The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANTOLOGI TINGKATAN 5-SAJAK LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS-KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rajiaaleya16, 2022-10-19 08:37:25

KOMSAS ANTOLOGI TINGKATAN 5

ANTOLOGI TINGKATAN 5-SAJAK LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS-KSSM

SAJAK TINGKTAN 5

BY:KUMPULAN 4

KETUA PENOLONG AHLI AHLI
KUMPULAN KETUA KUMPULAN KUMPULAN

SHARIFAH RAFIZI NOOR NORSHARINI
RAJIA ALEYA AZWALIZA

Sajak “Pesan Lelaki Kecil
kepada Gadis Kampus”
bertemakan nasihat ibu bapa

kepada anak gadis yang akan

melanjutkan pelajaran di

Institusi Pengajian Tinggi.

Sajak
“Pesan Lelaki Kecil kepada

Gadis Kampus”
bernada melankolik.

1 RANGKAP 1
2 RANGKAP 2
3 RANGKAP 3
4 RANGKAP 4

Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai

yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal

dari tangga gading.

 Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu
di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab,
suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak
berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu
anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah
kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti.

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang

menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir

menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

 Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk
meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak
mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam
kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian,
pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi
segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa
agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

 Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan
ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun,
penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar
luas di sana. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya
dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya
agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin

jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka

di sayapmu yang patah

 Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa
diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan
anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.

(a) Bilangan baris dalam (c) Jumlah patah (e) Rima akhirnya ialah:
kata dalam setiap rangkap pertama:
setiap rangkap tidak sama, baris antara tiga aabcaade,
hingga enam patah rangkap kedua: abcdef,
iaitu: kata dalam satu rangkap ketiga: abcdeb,
rangkap pertama: 8 baris, rangkap keempat: abacd.
rangkap kedua: 6 baris, baris.
rangkap ketiga: 6 baris,
rangkap keempat: 5 baris.

(b)Terdiri (d) Bilangan suku
daripada empat katanya antara
lima hingga lima
rangkap. belas suku kata.





a) Bahasa klasik atau b) Diksi atau pemilihan kata c) Hiperbola. Contoh:
Sanskrit. Contoh: begitu indah dan berkesan. hadir sihir angin bernafas

bumantara; azimat; bentukContoh: memesrai azimat api.
tangkal.
dan tangkal; menongkah
awan perak dan kabut

dingin; tumbuh gunung ego,
menghalau pekerti.

d) Unsur alam. Contoh: e) Asonansi. Contoh: f) Aliterasi. Contoh:
angin; burung putih; Kulepaskan kau menjadi dengan suasana suntimu
kabut; kabus. burung putih (perulangan
(perulangan bunyi
bunyi vokal u). konsonan s).

NILAI KEBIJAKSANAAN NILAI KASIH SAYANG

Penyajak menasihati anak Penyajak amat menyayangi anak NILAI SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS
KAMPUS
P gadisnya supaya pandai membawa gadisnya yang menuntut di institut
diri di perantauan agar tidak pengajian tinggi memberikan

menemui kekecewaan dan pesanan agar anak gadisnya bijak

kegagalan mengejar cita-cita. membawa diri di tempat baru.

NILAI HEMAH TINGGI NILAI KETABAHAN NILAI KESUNGGUHAN

Penyajak menasihati anak Penyajak menasihati anaknya Penyajak menasihati anak
gadisnya supaya menjaga budi supaya hidup tabah gadisnya supaya menuntut ilmu
pekerti walaupun sudah bergelar menghadapi cabaran hidup di dengan bersungguh-sungguh
siswi. bandar. untuk menaikkan peluang
kejayaan hidup di bandar.
NILAI KETAATAN
NILAI KEGIGIHAN
Penyajak berharap anak
gadisnya taat dengan nasihat Penyajak menasihati anaknya
yang diberinya supaya dapat supaya gigih menghadapi
mencapai kejayaan yang cabaran hidup di bandar yang
diimpikannya. amat berbeza dengan cabaran
hidup di luar bandar.

 (1) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan

mereka.
 (2) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
 (3) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa

depan.
 (4) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
 (5) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah

ke bandar.
 (6) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-

mana sahaja kita berada.
 (7) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu

bergantung pada orang lain.
 (8) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat

menjadikan diri kita lebih kental.
 (9) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat

menghadapi cabaran dalam kehidupan.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version