BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Buku Panduan Perpustakaan
Politeknik Jeli, Kelantan
2020/2021
Cetakan Pertama 2020
Politeknik Jeli, Kelantan
Hak cipta terpelihara. Tiada Bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
penerbit.
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Pemurnian Buku Panduan Perpustakaan
Politeknik Jeli, Kelantan
2020
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN iii
iv
ISI KANDUNGAN v
1. KATA ALUAN PENGARAH 1
2. PENDAHULUAN 5
3. JAWATANKUASA BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN 6
8
4. MISI, VISI & OBJEKTIF PERPUSTAKAAN 10
5. PIAGAM PELANGGAN 11
6. CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN 12
7. KOLEKSI PERPUSTAKAAN 14
8. PERKHIDMATAN 15
9. WAKTU PERKHIDMATAN 17
10. KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN 20
11. KEAHLIAN PERPUSTAKAAN 22
12. POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
13. PERATURAN PERPUSTAKAAN
14. ETIKA DI PERPUSTAKAAN
15. PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
GAMBAR BANGUNAN POLI
Page 4
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
KATA ALUAN PENGARAH PJK
Bismillahirrahmanirrahim.
Tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Buku Panduan Perpustakaan kerana
dengan usaha gigih jawatankuasa maka terhasilnya buku panduan perpustakaan ini.
Usaha menerbitkan buku ini tercetus dari rasa tanggungjawab untuk memastikan
Perpustakaan PJK menjadi pusat tumpuan utama bagi pelajar memperoleh sumber
rujukan selaras dengan misi PJK berperanan sebagai pusat rujukan dalam bidang
Agroteknologi dan Bio-Industri.
Diharapkan juga buku panduan ini menjadi sumber rujukan utama kepada semua
pelajar sepanjang tempoh pengajian di PJK terutamanya apabila berurusan dengan
perpustakaan bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Ts. WAN AZLAN BIN WAN ISMAIL
Pengarah
Politeknik Jeli, Kelantan
Page 5
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PENDAHULUAN
Buku Panduan Perpustakaan Politeknik Jeli, Kelantan (PJK) tahun 2020 telah berjaya
disediakan kepada semua pengguna perpustakaan PJK terutamanya pelajar sebagai
maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu
dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di PJK.
Objektif Buku Panduan ini adalah untuk memastikan perpustakaan diurus secara
sistematik dan memberi perkhidmatan yang berkesan serta dapat memenuhi kehendak
dan keperluan “stakeholder”.
Dengan mematuhi Buku Panduan ini, adalah dijangkakan perpustakaan PJK dapat
memainkan peranan sebagai Pusat Kecemerlangan Sumber Ilmu dalam bidang
Akgroteknologi dan Bio Industri dengan lebih berkesan.
Pembentukan Pusat Kecemerlangan Sumber Ilmu dalam pelbagai bidang perkara akan
memperkukuhkan lagi prasarana ilmu dan maklumat kebangsaan dalam negara untuk
diakses oleh seluruh warga PJK.
NORMAWATI BINTI MD ZAIN
Ketua Pengarang
Jawatankuasa Buku Panduan Perpustakaan
Page 6
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
JAWATANKUASA BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
Ts. Hj Wan Azlan Bin Wan Ismail - Penasihat
En Mohd Noor bin Salleh - Timbalan Penasihat
Normawati binti Md Zain - Ketua Pengarang
En Irozi bin Ismail - Penyunting/Editor I
Wan Nor Afzan binti Mohd Azmi - Penyunting/Editor II
Nur Nashiriena binti Mohd Nasir - Ahli
Auni binti Baharuddin - Ahli
Norshuhada binti Isa - Setiausaha
GAMBAR BANGUNAN POLI
Page 7
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
LATAR BELAKANG
Perpustakaan Politeknik Jeli (PJK) ditubuhkan serentak dengan penubuhan PJK pada
1 April 2007 di bagunan Perpustakaan Politeknik Kota Bharu, Kelantan.Namun ker-
ja-kerja pengkelasan dan pengkatalogan hanya dilakukan pada awal 2013. Se-
hingga kini, Perpustakaan PJK telah mempunyai koleksi bahan rujukan lebih ku-
rang 20,000 yang dikelaskan menggunakan Sistem Pengkelasan Library of Con-
gress (LCC). Kapasiti perpustakaan untuk pengguna adalah seramai 300 orang.
Page 8
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran serta penyelidikan melalui
teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa professional.
VISI
Membina koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang
efesien, sistematik dan mesra pelanggan.
OBJEKTIF
1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan
sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program yang
ditawarkan di Politeknik.
2. Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan
perkembangan teknologi maklumat.
3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat cintakan
perpustakaan dan membudayakan ilmu.
