The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23012 Pengajian Islam E-Folio
Sains Teknologi & ICT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by twydhrn, 2021-11-16 10:28:26

Sains Teknologi & ICT Pengajian Islam MPU23012

MPU23012 Pengajian Islam E-Folio
Sains Teknologi & ICT

SESI 1 DIB2B
2021/2022

MPU23012

PENGAJIAN ISLAM

SAINS
TEKNOLOGI

DAN ICT

NURHIDAYAWATI RABIATUL NUR WAFA NUR SYAHIDAH
BINTI BAKTIAR ADAWIYAH BINTI NABILA BINTI NOR BINTI SYAMSUDIN
(17DIB20F2016) ABDUL RAHEMI
HAZMEY (17DIB20F2009)
NORHADI (17DIB20F2025)
(17DB20F2015)

Kandungan 2
4
PENDAHULUAN 5
OBJEKTIF 6
PERKEMBANGAN ICT 10
KELEBIHAN ICT

CABARAN & KESAN 19
PENYALAHGUNAAN ICT:

PANDANGAN ISLAM & 23
CARA MENGATASINYA

DALIL ALQURAN & 25
PENERANGAN 26
KESIMPULAN 27
SUMBER RUJUKAN
RUANG EDITOR

Pendahuluan

Apa itu Sains, Teknologi dan ICT?

Sains

Berasal dari bahasa Latin scientia yang bermaksud ilmu
pengetahuan. Bukan sahaja berkaitan dengan fenomena alam
fizikal semata, namun melalui eksperimen & pembuktian untuk
menolak unsur ghaib yang tidak boleh dibuktikan secara
empirikal.

Teknologi

Teknologi merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah
sebenar manusia melalui kemajuan & penggunaan peralatan,
bahan-bahan, maklumat pemprosesan & sebagainya. Ia lebih
merujuk kepada cara penggunaan & pengetahuan peralatan &
kemahiran manusia.

ICT

Merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus,

mengguna & memproses maklumat. ICT secara tepatnya berkait

dengan penggunaan komputer elektronik & perisian untuk

memindah, menyimpan, memelihara, memproses &

memadankan maklumat. 2

Apa itu Sains, Teknologi dan ICT?

Sains, teknologi & ICT merupakan 3 bidang yang sangat
penting dalam kehidupan manusia terutama pada
zaman sekarang. Ketiganya dapat membentuk teras &
dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia.
Namun, dalam masyarakat Islam, bidang ini agak
ketinggalan berbanding dengan masyarakat lain. Ini
berpunca daripada sikap & pandangan masyarakat
Islam terhadap ketiga bidang tersebut berlainan
dengan yang lain.

3

Objektif

1 - Menerangkan tentang bagaimana ICT
memainkan peranan penting dalam
perkembangan dakwah Islam pada era
globalisasi.
2 - Mengkaji tentang apakah kesan-kesan dan
cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak
masyarakat kini.
3 - Menganalisis apakah pandangan Islam
terhadap penyalahgunaan ICT dan cara-cara
bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

4

Perkembangan ICT
terhadap dakwah

Dalam arus kemodenan ini, masyarakat sekarang
banyak didedahkan tentang kemajuan teknologi yang
semakin pesat dengan kepantasan internet tanpa had.
Media sosial merupakan salah satu platform yang boleh
digunakan untuk menyampaikan dakwah lebih meluas.
Dakwah merupakan suatu interaksi antara penyampai
dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan
untuk menyeru sesebuah masyarakat mahupun individu
untuk beriman dan taat kepada Allah & Rasul-Nya yang
bersesuaian dengan garis Akidah, Syariat dan Akhlak
Islam.

5

Kelebihan ICT

DAPAT MENYEBARKAN DAKWAH ISLAM

Teknologi & ICT semakin canggih mengikut
peredaran abad. Semakin banyak peralatan yang
diciptakan untuk memudahkan sesuatu urusan.

