The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYUHADA' HASSAN, 2018-04-30 04:07:34

IHTIFAL ULUL ALBAB DAN NADWAH ISLAMIAH 2018

MRSM SE-MALAYSIA
ZON BARAT

BUKU SYARAT PERTANDINGAN

IHTIFAL ULUL ALBAB
MRSM SEMALAYSIA

(ZON BARAT)
2018

KATEGORI MRSM ULUL ALBAB

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERTANDINGAN MUKA SURAT

1. HAFAZAN ULUL ALBAB 3-7
2. LIGA HUFFAZ 8-12
3. INOVASI MUSLIM 13-15
4. PIDATO BAHASA ARAB 16-19
5. PERTANDINGAN TARANNUM & TAFSIR 20-24
6. MURATTAL AL-QURAN 25-28
7. WACANA ENSIKLOPEDIK (VIDEO) 29-31
8. TARANNUM JAMAIE (VIDEO) 32-35
9. KALAM JAMAIE (VIDEO) 36-41
10. MULTIMEDIA DAKWAH (VIDEO) 42-44
11. NASYID 45-47

2

HAFAZAN
AL-QURAN
ULUL ALBAB

3

FORMAT PERTANDINGAN
MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN

IHTIFAL ULUL ALBAB MRSM SEMALAYSIA 2018

KATEGORI :

1) 1 – 10 JUZUK & TARANNUM (LELAKI)
2) 1 – 10 JUZUK & TARANNUM (PEREMPUAN)
3) 1 – 20 JUZUK (LELAKI TERBUKA)
4) 1 – 20 JUZUK (PEREMPUAN TERBUKA)
5) 1 – 30 JUZUK & TAFSIR (TERBUKA)

PENYERTAAN :

MAKTAB RENDAH SAINS MARA
1) MRSM KOTA PUTRA
2) MRSM GEMENCHEH
3) MRSM KEPALA BATAS
4) MRSM SUNGAI BESAR
5) MRSM SEMPORNA
6) MRSM MINI ULUL ALBAB

JEMPUTAN
1. ______________________
2. ______________________
3. ______________________
4. ______________________

4

1. Syarat-Syarat Pertandingan
i. Peserta terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
ii. Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar MRSM yang menuntut di MRSM tersebut.
iii. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kategori pertandingan sahaja.
iv. Kategori yang akan dipertandingkan adalah 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk.
v. Penyertaan adalah seperti berikut:

Kategori MRSM Ulul Albab Penyertaan Jemputan
MRSM Mini Ulul Albab -
1-10 Juzuk & -
Tarannum(L) (TERBUKA)

1-10 Juzuk & 2 peserta lelaki Seorang peserta sahaja
Tarannum(P) 2 peserta perempuan sama ada lelaki atau
perempuan

1-20 Juzuk (L) 2 peserta lelaki Seorang peserta sahaja 1 peserta lelaki
1-20 Juzuk (P) 2 peserta perempuan sama ada lelaki atau
perempuan 1 peserta perempuan
1-30 Juzuk & 2 orang peserta 1 peserta lelaki dan
Seorang peserta sahaja 1 peserta perempuan
Tafsir(Terbuka) lelaki atau perempuan sama ada lelaki atau
perempuan

vi. Maktab yang tidak dapat menghantar peserta bagi setiap kategori adalah dibenarkan.
vii. Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya terbatal.
viii. Pakaian baju melayu kebangsaan bagi lelaki dan baju kurung/jubah bagi perempuan.

2. Bentuk Ujian

I. Setiap peserta diuji hafazan Al-Quran melalui beberapa potongan ayat daripada juzuk-juzuk yang
ditetapkan.

II. Peserta dikehendaki mempersembahkan bacaan hafazannya mulai daripada ayat-ayat yang
dikemukakan mengikut arahan Hakim Fatih.

3. Pilihan dan Penentuan Ayat

I. Setiap peserta dikehendaki memilih satu sampul surat yang mengandungi ayat-ayat yang
ditentukan.

II. Peserta akan diuji dengan soalan hafazan mengikut kategori seperti berikut:

5

III. Setiap peserta mengetahui ayat-ayat yang dipilihnya setelah ayat-ayat itu dikemukakan
kepadanya oleh Hakim Fatih.

4. Cara Mengemukakan Soalan
I. Hakim Fatih akan mengemukakan soalan dan peserta dikehendaki memulakan bacaan mengikut

arahan Hakim Fatih.
II. Peserta yang melakukan kesilapan bacaan akan ditegur oleh Hakim Munabbih.
III. Hakim Fatih boleh menamatkan bacaan peserta pada bila-bila masa sahaja jika difikirkan perlu.
IV. Hakim Fatih akan membacakan soalan tafsir bagi kategori 1-30 juzuk.
V. Soalan Tarannum akan diundi pada hari pendaftaran.
VI. Muqarrar Tafsir adalah Juzuk 14 menggunakan tafsir pimpinan Ar-Rahman

5. Jenis dan Cara Bacaan

I. Peserta hendaklah membaca riwayat Hafs (Toriq Shatibi).
II. Peserta dikehendaki mempersembahkan hafazan secara tadwir sahaja.
III. Peserta bagi kategori 1-10 Juzuk Lelaki dan Perempuan akan mempersembahkan sekurang-

kurangnya 2 jenis lagu Tarannum.

Sistem pemarkahan
1. 1-10 juzuk

Bahagian Markah
Kelancaran hafazan 50 markah
20 markah
Hukum tajwid 10 markah
Fasohah 10 markah
Tarannum 5 markah
Suara 5 markah

Persembahan

2. 1- 20 Juzuk

Bahagian Markah
Kelancaran hafazan 60 markah
20 markah
Hukum tajwid 10 markah
Fasohah 5 markah
Suara 5 markah

Persembahan

6

3. 1-30 Juzuk

Bahagian Markah
Kelancaran hafazan 50 markah
20 markah
Hukum tajwid 10 markah
Fasohah 10 markah
Tafsir 5 markah
Suara 5 markah

Persembahan

PERINGATAN

Keputusan hakim adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Hafazan Al-Quran Ulul Albab boleh menghubungi
Penyelaras Pertandingan iaitu Ustaz Muhd Taufik bin Che Rush di talian 0132773581

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian): 16 MEI 2018

7

LIGA HUFFAZ
ULUL ALBAB

8

FORMAT PERTANDINGAN
LIGA HUFFAZ

TARIKH CADANGAN : 29 JUN – 2 JULAI 2018
PENYERTAAN : 1) MRSM GEMENCHEH
2) MRSM KOTA PUTRA
3) MRSM KEPALA BATAS
4) MRSM SUNGAI BESAR
5) MRSM SEMPORNA

