The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-55103913, 2021-09-18 19:47:20

Modul BM TAHUN 3 (5-9 Sept)

Modul BM TAHUN 3 (5-9 Sept)

16700 CHERANG RUKU
PASIR PUTEH KELANTAN

Nama Murid :

Kelas : 5–9

September

2021

MODUL S 1

Bahasa Melayu Tahun 3

Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Nama : ……………………………………………………… Tarikh : 5 September 2021
Kelas : ……………………………………………………… Hari : Ahad

Masa : 11.40 -1.10

Tema : Kelastarian Alam
Tajuk : Rakan Alam Sekitar
SK 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
SP 1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat.
Objektif
Pada akhir PdPR ini murid dapat:

1. Mengemukakan tiga maklumat daripada poster dalam laman sesawang dengan
menulis tiga makalumat tersebut dalam buku tulis dengan betul.

Pentaksiran: Murid akan dinilai berdasarkan jawapan yang dikemukakan dengan betul
dalam buku tulis.

Arahan:
1. Buka buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2, muka surat 27.
i. Baca dan fahami poster dan dialog yang diberi.
ii. Jawab soalan latihan di bawah berpandukan maklumat daripada poster
dibaca. Tulis jawapan dalam buku tulis Bahasa Melayu Kefahaman.
2. Buka buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2, muka surat 30.
i. Siapkan aktiviti 1. Lengkapkan dialog berpandukan maklumat yang diberi.

Latihan

Jawab soalan-soalan di bawah berpandukan bahan yang diberi dalam buku teks muka
surat 27.

1. Apakah yang kamu faham tentang RAS?

………………………………………………………………………………………………….

2. Jika kamu diberi peluang menyertai RAS, adakah akamu berminat, Mengapa?

…………………………………………………………………………………………………..

3. Dari manakah Nabila memperolehi maklumat mengenai RAS?

……………………………………………………………………………………………………

MODUL S 2

Bahasa Melayu Tahun 3

Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Nama : ……………………………………………………… Tarikh : 6 September 2021

Kelas : ……………………………………….…………….. Hari : Isnin

Masa : 11.10 -12.40

Tema : Kelestarian Alam

Tajuk : Sumbangan Kita – (Jagalah Bumi Kita - Kejiranan Hijau)

SK 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.

SP 2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya bukan sastera dan karya sastera

dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai:

(iv) pantun.

Objektif
Pada akhir PdPR ini murid dapat:

1. Menyesuaikan empat pantun jawapan kepada empat pantun soalan dalam buku
aktiviti dengan betul.

Pentaksiran: Murid akan dinilai berdasarkan jawpan pantun yang diberi dengan betul.

Arahan:
1. Buka Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2, muka surat 28.
i. Baca pantun diberi dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
2. Baca nota di bawah untuk lebih memahami tentang pantun.
3. Buka buku aktiviti Bahasa Melayu Jilid 2 muka surat 31.
i. Jawab aktiviti 2 dengan melengkapkan tempat kosong bersebelah
setiap rangkap pantun dengan pantun yang sesuai.

Nota:

Setiap pantun terdiri dari 2 komponen utama iaitu PEMBAYANG dan MAKSUD. Cuba perhatikan contoh
pantun di bawah.

Kalau ada sumur di ladang, Kalau ada sumur di ladang, pembayang
Boleh Kita Menumpang mandi, Boleh Kita Menumpang mandi, maksud
Kalau ada umur yang panjang, Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi. Boleh kita berjumpa lagi.

Pantun di atas adalah pantun 4 kerat. Perhatikan 2 baris pertama dalam pantun tersebut adalah
'pembayang' dan 2 baris yang terakhir adalah 'maksud' pantun tersebut. Ada yang bertanya adakah
pembayang dan maksud mestilah membawa erti yang sama? Jawapannya tidak. Pembanyang adalah
penyedap rasa sahaja, supaya pantun tersebut yang diungkapkan lebih sedap didengar.

Pembayang adalah klu (clue) ke atas maksud yang ingin disampaikan. Sesuai dengan istilahnya, pendengar
yang arif sudah boleh meneka maksud sesuatu pantun hanya dengan mendengar pembayangnya sahaja.
Oleh hal yang demikian, pembayang yang baik haruslah boleh memberi bayangan kepada maksud yang
ingin disampaikan, bukannya memberi gambaran yang salah.

