The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darshiniy.subramaniam, 2020-11-10 23:44:28

KERJA KURSUS 1

KERJA KURSUS 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)

KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
NO. KAD PEN- DARSHINIY A/P SUBRAMANIAM
020617080812
GENALAN 2020192310107

ANGKA GILIRAN

KUMPULAN PPISMP G5

NAMA PENSYARAH Dr. MASTURA BINTI HALIM
AKADEMIK

TAJUK TUGASAN TUGASAN PENULISAN ESEI 2
TARIKH SERAHAN JELASKAN DENGAN CONTOH ALAT- ALAT BERFIKIR YANG
DIGUNAKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR
CoRT I.

02 NOVEMBER 2020

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS

KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
1 PENGHARGAAN 2
3
2 1.0 PENGENALAN
4-6
3 2.0 KONSEP CoRT I 7

4 3.0 CONTOH ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT I
3.1 TEKNIK ASAS CoRT 1
3.2 TEKNIK PADUAN CoRT 1

5 PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT I DALAM BIDANG 8
PENDIDIKAN

6 5.0 KESIMPULAN 9

7 6.0 RUJUKAN 10

8 7.0 LAMPIRAN 11

PENGHARGAAN
Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil dan berkat-Nya, saya dapat

menyiapkan kerja kursus Kemahiran Belajar (GKB1053) ini dengan jayanya. Saya menghadapi sedikit
kerumitan serta cabaran dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, saya tetap
tabah dan berusaha untuk menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan ini dalam tempoh yang
ditetapkan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing bagi kerja kursus ini, iaitu Dr. Mastura Binti Halim kerana telah banyak membimbing serta
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini tanpa rasa jemu.
Segala ilmu yang diberikan oleh beliau sangat bermanfaat dan membantu saya untuk menyiap-
kan tugasan ini. Beliau telah menerangkan cara pelaksanaan tugasan ini dengan lebih terperinci dan
memudahkan saya untuk memahami dan memenuhi kehendak soalan kerja kursus yang diberi.

Selain itu, sekalung penghargaan diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa
membantu saya dari pelbagai aspek. Mereka sentiasa bersama saya sama ada ketika senang
mahupun susah supaya saya tidak mudah menyerah kalah. Dengan motivasi yang tinggi
daripada mereka, saya kekal bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu kerana kemudahan yang diberikan seperti kemudahan bahan rujukan di
Perpustakaan. Selain itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan PPISMP
Semester 1/2020 kerana telah membantu saya dalam mencari maklumat sepanjang penghasilan kerja
kursus ini dan juga sokongan moral yang diberikan.Segala kekeliruan dapat diselesaikan apabila kami
saling kolaboratif.

Tidak dilupakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas tajaan pembiayaan pelajaran
saya sepanjang di IPG ini dan juga pihak pentadbiran serta kakitangan atas kerjasama yang diberikan
dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada mereka yang
telah membantu saya dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun se-

1.0 PENGENALAN
Istilah CoRT merupakan singkatan kepada frasa ‘Cognitive Research Trust’ atau dikenali sebagai

Program Ketelusan Kognitif. Menurut Som Haji Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli pada tahun 1998
dalam karya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), CoRT merupakan instrumen dalam
bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. CoRT dipelopori oleh tokoh pemikir dunia,

Professor Dr. Edward De Bono pada tahun 1985 untuk melihat keberkesanannya dalam mening-
katkan kognitif pelajar sebagai alat pemikiran lateral iaitu pemikiran untuk mengarahkan kita keluar dari-
pada aliran konvensional dan menoroka sudut-sudut baharu dan mengupayakan kita untuk men-
cadangkan banyak idea atau penyelesaian alternatif kepada masalah yang diperoleh daripada pelbagai
sumber dan mungkin tidak berkaitan.

Terdapat enam bahagian dalam program pemikiran CoRT yang bertujuan untuk pemikiran yang
berbeza.

Di Malaysia, CoRT I dan CoRT IV sahaja diperkenalkan kepada pelajar sebagai alat berfikir untuk
merangsang keaslian idea dan inovasi. Walaubagaimanapun, dalam tugasan ini akan dikupaskan le-
bih mendalam tentang CoRT I sahaja.

