OLDTOWN WHITE COFFEE
The OldTown White Coffee merupakan restoran kopitiam
rantaian terbesar di Malaysia. Ibu pejabat utamanya adalah di
Ipoh, Perak, Malaysia.
Ditubuhkan pada tahun 1999, Oldtown Berhad ("OldTown")
mengeluarkan campuran minuman segera dan produk, di
samping beroperasi lebih 180 cawangan kafe di seluruh Malaysia.
OldTown adalah pemilik dagangan formulasi khas 3-in-1
campuran kopi putih, yang telah meresapi setiap isi rumah di
Malaysia dan industri perkhidmatan makanan sejak tahun 1999.
Pada tahun 2005, OldTown berkembang ke dalam sektor
perkhidmatan makanan dengan pembukaan rantaian kedai kafe
berdasarkan kedai kopi tradisional Ipoh di bawah jenama "Old
Town White Coffee".
Pada masa kini, OldTown White Coffee mempunyai
rangkaian sebanyak 218 cawangan kafe, yang 195 cawangan
kafe terletak di Malaysia, 10 cawangan kafe di Singapura, 9 kedai
kafe di Indonesia dan 4 cawangan kafe di China.
Kumpulan ini juga terlibat dalam pengilangan, pemasaran
dan jualan kopi dan minuman lain, termasuk kopi campuran
segera, teh susu campuran segera, coklat campuran segera dan
serbuk kopi panggang.
OldTown White Coffee menawarkan produk untuk kedua-
dua pasaran tempatan dan luar negara, seperti Hong Kong,
Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, Filipina,
Thailand, Brunei, United Kingdom, Australia dan China.
-1-
Produk OldTown White Coffe yang pelbagai jenis
Biodata Pengasas OldTown White Coffee
Nama : Goh Ching Mun
Umur : 41 Tahun
Jawatan: Pengarah Eksekutif OldTown Berhad
Beliau merupakan salah seorang Pengarah pertama
OldTown Berhad sejak penubuhannya pada 30 November 2007.
Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Imbuhan. Beliau
menamatkan pendidikan menengah beliau pada tahun 1988.
Sebagai pengasas bersama Kumpulan Oldtown syarikat, dia telah
mengumpulkan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam
industri pembuatan kopi.
-2-
KESAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT
Industri Pelancongan
OLDTOWN White Coffee telah bekerjasama dengan Ernest Zhacarevic,
pelukis dari Luthuania, untuk menghasilkan 8 mural di sekitar pekan lama
Ipoh. Lukisan mural tersebut adalah inisiatif daripada pihak OLDTOWN White
Coffee sendiri untuk menyokong program tanggungjawab sosial korporat
(CSR) dan kos kerja melukis mural tersebut juga dibiayai sepenuhnya oleh
pihak pengurusan OLDTOWN White Coffee. Antara mural yang terkenal ialah
‘An Old Uncle Drinking Coffee’. Mural-mural ini telah menjadi salah satu daya
tarikan pelancong, baik dari dalam atau pun luar negara. Usaha pihak swasta
membangunkan dan menjadikan seni mural sebagai produk pelancongan di
Ipoh telah meningkatkan kehadiran pengunjung seterusnya menjana ekonomi
peniaga di Bandaraya Ipoh.
Mural ‘An Old Man Drinking Coffee’
-3-
Selain daripada itu, syarikat OLDTOWN White Coffee juga merupakan
rakan kongsi Restoran M Boutique Hotel Ipoh. Hotel ini menawarkan masakan
asli ala Malaysia dan juga OLDTOWN White Coffee yang pelbagai jenis.
Lokasi tempat hotel yang strategik dan harga yang berpatutan dapat menarik
pelancong untuk berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Ipoh untuk menikmati
makanan tempatan dan juga melawat tempat-tempat yang menarik di Ipoh. Ini
secara tidak langsung telah membantu mengembangkan industri pelancongan
di Ipoh.
Salah sebuah M Boutique Hotel
-4-
Perhubungan Awam
OldTown Chlidren Care Fund (OCAF) telah ditubuhkan pada 14 Jun 2008
dengan objektif untuk menyemai kasih sayang, harapan dan matlamat ke
dalam kehidupan kanak-kanak yatim piatu atau terbiar di seluruh Malaysia.
Dana bantuan ini kini menyumbang untuk menampung perbelanjaan
perubatan, pendidikan dan kecemasan serta perbelanjaan sara hidup jangka
pendek kepada mereka yang memerlukan.
Selain daripada OCAF, Old Town White Coffee Group juga menjalankan
inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) seperti penajaan dan
sumbangan, sumbangan keperluan pendidikan, Kempen Earth Hour 2015,
Laman web Oldtown Mother Earth yang merupakan platform pengumpulan
dana amal untuk membeli dan menjual ciptaan kitar semula dan barangan
terpakai dan ‘OLDTOWN EARTHCARE’ yang ditubuhkan untuk menerapkan
amalan menyanyangi alam sekitar dengan pelbagai inisiatif hijau. Ini termasuk
menunjukkan kemajuan dalam pengurangan kesan alam sekitar, mewujudkan
tempat kerja yang lebih mesra alam, menganjurkan aktiviti ‘go green’ untuk
mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih prihatin
terhadap alam sekitar.
Sumbangan wang daripada OldTown White Coffee kepada golongan yang
kurang bernasib baik.
-5-
Carnival Of The Green 2012
OldTown White Coffee menyumbangkan tenaga ke atas usaha 3R : Reduse,
Recycle and Reuse.
-6-
-7-