1
2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Abi , KM 7 Jalan Padang Melangit , 01000 Kangar, Perlis. __________________________________________________________________________________ Rujukan Kami : PIBG/SMKA-Ps100-5/1(5 ) Tarikh : 5 Jun 2024 Kepada : Semua Ibu/bapa/Penjaga , Tuan/Puan , JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 24. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, semua ibubapa/penjaga dijemput untuk hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG seperti ketetapan berikut: Tarikh : 08/06/2024 (Sabtu ) Masa : 8.15 pagi Tempat : Dewan Sri Anggerik SMK Abi ,Perlis. 3. Aturcara Majlis seperti berikut: 8.15 pagi - Pendaftaran waris / guru 8.30 pagi - Taklimat dari pegawai Bank Muamalat 8.30 pagi - Taklimat dari Hal Ehwal Murid ( Pn Fauzani bt. Abdul Rahman) 9.00 pagi - Ucapan YDP 9.05 pagi - Ucapan Tuan Pengetua dan Perasmian Mesyuarat 9.15 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024 bermula 10.30 pagi - Bersurai *Catatan : Makan/minum diedarkan semasa pendaftaran 4. Semoga pihak tuan/puan dapat meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan majlis tersebut. Sekian .Terima kasih. Saya yang menjalankan tugas , ……………………………………………………… ( OSMAN BIN MOHD NORDIN ) Setiausaha PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Abi , KM 7 , Jalan Padang Melangit, Perlis.
3 ATURCARA MAJIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK ABI KALI KE-24 SESI 2024 / 2025 8.15 pagi - Pendaftaran waris / guru 8.30 pagi - Taklimat dari pegawai Bank Muamalat 8.30 pagi - Taklimat dari Hal Ehwal Murid ( Pn Fauzani bt. Abdul Rahman) 9.00 pagi - Ucapan YDP 9.05 pagi - Ucapan Tuan Pengetua dan Perasmian Mesyuarat 9.15 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024 bermula 10.30 pagi - Bersurai
4 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK ABI KALI KE -24 SESI 2024 / 2025 1. Melantik pengerusi untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 2. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 3. Membentang dan menerima minit mesyuarat Agung Tahunan sesi 2023/2024 4. Membentang laporan tahunan PIBG 2023/2024 5. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2023 6. Membentang usul-usul. 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 8. Pemilihan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025 9. Ucapan penangguhan 10. Bersurai
5 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Abi , KM 7 Jalan Padang Melangit , 01000 Kangar, Perlis. _____________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK ABI KALI KE-23 SESI 2023/2024 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan Seri Anggerik, SMK Abi Kehadiran : Rujuk lampiran 1.0 Melantik pengerusi untuk mesyuarat agung PIBG kali ke-23 1.1 Encik Muhammad Rizal mencadangkan En. Zainurin untuk mempengerusikan mesyuarat. 1.2 Setuju sebulat suara. 2.0 Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG 2022/2023 2.1 Puan Shahirah selaku Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat dan memohon maaf atas kekurangan jawatankuasa PIBG 2022/2023. 2.2 Puan Shahirah mengalu-alukan kerjasama dua hala antara ibu bapa dan guru dengan menekankan penglibatan aktif ibu bapa dalam program dan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. 2.3 Hubungan antara ibu bapa / sekolah adalah asbab kepada peningkatan murid dalam pelbagai bidang kurikulum ataupun kokurikulum. 3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Agung kali ke-22 3.1 Encik Zainurin memaklumkan kehadiran waris seramai 157 orang. 3.2 Pengesahan minit mesyuarat : Pencadang : Encik Mazli bin Che Kassim Sokongan : Puan Asiah binti Din
6 4.0 Pembentangan Laporan Tahunan 4.1 Encik Nazlan bin Abdullah selaku Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan 2022/2023 pada muka surat 7 dan 8. 4.2 Pengerusi memohon pengesahan laporan dan sokongan. Pencadang : Puan Rita Norzizana binti Mohd Noor Sokongan : Puan Norhashimah binti Bedah 5.0 Membentangkan dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG 5.1 Puan Nor Shafiza binti Che Had selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan yang bermula 1 Januari 2022 dan berakhir pada 31 Disember 2022 pada muka surat 9 dan 10. 5.2 Pengerusi mohon pengesahan dan sokongan. Pencadang : Puan Aslizawati binti Azmi Sokongan : Puan Armizadonna Wirdawati binti Mohd Radzi 6.0 Pembentangan usul 6.1 Usul dari Ibu Bapa 6.1.1 Usul membenarkan waris masuk ke dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan kesesakan di kawasan luar sekolah ( Puan Ani Zakirah binti Amir Hamza-tidak hadir) Jawapan : Buat masa ini kenderaan waris tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah untuk mengelak berlaku kesesakan dalam sekolah dan juga untuk keselamatan murid -murid semasa pergerakan mereka ke pintu utama. 6.1.2 Encik Mazli bin Che Kassim mengemukakan usul berkaitan pembinaan pondok berbumbung untuk ibu bapa semasa menunggu anak pulang dari sekolah. Cadangan saiz 14x14. Jawapan : Tuan Pengetua memaklumkan kesukaran untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan. Pihak sekolah boleh membuat permohonan melalui Jabatan Pendidikan Perlis tetapi proses permohonan akan mengambil masa yang lama. Sekiranya pondok tersebut perlu dibina segera maka kos pembinaan di tanggung oleh PIBG.
