RENCANA
BUDI BAHASA,
BUDAYA KITA
SITI AISHAH FAUZI
"Budi Bahasa Budaya Kita" merupakan slogan yang diperkenalkan
semasa Kempen Budi Bahasa anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan pada II Januari 2005. Pengenalan slogan Ini
secara tidak langsung menunjukkan peri pentingnya amalan budi
bahasa yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia tanpa
mengira latar belakang agama, bangsa mahupun usia. Namun begitu,
saban hari, masih terdapat kes disiplin dan keruntuhan akhlak
berlaku dalam kalangan generasi muda yang tular di media sosial.
Mengapakah mereka masih berat hati mengamalkan sikap berbudi
bahasa ni?
Menyedari pentingnya budi bahasa sebagai budaya dalam
masyarakat Malaysia, sudah tiba masanya kita menelusuri kembali
dan melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaan slogan
tersebut sebelum "runtuhnya bangsa”. Generasi muda, khususnya
yang masih berada di bangku sekolah perlu diberikan pendedahan
awal berkenaan kepentingan budi bahasa kerana melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Generasi muda mesti mengamalkan budi
bahasa yang unggul dalam kehidupan mereka sehari-hari. Pihak ibu
bapa dan guru perlu memastikan slogan ini dilaksanakan sebaik-
baiknya bukan sekadar meniti di bibir dan hanya slogan semata-
mata.
Kepentingan Mengamalkan Budi Bahasa
1) Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati antara
satu sama lain tanpa mengira kaum, warna kulit mahupun agama.
Bukan itu sahaja, amalan ini akan mendidik masyarakat yang
berlainan kaum dan agama supaya sentiasa hormat-menghormati,
menjaga sensitiviti dan perasaan antara satu sama lain sama ada
melalui tutur bicara atau perlakuan. Kesannya, masyarakat dapat
hidup dalam suasana yang harmoni dan konsep perpaduan dalam
kehidupan harian dapat dikukuhkan
2) Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun.
Masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki
tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Bagi
membina tamadun yang unggul dan boleh berdiri di atas kaki sendiri,
kita tidak seharusnya bersikap biadab dan kasar. Kita seharusnya
mengeluarkan kata-kata yang manis dan tidak menyinggung
perasaan mana-mana pihak. Hal ini dapat mewujudkan masyarakat
yang harmoni.
Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa yang sepatutnya menjadi
kebanggaan dan jati diri negara kita perlu dilestarikan, dipulihkan dan
dihidupkan semula dengan pelbagai usaha di bangku sekolah lagi.
Budi bahasa cerminan bangsa dan negara yang berjaya.
ARAHAN
TUGASAN:
Kumpulan anda dikehendaki membina
satu grafik yang kreatif berdasarkan
soalan berikut:
Pada pendapat anda, sejauh manakah
rakyat Malaysia mengamalkan budi
bahasa?