5. Faktor kepercayaan
Ramai pembeli dari luar negara sudah percaya dengan marketplace
ebay. Kalau barang tak sampai ataupun terdapat masalah dengan order
mereka akan hubungi ebay. Ianya adalah money back guarantee. Website
ebay sudah lebih 20 tahun dan sudah ada pembeli yang setia. Mereka yang
sudah setia ini akan selalu membeli walaupun barang itu berada di luar negara.
Contoh salah satu buyer yang tanya barang tak sampai. Buyer ini masih boleh
cool walaupun barang dah 2 bulan tidak sampai. Salah satu faktor adalah
mereka sudah percaya dengan ebay
50
Apa yang korang perlu tahu tentang dropshipping ebay
bagi akaun baru
Untuk akaun baru tidak digalakkan untuk membuat dropshipping. Kalau sudah
ada pengalaman membuat dropshipping sebelum ini tiada masalah. Kalau
belum ada pengalaman tidak digalakkan. Dalam dunia yang perfect ataupun
sempurna, dropshipping merupakan model bisnes yang paling bagus iaitu kita
tidak perlu menyimpan stok. Ada jualan di ebay, order barang dari dropshipper
dan tunggu barang sampai.
Tetapi bukannya semuanya indah belaka. Sebagai contoh, katakan barang
yang kita jual itu botol air berwarna merah, tetapi dropshipper hantar kepada
buyer kita botol berwarna biru. Buyer itu akan cari kita bukannya dropshipper.
Katakan buyer itu dari USA, dropshipper dari China dan kita di Malaysia. Kalau
ada masalah ini, buyer dari USA nak return barang ke kita. Buyer tidak mahu
tahu tentang kesalahan dropshipper. Kita pula komplen dengan dropshipper.
Lepas itu dropshipper cakap kalau nak refund kena hantar barang itu kepada
mereka. Contoh mesej supplier Aliexpress macam ini
Tidak boleh kawal harga jualan. Sebagai contoh hari ini harga yang
dropshipper tawarkan adalah $20 USD. Kita pun jual di ebay dengan harga
$35 USD dan potensi keuntungan RM35 hingga RM40 ringgit. Selepas itu
barang yang kita jual itu laku. Apabila nak beli, harga jual yang asalnya $20
USD itu sudah naik kepada $28. Maka punah lah harapan untuk dapat
keuntungan. Sekadar cukup-cukup sahaja. Tidak rugi dan tidak untung. Kira
51
macam buat amal kebajikan. Kalau dropshipper naikkan harga lebih tinggi
sebagai contoh $30 USD, itu dah kira rugi.
Masalah lain yang mungkin akan timbul adalah katakan barang yang kita list
ataupun jual di ebay hari ini. Barang itu laku 3 minggu kemudian. Apabila
hendak membeli barang daripada dropshipper didapati barang itu kehabisan
stok. Tengok supplier lain pun sama juga kehabisan stok. Perkara ini memang
selalu terjadi. Kita tengok dalam sistem dropshipper itu masih ada stok tetapi
selepas membuat pembayaran dropshipper mesej kita beritahu yang stok
sudah kehabisan.
Ada bermacam-macam lagi senario tentang keburukan dropshipping. Seperti
yang diberitahu sebelum ini, kalau sudah ada pengalaman tiada masalah
seperti mencari supplier yang berkualiti. Cuma katakan dalam 10 transaksi,
ada satu transaksi yang bermasalah dan 9 transaksi tiada masalah. Semua 10
transaksi ini buyer memberi feedback. 9 buyer beri positive feedback dan
sorang bagi negative feedback, maka positive feedback adalah 90%. Boleh
dikatakan rendah postive feedback 90% ini. Kalau dropship memang susah
untuk menjaga feedback. Ada juga software dimana kalau dropshipper naikkan
harga, maka harga jualan di ebay akan automatik naik mengikut peratusan
keuntungan yang ditetapkan. Kalau barang itu sudah tiada stok maka listing di
ebay menjadi kosong. Cuma ianya software berbayar. Kalau baru hendak mula
memang tidak mampu dan tidak digalakkan. Kalau dah banyak order memang
tiada masalah.