7 6.1.3 Encik Mazli bin Che Kassim turut mengemukakan usul berkenaan kawalan lalu lintas oleh pengawal keselamatan/RELA pada setiap hari Jumaat semasa murid pulang dari sekolah Jawapan : Tuan Pengetua memaklumkan surat telah diberikan kepada pihak RELA tetapi tidak mendapat kebenaran anggota menjalankan tugas kerana masa bertugas terlalu singkat. Dalam perjanjian keselamatan, pengawal keselamatan hanya menjaga di dalam kawasan sekolah. Jika mereka bertugas adalah atas dasar ehsan. Pihak PIBG turut menyediakan peruntukan membayar insurans bagi pengawal keselamatan sekolah. 6.2 Usul dari AJK Guru 6.2.1 Tuan Haji Zulkhairi mencadangkan usul untuk membuat semakan bilangan ahli jawatankuasa bagi penambahan dua kuota jawatankuasa yang mewakili alumni sekolah. Jawapan : Wakil alumni akan dilantik oleh pihak sekolah dengan persetujuan jawatankuasa PIBG 6.3 Usul dari AJK PIBG 6.3.1 Encik Zainurin selaku NYDP mencadangkan pemberian sumbangan PIBG boleh diberi secara penuh atau secara ansuran. Pemberian sumbangan secara ansuran akan diserahkan kepada guru kelas. 6.3.2 Sumbangan PIBG bagi tahun 2023/2024 seperti berikut: a. Tingkatan 1 - 4 sebanyak RM 100.00 b. Tingkatan 5 sebanyak RM 130.00 ( program kecemerlangan ) 6.3.2 Sebulat suara bersetuju sumbangan diberikan secara penuh atau ansuran setiap bulan melalui guru kelas. 7.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 7.1 Encik Zainurin membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 8.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 8.1 Encik Mazli bin Che Kassim mencadangkan agar barisan jawatankuasa PIBG dikekalkan tetapi tidak disokong oleh Encik Aswadi bin Baharudin. 8.2 Puan Nuraqilah binti Ismail mencadangkan Puan Shahirah sebagai YDP PIBG kali ke-24 dan disokong oleh Puan Mas Munirah binti Mustafa. Sokongan sebulat suara. Puan Rozita binti Ghazait mencadangkan cadangan ditutup. 8.3 Cik Fauzani binti Abdul Rahman mencadangkan Encik Aswadi sebagai NYDP dan disokong sebulat suara. Puan Norazlinie mencadangkan cadangan ditutup. 8.4 Lantikan semula AJK PIBG 8.4.1 Encik Mohd Zaid bin Md Hassan 8.4.2 Puan Hemamalini binti Hashim 8.4.3 Puan Mas Munirah binti Mustafa
8 8.5 Lantikan baru AJK PIBG 8.5.1 Puan Norhashimah binti Bedah Cadangan : Puan Mas Munirah binti Mustafa Sokongan : Majoriti setuju 8.5.2 Encik Yusrizal bin Yusof Cadangan : Encik Mohd Zaid bin Mohd Hassan Sokongan : Majoriti setuju 8.6 Lantikan AJK PIBG daripada alumni sekolah akan dipilih oleh pihak sekolah. 9.0 Ucapan penangguhan 9.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas pelantikan ahli jawatankuasa sesi 2023/2024 dan berharap tidak ada jurang antara ibu bapa dan guru. 9.2 Beliau berharap ibu bapa sudi untulk membantu pihak sekolah apabila diminta. 9.3 Sekiranya ibu bapa ada cadangan atau sebarang masalah berkaitan dengan pihak sekolah bolehlah berhubung melalui PIBG untuk menyelesaikan perkara tersebut. 9.4 Puan Shahirah merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG yang lepas atas sumbangan yang diberikan serta kepada semua yang hadir dalam melaksanakan mesyuarat agung PIBG kali ke-23 dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi. Di Sediakan Oleh , Disemak Oleh , ( NAZLAN BIN ABDULLAH ) (SHAHIRAH BINTI DATUK SRI ABU HASSAN ) Setiausaha Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dann Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Abi , Kangar Perlis. SMK Abi , Kangar Perlis.
