SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KG. AWAH TTEEMMAA::GGEENNEERRAASSII MMAADDAANNII,, SSEEKKOOLLAAHH BBEEBBAASS DDAADDAAHH Tajuk: Dadah Membawa Padah
biodata murid Nama: Nur Umaira Hanis Binti Muhamad Shaharil Kelas: 6 Ibnu Battuta Guru Pembimbing: Pn. Nurafiqah Ezani Kod Sekolah : CBA 9048
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya, nikmat masa dan nikmat kesihatan yang baik, saya dapat menyiapkan buku skrap digital PPDa yang bertajuk ‘Dadah Membawa Padah’. Setinggi ucapan terima kasih buat ummi tersayang kerana banyak membantu dan menyokong sepenuhnya aktiviti - aktiviti di sekolah dan menyumbang idea bagi menyiapkan buku skrap ini. Tidak dilupakan kepada guru pembimbing ,Cikgu Afiqah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum wbt... Salam Malaysia Madani... PENGHARGAAN
Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Dadah seringkali disalahgunakan bukan atas tujuan perubatan. APA ITU DADAH ?
Punca-Punca Terjebak Dadah Keseronokan Rasa bosan dengan kehidupan Rasa ingin mencuba Sejarah keluarga Terpengaruh dengan rakan-rakan Gagal mengawal emosi
Pelajaran semakin merosot Akan dibenci oleh masyarakat Menjatuhkan maruah dan imej keluarga Masalah mental atau tidak waras Keruntuhan akhlak Masalah kewangan Terkena jangkitan Aids atau HIV yang boleh membawa maut Keruntuhan Institusi keluarga KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mengadakan kempen - kempen antidadah di media sosial dan sekolah. Menjadi komuniti yang penyayang dan mengambil kisah Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyemai nilai - nilai murni Memilih rakan-rakan yang memberi kebaikan Menyediakan lebih banyak pusat pemulihan Memperketatkan undangundang Ibu bapa berperanan memantau tingkah laku anak-anak LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Pengambilan dadah banyak memberikan kesan buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, elakkan diri kita dari perkara yang tidak berfaedah. Sayangi diri, keluarga, guru, dan rakan - rakan serta masyarakat sekeliling. Amalkan budaya hidup yang sihat. PENUTUP