Seiring dengan waktu, proses untuk menyampaikan
dakwah Islam juga akan lebih mudah dengan
penggunaan teknologi sedia ada seperti:

Media gajet internet
sosial canggih tanpa had

6

Kelebihan ICT

DAPAT MEMPELAJARI ILMU BAHARU

Islam tidak menghadkan umur kepada umatnya yang
ingin menimba ilmu & menggunakan apa jua media
untuk kegunaan pembelajaran.

CONTOH:

golongan yang sudah golongan generasi baru
berumur yang tidak didedahkan tentang
mahir menggunakan dunia sains teknologi
pada usia muda &
internet, boleh
mendengar ceramah mempelajarinya sebagai
agama di saluran radio. ilmu baru.

7

Kelebihan ICT

DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN

Pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim bukan sahaja
sesama Islam di Malaysia, malah di serata negara
lain tanpa bertemu secara bersemuka.

Dengan adanya kelebihan
ini, kita dapat
menyampaikan dakwah
kepada saudara sesama
Islam malah kepada
saudara kita yang bukan
Islam. Namun, pastikan kita
bijak menyampaikan dengan
cara yang betul, bukan
menyakiti atau menyindir
orang lain.

8

Kelebihan ICT

DAPAT MEMUDAHKAN URUSAN

Kewujudan teknologi & ICT dapat memudahkan

urusan seseorang selain dapat menjimatkan kos

perbelanjaan seharian.

Jika dilihat pada situasi
sekarang dimana kita
semua berdepan dengan
virus Covid-19, segala

pergerakan kita
dibataskan & dihadkan.

Namun dengan
kecanggihan teknologi
yang kian mempesat tidak
menghalang kita untuk
menyampaikan dakwah
atau mendapatkan ilmu

agama.

9

Cabaran & Kesan

Teknologi maklumat & ICT ini telah berjaya
menghapuskan batas antara sempadan sesebuah
negara itu. Malah, ia berjaya mengubah suatu
bentuk pemikiran dan pelbagai elemen luar
dimasukkan ke dalam ruang negara lain tanpa
apa-apa sekatan mahupun kawalan.
Namun, jika dilihat dari sudut negatif, pelbagai
cabaran yang harus ditempuhi terutamanya
golongan remaja kerana golongan ini banyak
mendominasikan penggunaan siber. Oleh itu,
mereka perlu bijak mengawal penggunaan
teknologi. Setiap cabaran mempunyai impaknya.

10

Cabaran

Antara cabaran dunia siber dalam pembentukan
akhlak masyarakat:

Kewujudan laman web yang
tidak sesuai

Oleh kerana kebanyakan laman web mudah untuk
diakses yang disertakan dengan penggunaan internet
yang tiada had, hal ini mendatangkan kegusaran
kepada ibu bapa jika anak-anak mereka terutama yang
masih kecil mengakses perkara yang tidak sepatutnya
seperti laman web lucah.
Larangan agama terhadap perbuatan yang boleh
mendekati zina tidak mampu untuk menghalang
golongan remaja & orang dewasa mengelakkan diri
daripada perbuatan tercela.

11

Kesan

Antara kesannya yang diperolehi dari dunia siber:

mula bersikap negatif

Mereka yang sudah sering
melayari ataupun menonton
video lucah, ia memberi kesan
yang negatif kepada akal
fikiran & emosi mereka. Nafsu
turut tidak mampu dikawal
kerana sudah mula terobsesi.
Selain itu, ia dapat mendorong
mereka untuk menghabiskan
masa untuk melayari perkara-
perkara yang tidak berfaedah.

12

Cabaran

Antara cabaran dunia siber dalam pembentukan
akhlak masyarakat:

Kemudahan ICT disalahgunakan
pihak tidak bertanggungjawab

Ada sesetengah pihak yang tidak mempunyai rasa
tanggungjawab menyalahgunakan kemudahan ICT.
Sering kita dengar mahupun melihat seperti berita palsu
disebarkan tanpa bukti yang sahih di media sosial. Ini
membuatkan sesetengah orang percaya dengan perkara
tersebut & berkongsi kepada kenalan mereka terutama
kepada mereka yang tidak mempunyai banyak ilmu. Ada
juga yang sanggup melakukan penggodaman sistem
untuk mendapatkan info sulit.