52
Mindset yang betul untuk buat duit dengan Ebay
Kami selalu dengar dari mereka yang baru hendak menjual di ebay
menyatakan bahawa perlu ada feedback dahulu untuk menjual di ebay. Kena
beli barang dahulu di ebay kemudian selepas dapat feedback baru boleh mula
menjual barang di ebay. Sebenarnya tidak perlu. Kalau ada feedback sebagai
pembeli bagus juga tetapi tidak semestinya perlu ada feedback dahulu.
Akaun baru perlukan antara sebulan hingga 3 bulan untuk stabil jualan di ebay.
Walaupun feedback korang masih 0, tiada masalah untuk membuat jualan.
Ramai student kami yang berjaya membuat jualan bermula dengan feedback
kosong.
Untuk akaun baru, kebiasaannya ebay hanya benarkan untuk menjual 10
barang sahaja. Jumlah keseluruhan nilai barang itu mestilah tidak melebihi
$500 USD. Polisi ini bertujuan untuk menjaga platform ebay selamat untuk
menjual dan membeli. Sudah banyak kes akaun baru yang menjual barang
tidak original ataupun menjadi scammer.
Ramai penjual dari platfrom lain seperti Shopee, Lazada tidak suka dengan
ebay dengan peraturan ini iaitu hanya boleh menjual 10 barang sahaja untuk
permulaan tetapi ini merupakan kelebihan bagi korang kerana dalam panduan
ini akan diterangkan tentang cara-cara untuk menaikkan selling limit. Banyak
produk yang dijual di shopee dan lazada sangat murah dan korang boleh
jadikan shopee dan lazada sebagai supplier.
Setiap bayaran yang diterima bagi akaun baru, duit itu akan di hold oleh ebay.
Selepas 21 hari, baru duit itu akan clear. Ini bertujuan untuk memastikan
penjual baru menghantar barang dengan cepat. Barang yang dihantar mestilah
dalam keadaan yang elok dan baik serta tiada komplen daripada pembeli.
Kebiasaannya ebay akan hold untuk setiap transaksi selama sebulan hingga
3 bulan. Ada student kami yang selepas sebulan ebay sudah tidak hold, ada
yang selepas 2 bulan dan ada juga yang selepas 3 bulan.
53
Perkara normal yang korang kena tahu bila menjual di ebay adalah setiap hari
akan ada sales. Dengan startegi dan cara yang betul, setiap hari kami ada
sales sejak 2014. Apabila skill dan pengalaman korang semakin bertambah,
semakin bertambah la akaun bank korang .
54
Barang yang tak boleh dijual di Ebay
Nak menjual di ebay kena ikut peraturan yang ditetapkan di ebay dan juga
peraturan yang ditetapkan oleh negara yang korang jual barang itu. Contohnya
kalau jual di negara USA, kena ikut peraturan negara USA.
Korang tak boleh jual barang berjenama yang baru di ebay kerana ada pihak
yang dapat hak penjualan di ebay. Sebagai contoh tak boleh jual barang
Supreme, LV, Channel yang baru di ebay. Korang boleh tengok list barang
yang tak boleh jual di link ini https://pages.ebay.com/seller-center/listing-and-
marketing/verified-rights-owner-program.html .
Ada juga peraturan dari USA iaitu FDA (Food & Drug Administration) dimana
korang tak boleh jual barang tertentu. Boleh rujuk link ini https://www.fda.gov .
Ada ramai seller Malaysia jual barang terlarang ini kalau korang jumpa barang
ini dan semak dengan website FDA. FDA boleh remove barang yang korang
listing ini. Kalau remove sahaja tidak apa, kalau terus kena banned dari
menjual di ebay memang tak berbaloi.
Ada juga contoh dimana barang itu boleh dijual di negara USA tetapi tidak
boleh dijual di Negara UK dan Australia. Contohnya niche berkaitan haiwan.
Ini kerana persatuan pencinta haiwan di negara UK dan Australia menghalang
barang ini dijual didalam talian.
Bagi yang baru hendak menjual di ebay, jual barang yang tak berjenama dan
laku. Ada banyak barang yang boleh jual di ebay. Ianya akan diterangkan
dibahagaian Video Strategi spy produk yang laku di ebay.
