The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nhurqaisara08, 2022-08-14 11:22:42

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

2 AMANAH - KUMPULAN 1

PENGASASAN
KESULTANAN
MELAYU MELAKA

2 amanah: kumpulan 1

NAMA AHLI
KUMPULAN

adriana zahra AUNI INSYIRAH
binti azzairi AQILAH BINTI

SAHRIN

nhur qaisara nuraleeya
qistina binti maisara binti

hairizan rosli

nurqaisara saidatul
safiyah binti najwa binti

farid idris

i

ISI KANDUNGAN

1 Objektif kajian

2 Kaedah Kajian

3 Kaedah literatur

5 4 Pengenalan
7
13 Latar Belakang
parameswara

Pemilihan lokasi yang

6 strategik oleh
parameswara
faktor

kegemilangan

9 sistem
pentadbiran

rumusan

14 sumber rujukan

15 penghargaan

ii

Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang ingin
kumpulan kami capai melalui kajian yang
dilakukan. Pertama sekali, kami ingin
mengetahui tentang latar belakang pengasas
Kesultanan Melayu Melaka iaitu
Parameswara. Selain itu, kami ingin mengkaji
lokasi pemilihan penempatan yang strategik
oleh parameswara. Seterusnya, mengkaji
kegemilangan empayar Kesultanan Melayu
Melaka daripada aspek kepimpinan, sistem
raja, sistem pentadbiran dan sistem
perundangan. Akhir sekali, merumus ciri
kepimpinan kesultanan Melayu Melaka
mampu mewujudkan sistem pemerintahan
gemilang.

1

Kaedah Kajian

1. Kaedah Perpustakaan



- Perpustakaan Al-Biruni



2. Kaedah Melayari Internet



- https://anyflip.com/zjdht/egfp/basic



3. Kaedah Buku Teks



- Buku teks Sejarah Tingkatan 2 muka surat
72,73,74,75




2

Kaedah Literatur

1.Melayari internet
Melalui kajian ini, kami telah mencari maklumat
mengenai latar belakang parameswara, faktor
kegemilangan dan sistem pentadbiran dengan
melayari internet. Banyak maklumat yang telah
kami perolehi melalui kaedah ini. Salah satu
laman web yang kami layari ialah Anyflip. Untuk
pengetahuan, Anyflip ialah satu laman web
yang di mana kita boleh mendapatkan banyak
maklumat- maklumat yang berguna di dalam
sana.

2. Buku Rujukan
Kajian juga dilakukan dengan mencari
maklumat melalui buku teks sekolah.Salah satu
buku teks sekolah ialah buku teks Sejarah.
Terdapat pelbagai maklumat yang boleh
didapati di dalam buku teks tersebut.

3

Pengenalan

Seperti sedia maklum, Kesultanan Melayu Melaka
diasaskan oleh Parameswara, dan ianya berlaku
sekitar tahun 1400. Kesultanan Melayu Melaka

merupakan kelangsungan kepada kerajaan
masyhur di Alam Melayu. Kejayaan ini boleh
dikatakan terjadi kerana Parameswara berjaya
memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan
serta mengembangkan kerajaan Melayu Melaka.
Pemilihan lokasi yang strategik ini menjadikan
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di

Alam Melayu.



4

Latar Belakang
Parameswara

Parameswara amat dikenali
sebagai pengasas Kesultanan
Melayu Melaka. Nilai positif
yang ada pada Parameswara
ialah kebijaksanaan yang ada pada dirinya.
Contohnya, beliau bijak memanfaatkan lokasi
yang strategik dengan keindahan alam semula
jadi yang terdapat di sebuah perkampungan
nelayan lalu menukarnya menjadi sebuah
Pelabuhan yang maju. Kebijaksanaan
Parameswara memilih lokasI tersebut telah
mendorong Melaka kemudiannya muncul
sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Oleh
yang demikian, pengasasan Melaka
menunjukkan bahawa banyak manfaat yang di
peroleh sekiranya kita menghargai alam sekitar
untuk kesejahteraan bersama.

5

Pemilihan Lokasi yang
Strategik oleh Parameswara

Laluan Kedudukan Melaka yang berada
Perdagangan di laluan perdagangan utama
antara timur dengan barat
membolehkannya mengawal
laluan kapal dagang.

Bentuk Muka Melaka mempunyai bentuk
Bumi muka bumi yang berbukit-bukau

Benteng di mana ianya sesuai dijadikan
Pertahanan benteng pertahanan dan menjadi

Terlindung panduan kapal dagang.
daripada
Angin Monsun Pokok bakau dan api-api yang
terdapat di pesisir pantai Melaka

pula menjadikan sebagai
benteng pertahanan dan
pelindung semula jadi yang sukar
ditembusi oleh musuh.

Muara sungai yang terletak di Selat
Melaka terlindung daripada tiupan
angin monsun. membolehkan kapal

dagang datang dan berlabuh di
Pelabuhan Melaka dengan selamat.

6

Faktor-Faktor
Kegemilangan Melaka

1.Kepimpinan Raja

Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang
mempunyai kuasa tertinggi. Hak kuasa ini berpunca
daripada beberapa sumber. Antaranya adalah seperti
Keturunan Raja Palembang. Berdasarkan teks Sulatus
Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat
keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur
galur daripada Iskandar Zulkarnain. Susur galur ini memberi
taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam
kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

2. Peranan Yang Unggul

Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sistem
pemerintahan iaitu menjadi simbol perpaduan dan
kemakmuran. Bukan itu sahaja, raja juga berperanan
sebagai ketua angkatan tentera, mengetuai hubungan
diplomatik, menyelaraskan kegiatan ekonomi, menjadi
Ketua Agama Islam dan menegakkan keadilan.

