INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : NUR YASIRA BINTI AZAHAR No. K/P : 031114-14-0346 Angka Giliran : 2021202340410 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.05 Nama Pensyarah : DR ROSNINAH BINTI GHANI Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Yasira Tarikh: 5 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Yasira Tarikh: 5 MAC 2024
I PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam kerana telah memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Rosninah binti Ghani selaku pensyarah bagi kursus Sosiologi dalam pendidikan yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang mudah difahami kepada saya dari awal proses penyediaan kerja kursus ini lagi. Selain itu, tidak lupa juga untuk saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Rosninah kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini. Di samping itu, penghargaan juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Seterusnya, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan idea serta tunjuk ajar semasa kerja kursus dijalankan. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi bakal guru yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Semoga tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan orang lain.
II ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan I Isi Kandungan II 1.0 Pengenalan 1 2.0 Budaya Sekolah 1 3.0 Stratifikasi Sosial 2 4.0 Impak Negatif Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah 4.1 Kewujudan Pengkelasan Sekolah 3 4.2 Ketidakadilan terhadap Pelajar 4 4.3 Ketidaksetaraan dalam Akses Pendidikan 5 5.0 Cara untuk Membentuk Budaya Positif Di Sekolah 6 6.0 Penutup 7 Rujukan
1 1.0 Pengenalan Sosiologi merujuk kepada bidang ilmu kajian saintifik mengenai interaksi sosial, organisasi, masyarakat, tindakan manusia dan akibatnya serta bagaimana pengaruh sosial mencorakkan kehidupan manusia (Liew et al., 2018). Dalam kata lain, sosiologi membantu dalam memahami bagaimana masyarakat diatur serta bagaimana individu mempelajari kemahiran sosial yang diperlukan untuk berinteraksi sesama mereka. Institusi pendidikan merupakan salah satu tempat yang utama di mana proses tersebut boleh terjadi dan dipupuk sejak awal. 2.0 Budaya Sekolah Sekolah merupakan organisasi formal yang mempunyai budaya yang tersendiri, dibentuk berasaskan interaksi antara warga sekolah iaitu pihak pengurusan sekolah, guru, para staf bukan guru, ibu bapa, dan para pelajar (Daud & Don, 2012). Budaya memainkan peranan yang besar dalam mencerminkan imej sesebuah sekolah dan sekaligus membantu dalam membentuk generasi yang cemerlang dari segi tingkah laku serta pencapaiannya. Menurut Daud, Y (2007), budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan didalam bilik darjah. Pembentukan budaya yang positif akan menghasilkan kesan yang positif kepada imej sekolah namun sebaliknya akan terjadi jika budaya negatif yang diterapkan. Budaya atau tradisi sekolah tidak akan terbentuk sekiranya tidak dipengaruhi oleh cara kepimpinan guru dan pelajar itu sendiri. Setiap sekolah pastinnya mempunyai matlamat yang berbeza-beza, ada yang mementingkan pencapaian akademik semata-mata dan ada juga yang ingin menyeimbangkan kokurikulum dan juga kurikulum. Semuanya itu akan terletak di bahu guru-guru untuk terus menabur usaha untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Oleh itu, penting bagi setiap guru untuk mempunyai budaya yang cemerlang seperti bijak menguruskan pengajaran, mempunyai komunikasi yang berkesan dan mempunyai sikap yang positif. Walaupun semua itu tidak menjamin bahawa murid-murid akan turut menerapkan budaya tersebut, tetapi paling kurang ianya dapat mendorong perubahan murid-murid ke arah yang lebih positif secara perlahan-lahan.
2 3.0 Stratifikasi Sosial Menurut Halal (2016), stratifikasi sosial merupakan konsep perbezaan individu atau kelompok dalam masyarakat yang menempatkan seseorang pada kelas-kelas sosial yang berbeza-beza secara hierarki dan memberikan hak yang berbeza antara individu pada suatu lapisan sosial lainnya. Perbezaan kelas ini terjadi atas beberapa faktor iaitu ekonomi, politik dan status sosial. Bagi faktor ekonomi, lapisan sosial yang tinggi akan dinilai berdasarkan jumlah harta atau aset yang dimiliki. Bagi aspek politik pula status sosialnya akan dinilai dari segi kekuasaan. Biasanya akan dilihat melalui jawatan yang dipegang dalam sebuah jabatan formal sehinggakan mampu mempengaruhi orang lain. Manakala, faktor status sosial atau status kehormatan adalah berdasarkan keturunan yang menjadikan jurang antara orang biasa dengan orang atasan sehinggakan ada had dalam pergaulan. Stratifikasi atau pembahagian kelas ini telah menyebabkan wujudnya ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat sama ada ia bersifat semula jadi di mana tidak memerlukan sebarang pengiktirafan dan bersifat bergantung kepada masyarakat atau institusi sosial untuk memberi pengiktirafan. Walaubagaimanapun, setiap masyarakat masih mempunyai peluang untuk manaiktaraf sosial dengan adanya gerakan mobiliti sosial. Mobiliti sosial melibatkan perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis atau satu proses pergerakan dari satu strata ke strata yang baik sama ada penambahan atau pengurangan dalam kekayaan, kuasa dan prestij (Haji Idris, 2004).