4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya
saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
Page 9
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PIAGAM PELANGGAN
Kami beriltizam dan berjanji akan:-
1. Memberikan perkhidmatan peminjaman, pemulangan dan pembaharuan
koleksi dalam tempoh (1) minit.
2. Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar
peruntukkan yang diluluskan.
3. Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi
kehendak pelanggan.
4. Memastikan susunatur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik
bagi memudahkan dapatan kembali.
Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklum balas
serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.
GAM- BAR
RAK BUKU
PELA-
&
JAR
Page 10
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
CARTA ORGANISASI PERPUSTAKAAN
PENGARAH
(DH54)
TIMBALAN PENGARAH
(DH52)
PENOLONG PUSTAKAWAN
(S29)
PEMBANTU PEMBANTU
PERPUSTAKAAN PERPUSTAKAAN
(S19) (S19)
PEMBANTU
OPERASI
(N11)
Page 11
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
1. Koleksi –koleksi yang terkumpul di Perpustakaan PJK terbahagi kepada bahan
bercetak dan bahan tidak bercetak dengan mengutamakan empat (4) bidang yang
utama, iaitu:
(a) Agroteknologi
(b) Akuakulutur
(c) Pengajian Malaysia
(d) Matematik, Sains & Komputer
2. Jenis-jenis bahan adalah seperti berikut:
- Koleksi bahan bercetak
BIL JENIS BAHAN
1. Monograf (buku pembelian dan sumbangan)
2. Terbitan Berkala
a. Majalah
b. Jurnal
c. Surat khabar
3. Koleksi Khas PJK
4. Koleksi Terhad
a. Kertas soalan peperiksaan
b. Peta
5. Laporan-laporan dan lain-lain
a. Laporan Tahunan Firma/Bank/Badan Berkanun
b. Berita/Warta dan lain-lain Bahan Penerbitan Kerajaan/Swasta/Badan
Berkanun
c. Risalah
d. Prospektus Universiti
Page 12
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
- Koleksi bahan tidak bercetak
BIL JENIS BAHAN
1. Audio CD
2. Audio VCD
3. CD
4. VCD
GAM- BAR CD
Page 13
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan PJK adalah seperti
berikut:
1. Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan
Pengguna yang telah berdaftar ahli perpustakaan layak meminjam bahan- bahan
daripada koleksi rak terbuka (open shelf) untuk pinjaman. Semua urusan
pinjaman dan pemulangan adalah menggunakan kad pengenalan, peminjam
dikehendaki memulangkan bahan yang dipinjam sebelum atau pada tarikh
pemulangan. Denda akan dikenakan bagi bahan yang lewat dipulangkan.
2. Perkhidmatan Tempahan
Tempahan bahan boleh dilakukan secara dalam talian/di kaunter sirkulasi. Satu
borang permohonan akan dikeluarkan dan diisi oleh pengguna. Bahan yang
ditempah akan disimpan dan diberikan kepada pengguna lain atau disusun
kembali di rak sekiranya tidak dituntut. Tempahan dan pembaharuan buku
hanya diberikan sekali (1) sahaja.
3. Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat
Perkhidmatan ini disediakan di kaunter sirkulasi. Khidmat ini disediakan bagi
membantu pengguna mengatasi masalah menggunakan perpustakaan. Antara
lain khidmat ini dapat memberi panduan pencarian bahan maklumat,
menggunakan
kemudahan serta pandu arah di perpustakaan. Pengguna juga boleh memb u a t
pertanyaan melalui telefon, email atau surat. Pengguna juga boleh
merujuk jadual pengkelasan buku di setiap sisi rak.
Page 14
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
4. Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
Perkhidmatan ini terbuka kepada kakitangan Politeknik Jeli sahaja. Permohonan
Ini boleh dibuat kepada Penolong Pustakawan. Tempoh pinjaman adalah selama
tiga (3) hari sahaja. Sekiranya bahan yang dipinjam hilang, pengguna mesti
mengganti bahan tersebut mengikut polisi penggantian kehilangan yang
ditetapkan oleh perpustakaan tersebut.
GAMBAR BOOKDROP N SELFCHECK
Page 15
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
WAKTU PERKHIDMATAN
Ahad hingga Rabu
8.30 pagi - 4.30 petang
Khamis
8.30 pagi - 1.00 petang
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum dan Kelepasan Am
Ditutup
GAMBAR DEPAN LIBRARY
Page 16
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN
1. Ruang Bacaan
Perpustakaan menyediakan sebanyak 320 tempat duduk, 10 sofa, dan 4
bean bag di ruang legar perpustakaan.
2. Sudut Sumber Media
Sudut ini boleh memuatkan seramai 20 orang pengguna pada satu-satu masa.
Penggunaan komputer adalah percuma dan tiada had masa penggunaannya.
3. Sudut Karel
Perpustakaan menyediakan 40 meja karel yang terletak di ruangan rak terbuka.