Syarat-syarat Pertandingan

1) Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kategori pertandingan sahaja.
2) Setiap maktab diminta menyediakan 2 kumpulan liga huffaz yang terdiri daripada 3 orang

peserta bagi setiap kumpulan.
3) Kumpulan pertama diwakili peserta lelaki dan kumpulan kedua diwakili peserta perempuan.
4) Soalan terdiridaripada 5 bahagian iaitu :

a. Hafazan
i. Dari Juzu’ 1 sehingga Juz’ 7

b. Terjemahan ayat, lafazkan ayat al-Quran berdasarkan terjemahan dan Soalan Ayat
Hukum
i. Surah Al-Baqarah dan Surah Ali Imran.

c. Kisah-kisah dalam Al-Quran.
i. Surah Al-Baqarah dan Surah Ali Imran.

d. Soalan berkaitan Sains Al-Quran.
i. Juzu’ 1 hingga juzu’ 30

e. Asbabul Nuzul

i. Juzu’ 1 hingga juzu’ 3.

f. Hafazan Hadis

9

i. Hadis Tingkatan 1-3 sahaja.

5) Bacaan Al-Quran hendaklah menggunakan qiraat Hafs an Asim.

6) Mashaf terjemahan Al-Quran yang dicadangkan untuk digunakan sebagai rujukan bagi melihat
terjemahan ayat, kisah-kisah dalam Al-Quran dan hukum-hakam dalam al-Quran adalah
menggunakan (AL-QURAN TAJWID DAN TERJEMAHAN: Beserta Asbabun Nuzul,Hadith Sahih
dan Indeks Tematik ;Penerbit HUMAIRA BOOKSTORE ENTERPRISE).

Perjalanan pertandingan

1) Kedudukan peserta adalah seperti berikut: HUFFAZ B
HUFFAZ A (PEREMPUAN)
(LELAKI)

 Setiap pasukan akan diundi bagi menentukan nombor kumpulan.

2) Bagi setiap kumpulan liga pertandingan akan berlangsung dalam 3 pusingan sebagaimana
berikut :

Pusingan 1 Kumpulan 1 vs Kumpulan 2
Pusingan 2 Kumpulan 3 vs Kumpulan 4
Pusingan 3 Kumpulan 1 vs Kumpulan 3
Pusingan 4 Kumpulan 2 vs kumpulan 4
Pusingan 5 Kumpulan 1 vs kumpulan 4
Pusingan 6 Kumpulan 2 vs kumpulan 3

3) Peringkat separuh akhir juara kumpulan liga akan bertemu naib juara bagi memilih
kumpulan yang akan bertemu di peringkat akhir.

Separuh Akhir Juara HUFFAZ A vs Naib Juara HUFFAZ B
Akhir Juara HUFFAZ B vs Naib Juara HUFFAZ A
Dua kumpulan juara pada peringkat separuh akhir akan
bertemu di peringkat akhir.

4) Perlawanan akan dimulakan dengan mempersilakan dua kumpulan yang diundi awal.

10

5) Dua kumpulan yang bertanding akan duduk di hadapan. Seterusnya soalan akan
dikemukakan oleh hakim.

6) 21 soalan akan dikemukakan dalam setiap pusingan. Berikut adalah senarai tertib soalan
yang akan dikemukakan:
i) Soalan Hafazan : Setiap ahli dalam kedua-dua kumpulan akan disoal dengan soalan
hafazan. Setiap soalan hafazan adalah sebanyak lima baris sahaja.
ii) Soalan Terjemahan Ayat, lafazkan ayat Al-Quran berdasarkan ayat dan Soalan Ayat
Hukum : Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan diundi samada mendapat soalan
terjemahan Bahasa Melayu, beri ayat Al-Quran atau ayat hukum. Tiga soalan ini
adalah bagi setiap kumpulan.
iii) Soalan Kisah Al-Quran: Setiap kumpulan akan dibacakan satu soalan kisah Al-Quran
dan satu soalan yang terakhir adalah soalan rebutan. Terbuka kepada mana-mana
ahli yang ingin menjawab.
iv) Soalan Sains Al-Quran : Setiap kumpulan akan dibacakan satu soalan Sains Al-Quran
dan satu soalan yang terakhir adalah soalan rebutan. Terbuka kepada mana-mana
ahli yang ingin menjawab.
v) Asbabul nuzul : Setiap kumpulan akan dibacakan satu soalan asbabun nuzul dan satu
soalan terakhir adalah soalan rebutan. Terbuka kepada mana-mana ahli yang ingin
menjawab.

Sistem Pemarkahan

1) Bagi soalan wajib ( hafazan ) 10 saat akan diberikan untuk peserta memulakan
jawapan. Markah penuh bagi soalan hafazan ialah 20 markah.Peserta akan dinilai
berdasarkan kelancaran/fasohah dan tajwid mengikut skema pemarkahan syafawi Al-
Quran.Sekiranya peserta dapat menjawab dengan tepat 20 markah akan diberikan.
Sekiranya peserta tidak dapat menjawab soalan rakan sekumpulan dibenarkan
menjawab dan sekiranya betul markah maksima adalah 10 markah sahaja. Sekiranya
rakan tidak dapat membantu soalan seterusnya akan dibaca untuk kumpulan lawan.

2) Bagi soalan undian setiap ahli wajib menjawab soalan yang telah diundi dan soalan
tidak akan dibuka kepada rakan dan kumpulan lawan sekiranya beliau tidak dapat
menjawab soalan.

3) Bagi soalan rebutan, kumpulan yang pantas menekan loceng akan dibenarkan
menjawab soalan. 10 saat akan diberikan untuk kumpulan memulakan bacaan
jawapan. Sekiranya kumpulan dapat menjawab soalan dengan tepat 10 markah akan
diberikan. Sekiranya kumpulan tersebut tidak dapat menjawab soalan, markah akan
dipotong 2 markah tetapi soalan yang sama akan berpindah kepada kumpulan kedua.
Sekiranya kumpulan kedua dapat menjawab dengan baik 5 markah akan
diberikan.Jika kedua-dua kumpulan tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan
soalan seterusnya akan dibaca.

4) Setiap jawapan yang kurang tepat akan dipotong 1 atau 2 markah.
5) Markah setiap pusingan akan dicampur untuk memilih juara kumpulan.

