PPeerMFnkdaealimldsaabiykafsaaninhagadni
Kelas : 11C
Oleh : Kumpulan 6
PENGENALAN
LAPORAN
JAWATANKUASA
KABINET 1979
-Laporan jawatankuasa ini dibentuk hasil daripada maklum balas dan laporan daripada
Jawatankuasa Kabinet 1974. Pembentukan Jawatankuasa Kabinet 1974 pada awalnya
adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 19 Mei 1969, pembentukan Rukun
Negara 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baharu 1970. Laporan kabinet ini
dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran.
-Tujuan laporan kabinet :
Mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Menilai sistem pelajaran dalam menghasilkan masyarakat.
-Ciri-ciri laporan kabinet :
Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis, mengira).
Penegasan terhadap kurikulum ala Malaysia.
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin.
-Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 berperanan lebih menyeluruh dalam hal perpaduan,
pengeluaran sistem manusia dan pembentukan keperibadian insan.
-Dasar ini telah diisytiharkan secara rasmi pada tahun 1998 melalui Falsafah Pendidikan
Negara.
PENGENALAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
-Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut
Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
-Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti
pendidikan diadakan bagi mencapai inti utama dalam FPK iaitu
melahirkan insan seimbang dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial.
-Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), FPK
menggariskan segala pemikiran, istilah dan prinsip berkaitan dengan
pendidikan negara kita menjadi suatu entiti, jelas dan logik.
PENGENALAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
10 kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
Pendidikan ialah satu usaha berterusan
Memperkembangan lagi potensi individu
Insan yang seimbang dan harmonis
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Rakyat yang bertanggungjawab
Rakyat yang berketerampilan
Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
MEMPERTEGUHKAN PERPADUAN MELALUI SISTEM
PENDIDIKAN
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 :
Mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan yang kurang menitikberatkan aspek
perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk
membangunkan bangsa
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) :
Insan yang Seimbang dan Harmonis
Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu
Melahirkan Rakyat yang Berakhlak Mulia
MEMPERTEGUHKAN PERPADUAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN
KEFSAALNSALAFAPOHRPAENNDJAIDWKIEKAATANATNAKSKEUBAASNAGKSAAABNIN(EFTPK1)979
INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
Insan yang seimbang dan harmonis ini khususnya mempunyai ciri intelek, emosi yang baik dan
tahap rohani dan jasmani yang baik. Keseimbangan dalam aspek-aspek berikut akan mendorong
kepada pembentukkan individu yang harmoni dengan diri sendiri dan juga orang lain. Maka
bagi mencapai hasrat tersebut, Kerajaan telah menubuhkan salah satu kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu insan yang seimbang dan harmonis bagi menepati objektif
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERAKHLAK MULIA
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, sistem pendidkan berhasrat untuk melahirkan
perwatakan insan yang mulia. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menubuhkan
panduan dalam 10 kandungan FPK iaitu melahirkan warganegara yang berakhlak mulia
menerusi sistem pendikan. Oleh itu, para pendidik sewajarlah membimbing dan mendidik
murid-murid dengan mengamalkan nilai sopan santun ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah serta berpegang kepada nilai murni dan moral sebagai panduan
hidup.
MEMPERTEGUHKAN PERPADUAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN
KEFSAALNSALAFAPOHRPAENNDJAIDWKIEKAATANATNAKSKEUBAASNAGKSAAABNIN(EFTPK1)979
PERKEMBANGAN POTENSI SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU
Aspek diri seperti bakat, potensi dan keupayaan diri ini tidak sewajarnya diasahkan secara
berasingan, malahan ia sepatutnya dilakukan demikian secara bersepadu. Hal ini supaya
perkembangan keperibadian seseorang murid itu adalah turut seragam dengan perkembangan
dalam bidang-bidang ilmu. Jadi bagi menunaikan matlamat berikut, Kerajaan telah pun
menetapkan satu panduan dalam 10 kandungan FPK yang menegaskan tentang perkembangan
potensi secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai objektif Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979.