4. Perkhidmatan Fotokopi/Percetakan
Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk pengguna membuat salinan kertas
peperiksaan sahaja. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.
5. Internet Tanpa Wayar
Akses internet tanpa wayar disediakan diseluruh bangunan perpustakaan.
Pengguna dikehendaki mendaftar dengan UICT untuk mendapatkan kata nama
dan kata laluan. Borang boleh didapati di kaunter sirkulasi.
Page 17
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
KATEGORI KEAHLIAN
1. Pelajar
2. Pensyarah
3. Kakitangan Sokongan
4. Kelab Rakan Perpustakaan
PENDAFTARAN KEAHLIAN
1. Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Politeknik Jeli, Kelantan.
2. Untuk pendaftaran keahlian seseorang itu perlu
* Mengisi borang keahlian.
* Satu (1) keping gambar berukuran passport.
3. Tiada yuran dikenakan untuk pendaftaran.
POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
1. Peminjaman bahan perpustakaan adalah mengikut kategori keahlian.
2. Bahan perpustakaan yang telah tamat tempoh peminjaman harus
dikembalikan kepada perpustakan pada tarikh yang ditetapkan.
3. Pembaharuan pinjaman bahan perpustakaan hanya boleh dilakukan sekali
sahaja selepas tempoh tamat peminjaman.
Page 18
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
POLISI PEMINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
DENDA LEWAT PEMULANGAN BAHAN PERPUSTAKAAN / BAHAN
PERPUSTAKAAN HILANG
1. Denda bagi ahli yang tidak memulangkan buku selepas tarikh peminjaman
tamat ialah RM 0.10 sehari.
2. Ahli yang tidak memulangkan buku selepas tamat tempoh pinjaman akan
diberi surat peringatan melalui Ketua Jabatan/Unit atau Penasihat Akademik
masing-masing.
3. Ahli yang menghilangkan atau merosakkan bahan perpustakaan dikehendaki
mengganti bahan yang hilang atau yang rosak dengan mennggung semua kos
terlibat.
4. Denda dibayar di Unit Kewangan.
5. Pengguna yang belum mengembalikan serta membayar denda tidak
dibenarkan meminjam buku dan keputusan peperiksaan akan ditahan.
6. Untuk kes-kes gagal menyelesaikan denda,tindakan yang boleh dikenakan
adalah :
* Ditahan keputusan peperiksaan.
* Digugurkan keahlian perpustakaan secara automatik.
* Ditahan diploma graduan bagi pelajar yang telah tamat pengajiannya.
Page 19
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
POLISI PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
PERATURAN PINJAMAN
KATEGORI JENIS KUANTITI TEMPOH DENDA
(hari)
Lewat/Hari Rosak Hilang
Bekerja
Pelajar Monograf 5 14 Harga dan kos Harga dan kos
RM 0.10 Pembelian Pembelian
semasa semasa
Multimedia Rujukan di perpustakaan sahaja
Terbitan Berkala
Laporan Akhir
Projek
Rujukan
Harga
Staf Monograf 10 30 RM 0.10 Harga dan kos Pembelian dan
Akademik 2
Multimedia Pembelian kos semasa
dan Terbitan Berkala
Sokongan semasa
Akademik
14
Laporan Akhir Rujukan di perpustakaan sahaja
Projek
Rujukan
Page 20
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua warga PJK sahaja.
2. Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kad pelajar dan kad 3.
pengenalan /staf pengguna yang lain.
3. Pengguna diwajibkan memakai kad pelajar/kad staf semasa masuk dan berada
dalam perpustakaan.
4. Pengguna mesti mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Pelajar PJK.
5. Pengguna hanya dibenarkan membawa buku, nota, alat tulis, komputer riba,
dompet, telefon bimbit dan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
barang-barang lain perlu disimpan di rak yang disediakan.
6. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa perpustakaan ditutup
boleh disemak di kaunter perpustakaan.
7. Pengguna mestilah patuh kepada arahan SENYAP di perpustakaan.
8. Pengguna dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di troli.
9. Pengguna telefon bimbit dalam mode senyap adalah dibenarkan di dalam
perpustakaan tetapi percakapan melalui telefon adalah tidak dibenarkan.
10. Pelajar yang menangguh pengajian, menarik diri, berhenti atau tamat belajar
dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam.
11. Pelajar dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum cuti
semester bermula. Semasa cuti semester pelajar tidak dibenarkan meminjam
bahan perpustakaan.
12. Semua kakitangan yang bercuti/berkursus panjang, berpindah, dan sambung
belajar mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum pergi.
Page 21
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PERATURAN PERPUSTAKAAN
13. Pihak perpustakaan berhak memeriksa buku, fail, atau bahan-bahan lain yang
ingin dibawa keluar dari bangunan perpustakaan.
14. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan penggunaan komputer di
perpustakaan.
