PERANAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
PENGHAYATAN DAN ETIKA PERADABAN
MPU 21032
SESI 2 2021/2022
PENSYARAH PENILAI:PUAN JUNNAINI BT JOHAN
MUHAMMAD RODDICK BIN SHAFIQ AIMAN BIN ROSDI MUHAMMAD RAZIQ BIN
ZAPFRY (08DKA21F2078) YUSZAINI
(08DKA21F2074) (08DKA21F2013)
PENDAHULUAN
■ Sejak negara menikmati arus kemerdekaan , rakyat Malaysia telah hidup dengan aman dan harmoni
bersama-sama menempuh era globalisasi yang serba mencabar hari ini. Dari hari ke hari,nama negara
kita sering kali menjadi tumpuan dunia samada dari segi pencapaian yang baik dan juga berita yang
kurang baik sehingga menjatuhkan imej negara. Pada zaman teknologi di hujung jari ini, segala perkara
perihal nergara mudah dan pantas tersebar secara maya, di mana ia boleh diakses oleh seluruh
masyarakat di seluruh dunia. Kesan globlalisasi yang semakin luas dan pantas, negara-negara lain
sentiasa bersaing untuk memajukan pembangunan negara mereka. Daripada apa yang kita kaji,
sebenarnya negara itu boleh membangun dengan pesat disebabkan oleh dukungan dan sokongan yang
besar daripada rakyat. Rakyat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap pembangunan
negara. Jika rakyat tidak melakukan tanggung jawab, maka pembangunan negara akan mundur. bak kata
orang dulu-dulu,rakyat merupakan tulang belakang terhadap negara. Maka, wajar untuk kita mengetahui
apakah peranan atau fungsi dan tanggungjawab seseorang rakyat terhadap pembangunan negara
PERANAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN
NEGARA
RAKYAT YANG BERPELEJARAN
Pada hakikatnya,rakyat Malaysia perlu mempunyai ilmu pelajaran yang secukupnya,Hal ini ditekankan
kerana dengan adanya ilmu pengatahuan seseorang ia akan membuktikan bahawa kemajuan negara
akan meningkat dengan lebih maju dan berjaya. Dengan ilmu pengatahuan inilah yang akan memajukan
negara Malaysia dari banyak sudut, seperti contoh pembangunan di Malaysia akan lebih maju dan
diiktiraf tinggi, Kemajuan negara akan diambil contoh dan menerima kenyataan yang baik dari negara
negara luar. Selain itu, nama negara dapat diharumkan dengan hasil karya pelajar Malaysia yang telah
menceburi pertandingan pada peringkat internasional dan hasilnya telah meningkatkan lagi imej negara
Malaysia serta pelajar pelajar dapat merasai Pengalaman bertanding bersama pelajar pelajar di negara
maju.Hal ini telah membuktikan bahawa dengan ilmu pelajaran ia dapat membangunkan serta
memajukan sektor sektor di Malaysia dengan lebih maju dan jayanya.
MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG ADIL
Di Malaysia terdapat berbilang kaum,agama, dan bangsa yang dapat merasai keselesaan negara.
Keselesaan ini telah diberi dengan adil dan saksama. Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor
yang telah membuat keselesaan itu hilang pada sesetengah rakyat.Oleh itu, pihak yang
bertanggungjwab akan membantu dari pelbagai sudut untuk membantu mereka supaya dapat merasai
keselesaan negara ini.Keselesaan di negara ini bukan sahaja tertumpu pada satu kaum, bangsa dan
agama, ianya terbuka pada semua golongan rakyat Malaysia.Dalam hal ini,ia dapat melahirkan
masyarakat yang adil dan saksama dengan melihat contoh contoh pihak yang bertanggungjwab
menjalankan tugas dengan Amanah dan adil.
MENGUKUHKAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Pada desawarsa kini, sifat kepimpinan perlu diterapkan oleh semua golongan rakyat terutama sekali pada
golongan muda. Kemahiran kepimpinan perlu dikuasai oleh golongan ini dan ia tidak semestinya mengenai
seseorang yang berkuasa mengarahkan orang lain, tetapi sebaliknya, ia adalah nilai yang penting dalam
memupuk kerjasama ke arah matlamat yang sama dan bertindak sebagai pemimpin dalam apa sahaja peranan
yang disandang. Perbuatan ini juga dapat menunjukkan potensi dalam pemberian motivasi ataupun dorongan
kepada rakan-rakan kita. Implikasinya, sebarang kerja yang dilakuan secara berkumpulan, dapat dilakukan
denganmudah kerana mempunyai pemimpin ataupun ketua yang berkaliber. Sudah terang lagi bersuluh, dengan
mengukuhkan kemahiran kepimpinan, kita dapat membangunkan negara.
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN PATRIOTISME
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum.Sesungguhnya semangat patriotisme akan dapat
membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya
perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksnakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan
rakyat. Selain itu suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan . Oleh itu, suasana harmoni ini akan
dapat merangsang perkembangan sektor pembangunan negara. Patriotisme juga membayangkan bahawa
sesorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbading kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika
peperangan mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan.
TAAT SETIA TERHADAP RAJA DAN NEGARA
Rakyat mestila taat setia terhadap raja dan negara. Ini kerana selagi mana ia menyeru kepada kebaikan untuk
rakyat secara umum hendaklah didengar dan ditaati walaupun arahan yang dikeluarkan tidak dipersetujui oleh
pandangan peribadi segelintir rakyat. Perkara ini dijelaskan dalam satu kaedah fiqh yang masyhur dengan
menyatakan bahawa setiap arahan atau urus tadbir oleh seorang pemerintah kepada rakyat hendaklah terikat
dengan maslahah. Oleh itu, memberikan taat setia kepada pemerintah dalam setiap perkara makruf merupakan
kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat.Selain itu, taat perintah ini sangat ditekankan supaya rakyat
tidak menjadi seorang yang pembelot dengan memberi maklumat negara pada orang orang yang hendak
menjatuhkan negara kita.Dengan ketaatan juga ia akan mewujudkan sikap dalam diri untuk mempertahankan
negara dari ancaman ancaman luar,bersiplin Ketika menyayikan lagu kebangsaan Malaysia dan mencintai akan
negara Jelas disini bahawa dengan ketaatan rakyat tidak akan melakukan perkara perkara yang akan menjatuhkan
imej negara dan tidak berpecah belah antara satu sama lain.
KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berganding bahu dengan mengamalkan konsep pepatah ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruti dengan menggalas tanggungjawab masing masing untuk
meningkatkan kecemerlangan Malaysia ke bergemerlapan di mata dunia. Rakyat Malaysia mempunyai
banyak tanggungjawab dalam bidang politik,ekonomi dan juga sosial. Walau bagaimanapun, kita tidak
dapat meramal apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Oleh itu, demi menghadapi cabaran yang
luar jangkaan. Rakyat Malaysia hendaklah bergabung tenaga tanpa prejudis ataupun sebarang
konsspirasi demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara. Negara Malaysia tidak akan maju
sekiranya rakyatnya mengamalkan tabiat tidak kesah dalam sanubari majoriti rakyat. Semua rakyat
perlulah bekerjasama membangunkan negara kita agar dipandang tinggi oleh negara diseluruh pelosok
dunia. Oleh itu, kita haruslah bangkit berlandaskan slogan ‘rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan’”.
RUJUKAN
■ https://www.ipendidikan.my/peranan-belia.html
■ https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awrx0cra9XtiZTAAvwHjPwx.;_ylu=Y29sbwNzZzMEc
G9zAzEEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1652319834/RO=10/RU=https%3a%2f%
2fk17.upm.edu.my%2farticle%2fusaha_meningkatkan_sikap_cinta_akan_negara_d
alam_golongan_muda-45023/RK=2/RS=n1KaY7E8_GA5Ew7QOpu7R4R0_Wg-
■ https://r.search.yahoo.com/_ylt=Awrx1cmPB3xibFUAmQTjPwx.;_ylu=Y29sbwNzZzM
EcG9zAzIEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1652324368/RO=10/RU=http%3a%2f%
2frepo.uum.edu.my%2f1866%2f1%2f35.pdf/RK=2/RS=XKATX1ZuITOBWEoplHMP1
E09reQ-