil perbincangan dalam kumpulan. 4. Guru memberikan nombor genap dan ganjil kepada setiap ahli kumpulan. Ahli diminta duduk mengikut nombor yang diperoleh dan berbincang.


4. Para pelajar akan membentuk beberapa kumpulan iaitu, kata ganda penuh, KG berimbuhan dan kata ganda majmuk. 5. Pelajar akan menjawab soalan yang diajukan oleh guru, baik kata ganda penuh, kata ganda berimbuhan atau kata ganda majmuk. 6. Ahli kumpulan akan berbincang semula berdasarkan kepada kata ganda yang telah disemak oleh guru. 1. Setiap ahli kumpulan akan mengeluarkan idea dan menyenaraikan golongan kata ganda berdasarkan kepada teks bacaan yang ditetapkan oleh guru. 2. Selepas melalui perbincangan bersama ahli kumpulan. Ketua kumpulan akan memutuskan untuk menggunakan peta i-think yang sesuai dengan kata ganda yang telah diperolehi. 3. Teknik perbincangan oleh pelajar menggunakan kaedah ‘gallery walk’ untuk membuat pembentangan. 4. Nombor yang diperolehi akan membentuk kumpulan yang sama dan berkongsi hasil perbincangan atau tugasan yang diberikan. Strategi pengajaran dan pembelajaran: 1. Pembentangan berkumpulan. Objektif: 1. Menyenaraikan kata ganda dengan betul mengikut kategori. 2. Mengelaskan kata ganda mengikut kategori yang betul secara bertulis. KBAT: 1. Strategi berfikir. ABM: 1. Buku teks; 2. Kad manila. Kemahiran berbahasa: 1. Bertutur. EMK: 1. Komunikasi.


Nota: Link di bawah merupakan contoh pelaksanaan ‘Gallery Walk’ sebagai rujukan. Link: https://www.youtube.com/watch?v=pSt5echeRrM Model 5E: Elaborate (Pengolahan) (15 minit) Aktiviti: Pertandingan membina ayat. 1. Guru memberikan tugasan kepada setiap kumpulan. 2. Guru menginginkan setiap kumpulan pelajar untuk membina ayat berdasarkan kata ganda yang diberikan. 3. Guru meminta semua ahli kumpulan duduk berbincang tentang tugasan yang diberikan. Peralatan bahan-bahan pembentangan diberikan bagi memudahkan pelajar menulis bagi sesi pembentangan dan tujuan semakan. 4. Guru dan murid melaksanakan perbincangan bersama untuk mendapatkan jawapan. Penggunaan kata ganda yang betul akan mendapat markah yang tinggi. 5. Guru memberikan soalan KBAT kepada pelajar. Guru akan memilih sekurang-kurangnya tiga orang murid secara rawak untuk menjawab soalan tersebut.


Kreativiti: 1. Pembentangan kumpulan. Nilai: 1. Kerjasama 2. Berkeyakinan tinggi – guru memberi penilaian. 1. Wakil kumpulan akan kehadapan untuk mengambil tugasan yang diberikan oleh guru 2. Setiap kumpulan akan membina ayat berdasarkan kata ganda yang terdapat dalam kandungan tugasan tersebut. 3. Ahli kumpulan akan berbincang dan wakil kumpulan dikehendaki menulis satu ayat bagi setiap kategori kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan, dan kata ganda majmuk di atas kad manila, dan dipaparkan di hadapan untuk tujuan semakan. 4. Pelajar akan mendengar dan mencatat semakan dan komen daripada guru dengan menambah baik hasil pembentangan yang telah dilakukan oleh pelajar. 5. Pelajar akan kehadapan untuk menjawab soalan KBAT yang diajukan oleh guru berdasarkan kata ganda yang menjadi topik dalam sesi PdP. Strategi pengajaran dan pembelajaran: 1. Aktiviti berkumpulan. Objektif: 1. Membina ayat dengan menggunakan jenis kata ganda yang betul secara bertulis. Kemahiran berbahasa: 1. Membaca; 2. Menulis; 3. Bertutur. KBAT: 1. Strategi berfikir. ABM: 1. Kepingan kertas; 2. Kad manila. EMK: 1. Komunikasi. Nilai: 1. Kerjasama.