13. Pengguna dilarang menempah tempat duduk. Pengguna lain berhak
menggunakan mana-mana tempat duduk yang ditinggalkan kosong.
14. Pihak perpustakaan tidak menyediakan perkhidmatan photostat. Pengguna yang
membuat salinan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara
yang berkaitan dengan AKTA HAK CIPTA.
15. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan
barang-barang persendirian semasa berada di dalam perpustakaan.
16. Larangan semasa berada di perpustakaan:
Membawa keluar apa-apa bahan perpustakaan tanpa pinjaman yang
sah.
Membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh
pemulangannya.
Membuat bising/menggangu pengguna lain.
Makan/minum/merokok.
GAMBAR BANGUNAN POLI
Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot, rak buku dan
kaunter pinjaman.
Membuang sampah di merata-rata tempat
Menconteng/mengoyak/merosakkan bahan dan peralatan
perpustakaan.
Page 22
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PERATURAN PERPUSTAKAAN
Bertengkar/bergaduh.
Mencuri harta benda perpustakaan.
Tidur.
Berkelakuan tidak senonoh.
Memakai selipar.
19. Pelajar semester akhir yang tidak menjelaskan denda/memulangkan bahan
yang dipinjam apanila tamat pengajian, akan ditahan diploma Politeknik.
20. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan perpustakaan akan
dikenakan salah satu atau lebih tindakan di bawah :
Amaran.
Denda sebanyak RM50.00
21. Semua pengguna adalah tertakluk kepada peraturan dan staf diberi kuasa
untuk melaksanakan peraturan perpustakaan.
22. Peraturan-peraturan perpustakaan tertakluk kepada pindaan dari semasa
ke semasa.
Page 23
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
ETIKA DIPERPUSTAKAAN
KOD ETIKA PENGGUNA
1. Mematuhi arahan dan peraturan perpustakaan.
2. Berpakaian mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh Politeknik.
3. Menjaga suara, tingkah laku dan tatatertib.
4. Bertanggungjawab ke atas harta perpustakaan.
5. Bersikap amanah terhadap bahan yang dipinjam.
6. Menepati masa/tempoh pinjaman.
ETIKA MEMASUKI PERPUSTAKAAN
1. Sentiasa memakai/mempamerkan kad pelajar/staf.
2. Mematikan/menyahaktifkan bunyi telefon bimbit dan menyimpannya di tempat
yang selamat dan tersembunyi.
3. Tidak membawa masuk makanan/minuman.
4. Menyimpan barangan/peralatan persendirian di tempat simpanan barang yang
disediakan.
Page 24
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
ETIKA KETIKA BERADA DI DALAM PERPUSTAKAAN, MERUJUK,
MEMINJAM DAN MEMULANG BAHAN PERPUSTAKAAN.
1. Menjaga tingkah laku, suara dan patuh kepada arahan senyap.
2. Tidak mengalih peralatan dan perabot dari tempat yang sepatutnya.
3. Tidak mengotor, mengoyak dan merosakkan bahan/koleksi.
4. Tidak makan dan minum dalam perpustakaan.
5. Tidak berbincang secara berpasangan lelaki dan perempuan dengan cara yang
tidak tertib.
6. Memelihara susunan buku di rak ketika buku di ambil dari raknya.
7. Bertanggungjawab, amanah dan memelihara bahan yang disimpan dari sebarang
kerosakan dan kehilangan.
8. Memulangkan bahan yang dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan.
9. Bertanggungjawab menggantikan bahan yang hilang dengan yang baru atau
membayar ganti rugi.
ETIKA KETIKA KELUAR DARI PERPUSTAKAAN
1. Mengemas kembali kerusi dan meja selepas menggunakannya.
2. Memastikan bahan yang akan dibawa keluar dipinjam secara sah.
3. Keluar dan masuk melalui pintu yang ditetapkan.
4. Memastikan barangan milik peribadi tidak ditinggalkan di perpustakaan.
Page 25
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Sila kemukakan kepada:
Perpustakaan
Politeknik Jeli, Kelantan
Jalan Raya Timur-Barat,
17600 Jeli
Kelantan Darul Naim
Tel :09-944 3600
Samb.
655 (Penolong Pustakawan)
656 (Pembantu Pustakawan)
649 (Kaunter Sirkulasi)
Faks : 09-946 2802
BIBLIOGRAFI
Garis Panduan Perpustakaan Khusus, Edisi.2, Kuala Lumpur; Perpustakaan Negara
Malaysia, 2010
Buku P:anduan Pelajar Politeknik Jelii, Kelantan; Politeknik Jeli ,2014
Norasiah Hj Harun, 2006.Panduan Asas Penubuhan Perpustakaan, Selangor:UiTM
Perkhidmatan Perpustakaan Digital Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur;
Perpustakaan Negara Malaysia.