BAB 8 BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI
1. Proses Sentuh ialah proses yang digunakan untuk menghasilkan asid
sulfurik.
Keadaan yang diperlukan ialah suhu(400→500°C), tekanan (1 atm)dan
mangkin Vanadium(V)oksida / Platinium.
Proses:
1. S + O2 → SO2
2. SO2 + O2 ←→ SO3
3. SO3 + H2SO4 → H2S2O7(oleum)
4. H2S2O7 + H2O → H2SO4 + banyak haba
2. Proses Ostwald ialah proses yang menghasilkan asid nitrik.
Keadaan yang diperlukan ialah mangkin platinium.
Proses:
1. 4NH3 + 5O2 ←→ 4NO + 6H2O
2. 2NO + O2 ←→ 2NO2
3. 4NO2 + O2 + 2H2O → 4HNO3
3. Proses Haber ialah proses yang menghasilkan ammonia:
Keadaan yang diperlukan ialah suhu(450°C), tekanan(200atm)dan
mangkin(besi)
Proses: N2 + 3H2 ←→ 2NH3
4. Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang
tertentu di mana unsur utamanya ialah logam.
5. kehadiran atom asing pd aloi mengganggu susunan teratur bagi atom logam
tulen dan mengelakkan atom-atom logamtulen daripada bergelongsor.
6. Tujuan pengaloian ialah:
→ menambahkan kekuatan dan kekerasan logan tulen
→ mencegah kakisan logam
→ membaiki rupa logam
7.
8. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan
beberapa unit kesil yg dikenali sebagai monomer.
9. Polimer semula jadi ialah polimer yang terdapat dalam benda hidupspt kanji
dan protein. Plomer sintetik ialah polimer buatan manusia spt plastik dan getah
sintetik.
10.
*Nilon ialah polimer sintetik dgn poliamida yang dihasilkan daripada diamina
dan diasid.
*Poliester→polimer sintetil dgn kump polimer yg dihasikan drpd diol dan
diasid
*Getah Sintetik→kump polimer sintetik yg menyerupai getah asli
11. Kaca Fotokromik juga dikenali sbg kaca berbalik. Merupakan kaca yang
menunjukkan perubahan warna apabila dikenakan cahaya.
12. Kaca Mengkonduksikan ialah kaca yang dapat mengalirkan arus elektrik.
Terhasil dgn menambahkan ITO(Indium Stanum Oxide)
13. Penggunaan seramik ialah untuk membuat:
• Bahan binaan krn sifatnya yang keras, tahan haba dan tahan tekanan.
• Barangan hiasan krn sifatnya yang lengai, tahan karat dan tahan lama
• Penebat elektrik
• Semi konduktor dan dapat menyimpan cas
• Bidang perubatan iaitu membuat anggota badan yang palsu.
14. Super konduktor ialah bahan konduktor elektrik yang hampir tidak
mempunyai ringtangan elektrik. Seramik ini dikenali sebagai perovskite dan
hanya berfungsi sebagai super konduktor pd suhu -196.
15. Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis bahan yang
digabungkan dengan bahan lainuntuk menghasilkan bahan baru yang
menyatukan kelebihan kedua-dua bahan asal.