The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitadebit, 2021-04-30 01:41:37

E-FOLIO

E-FOLIO

KUMPULAN 6 : ROZITA & CHAN

TOPIK : Pandemik Covid-19: Cabaran Dalam Mewujudkan
Ukhuwah Kejiranan

OBJEKTIF

Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai
konsep kejiranan yang sebenar.. Oleh itu, dalam e-folio ini akan
mendedahkan cabaran dalam mewujudkan ukhuwah kejiranan,
kepentingan ukhuwah kejiranan dan contoh ukhuwah kejiranan dalam
masyarakat.

KONSEP KEJIRANAN

"Konsep kejiranan yang baik dapat mewujudkan rasa kasih, sayang menyayangi,
bantu membantu, Hingga timbul suatu kekuatan dikalangan penduduk untuk
tolong menolong, ingat mengingati, tegur menegur, sehinggakan seseorang itu
merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa jiran... Jiran yang baik adalah jiran yang
berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian bijak." Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di
sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu
taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran
tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat
kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran Sepakat Membawa Berkat". Jadi,
kita perlulah mengukuhkan ukhuwah kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu.

KEPENTINGAN UKHUWAH KEJIRANAN

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.
Ukhuwah kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama
penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang

terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu,
hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-
menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan
sesama jiran renggang adalah“bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing”

Ukhuwah kejiranan merupakan aspek yang penting dalam
kehidupan. Ianya perlulah diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat.
Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah
masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara ukhuwah kejiranan
kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula
daripada ukhuwah kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh.
Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang
lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa
Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam
masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Ukhuwah kejiranan juga dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik
seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan
masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman.
Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan
yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti
bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara
satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan
jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat
kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini,
masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan
harmoni.

Selain itu, ukhuwah kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program.
Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan

dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan
dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat
bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,
sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.
Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri
dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan
mendirikan khemah
untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan
mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika
melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang
memupuk ukhuwah kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan
dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk
semangat perpaduan. Ukhuwah kejiranan yang utuh dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan
juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan
negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi
seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini
dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India
dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu
mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada
menimbulkan isu sensitif. Ukhuwah kejiranan yang utuh dapat
mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat
antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai ukhuwah kejiranan
yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

Seterusnya, ukhuwah kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu
selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya
supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian
sepertimencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan
perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan

tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga
dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan
penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan
anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti
mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan.
Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu
perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang
diperoleh daripada ukhuwah kejiranan. Ukhuwah kejiranan
amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang
aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan
membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat
yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai
Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat
merealisasikan perkara ini. Ukhuwah kejiranan yang rapuh tidak
menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat
Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, ukhuwah
kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

CABARAN DALAM MEWUJUDKAN UKHUWAH KEJIRANAN
SEMASA PANDEMIK COVID-19

Pandemik Covid-19 amat memberi impak yang besar kepada
masyarakat untuk mewujudkan ukhuwah kejiranan. Pelbagai aktiviti
yang boleh mengeratkan hubungan kejirananan adlah dilarang bagi
mengekang penyakit Covid-19. Menurut Dato’ Dr Fadzillah Kamsah jiran
merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan ,
belakang , kiri ataupun kanan dan merupakan orang pertama yang

membantu kita ketika berada dalam kesusahan. Terdapat bebeberapa
cabaran untuk mewujudkan ukhuwah kejiranan semasa pandemik Covid
– 19.

Umum mengetahui bahawa cabaran dalam mewujudkan
ukhuwah kejiranan semasa pandemik Covid-19 ialah amalan ziarah-
menziarahi khususnya semasa perayaan adalah tidak digalakkan sama
sekali. Hal ini demikian kerana aktiviti ziarah-menziarahi melibatkan
pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa,
termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit
kronik dan kanak-kanak. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya
mendisiplinkan diri untuk elak berjumpa orang ramai walaupun
kelonggaran diberikan untuk beraya kerana sudah ada kes jangkitan
wabak COVID-19 di luar negara akibat aktiviti ziarah itu. Beliau
mengambil contoh kejadian di Bahrain dan New Jersey, Amerika
Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu
menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul untuk
jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti
COVID-19. Seyogianya , mencegah lebih baik daipada
mengubati. Konklusinya , aktiviti ziarah – menziarahi adalah tidak
digalakkan sama sekali untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang
ramai ketika musim perayaan bagi mengekang penularan wabak
COVID-19 yang mungkin membawa maut kepada golongan berisiko
tersebut.