2.0 KONSEP CoRT I

Cort 1 merupakan kaedah pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajar semasa proses
pembelajaran di dalam kelas. Tujuan CoRT I diperkenalkan menurut Widad dan Kandar pada tahun
2006 adalah bagi memperluaskan pandangan dan pemikiran terhadap sesuatu yang sedang difikirkan
untuk menghasilkan idea, peraturan, perancangan atau keputusan yang lebih kreatif, konstruktif dan
kritis. Pada pandangan Poh Swee Hiang, alat CoRT I berfungsi untuk memperluaskan pandangan
pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis. CoRT I terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga tek-
nik paduan.

3.0 CONTOH ALAT- ALAT BERFIKIR CoRT I
3.1 TEKNIK ASAS CoRT 1

Antara tujuh teknik asas CoRT I ialah PMI yang disebut “Plus, Minus, Interesting” yang jika diter-
jemahkan dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Baik, Buruk, Menarik. Penggunaan PMI menolong kita
untuk lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu serta mengelakkan pemikiran sempit dan beremosi.

Selain itu, CAF iaitu “Consider All Factors” ditransitif sebagai mengambil kira semua faktor. CAF

bermakna sekiranya terdapat faktor yang tertinggal semasa membuat pilihan, maka faktor tersebut bo-

leh membawa kepada akibat yang tidak diingini.

Seterusnya, C&S yang dikenali sebagai “consequence and sequel” iaitu kesan mengikut jangka

masa. Sekiranya semua kesan dapat diramalkan di peringkat perancangan, keputusan yang dibuat

pada ketika ini telah mengambil kira kesan dan akibat pada masa akan

datang.

Di samping itu, OPV iaitu singkatan bagi “Other People’s View” ditafsirkan sebagai pandangan
orang lain iaitu fikiran hanya pada satu sudut pandangan iaitu mempertimbangkan pandangan orang lain
yang dapat meluaskan persepsi kita untuk membuat keputusan yang lebih bijak serta memudahkan kita
menerima tindakan orang lain yang berbeza.

Sementelahan, singkatan FIP bagi “First Important Priorities” alih bahasa sebagai keutamaan
mengikut kepentingan didefinisikan sebagai makna penting supaya dapat memberikan keutamaan atau
mendahulukan sesuatu.

Bahkan juga, “Aim,Goals & Objectives” yang disebut sebagai AGO diinterpretasikan bahawa Tu-
juan, Matlamat dan Objektif. Idea utama AGO adalah untuk memberikan tumpuan secara langsung dan
disengajakan atau niat di sebalik tindakan yang dicadangkan. Tujuan utama adalah berkaitan dengan
hala tuju. Matlamat ialah destinasi utama. Objektif pula ialah hasil pencapaian yang dapat dikenal pasti
dalam proses tersebut.

Akhir sekali adalah Alterna- tives,Possibilities & choices

diringkaskan sebagai APC iaitu Alternatif,Kemungkinan dan Pilihan. Dalam pada itu,

APC adalah apabila pilihan adalah terhad atau terdapat masalah di luar jangkaan.APC membantu kita

mencari alternative yang lebih dengan tidak terfikir sebelum ini.

3.2 TIGA TEKNIK PADUAN CoRT 1

Tujuh teknik asas CoRT I boleh diklasifikasikan dibawah tiga teknik paduan CoRT I. Kebaikan,
Keburukan, Menarik (PMI) dan Mengambil Kira Semua Faktor (CAF) adalah dibawah mencipta
peraturan baru. Manakala Kesan Mengikut Jangka Masa (C&S) dan Tujuan, Matlamat & Objektif (AGO)
adalah paduan membuat perancangan baru. Akhirnya Keutamaan Mengikut Kepentingan (FIP) dan
Alternatif, Kemungkinan & Pilihan (APC) adalah dibawah membuat keputusan bijak. Pandangan Orang
Lain (OPV) pula adalah sama dengan CoRT I iaitu keluasan persepsi.

4.0 CONTOH PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT I DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Sejak kebelakangan ini, penggunaan alat-alat berfikir CoRT I dalam bidang pendidikan di
Malaysia semakin berkembang hari ke hari. Pendidik di negara kita menggunakan alat berfikir CoRT
I untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya lebih jelas dan menarik. Manakala
pelajar pula menggunakan alat berfikir CoRT I dalam aktiviti belajar supaya pelajaran mereka tidak
menyusahkan dan lebih mudah difahami.Semau alat berfikir CoRT I digunakan dalam bidang
pendidikan.

