The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ABBY LAYANG IPG-Pelajar, 2025-03-15 00:47:39

Prosa Kanak-kanak

Bahan bantu belajar

Pahlawan Gasing : Adam dan Gasing Ajaib CERITA KANAK-KANAK Abby Layang


Di sebuah kampung yang dinamakan sebagai Sri Indera, permainan gasing bukan sekadar hiburan, tetapi satu permainan tradisi . Setiap tahun, pertandingan 'Pahlawan Gasing' diadakan untuk mencari johan yang bukan sahaja menerima ganjaran lumayan, malah menjadi kebanggaan kampung serta mendapat gelaran ‘Pahlawan Gasing”


Adam merupakan seorang budak lelaki yang sangat meminati permainan gasing tersebut namun,dia berasal daripada keluarga yang susah menyebabkan Adam hanya mampu melihat rakan-rakan nya bermain gasing pada setiap petang.Gasing merupakan permainan yang terkenal di kampung tersebut dan menyebabkan harga gasing sangat mahal dan Adam tidak mampu untuk membelinya.


Pada suatu hari,Adam berhasrat untuk mengutip kayu-kayu yang berdekatan dengan rumahnya untuk mencuba membuat gasing tetapi gasing buatannya tidak dapat berpusing lama seperti gasing orang lain.


Namun begitu,Adam tidak berputus asa ,dia telah berfikir untuk ke hutan untuk mencari kayu yang lebih berkualiti ,Adam pun berkata “lebih baik aku mencari kayu yang berkualiti di hutan mungkin kayu di sana lebih bagus” kata Adam.


Setelah sepanjang hari menghabiskan hari untuk mencari kayu yang berkualiti untuk membuat gasing Adam akhirnya telah menjumpai sebatang kayu yang sesuai. Hari semakin lewat petang, Adam pun mula berfikir untuk pulang ke rumah sebelum hari semakin gelap.


Adam pulang dengan hati yang gembira kerana tidak sabar hendak membuat gasing lalu Adam pun berjalan dengan pantas agar tiba di rumah dengan segera .


Dalam perjalanan pulang ke rumah, Adam berasa sangat gembira kerana telah menemui kayu yang sesuai. Namun, ketika berjalan dengan riang, Adam tiba-tiba terpijak tanah yang licin. Dia pun terjatuh dan kayu yang dipegangnya terlepas dari tangan.


Adam cuba bangun semula. Dia merasakan sesuatu yang keras di kepala lalu mengibas tanah yang terlekat di bahagian rambutnya. Adam terkejut melihat benda bersinar merah keemasan yang tertutup tanah. Rupanya, itu adalah sebuah gasing.


Adam membawa pulang gasing yang dijumpainya ke rumah. Sampai sahaja di rumah, ibunya menegur Adam. "Ibu tak nampak Adam sepanjang hari. Ke mana Adam pergi?" tanya ibunya. Adam pun menjawab, "Adam pergi ke hutan, ibu. Adam nak cari kayu untuk buat gasing, tapi tak sangka pula Adam jumpa satu gasing yang sangat cantik!"


Pada keesokan harinya, Adam mula berlatih bermain gasing. Pada mulanya, dia berasa sukar untuk menggunakan gasing. Namun, Adam teringat kata-kata arwah datuknya, “Adam, jika kamu ingin impianmu menjadi kenyataan maka janganlah berputus asa, cu, ” kata arwah datuknya.Adam pun meneruskannya latihannya.


(Pada suatu,hari semasa Adam berlatih di hadapan rumahnya Fizo pun tiba-tiba Fizo: “Eh, Adam! Kau main gasing ke? Hebat sangat ke? Tapi aku yakin kau takkan dapat kalahkan aku. Aku pasti jadi Pahlawan Gasing! Hahaha!” Adam: ("tersenyum tenang") “Kita tengok saja nanti, Fizo.” (Fizo pun berlalu pergi dengan angkuh.)