11

PERINGATAN
1. Keputusan hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Liga Huffaz boleh menghubungi
Penyelaras Pertandingan iaitu Ustaz Mohd Syahir bin Ab Kadir di talian 013-6376634.
Setiap jawapan yang kurang tepat mungkin akan dipotong 1 atau 2 markah.
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018

12

INOVASI
MUSLIM

13

FORMAT PERTANDINGAN
INOVASI MUSLIM

TARIKH CADANGAN : 29 JUN- 2 JULAI 2018
PENYERTAAN : SEMUA MRSM ZON BARAT

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

I. Setiap maktab WAJIB menghantar SATU penyertaan sahaja. (Individu atau berkumpulan tidak
lebih daripada 2 orang pelajar).

II. Hasil inovasi adalah bertemakan ‘PDP PEN.ISLAM’ yang menekankan kepada Inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Subjek Pendidikan Islam

III. Hasil inovasi mestilah asli. Plagiat adalah dilarang. Produk yang dipertandingkan di mana-
mana pertandingan sebelum ini adalah layak untuk dipertandingkan.

IV. Semua kos dan keperluan bagi pertandingan ini perlu ditanggung oleh pihak maktab masing-
masing. Pihak penganjur hanya akan menyediakan MEJA PAMERAN sahaja.

V. Hasil inovasi beserta poster penerangan perlu dipamerkan semasa sesi penghakiman
berlangsung.

VI. Peserta akan diberikan masa sehari sebelum penghakiman bagi menyediakan kawasan
pameran peserta dan peserta akan mempamerkan hasil inovasi sepanjang hari pertandingan.

VII. Kegagalan peserta untuk berada di tempat pameran akan menyebabkan penyertaan peserta
terbatal.

VIII. Masa untuk pembentangan adalah selama 5-10 minit sahaja.
IX. Pihak tuan rumah tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian peserta di dalam memastikan
hasil inovasi berada di dalam keadaan yang selamat dan terkawal.

KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Kecenderungan Inovasi (30 markah)

Kreativiti idea reka bentuk dalam mempersembahkan kaedah baru atau diperbaiki fungsinya yang
memberi manfaat dalam penggunaan umat Islam.

2. Kecenderungan Fungsi (20 markah)

Kekuatan bagi memenuhi sasaran fungsi, keperluan semasa dan penyelesaian masalah umat Islam.

14

3. Memaparkan Kekuatan Kualiti Dengan Sendiri (20 markah)
Idea reka bentuk/ inovasi dapat menerangkan kecemerlangan pembuatan, rupa bentuk,
penggunaan bahan dan teknologi.

4. Ciri-ciri Ekologi (10 markah)
Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada produk, sama ada melibatkan pengguna atau
persekitaran. (contoh : pemilihan bahan untuk kesesuaian kitar semula, pengurangan
pencemaran alam sekitar, penjimatan sumber tenaga dan lain-lain.

5. Kualiti Persembahan (20 markah)
Kekuatan keseluruhan bahan persembahan yang merangkumi kualiti model, prototaip, penulisan,
poster,pembentangan serta kemampuan menjawab dalam sesi soal jawab.
*Poster
Item yang wajib dipaparkan :
i. Abstrak
ii. Problem Statement ( isu yang timbu lmenyebabkan inovasi ini dilakukan)
iii. Objektif
iv. Fungsi
v. Perbandingan dengan produk sedia ada. (Kos, kualiti dsb)

PERINGATAN

1. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Inovasi Muslim boleh menghubungi Penyelaras
Pertandingan En. Mohd Dzulkifli bin Mahat di talian 013-5206622
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018

15

PIDATO
BAHASA ARAB

16

FORMAT PERTANDINGAN
PIDATO BAHASA ARAB

TARIKH CADANGAN : 29 JUN-2 JULAI 2018
KATEGORI
PENYERTAAN : Menengah Rendah & Menengah Atas

PENYERTAAN: : Menengah Rendah : 2 orang wakil (Lelaki & Perempuan)

Men Atas : 2 orang wakil (Lelaki & Perempuan)

1. Penyertaan diwajibkan kepada semua MRSM UA untuk menghantar 2 orang peserta bagi kategori
Menengah Rendah katogeri Menengah Atas.
2. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kategori pertandingan sahaja.

TEMA:

“GENERASI AL QURAN ASAS KEPIMPINAN RABBANI”

UNDIAN GILIRAN

1) Undian giliran pasukan hendaklah dibuat serentak semasa pendaftaran yang ditentukan oleh
jawatankuasa pertandingan.

2) Peserta hendaklah memilih sendiri nombor undian.
3) Sekiranya peserta atau wakil peserta, hadir lambat atau tiada di tempat undian, maka undian

akan dibuat oleh jawatankuasa penganjur.

PERATURAN PEMARKAHAN:

1. Peraturan Pemarkahan Pidato
- Pembahagian markah :

i. Isi (25 markah)
 Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan
bahan-bahan yang tepat serta logik, termasuk penghuraiannya.
 Panduan pemarkahan: [Rujuk borang pemarkahan].
 Isi yang diperlukan ialah sebanyak 5 isi.

17

ii. Bahasa (20 markah)
iii.  Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat
(struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada
maksud yang hendak disampaikan.


Penyampaian (45 markah)

 Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada
serta persembahan yang meyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang
menarik dan susunan idea yang tertib.

iv. Adab (5 markah)

 Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan
menyebabkan kehilangan markah tersebut.

v. Markah bonus (5 markah)

 Pemidato akan di adili dari segi keseluruhan persembahan dan
perawakannya.
 Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama,

maka untuk menentukan pemenangnya hendaklah diambil kira siapa yang
mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan cara
penyampaian. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, cara
penyampaian dan bahasa dijadikan asas penentuan.

vi. Panduan Kepada Jemaah Hakim:
 Pemidato-pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data
dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya;
persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang
meyakinkan; penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas; dan gaya
bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk
mendapat sokongan penonton-penonton melalui tepuk sorak.
 Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka
semasa berpidato akan dipotong markah.
 Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan
bahasa atau tutur kata yang kurang sopan.

KAEDAH PERTANDINGAN

1) Pemidato akan diberi masa selama 7 minit sahaja untuk berpidato.
2) Loceng akan dibunyikan sekali ketika 1 minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan

dua kali apabila masa tamat.

18

3) Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan markah tidak akan
diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih berpidato selepas masa tamat.

4) Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang sama sekali
5) Pengerusi majlis berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan di atas.
6) Peserta hanya boleh memulakan pidato mereka setelah menerima kebenaran daripada hakim

untuk memulakannya.
7) Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan tiga puluh minit (30 minit) lebih awal untuk

tujuan pengesahan pertandingan
8) Setiap peserta perlu menghantar salinan teks pidato kepada pihak penganjur pada hari

pendaftaran.
9) Keputusan panel hakim adalah muktamad. Segala bentuk rayuan dan bantahan sama ada

dalam bentuk lisan atau penulisan tidak dilayan sama sekali.
10) Pihak penganjur berhak terhadap sebarang perubahan dalam corak dan syarat pertandingan

bagi memastikan kelancaran pertandingan.

PERINGATAN

1. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Segala bentuk rayuan dan bantahan sama ada
dalam bentuk lisan atau penulisan tidak dilayan sama sekali.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Pidato Bahasa Arab boleh menghubungi
penyelaras pertandingan iaitu Ustaz Ahmad Nordinie Bin Isa di talian 0193155713.
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 MEI 2018

19

TARANNUM
&

TAFSIR

20

FORMAT PERTANDINGAN
PERTANDINGAN TARANNUM & TAFSIR

TARIKH CADANGAN : 29 JUN- 2 JULAI 2018
KATEGORI : LELAKI & PEREMPUAN
PENYERTAAN : 2 ORANG BAGI SETIAP KATEGORI DARI SEMUA MRSM

Peraturan Umum Ujian Tilawah & Tafsir Al-Qur’an.

1. Penyertaan :
1.1 Peserta terbuka kepada semua pelajar Islam lelaki dan perempuan yang sedang menuntut di
MRSM sahaja.
1.2 Semua maktab diwajibkan untuk menghantar wakil maktab masing-masing.
1.3 Penyertaan adalah secara berpasukan (2 orang). Peserta pertama dikehendaki menyampaikan
bacaan tilawah al-Quran bertarannum dan peserta kedua menyampaikan tafsiran ayat-ayat
yang telah disampaikan oleh peserta pertama.
1.4 Setiap maktab hendaklah menghantar 2 pasukan (1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan)
1.5 Peserta WAJIB menguasai terjemahan dan tafsir ayat yang dibaca.
1.6 Salah seorang peserta, samada peserta tarannum atau peserta tafsir adalah
merupakan peserta pidato bahasa arab
1.5 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

2. Peraturan KHAS untuk peserta perempuan:
2.1 Sekiranya peserta pertama (Qari’ah) mengalami uzur sya’ie, peserta dibenarkan untuk bertukar
kategori dengan peserta kedua dalam pasukan yang bebas daripada uzur syar’ie.
2.2 Oleh itu, setiap peserta dalam pasukan bagi pertandingan Tilawah al-Quran dan tafsir hendaklah
terlatih bagi dua-dua acara untuk menghadapi sebarang pertukaran.

3. Pakaian :
3.1 Pakaian peserta lelaki, baju melayu yang lengkap bersamping dan bersongkok.
3.2. Pakaian peserta perempuan, baju kurung atau jubah dan bertudung.

21

4. Undian Giliran
4.1 Undian giliran pasukan akan ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan;
4.2 Peserta hendaklah memilih sendiri nombor undian.
4.3 Sekiranya peserta atau wakil peserta, hadir lambat atau tiada ditempat undian, maka undian akan

dibuat oleh jawatankuasa penganjur.

5. Undian Ayat dan Kumpulan
5.1 Setiap peserta akan diberikan senarai surah dan nombor ayat untuk persediaan tiga minggu

sebelum pertandingan.
5.2 Setiap peserta akan mengundi dengan memilih satu sampul surat yang mengandungi juzuk, surah

dan ayat yang telah ditetapkan.
5.3 Pengundian akan dijalankan sebanyak dua kali:

-Peringkat Awal (undian ayat dan kumpulan dibuat sebelum pertandingan)
-Peringkat Akhir (undian dijalankan selepas keputusan peringkat awal diumumkan)
5.4 Peserta hendaklah memilih sendiri nombor undian.
5.5 Sekiranya peserta atau wakil peserta, hadir lambat atau tiada di tempat undian, maka undian akan
dibuat oleh jawatan kuasa penganjur.

6. Aturcara Pertandingan
6.1 Pertandingan ini dijalankan secara berperingkat iaitu peringkat awal (kumpulan) dan peringkat

akhir.
6.2 Pembahagian kumpulan adalah seperti berikut:

KUMPULAN LELAKI

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4
13 pasukan 13 pasukan 13 pasukan 13 pasukan

22

KUMPULAN PEREMPUAN

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4
13 pasukan 13 pasukan 13 pasukan 13 pasukan

6.3 Pemenang tempat pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat akhir (8
pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan).

7. Masa bacaan (Tilawah)

7.1 Masa bacaan bagi setiap peserta tilawah ialah 8 minit.
7.2 Peserta boleh membaca seberapa banyak ayat asalkan tidak melebihi jangka masa 8 minit.
7.3 Penilaian dan pemarkahan hanya akan dikira sepanjang 8 minit tersebut. Markah tidak akan dikira

selepas 8 minit berlalu.
7.4 Loceng pertama akan dibunyikan pada minit yang ke 7 dan loceng kedua akan dibunyikan pada

minit yang ke 8.

Masa bacaan (Tafsir)

7.5 Masa huraian tafsir bagi setiap peserta kedua ialah 3 minit.
7.6 Peserta kedua hendaklah menghuraikan tafsir bagi ayat-ayat yang telah dibaca oleh peserta

pertama.
7.7 Penilaian dan pemarkahan hanya akan dikira sepanjang 3 minit tersebut. Markah tidak akan dikira

selepas 3 minit berlalu.
7.8 Loceng pertama akan dibunyikan menandakan bermulanya masa persembahan huraian tafsir (1

kali).
7.9 Loceng kedua akan di bunyikan pada minit ke 3 sebagai penanda masa tamat (2 kali).

8. Bentuk bacaan

8.1. Peserta wajib membaca secara tartil.
8.2. Bacaan mestilah mengikut riwayat Hafs ‘an A’sim menurut Tariq Syathibie.
8.3. Diwajibkan mempersembahkan tiga alunan lagu dalam bacaan yang dipilih oleh peserta sendiri.