Kalau maksud pantunnya sedih, pembayangnya pun harus sedih. Kalau maksudnya negatif, pembayangnya
juga harus negatif, dan begitulah seterusnya. Lihat sahaja pembayang pantun di atas. "Kalau ada umur yang
panjang, boleh kita berjumpa lagi" memberi erti bahawa kita hanya boleh berjumpa kalau umur kita sama-
sama panjang. Kalau dah meninggal, mana dapat berjumpa lagi.

Begitulah keadaannya dengan sumur (perigi). Kalau masih ada lagi sumur tersebut, maka bolehlah kita
menumpang mandi. Kalau sumur tersebut sudah tidak ada lagi, maka tidak dapatlah kita hendak
menumpang mandi lagi.

MODUL S 3

Bahasa Melayu Tahun 3

Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Nama : ……………………………………………………… Tarikh : 8 September 2021

Kelas : …………………………. Hari : Rabu

Tema : Kelestarian Alam Masa : 11.10 -12.40

Tajuk : Sayangi Sungai Kita

SK 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna

SP 3.2.2 Menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan:

(i) bertumpu

Objektif: Pada akhir PdPR ini murid dapat:
1. Menulis lima jawapan kepada lima soalan kefahaman berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam teks dibaca dalam buku tulis dengan betul.

Pentaksiran: Murid akan dinilai berdasarkan jawapan yang ditulis dengan betul.

Arahan:
1. Baca Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2, muka surat 29.
i. Baca dengan teliti, kemudian jawab solan kefahaman yang diberi dengan
menulis jawapan kamu dalam buku tulis kefahaman.
2. Rujuk buku aktiviti Bahasa Melayu TAhun 3 Jilid 2 muka surat 32.
i. Jawab soalan soalan aktiviti 3 (a) dalam buku aktiviti.
3. Lihat dan fahami contoh cara menjawab soalan kefahaman di bawah.

Soalan

1. Apakah fungsi label kecekapan tenaga?

Jawapan

Fungsi label kecekapan tenaga adalah untuk memberi maklumat kepada
pengguna tentang kadar penjimatan penggunaan elektrik sesuatu peralatan
elektrik.

MODUL S 4

Bahasa Melayu Tahun 3

Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 2021

Nama : ……………………………………………………… Tarikh : 9 September 2021

Kelas : …………………………. Hari : Khamis

Masa : 11.10 -12.40

Tema : Kelestarian Alam

Tajuk : Pengurusan Sisa Pejal

SK 5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks

SP 5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat mengikut konteks:

(i) ayat tunggal

(ii) ayat majmuk.

Objektif
Pada akhir PdPR ini murid dapat:

1. Menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi dalam buku aktiviti
dengan betul.

2. Menulis empat ayat majmuk berdasarkan lapan ayat tunggal yang diberi dalam
buku tulis dengan betul.

Pentaksiran: Murid akan dinilai berdasarkan ayat yang ditulis dengan betul.

Arahan:
1. Buka Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2, muka surat 30 dan 31.
i. Baca dan fahami contoh-contoh ayat tunggal dan ayat majmuk yang
diberi.
ii. Tulis ayat majmuk menggunakan ayat tunggal dan kata hubung yang diberi
pada muka surat 31. Tulis ayat majmuk dalam buku tulis Bahasa Melayu
Tatabahasa.
2. Rujuk buku aktiviti Bahasa Melayu Jilid 2 muka surat 34.
i. Tulis ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi dalam aktiviti 4.
3. Baca nota-nota yang diberi untuk kamu lebih memahami tentang ayat tunggal
dan ayat majmuk.

Nota 1

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan
dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal
hubung Suhaili suka makan nasi lemak.
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi
sup. dan(a)

Rumah yang besar itu rumah Fazli. (b) Suhaili suka makan mi sup.
yang(a) Rumah itu besar.

Dia memberitahu bahawa kakaknya (b) Rumah itu rumah Fazli.
akan melanjutkan pelajaran ke luar bahaw(aa) Dia memberitahu.
Negara.
(b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar
Dia akan balik ke kampong apabila Negara.
ada masa lapang.
Apabi(la) Dia akan balik ke kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Nota 2

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat ayat tunggal disambungkan
oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )

B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

Nota 3

. Ibu Nabila menyapu sampah

di belakang rumah kerana kotor.


Click to View FlipBook Version