PROGRAM BICARA IMAN DAN BACAAN YAASIN
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
TAHUN 2021
Tazkirah oleh : Ustaz Haji Shopuan Anuar bin Ahmad.
Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Adab dan Nilai.
Orang yang melakukan sesuatu amalan secara istiqamah, sekiranya tidak dapat
mengamalkannya pada tika tertentu, dia tetap dapat pahala seolah-olah dia
mengamalkannya.
Contoh: Seseorang yang sentiasa membaca Yaasiin pada hari Jumaat. Tidak dapat
membaca Yaasiin apabila sakit atau musafir. Tetap beroleh pahala seperti dia
membacanya.
Dari Anas bin Malik, sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Setiap
sesuatu ada hatinya. Hati Al-Quran adalah Yaasiin.
Sesiapa yang membaca Yaasiin, Allah anugerahkan pahala bacaan Yaasiin,
ganjaran pahalanya seolah-olah 10 kali khatam al-Quran. (Al-Imam At-Tarmizi).
Tadabbur Ayat ke-14:
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka
mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang
ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata : “Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan
kepada kamu’
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul
Siapakah delegasi itu?
Ibnu Abbas : Utusan Nabi Isa daripada kalangan hawariyyun
Hawariyyun : 12 orang anak murid / sahabat Nabi Isa.
Terkenal dengan sifat-sifat yang baik.
Mereka mendustakan kedua-duanya
Nabi Muhammad Hantar Utusan
Individu : Mus’ab bin Umair
Seorang pemuda yang segak, kaya, bergaya, dan cerdik
Apabila beliau memeluk Islam, ibunya tidak memberi bantuan setelah dikurung
dan diseksa.
Nabi menangis ketika melihat Mus’ab masuk ke masjid dengan baju yang
bertampal-tampal. Beliau meninggalkan kemewahan demi Islam. Semasa belum
Islam sangat terkenal dalam kalangan wanita sehingga bau haruman yang
dipakainya dikenali ramai.
Mus’ab dihantar ke Madinah untuk mengajar 12 orang yang telah memeluk
agama Islam
Juga dihantar untuk mengajak orang kepada Islam.
Tidak ada rumah di Madinah yang pintu rumahnya tidak diketuk olehnya untuk
mengajak kepada Islam.
Beliau menyertai Perang Badar dan Perang Uhud.
Nabi utuskannya sebagai orang yang memegang panji-panji Islam dalam perang
Uhud.
Dipegang dengan tangan, tangan kanannya dipotong, dipegang panji-panji
dengan tangan kiri, beliau mendakap dengan lengannya. Kemudian beliau
ditusuk dengan tombak sehingga syahid.
Semasa meninggal, pakaian yang dipakai tidak boleh menutup sekujur tubuhnya.
Maka hanya dikafankan dengan menutup kepala dan kaki tidak ditutup.
Surat : Maharaja Byzantine (Rome Timur), Maharaja Parsi (Kisra Abrawaiz), Raja
Ethiopia, Gabenor Bahrin (Munzir bin Sawa at-Tamimi) dan Maqauqis Mesir
(Cyrus)
Surat ditulis oleh Saidina Umar Al –Khattab
Cop Rasmi
Berbentuk cincin yang bertulis Allah di atas dan di bawahnya bertulis
Muhammad Rasul. Jika dibaca dari bawah akan tertulis Muhammad Rasul Allah.
Cincin ini antara 7 barang Rasulullah yang hilang.
Cincin ini dipegang oleh Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Uthman
menyimpan cincin ini selama 6 tahun. Cincin ini terjatuh ke dalam telaga semasa
Saidina Uthman memakainya.
*Paling penting tanda cinta kepada Rasulullah ialah selawat kepada Baginda*
Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga
At-Tabari : Shadiq, Shaduq. Yang ke-tiga Syalum
Ibnu Katsir : Pendapat masyhur ialah Yuhana, Paulus dan Syam’un
Al-Quran selalunya tidak sebut nama. Sebab yang penting adalah pengajaran
daripada kisah tersebut.
Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu
Allah hantar kitab dan Rasul
Allah telah turunkan Al-Quran.
Tugas pengumpulan kitab al-Quran. Antara yang terlibat ialah Saidina Uthman
bin Affan dan Zaid bin Tsabit.
Mencari penghafal Al-Quran, mencari catatan ayat, kemudian dibentangkan di
depan sahabat-sahabat dan tiada siapa yang membantah tentang ayat tersebut
Diutuskan Rasul juga untuk menerangkan kitab dengan lebih jelas.
Seperti zaman sekarang kita diberi manual untuk dirujuk jika membeli sesuatu
dan ada jurutera yang boleh menerangkan dengan lebih jelas tentang manual
tersebut.
Para ulama’ yang mentafsir Al-Quran. Kerana ulama’ adalah pewaris Nabi-nabi.
Ada banyak kitab tafsir di pasaran yang boleh dirujuk.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkaradan kamu tidak akan sesat selagi kamu
berpegang dengannya iaitu Kitab Allah (Aal-quran) dan sunnah Nabi-Nya
(sunnah Nabi s.a.w).
(Hadis Riwayat Imam Malik).