13

Kesan

Antara kesannya yang diperolehi dari dunia siber:

berasa was-was & keraguan

Kesahihan sesuatu maklumat itu
akan diragui terutamanya yang
melibatkan hal keagamaan
kerana perkara yang
melibatkan agama adalah
perkara serius & tidak boleh
dibawa gurauan.

Oleh disebabkan itu, kita
disarankan untuk tidak
menyebarkan atau berkongsi
maklumat yang tidak pasti
kerana boleh mendatangkan
kekecohan kepada orang ramai.

14

Cabaran

Antara cabaran dunia siber dalam pembentukan
akhlak masyarakat:

Kegiatan yang meruntuhkan
akhlak seorang muslim

Kegiatan haram yang dilaksanakan atas talian
semakin berleluasa. Sebagai contoh, peratusan
pemain yang terlibat dalam perjudian atas talian
semakin meningkat. Malah, ada juga yang
menjadikan ia sebagai sumber utama pekerjaan. Ini
boleh merosakkan gambaran akhlak seorang muslim
yang sedia maklum tahu, bahawa apa-apa yang
melibatkan dengan judi adalah haram & dosa besar.

15

Kesan

Antara kesannya yang diperolehi dari dunia siber:

mula ketagihan

Selain rokok & dadah, judi juga
boleh membuat seseorang itu
ketagihan apabila sudah
menikmati kemenangan &
meneruskan selagi mempunyai
modal untuk berjudi.
Selain itu, perjudian atas talian
mampu kesan negatif kepada
ekonomi negara kerana ia
dijalankan secara haram.

16

Cabaran

Antara cabaran dunia siber dalam pembentukan
akhlak masyarakat:

Berlakunya kes penipuan atas
talian

Sudah banyak berlaku kejadian penipuan atas talian
yang dilakukan oleh individu yang tidak
bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai
SCAMMER. Kes penipuan ini sering melibatkan wang
mahupun habuan yang menarik perhatian si mangsa. Ini
berlaku disebabkan data-data peribadi seperti nama,
nombor kad pengenalan & sebagainya disebarkan di
media sosial mahupun di laman web yang tidak
mempunyai perlindungan data. Mereka mengambil
kesempatan untuk menyamar & menipu demi
kepentingan diri sendiri.

17

Kesan

Antara kesannya yang diperolehi dari dunia siber:

mempunyai sikap tidak percaya
(trust issues)

Antara kesan kepada mangsa
penipuan atas talian ialah
mempunyai isu terhadap
mempercayai orang lain &
bersikap syak wasangka.

Pada waktu yang sama, ia
memberi kesukaran kepada
individu yang menjalankan
perniagaan secara atas talian
kerana sikap orang yang tidak
bertanggungjawab.

18

Pandangan Islam

ISU PERTAMA: MELAYARI WEB PORNOGRAFI

KESAN:

Peningkatan kes remaja bawah umur dengan seks luar
nikah, berlakunya kes pembuangan bayi dan sebagainya
disebabkan pengaruh apa yang ditonton.
Pemikiran akan menjadi negatif & mula ketagihan.

CARA MENGATASI:

Ibu bapa perlu memantau
kelakuan anak-anak semasa
melayari internet &
memastikan mereka tidak
bergaul terlampau bebas
sama ada dirumah/luar
rumah.
Sentiasa beristighfar &
mengingati Allah kerana
semua itu hasutan syaitan.

19

Pandangan Islam

ISU KEDUA: PENYEBARAN MAKLUMAT PERIBADI

KESAN:

Data peribadi akan diseleweng oleh orang yang tidak
bertanggungjawab untuk kepentingan mereka sendiri.
Banyak laporan yang didedahkan tentang kes-kes
kehilangan remaja mahupun kanak-kanak disebabkan
penggunaan ICT yang tidak dikawal ketat oleh ibu bapa.