Selain itu,majlis rumah terbuka semasa perayaan juga tidak
digalakkan. Hal ini demikian kerana bagi mengurangkan risiko jangkitan
kepada warga emas dan kanak-kanak . Sebagai contohnya , semasa
majlis rumah terbuka mereka akan saling bersalaman dengan satu sama
lain dan tidak memakai pelitup muka . Jumlah tetamu yang ramai juga
akan menyebabkan mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial .
Dengan mengadakan majlis rumah terbuka , risiko untuk mendapat

jangkitan penyakit Covid-19 adalah tinggi . Bagi mengelakkan penularan
kes baru , maka wajarlah pihak kerajaan melarang masyarakat untuk
tidak mengadakan rumah terbuka semasa pandemik Covid-19.Dengan
berbuat demikian,ternyatalah bahawa aktiviti yang melibatkan jumlah
yang ramai adalah tidak digalakkan sama sekali .

Seterusnya , aktiviti gotong-royong juga adalah tidak digalakkan .
Walaupun aktiviti ini boleh mengeratkan ukhuwah kejiranan tetapi
boleh juga mendorong kepada peningkatan kes Covid-19. Misalnya ,
ketika penduduk kampung bergotong- royong mereka tidak akan
memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial. Aktiviti
gotong-royong juga akan melibatkan orang ramai yang melebihi 20
orang. Maka wajarlah , aktiviti gotong-royong tidak digalakkan bagi
sama sekali untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai
ketika musim perayaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19
yang mungkin membawa maut kepada golongan berisiko tersebut.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa cabaran lain yang agak
jelas ialah penyebaran berita palsu dalam kalangan jiran.Hal ini
demikian kerana dalam keadaan pandemik yang semakin meruncing
ini,terdapat beberapa pihak mengambil kesempatan dengan mengada-
adakan berita palsu terutama melalui medium media sosial.Sebagai
contoh,penyebaran berita palsu berkaitan kewujudan kes Covid-19 di
sesuatu kawasan kejiranan.Berita ini semestinya akan mencetuskan
panik dalam kalangan masyarakat di kawasan kejiranan
tersebut.Apabila masyarakat sudah berasa panik,maka mereka akan
berasa was-was apabila berjumpa dengan jiran dan mula untuk tidak
mempercayai jiran mereka kerana takut terjebak dengan wabak Covid-
19.Justeru itu,adalah menjadi tanggungjawab seseorang jiran untuk
tidak mengambil mudah dalam berkongsi berita yang tidak pasti
kesahihannya.Dengan kupasan yang menarik,sememangnya diakui
bahawa penyebaran berita palsu dalam kalangan jiran juga menjadi

salah satu cabaran dalam mewujudkan ukhuwah kejiranan ketika
pandemik Covid-19.

KESIMPULAN

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah
dinyatakan,dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa
kepentingan dan cabaran untuk mewujudkan ukhuwah kejiranan dalam
pandemik Covid-19.Dalam situasi pandemik ini,sikap mementingkan diri
sendiri dan tidak mempedulikan orang lain semakin menebal.Jika hal ini
dibiarkan,ukhuwah kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh,bercerai kita
roboh.Golongan remaja seharusnya menyuburkan ukhuwah kejiranan
kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak
pemerintahan pada masa hadapan walaupun berdepan dengan
pandemik Covid-19 ini.Namun begitu,kita tidak seharusnya meletakkan
usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak
akan berbunyi.Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu untuk
mewujudkan ukhuwah kejiranan di negara kita pada situasi pandemik
ini.Dengan harapan,semoga Malaysia dapat menjadi sebuah negara
yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh walaupun dalam
situasi pandemik Covid-19.


Click to View FlipBook Version