55
Cara-cara untuk spy produk tempatan secara percuma
menggunakan tool advanced search ebay
Ebay ada sediakan tools percuma untuk kita mengetahui produk ataupun
barang yang telah terjual di ebay. Pada mulanya kami hanya menggunakan
tools ini. Selepas jualan kami konsisten 5 angka seminggu baru kami beli
software yang berbayar. Jangan pandang rendah ye dengan tools percuma ini.
Langkah pertama klik advanced
Masukkan keyword. Contohnya masukkan keyword “egg” sebab pagi tadi
makan roti telor . Korang boleh masukkan keyword yang lain seperti “NEW”
, “BOX” , “2019” ataupun keyword lain yang korang rasa berpotensi terjual.
Selepas itu tick sold listing untuk mengetahui barang yang telah terjual.
Kemudian letakkan harga. Kenapa letak $10 adalah untuk memastikan yang
korang boleh buat untung. Kalau kurang daripada $10 mungkin untung korang
tak berbaloi bagi seller yang baru.
56
Tukarkan lokasi ke Malaysia. Ia bagi memastikan kita dapat megetahui apakah
barang yang telah terjual oleh seller Malaysia. Kemudian tukar ke Distance :
nearest first. Kenapa perlu tukar adalah sebab ini. Katakan seller Malaysia itu
jual barang yang berada di Malaysia tetapi seller itu tidak mahu pembeli dari
Malaysia membeli barang ini. Kalau korang tak ubah memang korang tak
jumpa barang yang laku ini. Seller lama biasa buat macam ini.
57
Kemudian tukar mengikut langkah seperti dibawah
Klik kepada tajuk barang yang telah terjual yang korang rasa senang untuk
cari. Dalam contoh ini klik kepada salah satu gambar ini
58
Dekat sini boleh kita lihat yang seller ini telah terjual sebanyak 2 unit. Setiap
unit bernilai $55.99 USD
Mana nak cari benda ni. Huhu. Kat shopee ada la boss. Cuba tengok harga
kat shopee
59
Kemudian kita spy barang lain yang telah seller ini terjual. Klik di feedback
score
Klik view item for sales
60
Tukar kepada Distances nearest first
Tukar kepada USA
61
Scroll kebawah sedikit. Kemudian tick sold listing
Sekarang ni dah boleh nampak barang lain yang seller ini terjual
62
Proses ini korang kena lakukan berulang-ulang kali. Ianya proses yang
berterusan. Kalau dah dapat sorang seller yang banyak order dan banyak
untung memang kena jackpot korang . Jangan hanya follow satu seller
sahaja. Follow seramai seller yang boleh. Tengok apa yang diorang jual,
berapa harga dan senang ke tak nak dapatkan barang yang seller tu jual.
Selamat mencuba!
63
Strategi Pemilihan Produk (Beginner)
Bagi yang baru hendak mula menjula di ebay, kena pastikan bahawa pejabat
Pos Malaysia yang berhampiran rumah korang ada tak flexipack international
dari Pos Malaysia.
Kalau ada tiada masalah untuk korang hantar barang dan jual barang yang
kecil. Katakan tiada Flexipack International korang kena fikir jual barang yang
besar dan kos untuk menghantar ada diterangkan dibawah.
Kos penghantaran bagi produk Flexipack international dari Pos Malaysia
seperti dibawah
Contoh sampul flexipack international macam ini
64
Katakan barang yang hendak di hantar adalah 240 gram ke USA tetapi barang
itu tidak muat dimasukkan ke dalam flexipack international, rate Pos Malaysia
kenakan rujuk gambar di bawah
65
Kalau pejabat Pos Malaysia berhampiran kediaman korang ada stok Flexipack
International, cuba jual barang yang kecil dan ringan dahulu. Kos tidak terlalu
tinggi. Katakan nak pos ke USA untuk berat 150 gram, kos hanya RM18 untuk
flexipack dan perlu tambah RM10.50 untuk tracking number.
Ini bermakna kos penghantaran ke USA hanya RM28.50. Banyak barang yang
ringan boleh dijual di ebay seperti berus gigi. Yang ini akan diterangkan di
bahagian “Video Strategi percuma spy produk yang laku di ebay”.