3 4.0 Impak Negatif Stratifikasi Sosial kepada Budaya Sekolah 4.1 Kewujudan pengkelasan sekolah Stratifikasi sosial telah mewujudkan pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat yang berbeza dalam aspek penubuhannya. Penubuhan pelbagai jenis sekolah seperti sekolah elit, sekolah kluster, sekolah harian dan sekolah antarabangsa ini telah ditubuhkan dengan mengelompokkan pelajar atas beberapa faktor seperti status ekonomi, etnik atau prestasi akademik. Namun, kebiasaannya masyarakat lebih memandang bahawa sekolah elit seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sekolah terunggul kerana hanya menempatkan pelajar yang mempunyai kognitif yang tinggi sahaja. Selari dengan pernyataan Ibrahim, S. S. (2015) yang mengatakan para pelajar yang berkebolehan tinggi dari segi akademik akan ditawarkan untuk mengikuti pembelajaran di MRSM dan tergolong dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik kerana pemilihan kemasukan dilakukan secara saringan adalah berdasarkan keputusan cemerlang dalam ujian. Jenis sekolah yang berbeza telah menyebabkan budaya yang diterapkan turut berbeza. Sebagai contoh, budaya sekolah elit dan sekolah harian berbeza dari beberapa aspek seperti prestasi akademik, hubungan dengan guru, dan persekitaran. Sekolah elit lebih cenderung menekankan pencapaian akademik yang tinggi sehinggakan pelajar mungkin mengalami tekanan untuk mengekalkan prestasi mereka, manakala sekolah harian pula lebih memberikan penekanan kepada perkembangan holistik pelajar. Ini bukan bermakna sekolah harian tidak mementingkan akademik, namun persekitaran mereka lebih santai kerana tidak ditekankan untuk mencapai standard prestasi yang tinggi. Bukan itu sahaja, dari aspek kemudahan infrastruktur juga jelas menunjukkan perbezaan di mana sekolah elit memiliki fasiliti yang lebih lengkap berbanding sekolah harian. Sekolah harian kebiasaannya tidak mempunyai kemudahan tempat dan peralatan seperti kolam renang, lapangan tenis dan peralatan yang cukup bagi kemudahan olahraga seperti mana yang dimiliki oleh sekolah elit. Segala kemudahan ini telah diberikan bagi memastikan reputasi di sekolah tersebut kekal di tahap atas memandangkan sekolah elit merupakan sekolah terunggul.
4 4.2 Ketidakadilan terhadap Pelajar Ketidakadilan ini merujuk kepada ketidaksetaraan dari segi layanan yang diberikan kepada individu atau kelompok yang berbeza terutama berdasarkan faktor stratifikasi sosial seperti kekuasaan dan status ekonomi. Pelajar yang datang daripada latar belakang keluarga yang baik dari semua segi akan lebih menonjol berbanding dengan pelajar yang datang daripada keluarga yang berlatar belakang biasa. Perkara ini disokong dengan penyelidikan dari Talib & Muslim (2016) yang mengatakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajaran kanak-kanak ialah pendapatan keluarga, pencapaian akademik dan status pekerjaan ibu bapa. Oleh disebabkan mereka lebih menonjol, layanan yang diberikan oleh pihak sekolah juga akan mula berbeza sama ada disedari atau tanpa disedari. Sebagai contoh, apabila guru-guru mendapat tahu bahawa salah seorang pelajar merupakan anak kepada pengaruh besar atau memiliki status sosial yang tinggi, mereka pastinya akan melayani pelajar tersebut lebih daripada pelajar lain, baik dari segi memberikan lebih perhatian, memberikan sokongan khusus atau berinteraksi dengan lebih baik. Perkara ini terjadi kerana ibu bapa pelajar yang berasal daripada golongan atasan ini kebiasaannya mempunyai hubungan rapat dengan sekolah di mana mereka akan memberikan dana atau menambahbaik kemudahan yang ada untuk menyokong pembelajaran anak mereka di sekolah tersebut. Oleh itu, sekiranya guru bersikap kasar dengan anak mereka, sudah tentu segala kemudahan atau dana yang diberikan akan ditarikbalik dan sekaligus memberikan impak negatif kepada sekolah kerana pengaruhnya yang kuat. Walaubagaimanapun, memberikan layanan yang tidak adil terhadap pelajar akan merosakkan perkembangan pelajar tersebut. Misalnya, pelajar yang merasakan dirinya itu lebih hebat daripada rakan lain hanya disebabkan status keluarganya, akan berani membuat apa sahaja memandangkan guru tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap perlakuannya itu. Perkara ini cenderung melahirkan budaya sekolah yang negatif hanya kerana sikap ketidakadilan dalam kalangan pelajar dan guru.