Kajian semula dilakukan dalam sistem pendidikan ketika itu
KESAN LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979
KE ATAS
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan satu usaha berterusan
Pendidikan merupakan tunjang utama serta dapat dikenal pasti adalah suatu usaha
bererusan apabila pendidikan dinaik taraf dari semasa ke semasa. Hal ini dapat
ditonjolkan apabila terdapat beberapa perubahan yang telah dicadangkan dalam
laporan jawatankuasa Kabinet apabila kelemahan di dalam sistem pendidikan dapat
dikenal pasti. Antara perubahan yang dicadangkan dalam laporan ini adalah
memperbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar serta peruntukan guru bagi
pendidikan pemulihan supaya sesi pembelajaran akan menyebabkan ianya lebih
efisien. Pada masa kini, Sistem pendidikan sering dipantau serta digubal mengikut
peredaran masa bagi sistem pendidikan dapat dijamin berada pada tahap yang
cemerlang disamping memperlengkapkan seluruh masyarakat dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang terkini.
Keperluan tenaga manusia dapat dijamin dalam jangka masa tertentu
KESAN LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979
KE ATAS
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Memperkembangkan potensi individu
-Kita sebagai makhluk yang bergelar insan memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi.
Keupayaan dan bakat ini dapat dikenal pasti boleh dikembangkan melalui interaksi persekitaran dan
pendidikan yang berkualiti. Walaupun seseorang itu memiliki keupayaan dan bakat, namun dikatakan
tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas. Hal ini kerana, kebanyakannya masih terpendam.
-Oleh yang demikian, pelbagai usaha harus dijalankan bagi mencungkil, memupuk, serta
memperkembangkan bakat serta keupayaan mereka. Setiap potensi boleh berkembang ke tahap
cemerlang jika diasah secukupnya. Peluang ini dibuka oleh Jawatankuasa Kabinet seperti di dalam
laporan. Antaranya ialah, pelajar didedahkan kepada bidang teknik dan vokasional pada peringkat
menengah rendah secara meluas bagi mengembangkan kemahiran serta menyediakan pendidikan
pemulihan bagi pelajar lemah bagi meningkatkan keupayaan serta potensinya dalam pembelajaran.
Melalui cadangan ini, pelbagai jurusan, kokurikulum dan kelas intensif wujud serta diguna pakai
pada masa kini bagi memperkembangkan potensi setiap individu.
PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN INSAN MELALUI
SISTEM PENDIDIKAN
LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 :
Membuat ketetapan secara spesifik penentuan acuan warganegara Malaysia yang
dibentuk melalui sistem pendidikan. Warganegara yang lahir daripada sistem
persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) :
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia.
Rakyat yang bertanggungjawab
Rakyat yang berketerampilan
PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN INSAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN
KESAN LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979
FALSAFAH PENDIDKIKE AANTAKSEBANGSAAN (FPK)
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN.
Dalam mewujudkan warganegara yang dibentuk melalui sistem pendidikan dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979, kerajaan telah mewujudkan satu matlamat melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu menjadikan semua rakyat Malaysia berilmu pengetahuan dengan
memastikan setiap masyarakat m,empunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya.
MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERAKHLAK MULIA
Melalui sistem pendidikan, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 bertujuan untuk melahirkan
keperibadian insan yang mulia. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan
panduan dalam 10 kandungan FPK iaitu melahirkan warganegara yang berakhlak mulia
menerusi sistem pendikan. Misalnya, guru membimbing dan mendidik murid-murid dengan
mengamalkan sopan santun ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN INSAN MELALUI SISTEM PENDIDIKAN
KESAN LAPORAN JAWKEAATTAANSKUASA KABINET 1979
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB
Menerusi pendidikan, rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan
negara. Tujuan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah menjadikan matlamat dalam FPK
menjadi jelas untuk mencapai keperibadian insaniah setiap warganegara Malaysia. Sebagai
contoh, murid-murid menjadi lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan oleh guru. Oleh hal yang demikian, melalui sistem pendidikan ini telah melahirkan
rakyat yang bertanggungjawab demi masa depan negara kelak.