Kalau pejabat Pos Malaysia tempat korang takde stok Flexipack international,
kena fikir barang besar sikit dan ringan untuk dijual dan gunakan rate Pos
Malaysia seperti gambar kedua di atas. Sebagai contoh barang di bawah ini
66
67
Tempat rebus telur ini beratnya 217 gram dan apabila siap packing beratnya
menjadi lebih kurang 245 gram. Barang ini memang tak muat dimasukkan
kedalam Flexipack International dan perlu guna rate seperti gambar kedua
iaitu RM30 dan perlu tambah RM10.50 untuk tracking number.
Ini bermakna kos penghantaran ke USA untuk barang ini adalah RM40.50
termasuk tracking number. Barang ini ada seller dari Malaysia jual ye. Paling
tinggi $22 USD termasuk shipping. Harga kat kedai dalam RM8. Kat shopee
pun ada jual.
Korang boleh fikir barang apa yang nak dijual bergantung kepada stok
Flexipack International. Kalau ada memang boleh jual barang yang kecil dan
ringan. Kalau tiada stok kena jual barang yang besar sikit macam contoh
diatas.
Cuba jual barang yang senang korang dapat. Jual harga rendah dan untung
sikit berbanding orang lain dahulu pun tidak apa. Hanya untuk tahu macam
mana flow menjual di ebay dan juga hendak mendapatkan feedback sebagai
penjual di ebay.
Korang boleh jadikan shopee dan lazada sebagai lubuk supplier. Tengok
macam contoh tempat rebus telur, kalau kat kedai rumah korang takde, boleh
beli kat shopee .
68
Strategi Pemilihan Produk (Long Term)
Untuk produk yang boleh jual lama, korang mesti kena ada supplier sendiri.
Yang ini memang kena cari sendiri. Cuba tanya kenalan, kedai berhampiran,
carian di internet ataupun kalau terserempak dengan lori yang korang rasakan
pemborong, ambil nombor telefon di badan lori itu. Ya, itulah cara yang kami
lakukan.
Kalau dah jumpa supplier jaga dengan baik hubungan dengan mereka.
Supplier ini kadang-kadang tak tahu pun yang korang jual di ebay. Ada yang
tahu dan supply kepada beberapa seller ebay. Mereka ini akan beritahu jika
ada produk baru, produk apa yang hot dan banyak terjual di ebay dan apa-apa
jua informasi terkini yang tidak ada di internet.
Setiap barang ada jangka hayat. Ada barang yang jangka hayatnya
setahun.Ada yang dua tiga bulan. Ada yang bertahun-tahun. Ada juga kes
bulan pertama jual memang laku keras. Satu barang sahaja untung dah beribu
ringgit. Bulan kedua sampai keempat masih ok lagi. Bulan kelima dan makin
ramai orang yang jual dan bermulalah perang harga. Begitulah seterusnya.
Kerja korang memang kena sentiasa cari produk untuk dijual.
Cari barang yang jangka hayatnya bertahun-tahun dan orang akan beli
kalau dah habis gunakan. Kalau dah dapat memang korang dapat durian
runtuh. Lepas tu jangan jual kuantiti sedikit sahaja. Jual kuantiti yang banyak
juga contohnya terus jual dengan 30 unit untuk satu listing. Contohnya “30 pcs
box A”. Ada pembeli yang beli barang dari anda untuk dijual balik di negara
mereka. Contohnya mereka beli barang “30 pcs box A” di ebay dan jual balik
di Amazon. Ataupun mereka beli “30 pcs box A” di ebay dan jual balik di ebay
“1 pc box A”. Dan ada juga kes dimana mereka jual balik di kedai mereka
ataupun di pasar malam di negara mereka. Ini adalah berdasarkan
pengalaman kami bertanya kepada pembeli kenapa mereka beli barang
69
dengan kuantiti yang banyak. Barang macam ini memang jarang laku tetapi
sekali laku memang untung banyak.
Kalau korang minat baju bundle, memang boleh tahan lama jual di ebay. Baju
bundle ini susah sikit orang nak tiru. Katakan terjual baju A, orang lain susah
hendak cari baju yang sama. Baju bundle memang setiap hari tak laku 2 ke 3
helai tetapi sekali laku biasanya memang berbaloi. Untuk yang berminat
korang boleh search di ebay dengan menggunakan keyword “vintage”
Gambar di atas adalah sebahagian baju yang dijual di ebay. Ramai yang
menjual baju di ebay terutamanya mereka yang tinggal di pantai timur.