9. Cara Penghakiman

23

9.1 Penghakiman ujian tilawah dan tafsir ini dibahagikan kepada 4 bahagian, dengan pecahan markah
seperti berikut :

i. Tajwid :30 markah

ii. Tarannum :20 markah

iii. Fasohah :15 markah

iv. Suara :5 markah

v. Tafsir :30 markah

BAHAGIAN MARKAH

Isi 15

-Ketepatan, sumber rujukan bagi setiap dalil dan huraian, kaitan 10
dengan ilmu-ilmu seperti Geografi, Sains, Sejarah dan isu-isu 5
semasa. 30
(70+30)=
Gaya Penyampaian 100
markah
Kelancaran

-Tidak melihat teks atau sebarang nota semasa sesi penyampaian

JUMLAH (TAFSIR)

JUMLAH (TARANNUM+TAFSIR)

9.2 Seandainya didapati ada mana-mana pasukan yang mendapat markah yang sama, markah tajwid
akan diambil kira untuk menentukan kemenangan.

PERINGATAN
1. Keputusan hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Tarannum & Tafsir boleh menghubungi Penyelaras
Pertandingan Ustaz Nik Mohd Na’im bin Ahmad Shahimi di talian 019-3998069.
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018.

24

MURATTAL
AL-QURAN

& AZAN

25

FORMAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN
MURATTAL AL-QURAN

( bacaan ala syaikhul qura’ )

TARIKH CADANGAN : 29 Jun- 2 Julai 2018
KATEGORI : LELAKI
PENYERTAAN : SEORANG PESERTA (L) DARI SETIAP MRSM mengikut Zon masing-masing

Pertandingan murattal Al-Quran :

Pembacaan Al-Quran mujawwad melalui tingkatan bacaan Murattal yang mengandungi nilai ilmu
kemahiran membaca,seni lagu Al-Quran (aneka jenis irama) menurut pedoman yang telah ditentukan.

Peraturan Umum Pertandingan Murattal Al-Qur’an.

1. Syarat-Syarat Pertandingan

i. Setiap maktab hendaklah menghantar 1 orang wakil lelaki.
ii. Peserta dikehendaki menyampaikan bacaan Al-Quran secara murattal mujawwad

iaitu meniru gaya bacaan, rentak lagu
bacaan Murattal 3 Syaikh sahaja :
A) Syaikh Maher Al Muaiqly
B) Syaikh Taha Muhammad Junayd
C) Syaikh Masyari Rasyid Al Afasi.

iii. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu pertandingan sahaja.
iv. Peserta dikehendaki mempersembahkan lagu alunan ala shaikh dalam bacaan yang dipilih

oleh peserta melalui undian.
v. Qira’ah yang dibacakan adalah qira’ah Imam Asim riwayat Hafash (toriq as-syatibi) dengan

martabat murattal.
vi. Surah akan ditetapkan oleh penganjur,terdiri dari juzuk 30

1- Surah Al Buruj
2- Surah At Toriq
3- Surah Al Buruj
Azan adalah alunan masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah sahaja.

26

2. Masa Bacaan

i. Masa bacaan bagi setiap peserta murattal ialah 5 minit.
ii. Peserta akan membaca surah yang dipilih sendiri tetapi penentuan cara sheikh (bacaan

murattal) akan diundi.
iii. Penilaian dan pemarkahan hanya akan dikira sepanjang 5 minit tersebut. Markah tidak akan

dikira selepas 5 minit berlalu.
iv. Loceng pertama akan dibunyikan pada minit yang ke 4 dan loceng kedua akan dibunyikan pada

minit yang ke 5.

3. Undian Giliran

i. Undian giliran hendaklah dibuat serentak semasa pendaftaran yang ditentukan oleh
jawatan kuasa pertandingan.

ii. Peserta hendaklah memilih sendiri nombor undian.
iii. Sekiranya peserta atau wakil peserta, hadir lambat atau tiada ditempat undian, maka

undian akan dibuat oleh jawatan kuasa penganjur.

4. Cara penghakiman

Penghakiman bacaan ini dibahagikan kepada 4 bahagian, dengan pecahan markah seperti
berikut :

BAHAGIAN MARKAH
Tajwid 35
Lagu 30
Suara 20
Fasohah 15
(100)
JUMLAH markah

Seandainya didapati ada mana-mana pasukan yang mendapat markah yang sama, markah
tajwid dan fasohah akan diambil kira untuk menentukan kemenangan.

27

Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
5. Pakaian dan sikap

i. Pakaian peserta lelaki, baju kebangsaan yang lengkap.
ii. Peserta harus bersikap ta’dzim (hormat) kepada Al-Quran, tawadhu dan tadabbur

(menghayati makna bacaan).
PERINGATAN
I. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Murattal Al-Quran boleh menghubungi

Penyelaras Pertandingan Ustaz Mohd Firdaus bin Zamri di talian 0139941048
II. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018

28

WACANA
ENSIKLOPEDIK

29

FORMAT PERTANDINGAN
WACANA ENSIKLOPEDIK

TARIKH CADANGAN : 29 JUN-2 JULAI 2018
KATEGORI : WAJIB
PENYERTAAN : SEMUA MRSM ZON BARAT

PENYERTAAN:
Penyertaan adalah wajib untuk semua MRSM. Setiap MRSM hendaklah menghantar satu kumpulan
yang terdiri dari dua orang pelajar sahaja dan setiap ahli kumpulan hendaklah sama jantina .
Kajian yang dilakukan hendaklah bertemakan Sains dan Islam yang menjurus kepada tajuk
Subjek Sains Tingkatan 4/5 :
FIZIK
PERATURAN PEMARKAHAN:

2. Peraturan Pemarkahan Wacana Ensiklopedik.
- Pembahagian markah :

i. Isi (25 markah)
 Pembentangan akan diadili dari segi pengutaran isi-isi yang bernas,
data-data dan
bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.
 Isi yang diperlukan sebanyak 5 isi

ii. Bahasa (20 markah)
 Pembentangan akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik,
jelas dan tepat
(struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada
maksud yang hendak disampaikan.

iii. Penyampaian (45 markah)

 Pembentangan akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian
nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan
gaya yang menarik dan susunan idea tertib.

iv. Adab (5 markah)

30

 Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan
peribadi serta perlakuan atau tuturkata yang kurang sopan akan
menyebabkan kehilangan markah tersebut.

v. Markah bonus (5 markah)
 Pembentangan akan diadili dari segi keseluruhan persembahan dan
perwatakan.
 Jika didapati dua atau lebih pembentangan yang mendapat markah yang
sama, maka untuk menentukan pemenangnya hendaklah diambilkira siapa
yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan cara
penyampaian. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, cara
penyampaian dan bahasa dijadikan asas penentuan.