7

Faktor-Faktor
Kegemilangan Melaka

3. Daulat dan Alat Kebesaran

Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai
pemimpin. Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan
memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh
menderhaka kepada raja. Antara alat kebesaran diraja
termasuklah cap mohor, nobat, keris, lembing dan
mahkota. Alat kebesaran digunakan semasa upacara
istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.
Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan
raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa.

4. Sifat Kewibawaan

Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang
ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka. Sultan
Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah merupakan
pemerintah yang mengutamakan keamanan dan kebajikan
rakyat. Sultan Mansur hah menasihatkan puteranya, Sultan
Alauddin Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat,
menyisat segala tuduhan dengan teliti dan bekerjasama
dengan pegawai-pegawainya.

8

Sistem Pentadbiran

Sistem Pembesar Empat
Lipatan

Melaka telah dikenali sebagai sebuah kerajaan yang
mempunyai sistem pentadbiran yang paling tersusun.
Secara keseluruhannya, sultan melantik para pembesar yang
berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang
dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal
keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang
hubungan diplomatik dan melaksanakan protokol dan adat
istiadat istana. Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan
satu sistem yang sistematik dan berwibawa. Sistem
pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem Jemaah
Menteri sekarang. Hal ini membolehkan kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan. Setiap
pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk
melicinkan pentadbiran.

9

Sistem Pentadbiran

Tugas Pembesar

Tugas utama pembesar ialah mewujudkan sistem
pentadbiran yang berkesan. Pembesar-pembesar pusat
memainkan peranan yang penting dalam menjaga
keamanan dan keselamatan negara.

Para pembesar l menjadi ahli ahli dalam Jemaah
Penasihat Sultan. Sebagai contoh, Bendahara
menasihati Sultan dalam soal pentadbiran dalam negara
dan perhubungan luar. Pembesar-pembesar yang lain
juga bertanggungjawab dalam bidang masing-masing.

Para pembesar juga membantu raja untuk mentadbir di
luar wilayah yang dipanggil pegangan yang merupakan
anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan
cemerlang mereka.

Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat
dikenali sebagai kawasan pegangan.Kawasan pembesar
jajahan dan daerah pula dikenali sebagai kawasan
pemakanan.Di samping itu,pembesar juga dibenarkan
mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya
kepada pemerintah sebagai ufti.

10

Sistem Pentadbiran

Tugas Pembesar

1. Bendahara
Tugas bendahara adalah sebagai penasihat raja.
Bendahara bertanggungjawab dalam melaporkan serta
menasihati raja dalam pelbagai hal. Selain itu, bendahara
juga merupakan menteri utama peringkat pusat serta
ketua turus angkatan perang. Bukan itu sahaja,
bendahara juga berfungsi sebagai ketua hakim. Akhir
sekali, bendahara juga merupakan pemangku sultan.

2. Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari bertugas sebagai pemungut hasil
atau ufti. Bukan itu sahaja, penghulu bendahari juga
lebih dikenali sebagai ketua segala bendahari. Selain
daripada kewangan, penghulu bendahari juga
memainkan peranan penting sebagai ketua urus setia
istana dan ketua syahbandar.

11

Sistem Pentadbiran

Tugas Pembesar

3. Temenggung
Temenggung berperanan sebagai ketua polis dan
penjara. Bukan itu sahaja, temenggung juga
bertanggungjawab sebagai penguasa bandar dan kota
Melaka. Selain daripada itu, temenggung merupakan
pegawai protokol istana serta hakim di darat.

4. Laksamana
Laksamana pula berperanan sebagai ketua angkatan
laut dan pengawal peribadi raja. Selain itu, laksamana
juga dikenali sebagai ketua duta, ketua utusan ke negara
luar serta hakim di laut.

12

Rumusan

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka
untuk memahami dan menghayati tentang kewujudkan
tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu.
Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada
zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran
kerajaan negeri - negeri Melayu yang lain membuktikan
bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah
kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek sejarah
merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya
mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan
lebih mendalam. Oleh itu, generasi muda haruslah
menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya
mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

13

Sumber Rujukan

1. Buku
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2

2. Internet
https:///file/p28u9ug/212-SISTEM-PEMBESAR-EMPAT-
LIPATAN-Melaka-telah-dikenali-sebagai-sebuah-
kerajaan/
http://melakakuagung.blogspot.com/2015/01/faktor-
faktor-kegemilangan-melaka.html?m=1
https://www.scribd.com/doc/16632036/Penghargaan-
Folio-Sejarah
https://images.app.goo.gl/vLnWhr4Z6nQ42QCs9

14

Penghargaan

Pertama sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Sejarah iaitu Cikgu Chelvi kerana beliau banyak
memberi sokongan dan galakan kepada kami sepanjang
kami melakukan kerja kursus ini.

Selain itu,ucapan terima kasih juga akan ditujukan
kepada kedua-dua ibu bapa yang kami hormati selama-
lamanya. Mereka sentiasa memberi dorongan, sokongan,
galakan dan tunjuk ajar sepanjang kami melakukan kerja
kursus ini sehingga selesai.
Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua
responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami dan
memberi banyak maklumat kepada kami untuk
menyelesaikan kerja kursus ini

15




Click to View FlipBook Version