Ingat ya, untuk menjual di ebay hampir semua orang boleh jual barang, tetapi
untuk bertahan bertahun-tahun perlukan skil dan usaha yang berterusan.
70
Networking sangat penting kerana kalau korang dah buntu nak cari barang apa
tanyalah dengan networking korang. Tak pun kalau stok korang habis awal dan
networking korang masih ada stok, korang boleh minta tolong hantarkan.
Untuk order barang dengan banyak dari supplier dan mendapat harga murah,
korang boleh kongsi dengan networking. Ini boleh kurangkan risiko barang
tidak laku.
71
Bagaimana kira keuntungan barang yang dijual di Ebay
Ilmu kira untung barang sangat penting. Takkan nak jual barang ikut orang lain
jual kan. Jangan pula orang jual dengan harga katakan $50 USD, kita pun jual
$50 USD. Orang itu ada untung RM60, kita takde untung ataupun untung
cukup-cukup makan sahaja.
Pastikan untung yang korang dapat berbaloi dengan usaha dan masa. Ada
orang untung satu barang RM10 sahaja tetapi main volume. Sehari boleh jual
berpuluh-puluh barang. Ada orang yang untung RM30 dan keatas satu barang.
Sehari boleh jual berbelas-belas barang. Bergantung kepada kesesuaian dan
strategi masing-masing.
Jangan untung sikit sangat ye. Takut currency USD jatuh, untung yang kurang
dari RM10 jadi rugi. Kalau korang selalu buka ebay dan spy seller lain yang
jual, ada kalanya harga yang dijual tidak masuk akal.
Dah banyak seller yang kami jumpa, seller dari Malaysia jual barang yang
sama dengan harga yang sangat murah, lepas 3 bulan terus kena terminate
akaun ebay kerana tidak hantar barang. Kami syak harga yang dijual terlalu
murah dan seller itu rugi.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk kira untung kasar ada 5 iaitu
Ebay fee
PayPal fee
Harga Barang
Kos Penghantaran
Nilai currency matawang
Tidak susah ya nak kira. Senang sahaja.
Nilai currency matawang boleh rujuk di sini
72
Rujuk dibahagian tepi sekali iaitu bahagian “buying notes”. Katakan rate USD
pada masa artikel ini ditulis adalah 3.9940
Katakan korang dah jumpa barang yang sudah terjual di ebay dan nak kira
untung macam barang di bawah ini
73
Cara-cara nak kira adalah seperti ini
Harga jual ebay (termasuk shipping) X matawang currency X ebay dan
paypal fee – Harga Barang – Kos Penghantaran = Untung Kasar
Harga jual ebay (darab) matawang currency (darab) ebay dan paypal
fee (tolak) Harga Barang (tolak) Kos Penghantaran = Untung Kasar
74
Seperti contoh half boiled egg ini kita lihat
Harga jual ebay = $22.90
Matawang currency USD = 3.9940
Yuran ebay dan paypal = 15%, kita kira 0.85 didalam pengiraan (ebay fee
berbeza mengikut kategori yang korang jual. Sila rujuk website ebay)
Harga barang di shopee ataupun kedai plastik = RM7.90
kos pengangkutan = RM30 untuk berat 250 gram guna pos malaysia tambah
RM10.50 untuk tracking number = RM40.50
Ok. Sekarang kita kira berapa untung seller ini
$22.90 USD (harga ebay) X 3.9940 (matawang currency) X 0.85 (ebay dan
paypal fee) - RM7.90(harga barang) – RM40.50 (kos penghantaran)
= RM29.35 <<== untung kasar adalah RM 29.35
22.90 X 3.9940 X 0.85 – 7.90 – 40.50 = RM29.35
75
Cara-cara untuk listing barang untuk dijual di ebay
Untuk akaun baru lepas berjaya daftar ebay dan PayPal, jangan terus buat
listing. Tunggu tiga hari dulu baru buat satu listing. Lepas dah buat satu listing,
relax dulu, buat kajian lagi barang yang laku. Dalam dua hari lepas buat listing
pertama listing kan lagi. Selepas itu relax lagi dua hari. Kemudian buat terus
listing sampai limit korang habis. Kalau terus buat listing selepas berjaya buka
akaun ebay biasanya ebay akan suspend. Tidak semua kes kena suspend.