Hari ini adalah hari yang penting bagi Adam kerana pertandingan untuk mencari Pahlawan Gasing akan bermula. Adam pun bangun pada awal pagi untuk bersedia.Sebelum Adam pergi ke tempat pertandingan dia bersalam terlebih dahulu dengan ibunya dan berkata, ”ibu Adam pasti membawa kejayaan” dia pun pergi membawa gasingnya.


Adam pun telah sampai ke pusat pertandingan dan perlawanan pun bermula Adam telah berlawan dengan para pemain yang hebat.Namun itu tidak sedikit melemahkan semangat Adam malah dia lebih bersemangat dan bermain dengan semangat dan gasing Adam pun berputar dengan baik.


Adam telah berjaya mara ke pusingan seterusnya Saat gasing berputar, dia merasa seolah-olah itu adalah gasing ajaib, membantunya bertahan hingga pusingan terakhir melawan lawan yang hebat. Adam (dalam hati): "Aku sungguh bertuah menjumpai gasing ini." Dia pun terus bermain hingga ke akhir dan berhadapan dengan Fizo


Perlawanan semakin sengit! Adam dan Fizo bertarung di pusingan terakhir untuk menentukan pemenang. Fizo: "Adam, kau tak nak mengalah sebelum kalah di tangan aku?" Adam: "Kita lihat siapa yang benar-benar layak jadi Pahlawan Gasing!"


Pertandingan bermula. Pada mulanya, gasing Adam hampir berhenti lebih awal, tetapi dia masih ada dua peluang lagi. Dia menggenggam gasingnya dengan erat, mengingat kembali kata-kata datuknya. Adam (dalam hati): "Aku tak boleh mengalah! Aku mesti buktikan kepada ibu yang aku boleh ubah nasib keluarga.


Dengan semangat baru, Adam melancarkan gasingnya dengan penuh tenaga. Gasingnya berpusing dengan sangat lama, membuatkan para penonton bersorak kagum. Fizo yang kelihatan yakin mula cemas apabila gasingnya tiba-tiba berhenti lebih awal daripada Adam! Sorakan bergema di seluruh kampung. Adam telah menang! Dia telah dinobatkan sebagai Pahlawan Gasing.


Sejak hari itu, nasib keluarganya berubah. Sebagai johan dan Pahlawan Gasing, Adam menerima ganjaran lumayan, termasuk wang tunai. Dengan wang tersebut, dia bercadang mengupah orang membina rumah yang lebih selesa untuk keluarganya. Dengan penuh bangga, Adam menerima piala, berlari kepada ibunya, lalu memeluknya sambil menitiskan air mata kegembiraan.


Fizo pula menyesali sikap angkuhnya. Dia menghampiri Adam dan berkata, "Maafkan aku, Adam. Aku terlalu sombong. Kau memang hebat!" Adam tersenyum dan membalas, "Tak mengapa, Fizo. Yang penting, kita belajar sesuatu.”Namun Adam tidak pernah lupa bahawa Gasing Ajaib itulah yang membantunya mencapai kejayaan. Ia bukan sekadar gasing biasa, tetapi lambang kesabaran, usaha, dan kepercayaan kepada diri sendiri.


Akhirnya, Adam menjadi Pahlawan Gasing yang dihormati dan disanjung, meskipun usianya masih muda. Namun, dia tidak pernah bersikap sombong, walaupun dahulu sering dipandang rendah kerana kemiskinan dan usianya. Sebaliknya, Adam melupakan pengalaman pahit itu dan membuka ruang latihan untuk anak-anak kampung belajar bermain gasing.


Kisah ini mengajar kita supaya tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian. Kita perlu sabar, rajin, dan berani menghadapi cabaran seperti Adam. Selain itu, sikap rendah diri dan tidak sombong amat penting walaupun sudah berjaya. Kita juga harus bersikap baik hati serta sedia memaafkan orang lain, seperti Adam yang membantu kanakkanak kampung dan memaafkan Fizo.


Gasing berpusing gagah berani, Adam bermain penuh percaya, Usaha gigih tiada ternilai, Akhirnya berjaya, disanjung semua.


Click to View FlipBook Version