KAEDAH PERTANDINGAN
1) Setiap pembentangan akan diberi masa selama 5 minit sahaja untuk membuat
pembentangan.
2) Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang sama sekali
3) Setiap maktab yang ingin menyertai pertandingan Wacana Ensiklopedik hendaklah merakam
dan memuatnaik rakaman tersebut ke alamat yang akan dinyatakan kemudian atau
menghantar rakaman dalam bentuk CD kepada pihak penganjur pada tarikh yang ditetapkan.
4) Pemarkahan akan dinilai berdasarkan hasil rakaman yang diserahkan kepada pihak penganjur.

PERINGATAN
1. Keputusan hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Wacana Ensiklopedik boleh menghubungi
Penyelaras Pertandingan iaitu Pn. Siti Khatijah binti Hussin di talian 0192802408.
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 MEI 2018
4. Hasil karya hendaklah dimuatnaik selewat-lewatnya pada 20 MEI 2018 ke alamat emel
[email protected]
5. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, CD hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia
pendaftaran pada hari pendaftaran penginapan.
6. Semua hasil karya adalah menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM).

31

TARANNUM
JAMAIE

32

FORMAT PERTANDINGAN TARANNUM JAMAIE

TARIKH CADANGAN : 29 JUN- 2 JULAI 2018
KATEGORI : LELAKI / PEREMPUAN
PENYERTAAN : 10-12 ORANG PESERTA BAGI SETIAP KUMPULAN DARI

SEMUA MRSM

Peraturan Umum Pertandingan Tarannum Jamaie.

1. Penyertaan :

1.1 Peserta terbuka kepada semua pelajar Islam lelaki dan perempuan yang sedang
menuntut di MRSM sahaja.

1.2 Semua maktab diwajibkan untuk menghantar wakil maktab masing-masing.
1.2 Penyertaan adalah secara berpasukan (10-12 orang).
1.3 Setiap maktab hendaklah menghantar 1 pasukan sahaja samada pasukan lelaki

ataupun pasukan perempuan.

2. Lagu, Surah Dan Persembahan :

2.1 Setiap kumpulan WAJIB mempersembahkan tiga lagu tarannum bermula dengan
menggunakan lagu Bayati iaitu sebagai lagu WAJIB. Peserta pertama dikehendaki
menyampaikan bacaan tilawah al-Quran bertarannum dan peserta lain mengulangi
kembali secara beramai-ramai.

2.2 Surah yang diwajibkan dalam pertandingan ini ialah surah Al HUJRAT.
2.3 Persembahan mestilah dirakam melalui rakaman video yang Berkualiti Tinggi

dengan saiz 16:9. Rakaman tersebut mestilah disimpan di dalam bentuk CD dan dihantar
kepada pihak penganjur pada tarikh yang akan ditetapkan.
2.4 Sebarang editing pada video yang dirakam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
2.5 Video yang dirakam mestilah hakcipta sendiri dan tulen bukannya menggunakan kaedah
miming dan seumpamanya.
2.6 Sekiranya pengubahsuaian didapati berlaku pada rakaman video tersebut pihak
penganjur
berhak untuk membatalkan penyertaan kumpulan yang terlibat.
2.7 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

3. Pakaian :

3.1 Pakaian peserta lelaki, baju kebangsaan yang lengkap;
3.2 Pakaian peserta perempuan, baju kurung atau jubah dan bertudung.

33

4. Masa Persembahan

4.1 Masa persembahan bagi setiap kumpulan ialah 10 minit
4.2 Setiap kumpulan boleh membaca seberapa banyak ayat asalkan tidak melebihi jangka

masa 10 minit.
4.3 Penilaian dan pemarkahan hanya akan dikira sepanjang 10 minit tersebut. Markah

tidak akan dikira selepas 10 minit berlalu.

5. Bentuk bacaan

5.1. Setiap kumpulan wajib membaca secara tartil

5.2. Bacaan mestilah mengikut riwayat Hafs ‘an A’sim menurut Tariq Syathibie.

5.3. Diwajibkan mempersembahkan tiga alunan lagu dalam bacaan yang dipilih oleh
peserta sendiri termasuk lagu Bayati iaitu sebagai lagu Wajib.

6. Cara Penghakiman

6.1 Penghakiman Tarannum Jamaei ini dibahagikan kepada 4 bahagian, dengan pecahan
markah seperti berikut :

i. Tajwid 30 markah

ii. Tarannum 20 markah

iii. Keseragaman 20 markah

iv. Suara 15 markah

v. Fasohah 15 markah

6.2 Seandainya didapati ada mana-mana pasukan yang mendapat markah yang sama,
markah tajwid akan diambil kira untuk menentukan kemenangan.

PERINGATAN

1. Keputusan hakim adalah muktamad.

2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Tarannum Jamaie boleh menghubungi Penyelaras
Pertandingan iaitu Ustaz Nik Mohd Na’im bin Ahmad Shahimi di talian 019-3998069.

3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 MEI 2018

4. Hasil karya hendaklah dimuatnaik selewat-lewatnya pada 20 Mei 2018 ke alamat emel
[email protected]

34

5. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, CD hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia
pendaftaran pada hari pendaftaran penginapan.
6. Semua hasil karya adalah menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM).
7. Peserta yang menyertai pertandingan yang melibatkan video sahaja TIDAK DIBENARKAN HADIR.

35

KALAM
JAMAIE

36

FORMAT PERTANDINGAN KALAM JAMA’IE

TARIKH CADANGAN : 29 JUN – 2 JULAI 2018

KATEGORI : LELAKI/PEREMPUAN

PENYERTAAN : 25 ORANG TERMASUK KONDUKTOR

( Kesemua pelajar hendaklah sama jantina samada semua lelaki

atau semua perempuan)

Pendahuluan

Kalam Jami’ie diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi /prosa
dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang
menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej
pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan /pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara
seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan
yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

1.0. Peraturan

Penyertaan
- Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MRSM
- Setiap kumpulan / pasukan mestilah terdiri daripada maktab yang sama
- Setiap kumpulan hanya terdiri daripada satu jantina sahaja

Pakaianpeserta

- Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat
- Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili
- Hiasan dan solekan adalah sederhana dan tidak melampau serta bersesuaian
- Semua peserta mesti memakai pakaian seragam yang mengikut tema pertandingan yang

ditetapkan.
- Peserta dibenarkan memakai sarung tangan putih.

Masa

37

- Setiap kumpulan diberikan masa persembahan selama 10 minit sahaja.
- Masa akan dikira apabila kalam bermula semasa persembahan.
- Markah akan dipotong sekiranya persembahan kurang daripada 8 minit atau melebihi 10

minit.