Model 5E: Evaluate (Penilaian) (8 minit) 1. Guru menggunakan kaedah ujian ringkas untuk menilai kefahaman murid menggunakan kertas kajang, 2. Setiap murid dikehendaki menjawab soalan kuiz secara individu menggunakan buku latihan murid masing-masing. 3. Pelajar membuat rumusan hasil daripada pembelajaran. 4. Guru akan membuat penilaian kriteria untuk setiap kumpulan dengan menggunakan rubrik penilaian PAK21.


1. semua pelajar akan menjawab soalan di kertas kajang yang telah disediakan oleh guru. 2. Buku latihan akan diserahkan kepada guru semasa sesi PdP bakal berakhir. 3. Wakil pelajar akan memberikan rumusan tentang topik kata ganda sama ada KG penuh, KG berimbuhan dan KG majmuk. 4. Setiap pelajar dapat melihat pencapaian berdasarkan kepada rubrik penilaian yang guru sediakan di sudut informasi bilik darjah. ABM: 1. Buku latihan; 2. Laptop; 3. LCD. 4. Kertas kajang


3.0 REFLEKSI GURU: Guru yang menjadi model utama kepada pelajar merupakan ikutan yang bakal diaplikasikan oleh pelajar tidak mengikut masa dan bagaimana. Namun, guru perlu menyampaikan ilmu pengetahuan yang mencakupi elemen yang terkandung dalam falsafah Pendidikan negara. Oleh sebab itu, guru perlu bersedia dari segi, kemahiran, pengetahuan dan semangat juang yang tinggi bagi mendidik para pelajar ke arah yang lebih mampan dan holistik. Justeru, penggunaan bahan mengajar, rancangan pengajaran harian (RPH) merupakan panduan kepada guru dalam menyampaikan ilmu mengikut standard dan piawaian kementerian. Kemudahan yang diberikan akan menentukan hala tuju aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sekiranya pelajar dan guru berganding bahu bagi melahirkan suasana pembelajaran yang lebih efektif. Berdasarkan kepada respon dan tindak balas pelajar dalam bilik darjah akan membentuk sistem pengajaran yang bersifat koperatif dan integratif dalam kalangan pelajar. Hubungan melalui set induksi dan pemilihan topik yang sesuai akan mewujudkan interaksi positif yang akan melahirkan pelajar yang peka dan bersemangat. Buktinya, dalam RPH yang dirangka merangkumi pelbagai aktiviti yang bakal menyuntik semangat, intuisi dan keinginan pelajar untuk terus meneroka pengetahuan lebih mendalam. Pemilihan set ABM yang menarik akan membuka peluang dan ruang kepada pelajar mengasah idea dalam sesi soal jawab yang dijalankan sebelum mencapai topik sebenar PdP. Kekuatan guru bukan terletak pada fizikal dan kemampuan lainnya. Bahkan guru yang mempunyai iltizam tinggi yang akan melahirkan pelajar yang berjaya dan berkarisma. Kekuatan guru berlandaskan kepada ilmu pengetahuan, kemahiran mengawal disiplin, dan ilmu psikologi yang akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif. Dengan berbekalkan peralatan mengajar mengikut zaman menjadi bukti pembelajaran telah mencapai teknologi atau kaedah pengajaran abad ke-21 yang dialami kini. Oleh itu, guru perlu mahir dalam menggunakan pelbagai aplikasi yang menyokong sistem Pendidikan agar pelajar tidak berasa bosan dengan kaedah klasik atau tradisional yang diaplikasikan selama ini. Penggunaan teknologi maklumat seperti pelbagai aplikasi pengajaran membuatkan guru lebih yakin, kuat dan berkemahiran yang akan mewujudkan suasana bilik darjah yang santai dan seronok. Buktinya, pelbagai aplikasi yang menyokong seperti, kahoot, quizizz dan webex menjadi satu keperluan penting bagi meningkatkan mutu. Penggunaan LCD, computer riba menjadi kewajiban bagi guru untuk membuat penilain dalam talian sekiranya perlu seperti yang dialami sepanjang pandemik covid-19.


