The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

wakil sekolah SK Simpang Rengan dan Sk Seri Maju Jaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38015245, 2023-12-05 10:15:56

knotting board challenge

wakil sekolah SK Simpang Rengan dan Sk Seri Maju Jaya

Keywords: knotting

Group sksr & sksmj Knotting Board Challenge 4TH BALOO CAMP STATE CHALLENGE 2023 PERINGKAT NEGERI DI BAWAH PGB BERKARYA ANJURAN SK TMN MUTIARA RINI 2


Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarangikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibukasemula. ikatan buku sila


Fungsi Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz. Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. Teknik i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. ii. Masukkan hujung A dibawah B. iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah ikatan buku sila


ikatan tindih kasih Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat lubang tali yang tidak menjerut. Simpulan ini berguna untuk kerja-kerja menyelamat (naik atau turun) dimana simpulan ini akan diikat pada pinggang mangsa (manusia atau binatang), kemudian mangsa akan di tarik ke tempat selamat. Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat dan menarik kayu.


Simpulan/ Ikatan Bunga Geti merupakan satu ikatan yang digunakan untuk menyambung tali. Ikatan ini juga adalah skim untuk melayakkan pengakap kanak-kanak (PKK) mendapatkan lencana keris perak. Hampir sama bentuk ikatannya dengan Buku Sila bahkan kegunaannya pun sama iaitu menyambung tali. Cuma perbezaan Buku Sila dan Bunga Geti ialah Buku Sila (menyambung tali yang sama jenis dan sama saiz) manakala Bunga Geti (menyambung tali yang berlainan jenis dan berlainan saiz). Di bawah disertakan cara mengikat jenis ikatan/simpulan Bunga Geti. bunga geti


Kegunaannya adalah untuk mengikat hujung tali pada tiang, pokok, gelung atau tali yang lain supaya ia tidak mudah terlucut/terungkai. Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali khemah atau tali kerubung terbang (flying fox). lilit dua simpul


Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada batang kayu, mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh, mengikat khemah pada tiang kayu dan memulakan ikatan pada kayu. Simpulan ini penting bagi membuat gadjet perkhemahan daripada buluh atau kayu untuk dijadikan tempat letak barang, tempat jemuran pakaian dan sebagainya. simpul manuk


simpul sentak Ikatan dan simpulan ini digunakan untuk mengikat pada tunggul ataupun menambat perahu/sampan. Kelebihan ikatan ini adalah mudah dilepaskan apabila diperlukan. kegunaannya: 1. Mengikat tali sampan ke tiang jeti 2. Tidak sesuai digunakan dileher haiwan kerana mudah terjerut


simpul NGAH Untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul ini boleh di ubah mengikut kesesuaian orang itu.


SIMPUL PULIH (SHEEP SHANK KNOT)Untuk menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat. kegunaan: 1. Untuk memendekkan tali tanpa dipotong 2. Menguatkan tali yang kurang kuat 3. Dikukuhkan dengan meletakkan kayu pada kedua-dua gelungan simpul pulih


Simpul Abah Abah Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang simpul abah abah


simpul tindih kasih air untuk mengelakkan simpul daripada mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air water bowline bowline


Tanpa tali dan kemahiran ikatan dan simpulan, kerja-kerja menyelamat tidak boleh dilakukan. Oleh itu, ilmu ikatan & simpulan penting dan ianya asas dalam kerja-kerja menyelamat KESIMPULAN


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version