Tema

- Tema yang ditetapkan bagi pertandingan ini adalah
1. Al-Muwasalat
2. Al-Hayawanat

Bahasa

- Penggunaan Bahasa arab fushah yang terang dan jelas serta makhraj huruf yang betul
- Penggunaan dialek ammiyah atau bahasa pasar adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Istilah khas bukan Bahasa Arab dibenarkan tidak melebihi 10 patah perkataan.
Teks/Skrip

- Skrip adalah bertema, sama ada dalam puisi atau prosa
- Skrip mestilah dikarang/ direka sendiri dan autentik
- Setiap pasukan tidak dibenarkan membaca atau merujuk nota/ teks/ bahan bercetak dan

bertulis semasa membuat persembahan
- Skrip yang dikarang/direka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum,

budaya dan peribadi seseorang
- Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bersama-sama dengan CD

video rakaman persembahan dalam bentuk soft copy dan hard copy.
- Empat (4) Salinan skrip hard copy hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia pertandingan

bersama dengan CD yang mengandungi rakaman video persembahan.
- Soft copy terjemahan skrip
- Skrip hendaklah bertaip komputer sebagaimana kriteria berikut :

a. Huruf Traditional Arabic
b. Bersaiz 22
c. Jarak langkau dua baris (Double Spacing)
d. Berbaris
e. Muka depan hanya perlu dinyatakan tema, tajuk dan nama kumpulan sahaja.
f. Isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik, kebudayaan atau menyentuh

peribadi seseorang adalah dilarang.
g. Sumber rujukan sekiranya perlu dinyatakan.

Penyampaian

- Peserta tidak dibenarkan membaca teks atau nota semasa persembahan
- Cara persembahan :

1. Diketuai oleh seorang konduktor
2. Kedudukan konduktor adalah bersesuaian dan tidak menghalang rakaman persembahan
3. Konduktor tidak dibenarkan bersuara sepanjang persembahan

38

4. Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan
5. Penggunaan elemen kesan seperti nasyid, qasidah, zikir, selawat dan syair hanya

dibenarkan 3 kali sahaja dalam persembahan.
6. Panjang setiap eleman tersebut tidak boleh mendominasi keseluruhan persembahan.
7. Mimik muka dan intonasi suara yang baik.
8. Pergerakan sopan yang dibenarkan hanyalah daripada paras pinggang sahaja.
9. Kaki :Tidak boleh diangkat tetapi boleh dijengketkan tanpa mengubah kedudukan.
10. Badan :Dibenarkan memusingkan badan kekiri dan ke kanan tanpa menggerakkan kaki

atau tunduk melebihi rukuk.
11. Tangan : Bebas digerakkan tetapi tidak melebihi paras kepala
12. Kepala :Pergerakan dibenarkan.

Format rakaman persembahan

- Setiap penyertaan mesti dibuat melalui rakaman persembahan berbentuk video berdasarkan
durasi yang telah ditetapkan

- Video yang dihasil mestilah asli, bebas daripada sebarang editing atau cut atau cantuman
dengan mana-mana video yang lain

- Spesifikasi video yang ditetapkan adalah sepertiberikut :
a. Format saiz video 16:9
b. Kualiti yang tinggi

- Rakaman dibuat menggunakan video kamera, DSLR atau yang setaraf dengannya.
- Audio yang ditetapkan adalah ‘best quality’
- Rakaman video yang hasilkan hendaklah dimuatnaik ke alamat yang akan dinyatakan atau

dimasukkan ke dalam CD yang berlabel bersama-sama dengan skrip persembahan.

Alatan

- Penggunaan mikrofon semasa proses rakaman persembahan adalah dibenarkan. Mikrofon
tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

Sokongan

- Sebarang alatan/ sokongan seperti nyanyian, lakonan, berdrama. Prop, bahan latar yang
bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik,
bercetak atau bertulis adalah tidak dibenarkan.

- Muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan.
Susunan

- Susunan pasukan semasa persembahan adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-
masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga (3) baris.

Pembatalan penyertaan

- Pengerusi atau jawatan kuasa penyelaras pertandingan berhak membatalkan penyertaan
mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan pertandingan.

39

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

Suara( Markah)

- Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan
ritma yang sesuai.

- Keharmonian dan kesepaduan suara
- Lontaran suara yang jelas dan difahami
- Tempo yang bersesuaian
- Intonasi dan tekanan sebutan
Persembahan( Markah)

- Disiplinpeserta
- Kelancaran
- Isyarat atau pergerakan yang sesuai
- Ekspresi mimik muka dan Bahasa tubuh badan
- Ketepatan masa
- Formasi berbentuk objek dan pergerakan setempat
Kreativiti

- Kesesuaian, kepelbagaian, keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta muzik minus one
yang sesuai.

Kesanbunyi

- Bunyi gerakan fizikan seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain yang
dibenarkan.

Tempo dan ritma

- Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, jeda antara segmen, ad-Lib (sahut
menyahut) antara suara solo dan suara ramai.

Konduktor

- Keselarasan gerak tangan, ekspresi mimik muka, tempo dan kepimpinan.
Penalti (tolak 15 markah)

- Sekiranya menyentuh isu-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa
dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa.

Skrip

Tema/ Mesej( Markah)

- Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikuti tema da nmencapai kehendak audiens
Bahasa ( Markah)

- Uslub yang baik dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan
(dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan bahasa arab ammiyah
tidak dibenarkan.

40

- Tatabahasa yang tepat
Cerita( Markah)

- Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita yang jelas dan menampakkan keaslian. Arahan dalam
skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami.

- Idea yang tersusun
- Pengolahan isi yang baik
Watak( markah)

- Mempunyai watak suara solo dan suara ramai. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.
Kreativiti( markah)

- Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita.
- Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.

Pasukan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya
kedua dan ketiga. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk
kepada markah suara seterusnya markah persembahan dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk
kepada markah isi dan seterusnya markah bahasa. Sekiranya masih berlaku persamaan, barisan
jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan pemenang.

Hal-hal lain

- Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan, pihak jawatankuasa
penyelaras pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah
muktamad.

PERINGATAN

1. Keputusan hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Kalam Jamaie boleh menghubungi Penyelaras
Pertandingan iaitu Pn. Siti Mathwah binti Misban di talian 012-2586548.