Walau bagaimanapun, kelemahan pasti wujud setiap sesi pengajaran berlangsung. Pembelajaran yang bersifat pasif dan kelemahan guru dalam menguasai pedagogi akan membentuk pola pengajaran yang kurang berkesan. Buktinya, apabila guru menerangkan topik pembelajaran dan tidak mampu untuk mengaitkan dengan situasi persekitaran akan menyebabkan pelajar sukar memahami isi kandungan PdP. Guru haruslah menggunakan komunikasi yang jelas dan baku bagi melancarkan proses penyampaian maklumat kepada pelajar. Hal ini kerana, guru cenderung menggunakan dialek suku atau kenegerian apabila menyampaikan ilmu pengetahuan. Namun, jika tidak mengikut tempat dan situasi yang sesuai. Maka perkara ini akan menyebabkan intuisi pelajar terganggu dan pemahaman juga terut terjejas. Tambahan lagi, berpandukan kepada kaedah pembelajaran yang sesuai seperti teori sosial Bandura, Vygotsky dan Piaget yang menekankan tentang hubungan pelajar dengan guru merupakan tonggak utama dalam proses saluran ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, dalam teori Bandura, peniruan merupakan aspek penting dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam menaakul dan mengahayati. Kemahiran daripada interaksi persekitaran menjadikan pelajar lebih cepat dan mudah memahami PdP. Selain itu, Vygotsky yang mendukung aspek Scaffolding atau sistem sokongan kepada pelajar akan mewujudkan hubungan guru dan pelajar lebih berkesan. Guru perlu membimbing pelajar bagi memahami topik yang dibincangkan. Piaget dalam teori kognitifnya menekankan bahawa, untuk mencapai pemahaman yang optimum, hubungan ibu bapa, guru dan persekitaran memainkan peranan penting dalam membina dan meningkatkan kemahiran kognitif pelajar baik dari segi pertuturan, berfikir dan berkomunikasi. Oleh itu, pelajar dapat mencapai dan meningkatkan kekuatan pelajar dalam menaakul ilmu pengetahuan perlu diasah oleh guru agar pencapaian ini dapat dinikmati secara komprehensif. Tetapi, pelajar yang cenderung kepada gejala negatif akan merencatkan sistem pendidikan di sekolah. Kelemahan pelajar dalam memahami PdP akan membenamkan minat pelajar itu sendiri. Majoriti kelemahan pelajar berpunca daripada sikap pelajar, guru dan kemudahan yang disediakan sebagai prasarana penting dalam meningkatkan mutu pendidikan. Guru terlalu cepat dan mengejar silibus menjadikan pelajar tidak mencapai KPI seperti yang diharapkan. Hal ini akan menyebabkan gangguan dan kelemahan pelajar menjadi sukar dipulihkan. Minat pelajar untuk meneruskan pengajian juga merupakan satu faktor dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Oleh sebab itu, guru perlu mahir dalam gamifikasi pendidikan untuk menarik minat pelajar mengikuti sesi PdP sepanjang masa.


Strategi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar adalah dengan menggunakan konsep pengajaran yang bersifat terbuka dan koperatiif. Tujuannya ialah, pelajar lebih interatif bersama rakan sebaya. Kaedah pengajaran seperti, perbincangan, pembentangan, dan aktiviti sokongan yang mendorong pelajar menyumbang idea semasa PdP dijalankan. Strategi gallery walk, role play, peta i-think dan spin-n-think akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif bagi mengasah kemahiran pelajar. Justeru, guru perlu memberikan ruang kepada pelajar meneroka topik yang dibincangkan. Guru bertindak sebagai fasilator akan membentuk pemikiran pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Cadangan kepada pendidik agar lebih transparents supaya pelajar dapat mengikuti sesi PdP sepanjang masa. Dengan berbekalkan kemahiran guru sedia ada dapat meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu topik perbincangan. PdP yang menarik seperti gabungan antara teknologi dan teknik aktiviti pembelajaran yang sesuai akan melahirkan pelajar yang aktif dan inovatif. Pemusatan pelajar dalam sesi PdP bukan hanya melatih pelajar menjadi pemimpin. Bahkan, pelajar lebih dihargai kerana idea dan semangat yang ditonjolkan dapat diasah dan serta dipamerkan kepada rakan sebaya yang akan memotivasikan pelajar itu sendiri. Oleh sebab itu, pemilihan kaedah PdP sangat penting agar pelajar sentiasa bersedia mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dengan penuh semangat dan keseronokan. Kesimpulannya, pelajar merupakan harapan negara dalam memacu pembangunan dan pencapaian baik akademik mahu teknologi. Guru yang cemerlang apabila dapat melahirkan pelajar yang berjaya mencapai aspek utama dalam falsafah Pendidikan negara iaitu, jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi membentuk pelajar yang lengkap dan berkarisma. Oleh itu, guru haruslah peka dalam merangka aktiviti PdP yang tepat dan sesuai mengikut keperluan pelajar. Rancangan Pengajaran Harian RPH juga haruslah lengkap agar panduan dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah dapat disalurkan dengan mudah dan berkesan. Justeru, guru yang mahir menggunakan teknologi, ilmu pedagogi membezakan guru sebagai penyampai ilmu yang sepatutnya pelajar terima dengan telus dan ikhlas. Jelaslah, peranan guru melahirkan pelajar cemerlang bukanlah mudah, namun tidak mustahil dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pengajaran yang berkonsepkan suasana pembelajaran mengikut peralihan zaman.


