The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitadebit, 2021-05-11 01:00:17

P.MORAL(E-FOLIO) (2)

P.MORAL(E-FOLIO) (2)

KOD & NAMA KURSUS:
MPU23142 PENDIDIKAN MORAL

TAJUK:

PANDEMIK COVID-19:CABARAN DALAM
MEWUJUDKAN UKHUWAH KEJIRANAN

NAMA NO.PENDAFTARAN
ROZITA ANAK DEBIT 20DDT20F1004
20DDT20F1020
CHAN HOOK YEW

PROGRAM : DDT2A

NAMA PENSYARAH:

PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI AWG
MOHAMMAT

ISI KANDUNGAN: 1
1.0 PENGHARGAAN
2-5
OBJEKTIF 6-9
KONSEP KEJIRANAN
2.0 KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN 10-
11
3.0 CABARAN DALAM MEWUJUDKAN UKHUWAH
KEJIRANAN KETIKA PANDEMIK COVID-19

4.0 KESIMPULAN

5.0 LAMPIRAN

6.0 SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah membantu saya Dalam menyiapkan tugasan E-
Folio Pendidikan Moralini.Ribuan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah saya,Puan Dayangku Farah Azeila Binti Awg Mohammat
yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada sayauntuk menyiapkan
E-Folio ini. Akhir sekali,ucapan terima kasih banyak saya tujukan khas
kepada rakan sekumpulan saya Chan Hook Yew yang telah memberi
idea dan kerjasama dalam menyiapkan E-Folio ini.

OBJEKTIF

Dalam e-folio ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar
mengenaikonsep kejiranan yang sebenar.Oleh itu, dalam e-folio ini
akan mendedahkan konsep kejiranan, kepentingan semangat
kejiranan, cabaran dalam mewujudkan ukhuwah kejiranan dan contoh
aktiviti yang dapat mengeratkan ukhuwah kejiranan dalam
masyarakat ketika pandemik Covid-19.

KONSEP KEJIRANAN

"Konsep kejiranan yang baik dapat mewujudkan rasa kasih, sayang
menyayangi, bantu membantu, Hingga timbul suatu kekuatan dikalangan
penduduk untuk tolong menolong, ingat mengingati, tegur menegur,
sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa
jiran... Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat
toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian bijak."
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah,
di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam
satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali
sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila
kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa "Jiran Sepakat Membawa Berkat". Jadi, kita perlulah
mengukuhkan ukhuwah kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.
Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk,
semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran
sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan
tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang adalah“bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan.
Ianya perlulah diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah
mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih
baik. Kita perlu memelihara ukhuwah kejiranan kerana ianya dapat
mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada ukhuwah
kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh
menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih baik serta mencapai
status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini
menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan
sesuatu yang baik.

Selain itu , semangat kejiranan juga dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti
tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat
dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus
melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara.
Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong,
masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam
membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur dengan
tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah
masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani
kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

Di samping itu , semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan
sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program.
Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam
sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat
dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan
atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran
membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama
menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para
tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu
sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan
bersama-sama. Masyarakat yang memupuk ukhuwah kejiranan dapat
melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan
sesuatu yang lebih baik.

Dalam konteks ini, masyarakat boleh memupuk
semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang utuh dapat mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga
sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia
memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi
seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain
dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi
kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Ukhuwah
kejiranan yang utuh dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana
hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai
ukhuwah kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang
teguh.

Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan
itu selamat.Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya
keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian seperti mencuri,
merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan.
Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh

menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu
malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa
lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan.
Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan
dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat
sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah
masyarakat.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh
daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam
melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang
teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri
masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti
rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak
amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Ukhuwah kejiranan
yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan
rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat
kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

CABARAN DALAM MEWUJUDKAN UKHUWAH

KEJIRANAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Pandemik Covid-19 amat memberi impak yang besar kepada
masyarakat untuk mewujudkan ukhuwah kejiranan. Pelbagai aktiviti yang
boleh mengeratkan hubungan kejirananan adlah dilarang bagi mengekang
penyakit Covid-19. Menurut Dato’ Dr Fadzillah Kamsah jiran merupakan
orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan , belakang , kiri
ataupun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika
berada dalam kesusahan. Terdapat bebeberapa cabaran untuk mewujudkan
ukhuwah kejiranan semasa pandemik Covid – 19.

Umum mengetahui bahawa cabaran dalam mewujudkan ukhuwah
kejiranan semasa pandemik Covid-19 ialah amalan ziarah-menziarahi
khususnya semasa perayaan adalah tidak digalakkan sama sekali. Hal ini
demikian kerana aktiviti ziarah-menziarahi melibatkan pergerakan dan
berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan
golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-
kanak. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya mendisiplinkan diri
untuk elak berjumpa orang ramai walaupun kelonggaran diberikan untuk
beraya kerana sudah ada kes jangkitan wabak COVID-19 di luar negara
akibat aktiviti ziarah itu. Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain dan
New Jersey, Amerika Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16
individu menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul
untuk jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti
COVID-19. Seyogianya , mencegah lebih baik daripada
mengubati. Konklusinya , aktiviti ziarah – menziarahi adalah tidak
digalakkan sama sekali untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai
ketika musim perayaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang
mungkin membawa maut kepada golongan berisiko tersebut.