Ada student saya kena suspend ada yang tak kena sebab terus buat listing.
Jangan risau. Tiada apa-apa masalah kalau kena suspend sebab hal
ini.Memang system ebay. Ebay nak korang contact mereka dan ebay nak
korang submit dokumen seperti kad pengenalan dan alamat korang seperti bill
api ataupun bill air.
Takde feedback pun takpe kalau nak buat listing. Tak perlu tunggu untuk beli
feedback baru buat listing. Ramai dah student saya yang buat listing dengan
feedback kosong dan berjaya membuat jualan.
Interface ebay sentiasa berubah. Ada yang kami tunjukkan disini , mungkin
berbeza sedikit dari ebay korang. Kalau hendak jual di ebay USA, korang kena
list kan barang di ebay.com, kalau hendak jual di ebay UK, list kan barang di
ebay.co.uk dan kalau hendak jual di ebay Australia jual di ebay.com.au
Cara-cara untuk list ataupun menjual di ebay adalah
76
Klik “sell”
Klik browse categories
77
Boleh tengok seller lain buat kategori apa. Follow kategori seller yang korang
dah buat kajian itu ataupun tukar kategori yang lain mengikut kesesuaian
78
Title : Isikan tajuk barang yang nak dijual
SKU : Kalau nak letak SKU isikan disini. Biasanya biarkan kosong sahaja.
Condition : Pilih samada New ataupun used
Letakkan gambar barang yang hendak dijual disini
79
Item description. Masukkan detail tentang produk yang hendak dijual. Ini
salah satu contoh item description yang boleh ditulis
We will ship your item within 1-3 working days
Normally it takes 10-20 working days for delivery on all international
order. Sometime it may take up to 30 working days to arrive.
If your item not arrive within the time frame, please contact us via ebay
message.
For Canada, South America and Africa it may takes up to 2 month to
arrive.
The item will be ship with tracking number.
Proof of shipment will be kept for future reference
No postage to Israel and Canada << kalau korang guna Pos Malaysia
Your item will be packing properly to avoid any damage
We accept Paypal only
If you have any problem with the order, do contact us first via ebay
message. We will solve the problem as soon as possible.
80
Format. Pilih samada Auction-style untuk item format Bid dimana buyer perlu
membida barang itu. Ataupun pilih Fixed price dimana buyer terus boleh beli.
Duration : Pilih berapa lama listing korang nak jual di ebay. Untuk Good “Till
Cancelled adalah barang yang hendak dijual terus ada di ebay sehingga laku.
Price : Letakkan harga
Quantity : Letakkan kuantiti
Private listing : Kalau barang korang terjual dan buyer itu memberi feedback,
orang lain tidak boleh tahu barang apa yang terjual di feedback korang. Ini
serba sedikit boleh mengurangkan kompetitor spy barang korang yang terjual.
Payment option : Klik PayPal dan masukkan email address korang yang
register PayPal
Require Immediate Payment : Buyer kena terus bayar. Selagi buyer tak bayar
selagi itu barang korang boleh dibeli orang lain. Buyer tak boleh booking dulu.
Nak beli kena terus bayar
81
Ikut seperti dibawah
Services : Pilih banyak pilihan ikut syarikat kurier yang digunakan. Kalau guna
Pos Malaysia boleh guna macam contoh di bawah
Cost : Letakkan berapa kos postage. Kalau dah siap-siap kira harga kedalam
price, boleh letak free shipping. Free shipping ini adalah ke website ebay yang
korang jual ye. Katakan korang jual di ebay.com iaitu ebay USA, free shipping
ini bermaksud buyer dari USA tak perlu bayar shipping cost
Handling time : Berapa lama yang diperlukan untuk menghantar barang
International shipping : Ialah shipping selain daripada ebay.com (sekiranya
dijual di ebay USA). Contohnya buyer UK atau buyer dari Perancis yang beli
barang di ebay.com, buyer itu perlu tambah $4.90
82
Exclude shipping location : Negara yang korang tak mahu hantar. Ramai
seller Malaysia exclude Malaysia sebenarnya kerana tak mahu berurusan
dengan pembeli Malaysia. Kalau guna Pos Malaysia korang kena letak Israel
dan sebagai negara yang tidak boleh hantar. Pilih juga Canada. Posman
Canada mogok dan akan hantar sangat lambat shipment dari oversea untuk
normal shipping. Lebih 2 bulan baru sampai shipment korang. Tak payah
hantar ke Canada.