CARA MENGATASI:

Pihak yang
bertanggungjawab perlulah
membuat 'website' yang
mempunyai keselamatan
lebih ketat untuk tidak
berlakunya data peribadi
terdedah.
Memastikan data dikongsi
pada saluran yang betul &
tepat.

20

Pandangan Islam

ISU KETIGA: PENIPUAN ATAS TALIAN

KESAN:

Selain penipuan dari segi kewangan, data peribadi akan
turut terdedah.
Si penjenayah akan mengambil kesempatan untuk mencari
mangsa lain untuk kesenangannya.

CARA MENGATASI:

Membuat laporan kepada
pihak polis & pihak berkuasa
jika mendapat panggilan
palsu.
Elakkan menekan apa-apa
pautan yang meragukan.
Jangan kongsikan maklumat
jika berasa ragu & was-
was.

21

Pandangan Islam

ISU KEEMPAT: PENGGODAMAN MAKLUMAT

KESAN:

Maklumat sulit terutama milik negara akan disebarkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab.
Lokasi seseorang akan didedahkan & boleh
membahayakan diri terutama kepada kaum wanita.

CARA MENGATASI:

Meningkatkan sistem
keselamatan yang lebih
baik & ketat supaya tidak
mudah digodam.
Elakkan untuk meletak
kata laluan yang sama
pada semua akaun media
sosial.

22

Dalil Al-Quran

SURAH AZ-ZAARIYAT: 1-4

1.Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu,
biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan
penerbangan dan penaburan yang sesungguh-
sungguhnya, -

2. Dan awan yang membawa dan mengangkut
muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -

3. Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan
kemudahan yang diberikan kepadanya, -

4. Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan
segala perkara yang mereka ditugaskan
membahagikannya;

23

Penerangan

Menurut kajian yang dilakukan oleh Khalid Yong, yang
merupakan Ahli Al-Quran di Penyelidikan & Penjanaan
Ilmu Al-Qur'an terhadap ayat 1-4 surah Az-Zaariyat
yang diambil dari Kitab Fi-Zilalil Quran karangan Syed
Qutb mendapati bahawa Al-Quran telah menjelaskan
tentang 4 perkara yang berkaitan dengan teknologi
iaitu "elektron, foton, gelombang elektromagnet &
transciever."
Di dalam Al-Quran, banyak ilmu yang berkaitan dengan
teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji &
diamalkan oleh manusia.
Al-Quran menggalakkan umatnya membuat kajian &
penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang
teknologi sehingga menemui Kebesaran & Keagungan
Allah SWT.

24

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Teknologi & ICT
mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri.
Penggunaannya untuk berdakwah adalah sangat
penting & perlulah dimanfaatkan dengan sebaik
dan semaksimum mungkin.
Seorang pendakwah itu hendaklah berkreatif
dalam menyampaikan dakwahnya menerusi
kemudahan ICT dalam rangka dakwah yang
sesuai berdasarkan ajaran Islam.

Pada waktu yang sama, mereka juga mestilah
mempunyai kepakaran & ilmu yang cukup dalam
penggunaan ICT.

25

Sumber rujukan

Sumber rujukan:

Facebook Sains Teknologi & ICT Pengajian Islam
https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/08/media-
sosial-inisiatif-perkasa-dakwah/
https://newblognurinazifa.blogspot.com/2020/03/peran
an-ict-terhadap-perkembagan-dakwah.html
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/sains-
teknologi-dan-ict/
https://newblognurinazifa.blogspot.com/2020/03/penyal
ahgunaan-ict-pandangan-islam.html

26

Ruang Editor

Nurhidayawati binti Baktiar
(17DIB20F2016)

Rabiatul Adawiyah binti Abdul Rahemi
Norhadi

(17DIB20F2015)
Nur Wafa Nabila binti Nor Hazmey

(17DIB20F2025)
Nur Syahidah binti Syamsudin

(17DIB20F2009)

27

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version