KATA TUGAS (i) Kata hubung gabungan
(ii) Kata hubung pancangan
Kata Penyambung Ayat
Kata Praklausa (i) Kata seru (iv) Kata pembenar
Kata Prafrasa (ii) Kata tanya (v) Kata pangkal ayat
(iii)Kata perintah
Kata Pascakata
(i) Kata bantu (v) Kata pemeri
(ii) Kata penguat (vi) Kata sendi nama
(iii)Kata penegas (vii) Kata arah
(iv)Kata nafi (viii) Kata bilangan
(i) Kata penekan
(ii) Kata pembenda
KATA PRAKLAUSA
JENIS CONTOH
Kata Seru aduh, amboi, celaka, oh, eh, syabas, wahai,
Melahirkan pelbagai perasaan aduhai, wah, cis
Digunakan dalam ayat seru
Kata Tanya mengapa, bagaimana, siapa, bila, di mana,
Menanya atau menyoal sesuatu berapa, apa
Kata Perintah jangan, usah, sila, tolong, harap, minta,
Menimbulkan sesuatu tindak balas jemput
terhadap suruhan, silaan, larangan dan
permintaan
Kata Pembenar ya, benar, betul
Mengesahkan sesuatu pernyataan
Kata Pangkal Ayat hatta, kalakian, maka, sebermula, arakian,
Hadir di hadapan ayat yang menjadi alkisah, adapun,
kesinambungan ayat dalam wacana
Latihan Kata Praklausa
A) Padankan ayat-ayat yang diberi dengan kata praklausa yang betul.
Benar, sayalah yang membaiki kereta Kata Perintah
yang rosak itu. Kata Pangkal Ayat
Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka ! Kata Tanya
Kata Pembenar
Maka, saya pun berhijrah ke sini untuk
meluaskan pengalaman saya. Kata Seru
Sila siapkan tugasan yang telah diberi.
Aminah bermain bola sepak dengan
siapa?
Latihan Kata Praklausa
B) Gariskan jawapan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di
bawah.
1. (Aduh, Aduhai), sakitnya kepalaku!
2. (Aduh, Aduhai), malang sungguh nasib kami pada hari ini!
3. (Syahadan, Alkisah), Raja Rawa menggunakan teropong untuk melihat
pemandangan yang lebih jaun.
4. “(Benar, Shahadan), tuanku. Patik akan menghimpunkan semua cedekiawan negara
kita supaya membina pesawat untuk tuanku ke sana.” sembah mamanda Raja
Rawa.
5. (Adakah, Apakah) pengalaman yang paling mencabar yang telah encik tempuhi?
6. “(Sebermula, Ya), boleh tuanku,” sembang tukang Lancang Jita.
Latihan Kata Praklausa
C) Tandakan (√) atau (X) pada ayat-ayat di bawah.
Ayat (√) / (X)
Cis, sakitnya kakiku!
Mengapakah kamu datang lambat hari ini?
Sila masuk ke dewan sekarang juga.
Tersebutlah hatta pada zaman dahulu kala, seorang
putera mengembara ke seluruh rimba raya untuk mencari
bonda baginda yang hilang.
Sungguh, dia yang melakukan aksi itu.
Latihan Kata Praklausa
D) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenap pasti kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
1. “Apakah nama murid yang baru berpindah dari Sarawak baru-baru ini?” tanya guru kelas kepada
ketua tingkatannya.
_________________________________________________________________________
2. “Harap jangan memijak rumput di kawasan ini,” kata pengawas kepada pelawat yang hadir ke
sekolahnya.
_________________________________________________________________________
3. Alkisah berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
_________________________________________________________________________
4. Wah, pedihnya hatiku ini setelah ditinggalkan kekasih!
_________________________________________________________________________