83
Klik List item. Caj ebay untuk listing ini adalah $0.00 USD bermakna percuma.
Untuk yang baru, tak perlu ambil feature tambahan ebay.
Tahniah. Sudah berjaya buat listing.
84
Cara-cara untuk semak order atau barang yang terjual
di ebay
Pastikan korang install apps email di telefon bimbit. Email ini sebaik-baiknya
hanya untuk ebay sahaja dan tidak bercampur dengan email peribadi. Ini bagi
memudahkan kerja. Kami biasanya menggunakan Gmail. Setiap order akan
mendapat notifikasi dari Ebay dan PayPal. Contohnya seperti ini
85
Jika jual barang di ebay.com masuk https://www.ebay.com/sh/ovw dan tengok
barang yang dah terjual (kalau ada lebih dari satu akaun ebay, pastikan masuk
ke window untuk akaun ebay yang berkenaan). Klik order kemudian klik all
order
Kemudian klik nombor dibawah record
86
Nama dan alamat buyer akan terpapar
87
Cara Bungkus & Pos Barang
Untuk bungkus barang yang telah terjual, cuba korang bayangkan kalau
barang itu tertindih dengan barang yang banyak dalam guni. Barang itu rosak
ataupun tidak. Kalau tidak rosak memang tiada masalah. Ada bermacam-
macam jenis packaging bergantung kepada niche ataupun barang yang dijual.
Yang penting barang yang dijual perlu bubble wrap. Bubble wrap ada yang
single layer ada yang double layer. Kami menggunakan double layer bubble
wrap yang dibeli di lelong.my. Korang boleh tengok di youtube cara-cara
hendak packing barang.
Boleh dikatakan setiap barang yang terjual perlu di bubble wrap. Kalau baru
hendak mula, beli bubble wrap yang sedikit dahulu. Biasanya kedai jual kek
ada jual ikut meter. Kalau dah banyak order baru beli 100 meter terus atupun
lebih. Biasanya kami membeli bubble wrap di website lelong.
88
Ada juga barang yang tidak perlu bubble wrap macam baju. Masukkan ke
dalam envelope dan hantar.
Untuk pos barang menggunakan flexipack international
89
Nombor 1 : Tuliskan alamat korang. Kalau barang ini tak sampai ke alamat
buyer, barang ini akan dikembalikan ke alamat yang korang letak kat sini
Nombor 2 : Tuliskan alamat buyer korang kat sini. Isikan semua tempat. Kalau
email korang tak isikan pun takpe. Yang penting maklumat lain korang kena
isikan.
Nombor 3 : Letakkan tracking number disini
Nombor 4 : Letakkan maklumat barang yang nak dihantar disini. Letak
maklumat ringkas pun tidak apa. Contohnya “gift toys”. Ada sorang student
saya letak “nutrition” untuk kesemua barang yang dihantar. Alhamdulillah
setakat ini tiada masalah kastam. Letakkan maklumat yang lain seperti gambar
di atas.
Nombor 5 : Tick gift
90
Kalau barang korang nak hantar tak muat flexipack international ataupun stok
flexipack international di pejabat pos dah habis, korang kena packing barang
dan masukkan kedalam sampul macam ini
Tuliskan nama buyer korang, alamat korang dan juga tampalkan tracking
number ke sampul. Minta staf Pos Malaysia borang CN22 iaitu borang
declaration kastam. Sama sahaja macm flexipack international cuma yang ini
korang kena sediakan sampul sendiri.
Contoh barang yang guna envelope ataupun sampul sendiri macam ni. Ini
barang student saya yang sudah berjaya membuat jualan di ebay
91
Contoh borang CN23 iaitu borang kastam yang korang kena isikan. Borang ini
ada di pejabat pos Malaysia. Minta dengan staff pos Malaysia.
92
Bagi yang menggunakan Singapore Post, DHL ecommerce, memang kena
guna sampul sendiri. Biasanya beli di lelong. Taip currier bag di lelong atau
shopee dan korang boleh jumpa macam-macam saiz mengikut keperluan
masing-masing.