RAKYAT YANG BERKETERAMPILAN
Keterampilan bermaksud menonjolkan diri dengan membentuk keperibadian insan melalui sistem
pendidikan. Dalam mencapai hasrat Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah menitikberatkan aspek berketerampilan dalam sistem pendidikan
untuk ditelusuri secara lebih mendalam. Buktinya, kerajaan memasukkan elemen
berketerampilan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar warganegara dapat
melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap.
RUMUSAN
OLEH : NOOR HANINI BINTI KAMARUDDIN
Secara rumusnya, saya telah dapat mengenal pasti serta menganalisis kesan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 sangat berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
disebabkan dasar yang dibentuk adalah daripada satu pangkalnya iaitu maklum balas dan
laporan daripada Jawatankuasa Kabinet 1974. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadikan matlamat dalam mencapai gagasan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
tersebut mempunyai skop yang lebih terperinci untuk dilihat secara lebih mendalam
demi meningkatkan sistem pendidikan negara dengan menggariskan 10 kandungan
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh hal yang demikian, bagi
pandangan saya, analisis mengenai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memberi
kesan dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkukuh serta
mengusahakan pendidikan yang seimbang dari segi JERIS.
RUMUSAN
OLEH : MOHAMAD DANIEL BIN SHAM NORZIALI
Saya Mohamad Daniel bin Sham Norziali ingin merumuskan tentang konteks ini.
Berdasarkan konteks yang saya analisis ini, dapatlah saya ketahui bahawa Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 mempunyai pelbagai kepentingan sehingga terbentuknya ia
hasil daripada maklum balas daripada pihak atasan. Antara tujuan utama yang telah
menjadi tunjang kepada terhasilnya laporan ini antaranya ialah menngkaji semula
matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu telah
membuahkan hasil iaitu antaranya adalah pelbagai kaedah mengajar telah diperbaiki
seiring dengan peredaran masa. Selain itu, keperluan tenaga manusia dapat dipenuhi
dalam jangka masa pendek dan panjang telah mewujudkan ramai tenaga kerja yang
mempunyai kepakaran dalam kemahiran masa kini. Hal ini telah menonjolkan bahawa
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ini telah memberi pelbagai impak dalam sistem
pendidikan di negara Malaysia ini.
RUMUSAN
OLEH : MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN KHAIRI
Saya Muhammad Amirul Aiman bin Khairi akan membuat rumusan tentang hasil
analisis saya. Daripada dapatan kajian saya, saya dapat mengetahui bahawa
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengandungi pelbagai kepentingan sehingga
terbentuknya hasil maklum balas daripada pihak atasan. Antara objektif utama
yang telah menjadi akar kepada pembentukkan laporan ini adalah seperti mengkaji
semula dasar pendidikan kebangsaan yang kurang menitikberatkan aspek
perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk
membangunkan negara. Daripada objektif berikut ia telah membuahkan hasil
kepada masyarakat yang saling berpadu dan berperibadi mulia yang akan
selengkapnya tercapai berikutan dengan peredaran masa dan konsistensi para
pendidik yang tekun dan akur dalam menunaikan hasrat objektif laporan berikut.
Natijahnya, segala langkah pembangunan yang diceburi KPM adalah semuanya
mempunyai matlamat teras yang sama iaitu melahirkan modal insan yang bermutu
serta memajukan negara.
RUJUKAN
Dr. Faridah Binti Mohd Sopah, Dr. Mat Ali Bin Abdul Ghani, Dr. Kamisah Binti Buang, & Dr.
Rosly Bin Kayar. (2022). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Local
Publications (M) Sdn Bhd.
Falsafah Pendidikan | Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. (n.d.). Falsafah Pendidikan |
Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-
pendidikan.html
Mahathir bin Mohamad. (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran : 7hb. November, 1979. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noriati A Rashid. (2012). Falsafah & pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Mohd. Noordin. (2018). Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) : Sejarah dan Matlamat.
Terima kasih!