Selain itu , majlis rumah terbuka semasa perayaan juga tidak
digalakkan. Hal ini demikian kerana bagi mengurangkan risiko jangkitan
kepada warga emas dan kanak-kanak . Sebagai contohnya , semasa majlis
rumah terbuka mereka akan saling bersalaman dengan satu sama lain dan
tidak memakai pelitup muka . Jumlah tetamu yang ramai juga akan
menyebabkan mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial . Dengan
mengadakan majlis rumah terbuka , risiko untuk mendapat jangkitan
penyakit Covid-19 adalah tinggi . Bagi mengelakkan penularan kes baru ,
maka wajarlah pihak kerajaan melarang masyarakat untuk tidak

mengadakan rumah terbuka semasa pandemik Covid-19.Dengan berbuat
demikian,ternyatalah bahawa aktiviti yang melibatkan jumlah yang ramai
adalah tidak digalakkan sama sekali .

Seterusnya , aktiviti gotong-royong juga adalah tidak digalakkan .
Walaupun aktiviti ini boleh mengeratkan ukhuwah kejiranan tetapi boleh
juga mendorong kepada peningkatan kes Covid-19. Misalnya , ketika
penduduk kampung bergotong- royong mereka tidak akan memakai pelitup
muka dan mengamalkan penjarakan sosial. Aktiviti gotong-royong juga
akan melibatkan orang ramai yang melebihi 20 orang. Maka wajarlah ,
aktiviti gotong-royong tidak digalakkan bagi sama sekali untuk menyekat
sepenuhnya pergerakan orang ramai ketika musim perayaan bagi
mengekang penularan wabak Covid-19 yang mungkin membawa maut
kepada golongan berisiko tersebut.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa cabaran lain yang agak jelas
ialah penyebaran berita palsu dalam kalangan jiran.Hal ini demikian kerana
dalam keadaan pandemik yang semakin meruncing ini,terdapat beberapa
pihak mengambil kesempatan dengan mengada-adakan berita palsu
terutama melalui medium media sosial.Sebagai contoh,penyebaran berita
palsu berkaitan kewujudan kes Covid-19 di sesuatu kawasan
kejiranan.Berita ini semestinya akan mencetuskan panik dalam kalangan
masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.Apabila masyarakat sudah berasa
panik,maka mereka akan berasa was-was apabila berjumpa dengan jiran dan
mula untuk tidak mempercayai jiran mereka kerana takut terjebak dengan
wabak Covid-19.Justeru itu,adalah menjadi tanggungjawab seseorang jiran
untuk tidak mengambil mudah dalam berkongsi berita yang tidak pasti
kesahihannya.Dengan kupasan yang menarik,sememangnya diakui bahawa
penyebaran berita palsu dalam kalangan jiran juga menjadi salah satu
cabaran dalam mewujudkan ukhuwah kejiranan ketika pandemik Covid-19.



KESIMPULAN

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan ,
dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa kepentingan dan
cabaran untuk mewujudkan ukhuwah kejiranan dalam pandemik Covid-
19.Dalam situasi pandemik ini,sikap mementingkan diri sendiri dan
tidak mempedulikan orang lain semakin menebal.Jika hal ini
dibiarkan,ukhuwah kejiranan akan luntur dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh,bercerai kita
roboh.Golongan remaja seharusnya menyuburkan ukhuwah kejiranan
kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak
pemerintahan pada masa hadapan walaupun berdepan dengan pandemik
Covid-19 ini.Namun begitu,kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini
pada bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan
berbunyi.Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu untuk
mewujudkan ukhuwah kejiranan di negara kita pada situasi pandemik
ini.Dengan harapan,semoga Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang
mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh walaupun dalam situasi
pandemik Covid-19.

LAMPIRAN

CONTOH VIDEO YANG MENUNJUKKAN SEMANGAT KEJIRANAN

SUMBER RUJUKAN:

1.Rujukan Internet
Contoh Karangan Memupuk Semangat Kejiranan

https://karangan.net/memupuk-semangat-kejiranan/

2.Jurnal
PERANAN INSTITUSI KEJIRANAN KETIKA PANDEMIK
COVID-19 MENURUT PERSPEKTIF SUNNAH Universiti Sains
Islam 16 Oktober 2020
https://www.bing.com/search?q=contoh+semangat+kejiranan+ketika+pa
ndemik&qs=n&form=QBRE&msbsrank=0_0 0&sp=-
1&pq=contoh+semangat+kejiranan&sc=0-
25&sk=&cvid=A9833A6B742C46468136B849578553C5

3.Facebook
Kementerian Pertahanan Malaysia SOP Perayaan Tahun Baharu Cina
Tahun 2021 4 FEBRUARI 2021
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3983973151613503&id=1
77194982291358

4.Facebook
Kementerian Kesihatan Malaysia Sebuah kisah Kejiranan di Desa
Puteri,Rawang 26 OKTOBER 2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157462215076237&id=
373560576236

5.Rujukan Internet
Berita Harian KKMM senaraikan tiga berita palsu berkaitan Covid-19
6 APRIL 2020
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673484/kkmm-
senaraikan-tiga-berita-palsu-berkaitan-covid-19


Click to View FlipBook Version