Antaranya ialah penggunaan Plus, Minus, Interesting (PMI). Cara-cara dalam menggunakan PMI
ialah semasa membuat perbincangan mengenai sesuatu topik. Menurut Kamaruddin Haji Hussin
dan Siti Hajar Haji Abdul Aziz (2003), alat CoRT 1 PMI amat sesuai dalam pengajaran karangan
yang bersifat argumentative seperti karangan perbincangan, pendapat dan juga perbahasan. Pe-
lajar perlu menyenaraikan semua yang baik, menyenaraikan semua yang buruk dan perkara yang
menarik. Kemudian, pelajar dapat membuat keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dibincang.
Dengan ini, keputusan yang lebih kritis dapat dihasilkan.

Seterusnya, adalah First Important Priorities (FIP). Langkahnya ialah guru perlu meminta pelajar
memahami tentang perkara-perkara yang penting. Seterusnya, pelajar perlu mengenal pasti
keutamaan yang paling penting dalam membuat sesuatu keputusan, rancangan atau peraturan.
Seterusnya, pelajar perlu membuat pilihan tentang prioriti yang memerlukan tindakan segera. Den-
gan ini, perkara yang tidak patut diutamakan dapat dielakkan.

Di samping itu, terdapat juga Consequence and Sequal (C & S). Antara usaha dalam mengguna-
kan C & S ialah guru boleh minta pelajar untuk memberikan pendapat sendiri tentang adakah
cadangan berkenaan boleh berjaya dan risiko yang bakal dihadapi. Kemudian pelajar perlu
memikirkan kesan serta merta akibat rancangan tersebut dalam jangka masa pendek iaitu (1 hari –
12 bulan) dan jangka masa panjang (1 tahun – 100 tahun). Kaedah ini membantu pelajar untuk
berfikir dan menjangkakan perkara yang akan berlaku selepas cadangan dijalankan.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan alat-alat berfikir CoRT I amat sesuai diaplikasikan oleh masyarakat
dalam kehidupan seharian kerana kesemua alat berfikir ini adalah bertujuan untuk menilai keluasan
persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan supaya apa jua yang dibuat akan menjadi lebih
berkesan. Oleh itu, teknik-teknik ini perlulah diaplikasikan oleh masyarakat supaya generasi yang ce-
merlang dan berfikiran aras tinggi dapat dilahirkan.

6.0 RUJUKAN

BPG. (1995). Kemahiran Berfikir Secara kritis dan Kreatif- Model Pengajaran dan Pembelajaran. Unit
Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, K Lumpur.

De Bono, E. (1985). The CoRT thinking program. Thinking and learning skills, 1, 363-378

Ismail Mustafa, Ahmad Subki Miskon & Allza Adnan (2016) KEMAHIRAN BELAJAR. Selangor :
Penerbitan Mulitimedia.

Rosinah Edinin (2014) KEMAHIRAN BELAJAR. Kuala Lumpur : Freemind Horizon Sdn Bhd.

Som Hj Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Kuala
Lumpur: Longman.

Som Hj. Nor & Mohd. Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif - Pengenalan
Am. Bahagian Pendidikan Guru.

Widad Othman dan Kandar Selamat (2006) “Types of Learning” in Module “Teaching Methods in Tech-
nical and Vocational Education.” Kuala Lumpur: PD Offset Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang. (2009). Kemahiran berfikir: kurikulum kursus persediaan program sarjana muda pen-
didikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sarudin, A., Faredza, H., Redzwan, M., Ayob, A., Ramli, Z., Bahasa, J., Melayu, K., Bahasa,
F., & Komunikasi, D. (2018). Pengamalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam
Pedagogi Bahasa Melayu Berdasarkan Pengukuran Cort (Cognitive Research Trust)
(High Order Thinking Skills (Hots) in Malay Language Pedagogy Based on Cognitive
Research Trust (Cort) Assessment). Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship (GBSE), 4(11), 24621714

Anida Sarudin,Husna Faredza Mohamad Redzwan & Adenan Ayob. (2017). Pengukuran CoRT Untuk
Pengajaran Bahasa Melayu : Penerapan KBAT dalam Pengajaran BM di Sekolah-sekolah Orang
Asli. Strategi Efektif Peranti Berfikir CoRT Dalam Pendidikan Bahasa Melayu, 8-25.

7.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version