The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fidjue, 2022-06-15 04:19:34

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD
( SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI )
POKOK SENA 13220, KEPALA BATAS ,
PULAU PINANG

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG

SMKA AL-IRSHAD
KALI KE - 43

Dirasmikan Oleh
Yang Berbahagia

DATUK HAJI SHARIFUL AZHAR B. OTHMAN
Yang DiPertua PIBG SMKA Al-Irshad

Tarikh : 17 JUN 2022 ( Jumaat)
Masa : 3.00 Petang

Tempat : Dewan SMKA Al-Irshad

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
2
1 Sekapur Sireh YDP PIBG 3
4
2 Sekapur Sireh Pengetua SMKA Al-Irshad 5
6
3 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 7
8
4 Borang Usul 10
12
5 Aturcara Dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG 14

6 Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG 2021

7 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 Tahun 2021(lampiran)

8 Laporan dan Penyata Kewangan PIBG Berakhir Pada 31 Disember
2021

9 Usul -usul

10 Penghargaan

1

SEKAPUR SIREH YANG DIPERTUA PIBG

‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dikurniakan kesihatan yang baik dan
kelapangan masa untuk kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad kali ke – 43. Saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua waris yang sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri
ke majlis kita pada hari ini.

Pertama sekali, syabas saya ucapkan atas usaha gigih dan kerjasama para ibu bapa dan
guru atas komitmen yang ditunjukkan, kini SMKA Al-Irshad telah mampu melakar kejayaan
bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah bidang kokurikulum juga telah merentasi fasa
kejayaan di persada antarabangsa. Pelbagai program telah berjaya kita laksanakan pada tahun
2021 dan tahun-tahun sebelum ini melalui sumbangan pihak sekolah dan para waris demi
kejayaan anak-anak kita di sini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua
AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam
pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam
pertemuan kita kali ini dapat kita bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi
aktiviti-aktiviti PIBG di sekolah ini.

Sebagai ibu bapa, harus kita ingat pelaksanaan pembelajaran kini menginginkan
pembelajaran berpusatkan murid yang menguji pelbagai kemahiran mereka. Justeru, aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah tidak lain dan tidak bukan demi membentuk keperibadian
murid yang cemerlang dari sudut jasmani, emosi, intelek dan rohani. Semua elemen ini penting
dalam mempersiapkan mereka ke arah pendidikan yang lebih tinggi sekali gus membentuk
generasi berilmu yang menjadi pemangkin kejayaan negara.

Besarlah harapan saya kiranya para ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan dan
sokongan kepada pihak sekolah dalam mengekalkan momentum sedia ada ke arah yang lebih
cemerlang. Sokongan yang ditunjukkan oleh kita para ibu bapa ini mampu membantu mereka
para guru supaya tidak pernah merasa lelah dengan usaha dan tenaga yang mereka zahirkan
kepada anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

YBHG DATUK HAJI SHARIFUL AZHAR BIN OTHMAN
Yang DiPertua PIBG
SMKA AL-IRSHAD

2

SEKAPUR SIREH PENGETUA SMKA AL-IRSHAD

‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini,
dalam Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad kali ke –
43. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang sudi
meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kita pada hari ini.

Terlebih dahulu, saya merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan
oleh para waris dan warga sekolah dalam menjayakan pelbagai program sekolah demi kejayaan
anak-anak Al-Irshad. Antara program yang menjadi tunjang kecemerlangan sekolah adalah
dalam membantu memudahkan pelaksanaan program kecemerlangan akademik mahupun
pemantapan sahsiah murid dalam pelbagai bidang ilmu.

Saya mewakili semua barisan pentadbir dan warga sekolah ingin menyatakan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua waris serta barisan AJK PIBG yang telah menyumbang idea
mahupun tenaga dalam membantu setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Untuk
pengetahuan semua ibu bapa, sekolah kita sedang dalam pembangunan prasarana sekolah
yang lebih kondusif seperti menaiktarafkan kelengkapan surau, penambahbaikan bilik-bilik khas
yang bersesuaian demi pengajaran merentasi kurikulum.

Harapan saya, moga kecemerlangan SMKA Al-Irshad akan terus cemerlang dalam
pelbagai bidang ilmu. Sokongan daripada para waris menjadi kekuatan kepada kami warga Al-
Irshad untuk membentuk keperibadian pelajar yang lebih berketerampilan sekali gus membantu
mengekalkan kecemerlangan sekolah sehingga ke peringkat yang tertinggi.

Sekian , terima kasih.

TUAN HAJI MOHD NOR AZLI BIN SALLEH
Pengetua

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
13220 POKOK SENA , KEPALA BATAS ,

SEBERANG PERAI UTARA.
TEL : 04-5731237 FAX : 04-5732415

Ruj Bil. ( 11 ) PIBG/SMAI/19-20
Tarikh : 23 MEI 2022

Kepada :

Ibu Bapa / Waris Pelajar ,
Ahli-Ahli PIBG,
SMKA Al-Irshad , Pokok Sena

Tuan / Puan ,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA AL-IRSHAD KALI KE- 43 TAHUN 2022

Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Al-Irshad kali ke-43 tahun 2022 yang akan diadakan pada :

Tarikh : 17 JUN 2022

Hari : Jumaat
Masa : 3.00 – 5.30 petang

Tempat : Dewan Besar , SMKA Al-Irshad

3. Sekiranya tuan mempunyai usul yang akan dibawa untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung
PIBG , usul tersebut perlu diserahkan kepada Setiausaha PIBG SMKA Al-Irshad pada atau sebelum 31
Mei 2022 dengan melengkapkan borang yang disertakan bersama notis ini. Sebagai makluman tuan,
usul yang dibawa akan dihalusi oleh AJK PIBG sesi 2021-2022 sebelum dibentang dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-43. Pembawa usul mesti hadir dalam mesyuarat tersebut untuk membahaskan usul.