93
Senarai syarikat kurier yang boleh menghantar barang
ke luar negara
Untuk yang baru sahaja ingin bermula menjual boleh menggunakan khidmat
Pos Malaysia iaitu menggunakan flexipack international. Selepas jualan
konsisten 50 jualan setiap bulan baru boleh fikir nak ambil khidmat dari
syarikat kurier lain.
Mula-mula nampak macam banyak 50 jualan sebulan. Tapi kalau difikirkan
balik hanya lebih kurang 2 ke 3 jualan sahaja sehari. Tak banyak mana pun.
Kalau kurang dari 50 jualan pun korang kena tanya dulu dengan syarikat
kurrier.
Kami menggunakan khidmat Singapore Post (melalui syarikat Quantium
Solutions dari Malaysia), DHL Ecommerce dan juga DHL Express. Ada negara
yang murah untuk Singapore Post, ada negara yang murah untuk DHL
Ecommerce.
Untuk DHL Express, barang yang mahal dan customer nak cepat. Kalau ke
USA hantar hari Jumaat, hari Isnin dah boleh sampai untuk kawasan bandar.
Cepat kan! 3 hari sahaja sampai.
1. Pos Malaysia
Untuk yang baru nak mula, memang inilah salah satu pilihan korang yang ada.
Macam yang sudah diterangkan sebelum ini di bahagian “Strategi Pemilihan
Produk untuk beginner”
Korang boleh pos barang guna flexipack international. Berat maximum yang
dibenarkan adalah sehingga 2 kilogram. Rate untuk Flexipack International
boleh seperti di bawah.
94
Ada size XS sehingga Size XL. Contoh envelope size XS dimana berat
maximum yang dibenarkan adalah 150 gram yang korang akan gunakan
macam gambar ni
95
Size L pula untuk berat maximum 1 kg macam gambar di bawah
Tambah RM10.50 untuk letak tracking number. Untuk akaun baru kena letak
tracking number sebab jika barang lambat sampai, ada bukti yang korang dah
hantar barang itu
96
Katakan barang korang tu 250 gram ke USA tapi tak muat Flexipack
International Size S, Size M pun tak muat. Rate ataupun berapa yang korang
kena bayar boleh rujuk website Pos Malaysia.
Korang kena bayar RM30 ye. Bukannya RM28 macam Flexipack International.
Barang tu kena packing guna sampul sendiri. Lepas tu kena tambah RM10.50
untuk tracking number
Untuk kurier servis selain Pos Malaysia seperti di bawah, kena pastikan korang
dah ada volume. Senang cerita jualan dah konsisten setiap bulan sekurang-
kurangnya 50 jualan. Ada dokumen yang diorang akan minta iaitu
Salinan SSM
Salinan Kad Pengenalan
Pastikan nama korang tak blacklisted. Diorang akan check dulu sebelum
permohonan korang diterima. Rate yang akan diterima pun berbeza setiap
97
orang kerana normal praktis industri, lagi banyak yang korang guna, lagi
rendah rate yang korang dapat.
Kesemua kurier servis ini boleh pick up ataupun ambil barang dari kawasan
korang (tertakluk kepada kawasan yang dicover oleh syarikat).
Boleh hubungi mereka dahulu untuk memastikan samada boleh pick up
ataupun tidak di kawasan korang.
Untuk print tracking number, mesti kena pakai laser jet printer. Salah satu
printer yang kami gunakan adalah Canon LBP 6030/6040. Harga masa beli
lebih kurang RM300.
98
2. Singapore Post
Untuk makluman korang, Singapore Post ada menawarkan khidmat untuk
penghantaran ke luar negara di Malaysia melalui syarikat Quantium Solutions
International Malaysia
Cara nak daftar adalah dengan hubungi nombor telefon dibawah
Tel: (603) 5569 6901
Fax: (603) 5569 6910
Add: Axis Plaza Level 2, No 5, Jalan Penyair U1/44,
Off Jalan Glenmarie 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Portal yang mereka guna untuk korang generate traking number adalah
https://www.ezyparcels.com
Setiap order dari ebay ataupun marketplace lain, kena masukkan dalam fail
excel mengikut templete yang mereka berikan. Kemudian upload ke dalam
sistem mereka dan kemudian korang akan dapat tracking number. Jangan
risau, mereka akan berikan training dengan menghubungi korang. Contoh
tracking number Singapore Post
99