The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

perpaduan kaum di malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by careerkennedy19, 2022-05-19 02:40:15

mpu21032

perpaduan kaum di malaysia

KEPENTINGAN 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan
PERPADUAN kehidupanmasyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum
namun semangattolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk
melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini,
akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset
terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkinkeharmonian dapat
dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negarayang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau
berduri yangdilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil
perpaduan masyarakatTanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut
kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan
dan kongkongan penjajah. Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada
warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkanekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan
menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat
Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu
bumbung. Selarasdengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan
palancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam
membangunkannegara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di
Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara
akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara lain.

PERPADUAN TERAS KEMAKMURAN NEGARA Akhir sekali, pihak kerajaan perlulah
mengadakan pelbagai program atau
aktiviti yang dapatmemupuk semangat
perpaduan kaum. Masyarakat
Malaysia juga perlu memainkan
peranandalam memupuk perpaduan
kaum supaya negara kekal dalam
kemerdekaan. Semoga 52tahun
kemerdekaan pada tahun ini akan
meningkatkan kesepakatan masyarakat
untuk menobatkan Malaysia agar gah dan
popular di seluruh sarwajagat ini.
Laungan

'Malaysia Boleh'

perlu diteruskan agar semangat
warganegara Malaysia ini digeruni oleh
negara luar.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTERGRASI
KAUM DI MALAYSIA

SIKAP • Sikap prasangka buruk antara kaum dan
PRASANGKA mengutamakan etnik sendiri menjadi
penghalang kepada perpaduan antara
BURUK kaum.

• Sikap perkauman ini boleh mewujudkan
hubungan yang tegang dan menjarakkan
PERKAUMAN sosial antara individu.

1. POLITIK
◦ Dunia politik sememangnya penuh kontroversi di mana
terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan.
2. EKONOMI
◦ Ialah perbezaan dari segi pekerjaan perbezaan pekerjaan ini sebernarnya
Wujud akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerjaan british.
3. ETNOSENTRISME
◦ Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur - unsur
budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini
menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik
4. KEDUDUKAN GEOGRAFI
◦ Geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik
kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain.

Kesimpulan

Perpaduan dan integrasi ini adalah amat
penting bagi mewujudkan kestabilan politik

dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan
ataupun berlakunya prasangka antara kaum.


Click to View FlipBook Version