The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70351327, 2021-04-09 04:29:10

CERAMAH AMBANG RAMADAN

CERAMAH AMBANG RAMADAN

CERAMAH AMBANG RAMADAN

Selangkah Menuju Madrasah Ramadan, Bersediakah Anda?

OLEH : USTAZ MOHD AZIZEE BIN HASAN
PRESIDEN I-GURU MALAYSIA

09 APRIL 2021

Apabila disebut bulan Ramadan, terdapat kebanyakan orang membayangkan
sebagai

(i) Bulan pesta juadah makanan
(ii) Solat terawih
(iii) Bulan keletihan
(iv) Tidur panjang di siang hari

Perintah diwajibkan berpuasa ialah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183. Sebab itu
sahabat-sahabat Nabi sangat gembira menyambut bulan Ramadan dan berasa
sedih apabila telah tiba akhir Ramadan. Mereka membuat persiapan untuk
menyambutnya.

Pada pandangan seorang Muslim, Ramadan ini tetamu yang agung. Sepatutnya
membuat persiapan untuk menyambutnya sebaik-baiknya.

Allah datangkan Ramadan untuk menghadiahkan umat Islam puasa. Selain
daripada itu, hadiah lain adalah Al-Quran.

Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari
kiamat (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Terdapatnya malam yang istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan /83 tahun.

Pahala untuk satu amalan fardu menyamai 70 amalan fardu, satu amalan sunat
menyamai satu amalan fardu.

Persediaan bertemu bulan Ramadan antaranya ialah :

(i) menjaga kesihatan, menjaga penjarakan sosial,

(ii) menyemak semula hukum hakam dan amalan yang digalakkan
ketika berpuasa seperti membaca Al-Quran dan bersedekah

(ii) membanyakkan doa

(iv) mujahadah untuk bangun malam, solat berjemaah di masjid

(v) mengingatkan yang lain tentang kepentingan membuat persediaan
menyambut Ramadan

Sekilas pandang mengenai puasa Ramadan:

(i) Hukum puasa Ramadan
(ii) Siapa yang wajib berpuasa
(iii) Rukun puasa
(iv) Perkara yang membatalkan puasa
(v) Amalan sunnah berkaitan puasa Ramadan

Agenda Ramadan:

(i) Membaca dan mendengar pengisian tentang Ramadan
(ii) Semaikan suasana rindukan Ramadan
(iii) Semak hafazan Al-Quran
(iv) Solat Subuh awal, mulai dengan solat sunat
(v) Kurangkan makan
(vi) Hias rumah/bilik anda
(vii) Muhasabah Ramadan lalu
(viii) Teruskan berdoa

Solat Tarawih
Tadarus Al-Quran
Iktikaf
Qiamullail
Bersedekah
Amalan-amalan terpuji

Amalan sunnah di bulan Ramadan:

(i) Menyegerakan berbuka
(ii) Berbuka dengan kurma atau sesuatu yang manis
(iii) Berdoa waktu berbuka puasa
(iv) Makan sahur
(v) Mengakhirkan sahur
(vi) Memberi makanan bagi orang yang berbuka puasa

- Pahalanya sama seperti orang yang berpuasa
- Memberi sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan tertentu

yang menaja orang berbuka puasa
(vii) Memperbanyak sedekah

- Kepada kerabat, jiran, asnaf
(viii) Memperbanyak tadarus dan tadabbur Al-Quran

- Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah khatam al-Quran 60 kali
dalam bulan Ramadan

- Imam Malik dan Sufian At-Tsauri memberi fokus kepada al-
Quran sepanjang bulan Ramadan

Senarai semak amalan tambah nilai bulan Ramadan:

(i) Bersahur
(ii) Melewatkan sahur
(iii) Bersahur dengan tamar
(iv) Segera berbuka apabila telah masuk waktu berbuka
(v) Berbuka puasa dengan tamar atau air kosong
(vi) Banyak berdoa kepada Allah
(vii) Menjauhi perkara dosa
(viii) Banyak menderma
(ix) Gandakan tilawah dan tadarus Al-Quran
(x) Beri makan untuk orang berbuka puasa
(xi) Hidupkan malam Ramadan dengan solat-solat sunat
(xii) Giat beribadat di 10 akhir Ramadan
(xiii) Mencari Lailatul Qadar
(xiv) Beriktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadan

- Rasulullah paling banyak beriktikaf pada waktu ini
(xv) Perbanyakkan dan pelbagaikan amalan kebaikan

Orang yang rugi dalam bulan Ramadan:

(i) Bangun sahur tanpa mendirikan 2 rakaat solat sunat
(ii) Meninggalkan hari berlalu tanpa bersedekah
(iii) Menunggu waktu berbuka puasa tanpa memohon doa
(iv) Tiada usaha untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran
(v) Menghabiskan siang hari dengan tidur tanpa berbuat apa-apa atas

alasan berpuasa

Ingat 3 pesanan Nabi :

1. Puasa dengan sebenar-benarnya puasa
2. Malam jangan biarkan berlalu tanpa ibadah
3. Carilah malam Lailatul Qadar di 10 malam terakhir Ramadan

Ramadan adalah bulan untuk meraih keampunan.

Maksud Ramadan adalah membakar. Iaitu untuk membakar dosa-dosa kita.


Click to View FlipBook Version