3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018.
4. Rakaman video yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik selewat-lewatnya pada 16 Mei 2018 ke
alamat emel [email protected]
5. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, CD hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia
pendaftaran pada hari pendaftaran penginapan.
6. Semua hasil karya adalah menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM).
7. Peserta yang menyertai pertandingan yang melibatkan video sahaja TIDAK DIBENARKAN HADIR.

41

MULTIMEDIA
DAKWAH

42

FORMAT PERTANDINGAN MULTIMEDIA DAKWAH

TARIKH CADANGAN : 29 JUN – 2JULAI 2018
KATEGORI : Terbuka
PENYERTAAN : Satu Kumpulan dari setiap MRSM (2 Orang peserta setiap kumpulan)

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan multimedia dakwah terbuka kepada SEMUA MRSM.
2. Setiap MRSM hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan yang terdiri dari dua orang

peserta.
3. Peserta yang mewakili maktab masing-masing, hendaklah pelajar yang belajar di maktab

tersebut.
4. Peserta dikehendaki menghasilkan video berdurasi, sekurang-kurangnya 2 minit sehingga 5

minit. (Maksimum 5 minit sahaja)
5. Video yang dihasilkan mestilah dalam bentuk Animasi menggunakan perisian Pow Toon yang

bertemakan “INFAQ”
6. Video yang dihasilkan mestilah hasilciptaan peserta sendiri.
7. Penyertaan dianggap terbatal sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipatuhi termasuk

kelewatan menghantar video kepada pihak urussetia.
8. Keputusan hakim adalah muktamad.
9. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Multimedia Dakwah boleh menghubungi

Penyelaras Pertandingan iaitu di talian

FORMAT PERTANDINGAN.

1. Pertandingan ini hanya menilai video yang dihantar oleh peserta.
2. Setiap video yang diterima akan disaring oleh panel yang berkelayakan bagi memilih 15 video

yang terbaik.
3. 15 yang terpilih sahaja akan ditayang pada hari pertandingan dan dinilai oleh Juri.
4. Senarai nama pemenang akan diumumkan pada hari penutup Ihtifal Ulul Albab.

KANDUNGAN VIDEO

1. Setiap video yang dihasilkan mestilah sekurang-kurangnya perkara- perkara berikut :
a. Nama 2 orang peserta yang menghasilkan video
b. Nama MRSM peserta
c. Tajuk video dakwah
d. Kesimpulan

43

2. Isi kandungan video mestilah menepati syariat Islam dari sudut ketepatan maklumat yang
disampaikan, tatasusila dan kesopanan yang menepati kehendak Islam.

3. Sebarang kandungan video yang bercanggah dengan Islam tidak akan dinilai oleh juri
pertandingan.

ASPEK PERMARKAHAN

Bil PERKARA ASPEK PENILAIAN MARKAH
/5
1. Pendahuluan video Nama peserta /5
/5
Nama MRSM /5
/10
Tajuk video /10
/10
2. Kandungan video Ketepatan masa /10
/20
Mesej dakwah yang jelas /10
/5
Maklumat yang tepat /5

Menepati syariat /100

Tatasusila dan kesopanan

Grafik kreatif dan menarik

Lagu latar

Bersesuaian dengan tema

Kesimpulan

Jumlah markah

PERINGATAN

1. Keputusan hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Multimedia Dakwah boleh menghubungi
Penyelaras Pertandingan iaitu En. Amirul Hadi binti Jamaluddin di talian 0176706084.
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018
4. Rakaman video yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik selewat-lewatnya pada 20 Mei 2018 ke
alamat emel [email protected]
5. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, CD hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia
pendaftaran pada hari pendaftaran penginapan.
6. Semua hasil karya adalah menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM).
7. Peserta yang menyertai pertandingan yang melibatkan video sahaja TIDAK DIBENARKAN HADIR.

44

NASYID
DAKWAH

45

FORMAT PERTANDINGAN NASYID DAKWAH

TARIKH CADANGAN : 29 JUN – 2 JULAI 2018
KATEGORI : LELAKI / PEREMPUAN
PENYERTAAN : 10-12 ORANG PESERTA BAGI SETIAP KUMPULAN DARI

SEMUA MRSM

Peraturan Umum Pertandingan Tarannum Jamaie.

1. Penyertaan :

1.3 Peserta terbuka kepada semua pelajar Islam lelaki dan perempuan yang sedang
menuntut di MRSM sahaja.

1.4 Semua maktab diwajibkan untuk menghantar wakil maktab masing-masing.
1.2 Penyertaan adalah secara berpasukan (10-12 orang).
1.3 Setiap maktab hendaklah menghantar 1 pasukan sahaja samada pasukan lelaki

ataupun pasukan perempuan.

2. Lagu, Surah Dan Persembahan :

2.1 Setiap kumpulan WAJIB mempersembahkan satu lagu kontemporari dengan gubahan
lirik yang berunsurkan dakwah. Contoh, lagu despacito versi islamik oleh kumpulan The
Faith

2.2 Persembahan mestilah dirakam melalui rakaman video yang Berkualiti Tinggi berdurasi
di bawah tujuh minit. Rakaman tersebut mestilah disimpan di dalam bentuk CD dan
dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang akan ditetapkan.

2.5 Sebarang editing pada video yang dirakam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
2.5 Video yang dirakam mestilah hakcipta sendiri dan tulen bukannya menggunakan kaedah

miming dan seumpamanya.
2.6 Sekiranya pengubahsuaian didapati berlaku pada rakaman video tersebut pihak

penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan kumpulan yang terlibat.
2.7 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

3. Cara Penghakiman MARKAH
35
BIL BIDANG 20
1. Suara- Kesepaduan Suara Solo Dan Nada Suara Ramai 35
2. Lagu- Lirik Gubahan Sendiri
3. Persembahan –Gaya Persembahan, Ekspresi, Keceriaan (Pakaian Dan 10

Solekan) Dan Disiplin
4. Bonus (Kesegaraman Lagu Dan Irama )

JUMLAH 100

46

PERINGATAN
1. Keputusan hakim adalah muktamad.
2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Multimedia Dakwah boleh menghubungi
Penyelaras Pertandingan iaitu En. Mohd Azerul bin Musa di talian 0127913486.
3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Mei 2018
4. Rakaman video yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik selewat-lewatnya pada 20 Mei 2018 ke
alamat emel [email protected]
5. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, CD hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia
pendaftaran pada hari pendaftaran penginapan.
6. Semua hasil karya adalah menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM).
7. Peserta yang menyertai pertandingan yang melibatkan video sahaja TIDAK DIBENARKAN HADIR.

47


Click to View FlipBook Version