The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42348228, 2021-11-01 05:16:07

KATA KERJA

KATA KERJA

MORFOLOGI : KATA KERJA

Kata Kerja terbahagi kepada 2, iaitu :
i. Kata Kerja Transitif
ii. Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Transitif (KKT)

 Memerlukan objek atau penyambut yang terdiri
daripada kata nama untuk melengkapkan maksud
ayat.

 Biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai
awalan atau sebahagian daripada imbuhan.

 Contoh : mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan

 Contoh ayat :
a) Ali membaca buku.
b) Ibu membasuh baju.

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)

 Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek

 Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut selepasnya.

 KKTT terbahagi kepada 2, iaitu :
i. KKTT Berpelengkap
ii. KKTT Tanpa Pelengkap

KKTT Berpelengkap

 mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat.

 Contoh :

Subjek KKTT Berpelengkap Pelengkap
Keadaan banjir sudah beransur baik.
Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
Adik tinggal di Sarawak.
Hampir lima tahun Mak
Limah menetap di kampung ini.

KKTT Tanpa Pelengkap

 boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut
 Contoh :

Subjek KKTT Tanpa Pelengkap Keterangan
Gadis itu asyik termenung. di dalam kamar.
Gadis itu asyik termenung tentang pilihan raya.
Hanif dan Naimah sedang berbicara.
Hanif dan Naimah sedang berbicara

LATIHAN

A) Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama
ada kata kerja itu KATA KERJA TRANSITIF atau KATA KERJA TAK TRANSITIF.

1. Adik menangis tersedu-sedu. ( _____________________ )
2. Ibu menyiram bunga. ( _____________________ )
3. Abang saya menendang bola. ( _____________________ )
4. Reban ayam itu dibina oleh ayah. ( _____________________ )
5. Kakak sedang tidur di dalam bilik ( _____________________ )
6. Saya tinggal di Muar. ( _____________________ )
7. Saya menaiki bas ke sekolah. ( _____________________ )
8. Kera itu memanjat pokok kelapa untuk ( _____________________ )

mengambil buah kelapa.

LATIHAN

B) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja tak transitif.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Industri paling tua di Kuala Sepetang, iaitu penghasilan arang daripada kayu bakau sahaja
rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang khusus, unik dan mencabar. Untuk
peringkat pertama dan kedua, kedua-dua peringkat ini bermula dengan pembakaran api
besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya 10
hari lagi untuk proses penyejukan. Dalam tempoh itu, untuk peringkat ketiga, iaitu proses
penyejukan ialah masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di
dalam relau tidak terbakar menjadi abu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
“Kilang Arang, Industri Paling Tua di Kuala Sepetang”

oleh Freddie Aziz Jasbindar, www.orangperak.com)

JAWAPAN

Kata Kerja Tak Transitif :
i. _________________________
ii. _________________________
iii. _________________________

Ayat :
i. ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
iii. ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version