9 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 PIBG SMK ABI telah melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai aktiviti dan program bagi membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti sekolah. Antara peranan PIBG ialah melibatkan ibubapa dalam sarana, memberi sumbangan dan menaja program yang dikendalikan oleh pihak sekolah Bil Bulan Aktiviti/Program 1 Jun 2023 -Kejohanan Merentas desa -Bridge Bilding Competition 2 Julai2023 -Kejohanan Olahraga Sekolah -Team Ragbi MSSPs 3 Ogos 2023 -Kursus kepimpinan pengawas -Teknik menjawab PSI -Bengkel Matematik tambahan -Team Ragbi MSSM 4 September 2023 -Pasukan berirama BM -Nadwah kebangsaan -Catur MSSM -pasukan Choral Speking -Pembelian Kerusi(sumbangan) -Ragbi MCKK -Hari Anugerah Cemerlang 5 Oktober 2023 -Pantun Kebangsaan -Ragby NRDP 6 November 2023 -Teknik menjawab B.Inggeris -Kecemerlangan SPM 7 Disember 2023 -Teknik menjawab Matematik -Majlis Apresiasi SPM 8 Januari 2024 -Bengkel Hebat KBat Sejarah -Laman minda 2 -Program Restu Ilmu -Skor A Prinsip perakaunan 9 Febuari 2024 -Kecemerlangan SPM 10 April 2024 -Jamuan Hari Raya 11 Mei 2024 -Bidai dewan Sri Bayu -Kem Kepimpinan Unggul -Program Penetapan Target -Track lompat jauh
10 LAPORAN KEWANGAN PIBG SMK ABI BUTIRAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN DARI 1/1/2023 – 31/12/2023 Perkara Debit Perkara Kredit Baki B/B Januari 2023 43,534.66 Mesy.AJK PIBG 50.00 Sumbangan PIBG: Bengkel PSV 36.00 T1 – T4 1,550.00 Van sekolah 150.00 T5 3,510.00 Baki H/B Februari 2023 48,424.66 Baki B/B Februari 2023 48,424.66 Ragbi 10’s Bawah 15 MSSM 1300.00 Sumbangan PIBG: Majlis Anugerah Kecemerlangan 6,130.00 T1 – T4 3,400.00 Program Kecemerlangan 10,000.00 Hadiah Persaraan Pn.Sarimah 120.00 T5 1,210.00 Baki H/B Mac 2023 35,484.66 Baki B/B Mac 2023 35,484.66 Sumbangan PIBG: T5 520.00 Baki H/B April 2023 36,004.66 Baki B/B April 2023 36,004.66 Konkrit jalan 2,948.00 Ceramah Nuzul Quran 200.00 Baki H/B Mei 2023 32,856.66 Baki B/B Mei 2023 32,856.66 Sambutan Aidilfitri SMK Abi 2023 3,973.00 Program Penetapan Target SPM & 847.00 Berbeka Lebaran Program Motivasi Kecemerlangan 200.00 Murid T5 Baki H/B Jun 2023 27,836.66 Baki B/B Jun 2023 27,836.66 MAT PIBG SMK Abi 2023 2,170.50 Sumbangan Derma Kilat 1,010.00 Hadiah Pertukaran Tn.Pengetua 139.00 Perkhemahan Puteri Waja 60.00 Kejohanan Merentas Desa 910.00 Bridge Building Competition 208.00 Baki H/B Julai 2023 25,359.16 Baki B/B Julai 2023 25,359.16 Mesy.AJK PIBG 125.00 Sumbangan PIBG: Bayaran koperasi 34.50 T1 – T4 2,200.00 Kejohanan Olahraga 3,100.00 T5 1,190.00 Van 60.00 Sijil National Science Competition 112.50 Bayaran St.John Ambulance 150.00 Van 120.00 Ragbi 200.00 Baki H/B Ogos 2023 24,847.16
11 Perkara Debit Perkara Kredit Baki B/B Ogos 2023 24,847.16 Bayaran jurulatih luar Bola Tampar 200.00 Sumbangan PIBG: Kursus Kepimpinan Pengawas 2,500.00 T1 – T4 3,900.00 Teknik Menjawab PSI 150.00 T5 1,870.00 Bengkel Matematik Tambahan 360.00 Ragbi MSSM 300.00 Baki H/B Sept.2023 27,107.16 Baki B/B Sept.2023 27,107.16 Bicara Berirama BM 150.00 Sumbangan PIBG: Nadwah Kebangsaan 100.00 T1 – T4 1,200.00 Van 120.00 T5 780.00 Catur MSSM 50.00 Sumbangan Pasaraya Hari-hari 247.49 Choral Speaking 150.00 Kerusi 2,150.00 Ragbi MCKK 150.00 Van 70.00 Van 