4. Kehadiran tuan amat dihargai bagi memastikan kecemerlangan putera-puteri SMKA Al-Irshad .

Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA , BANGSA DAN NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

(SHAKIR BIN AZIZ)
Setiausaha PIBG
SMKA Al-Irshad

4

……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………

Kepada : Tarikh:

Setiausaha ,
PIBG SMKA Al-Irshad,
13220 Kepala Batas.

Tuan ,

NOTIS KEHADIRAN DAN USUL YANG AKAN DIBAWA DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG
SMKA AL-IRSHAD KALI KE-43 TAHUN 2022.

Saya ________________________________________________ ibu bapa / waris kepada pelajar
_______________________________________________ Tingkatan ________ akan HADIR/ TIDAK
HADIR * dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Al-Irshad kali ke-43 Tahun 2022.
2. Usul yang akan saya bawa dalam mesyuarat adalah seperti berikut ( Pembawa usul mesti hadir
untuk membahaskan usul) :
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………

Sekian , terima kasih.

Yang benar,
…………………………………………………..

* Potong yang tidak berkenaan

5

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG

1 Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat (YDP PIBG).
2 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-42
3 Membentang Dan Menerima Laporan Tahunan PIBG SMKA Al-Irshad 2021
4 Membentang , Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31.12.2021
5 Membahaskan Usul-Usul
6 Perlantikan AJK PIBG 2022/2023
7 Penangguhan Mesyuarat
8 Ucapan Penangguhan YDP PIBG sesi 2022/23
9 cabutan bertuah

6

SENARAI AJK SESI 2021/2022

BIL JAWATAN NAMA AJK

1 Penasihat / Pengetua Tn Hj Mohd Nor Azli Bin Salleh

2 Yang Dipertua Ybhg Datuk Hj Shariful Azhar bin Othman

3 Naib Yang Dipertua En. Azizan bin Mat Nayan

4 Setiausaha Tn Hj Shakir Bin Aziz

5 Bendahari Pn. Madihah Bt Bidin

6 Pen. Bendahari Pn. Yuslinda Bt Yaakub

7 Ahli Jawatankuasa ( Guru ) Tn Hj Zulfikri Bin Dato Hj Hassan

8 Ahli Jawatankuasa ( Guru) En Ahamad Zaki Bin Bakar

9 Ahli Jawatankuasa ( Guru) Pn Nor Aziana Bt Mohd Rejab

10 Ahli Jawatankuasa ( Guru) Pn. Khuzainah Bt Abdul Karim

11 Ahli Jawatankuasa ( Waris) En. Abdul Rahim bin Mat Rawi

12 Ahli Jawatankuasa ( Waris) En. Mohamad Zaki b. Ibrahim

13 Ahli Jawatankuasa ( Waris) Pn. Jaseemah bt Abdul Majid

14 Ahli Jawatankuasa ( Waris ) Pn. Qatrunnada bt. Kamarudin

15 Juruaudit Dalaman Pn. Hjh. Asmah bt. Othman

7

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 42 DILAMPIRKAN

8

Laporan aktiviti pibg 2021

1. Majlis jasamu di kenang .8 April 2021

2. Iftar Jamie 20 April 2021

3. Program KBAT Sejarah 21 April 2021

4. Program Debat 30 April 2021

5. Infaq Ramadan 7 MEI 2021

6. Program teknik menjawab soalan SPM 26 jun 2021

9

PENYATA KEWANGAN PIBG 2021

10

11

USUL AHLI JAWATANKUASA

BIL PERKARA 1 2 AMAUN ( RM ) 6(S1,2) 6(S3)
1 *Sumbangan PIBG 50.00 50.00 TINGKATAN/ KELAS 50.00 50.00
20.00 20.00 3 45 20.00 20.00
2 Derma Surau 20.00 20.00
100.00 100.00 50.00 50.00 50.00
3 Kebajikan Asrama 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00

4 Dana Pendidikan - - 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00

5 *Majalah Sekolah 190.00 190.00 100.00 100.00 200.00 100.00 200.00
20.00 20.00 20.00 20.00 20.00
6 Graduasi 210.00 210.00
JUMLAH - - 80.00 - 80.00
(Pelajar Berulang)
JUMLAH 190.00 190.00 250.00 190.00 250.00
(Pelajar Asrama)
210.00 210.00 310.00 210.00 310.00

SUMBANGAN PIBG TAHUN 2022

12

Senarai AJK PIBG 2022/23

BIL JAWATAN NAMA AJK

1 Penasihat / Pengetua Tn Hj Mohd Nor Azli Bin Salleh

2 Yang Dipertua

3 Naib Yang Dipertua

4 Setiausaha Tn Hj Shakir Bin Aziz

5 Bendahari Pn. Madihah Bt Bidin

6 Pen. Bendahari Pn. Yuslinda Bt Yaakub

7 Ahli Jawatankuasa ( Guru ) Tn Hj Zulfikri Bin Dato Hj Hassan

8 Ahli Jawatankuasa ( Guru) En Ahamad Zaki Bin Bakar

9 Ahli Jawatankuasa ( Guru) Pn Nor Aziana Bt Mohd Rejab

10 Ahli Jawatankuasa ( Guru) Pn. Khuzainah Bt Abdul Karim

11 Ahli Jawatankuasa ( Waris)

12 Ahli Jawatankuasa ( Waris)

13 Ahli Jawatankuasa ( Waris)

14 Ahli Jawatankuasa ( Waris )

15 Juruaudit Dalaman (Guru) Pn. Hjh. Asmah bt. Othman

13

14


Click to View FlipBook Version