RUJUKAN Aisyah, A. (2016). Studi literatur: Pendekatan induktif untuk meningkatkan kemampuan generalisasi dan self confident siswa SMK. JP3M (Jurnal Penelitian Pendidikan dan Pengajaran Matematika), 2(1), 1-12. Atira, N. I., & Wahid, A. (2018). Percampuran struktur Model Intergratif dalam pengajaran cerpen dan novel (Mixing Intergrative Model Structure in Short Stories and Novel Teaching) Jurnal Peradaban Melayu,13.Doi: https://doi.org/10.37134/peradaban.vol13.7.2018 Chung, L. L., Leng, C. H., & Peng, C. F. (2017). Amalan pengajaran guru bahasa Melayu Tingkatan Empat dalam penulisan karangan dari aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta pembelajaran kolaboratif. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(1), 1-12. Hashim, S., Yaakub, R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar denganberkesan.PTS:Professional.https://books.google.com.my/books?id=gD5AKc5 OzAsC&dq=SET+INDUKSI&hl=ms&source=gbs_navlinks_s Ishak, H., Tamuri, A. H., Abd Majid, R., & Bari, S. (2012). Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas masalah pendengaran. Journal of Islamic and Arabic Education, 4(2), 11-24. Doi: http://journalarticle.ukm.my/5991/1/44.pdf Johari, N. S., Fakhruddin, F. M., & Suhid, A. (2017). Pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat guru Pendidikan Islam menurut perspektif murid. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 4(2), 46-53. Kasim, T. S. A. T., & Mansor, F. (2021). PEDAGOGI BERASASKAN PENDEKATAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF: PRAKTIS DALAM PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM. Online Journal of Islamic Management and Finance (OJIMF), 1(1), 63-77. Mohamed, S., & Jasmi, K. A. (2021). Amalan Induksi Set dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah bagi disiplin Ilmu Pendidikan Islam (Teaching and Learning Preparation Practice among Islamic Education Preschool Teachers). UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 8(2), 67-77. Sandy, S., Jobar, N. A., Rusli, N. F. M., & Adam, N. F. M. (2021). Tinjauan Pengetahuan, Faktor Dan Kesan Pelaksanaan Set Induksi Dalam Kalangan Mahasiswa Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asian Pendidikan, 1(1), 63-72. https://journalarsvot.com/index.php/aspen/article/view/60/103 Shahabddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad, (2007) Pedagogi. Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional. Sharifa Alwiah Alsagoff, (1986). Ilmu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn Bhd. Sumaryati, E. (2013). Pendekatan induktif-deduktif disertai strategi think-pair-square-share untuk meningkatkan kemampuan pemahaman dan berpikir kritis serta disposisi matematis siswa SMA. Infinity Journal, 2(1), 26-42. Winarso, W. (2014). Membangun kemampuan berfikir matematika tingkat tinggi melalui pendekatan induktif, deduktif dan induktif-deduktif dalam pembelajaran matematika. Eduma: Mathematics Education Learning and Teaching, 3(2).


DSKP TINGKATAN 1 https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=sites&srcid=ZGVmYXVsdGRvbWFpbn xwYW5pdGlhYm1zYWJrMTN8Z3g6M2QyNTFjMGQzM2M5MDRiZQ Buku teks tingkatan 1 https://anyflip.com/pbave/voul/ LAMPIRAN Gallery Walk


Click to View FlipBook Version