40.00 Hari Anugerah Cemerlang 4,300.00 Baki H/B Okt.2023 22,054.65 Baki B/B Okt.2023 22,054.65 Pantun 500.00 Sumbangan PIBG: Van 50.00 T1 – T4 1,620.00 Plat&Spray 41.00 T5 4,260.00 Ragbi NRDP 500.00 Insuran 207.00 Baki H/B Nov.2023 26,636.65 Baki B/B Nov.2023 26,636.65 Teknik menjawab B.Inggeris 570.00 Sumbangan PIBG: Kecemerlangan SPM 2,000.00 T1 – T4 2,900.00 Buku cek 7.50 T5 2,890.00 Baki H/B Dis.2023 29,849.15 Baki B/B Dis.2023 29,849.15 Teknik Menjawab Matematik 150.00 Sumbangan PIBG: Majlis Apresiasi SPM 3,000.00 T1 – T4 2,000.00 T5 520.00 Baki H/B Jan.2024 29,219.15 Disediakan oleh: ………………………………. (NORSHAFIZA BINTI CHE HAD) Bendahari PIBG SMK Abi 2023
12 USUL DARIPADA IBU BAPA YANG DITERIMA DI BAHASKAN SEMASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-24 SMK DERMA Bil Pembawa usul Nama anak dan kelas Usul 1 En. Nik Akmar b. Rejab Alauddin Muqarrobin b. Nik Akmar Tingkatan 1 Adil Keperluan sekolah untuk menyediakan tempat simpan buku / barang (loker) untuk semua murid. Isunya berkaitan beg sekolah yang berat perlu dibawa oleh murid berpindah dari satu kelas ke kelas lain semasa peralihan masa matapelajaran USUL DARIPADA AJK PIBG YANG DITERIMA DI BAHASKAN SEMASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-24 SMK DERMA Bil Dicadangkan oleh Pn. Hemamalini bt. Hashim 1 Berkenaan yuran PIBG perlu di bincangkan semula kerana kos yang semakin meningkat. Oleh yang demikian beliau mencadangkan kutipan yuran PIBG seperti berikut -Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 sebanyak RM 100.00 (kekal) - Tingkatan 5 sebanyak RM 150.00 (naik RM 20)
13 REKOD KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 BIL NAMA JAWATAN MESY 1 MESY 2 MESY 3 08/07/2023 03/01/2024 08/05/2024 1 En. Ehsan Sabry b. Yahaya Pengetua - / / 3 Pn. Shahirah bt. Dato Sri Abu Hassan YDP / / / 4 En. Aswadi b. Baharuddin NYDP / / X 5 En. Osman b. Mohd Nordin Setiausaha / / / 7 Pn. Siti Khalijah bt, Zakaria Pen. Setiausaha / / / 8 Pn. Nor Shafiza bt. Che Had Bendahari / / / En. Zakaria b. Harun PK Pentadbiran / / / 9 Cik Fauzani bt. Abdul Rahman PK HEM / / X 10 Pn. Rahayu bt. Ramli PK KoKu / / / 11 Pn. Nor Azlinie bt. Wahid GK Sains/Mate / / / 12 Pn. Masharuzzuhairah bt. Mohamad GK Bahasa / / X 13 Pn. Nor Aqilah bt. Che Ismail GK Votek / / / 14 Pn. Zarina bt. Ismail GK Kemanusiaan X X X 15 En. Mohd Zaid b. Md Hassan AJK Ibu Bapa / X / 16 En. Yusrizal b. Yusof AJK Ibu Bapa / X X 17 Pn. Mas Munirah bt. Mustaffa AJK Ibu Bapa / / / 18 Pn. Azlini bt. Mohd Noor AJK Ibu Bapa / / X 19 Pn. Norhashimah bt. Bedah AJK Ibu Bapa / / / 20 Pn. Himamalini bt. Hashim AJK Ibu Bapa / / / 21 Mohammad Zharfan AJK Ibu Bapa (Alumni) / X X 22 Pn. Sa’adiah bt. Bohari AJK Guru / / / 23 En. Rashid b. Ismail AJK Guru / / X 24 Pn. Zahratul Ainiah bt. Md Radzi AJK Guru / / / 25 En. KuMahazer b. KuIbrahim AJK Guru / / X
14 SEKALUNG BUDI Pengetua, guru-guru, YDP dan AJK PIBG serta seluruh warga SMK ABI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dn puan-puan, serta individu yang telah sama-sama menyumbang tenaga dan memberi kerjasama sepenuhnya samada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-24 pada tahun ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan semua. Amin PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK ABI