5 4.3 Ketidaksetaraan dalam Akses Pendidikan Ketidaksetaraan yang dimaksudkan adalah keadaan yang tidak seimbang di mana tidak semua individu mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan oleh disebabkan beberapa faktor. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar atau pedalaman mungkin menghadapi rintangan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan lokasi tempat tinggal yang jauh dari bandar dan ditambah pula dengan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang baik. Masalah pengangkutan merupakan salah satu faktor terbesar yang perlu dihadapi oleh murid ketika ingin mendapatkan pembelajaran. Seperti yang dinyatakan oleh orang asli dalam penulisan Talib & Muslim (2016), masalah pengangkutan menyebabkan alam persekolahan bukanlah sesuatu yang menarik tetapi merupakan pengalaman yang memeritkan. Berbeza pula dengan pelajar yang tinggal di kawasan bandar di mana mereka lebih mudah untuk ke sekolah sama ada menggunakan kenderaan peribadi atau kemudahan pengangkutan awam. Hal ini membolehkan mereka hadir ke sekolah dengan mudah dan menghadiri aktiviti luar kelas seperti kelas tambahan ataupun tuisyen. Pelajar yang menghadapi masalah dalam mengakses pendidikan akan merasa dikecualikan atau diabaikan oleh rakan-rakan yang lain. Ini boleh merosakkan keyakinan pelajar terhadap sistem pendidikan secara keseluruhan. Mereka mungkin kehilangan harapan untuk mencapai kecemerlangan akademik atau merasa bahawa peluang mereka terhad untuk mencapai impian. Kesemua ini boleh menyumbang kepada pembentukan budaya sekolah yang negatif yang tidak menggalakkan pembelajaran, perkembangan, atau kesejahteraan pelajar secara keseluruhan.
6 5.0 Cara untuk membentuk budaya positif di sekolah Meskipun pada awalnya pengkelasan sekolah ini menunjukkan ketidakadilan dan setidaksetaraan, namun ianya mampu dimanipulasi bagi membentuk budaya sekolah yang positif. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar yang dikumpulkan berdasarkan kemampuan kognitif dan minat mereka dalam satu sekolah yang sama, mampu membentuk golongan atau budaya yang saling menyokong antara satu sama lain kerana memiliki kepentingan yang sama dalam pembelajaran. Pengkelasan sekolah ini memberi peluang kepada setiap pelajar yang berbeza kemampuan untuk meningkatkan kemajuan mengikut potensi masing-masing memandangkan guru dapat memberikan pengajaran yang lebih berkesan kepada para pelajar dengan menyediakan pendekatan serta kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap pemahaman mereka. Pendekatan pengajaran yang berkesan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan (Mohd Rusdin, N., & Ali, S. R., 2019). Persekitaran yang selesa juga memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik pelajar. Sebagai contoh, apabila sebuah sekolah menempatkan pelajar sekolah elit seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan pelajar sekolah harian di tempat yang sama, sudah pasti kedua-dua golongan ini merasa tertekan dan tidak selesa kerana keadaan persekitaran yang berbeza. Ini kerana, bagi murid yang berada di tahap bawah, mereka akan mempunyai mentaliti bahawa mereka tidak mampu untuk mengekalkan tahap prestasi yang sama seperti pelajar kelas atasan Seterusnya, bagi isu ketidakadilan terhadap pelajar di sekolah disebabkan stratifikasi sosial, ianya boleh dimanipulasi untuk membentuk budaya positif dengan memberi kesedaran kepada guru-guru. Guru-guru perlu diberi kesedaran bahawa semua murid adalah sama tidak kiralah mereka itu lahir dari keluarga yang berpendidikan serta berharta atau lahir dari keluarga biasa. Selari dengan pernyataan daripada Hasan, M. (2018) yang mengatakan pendidikan untuk semua adalah termaktub agar setiap rakyat mendapat hak yang sama iaitu layanan dalam pendidikan. Oleh itu, prinsip ini jelas menunjukkan bahawa setiap individu wajar dilayan sama rata tanpa mengira latar belakang sosial, ekonomi mahupun keupayaan untuk menerima layanan dalam pendidikan. Jadi, sikap pilih kasih seperti ini tidak seharusnya terjadi memandangkan semua pelajar yang dihantar oleh ibu bapa mereka meletakkan matlamat yang sama iaitu menginginkan anak mereka berjaya. Oleh yang demikian, meskipun pelajar tersebut mempunyai latar belakang keluarga yang
7 berstatus tinggi, kesalahan yang dilakukan tetap menjadi salah. Guru seharusnya mengambil tindakan yang sama seperti mana yang dikenakan oleh pelajar lain. Ketidakadilan ini dapat mempengaruhi prestasi akademik dan kesejahteraan emosi para pelajar. Selain itu, cara untuk membentuk isu ketidaksetaraan dalam akses pendidikan ini menjadi budaya positif di sekolah adalah dengan peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Sekolah perlu sentiasa peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dan perlu memperjuangkan keadilan terhadap mereka. Ini kerana sebagai institusi pendidikan, sekolah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa pendidikan yang diberikan adalah adil dan saksama kepada semua murid kerana setiap murid mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Beberapa usaha yang boleh dilakukan bagi membantu murid yang tinggal di pedalaman adalah dengan menyediakan pengangkutan bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah. Ini dapat membantu mengatasi masalah kesukaran akses dan membawa lebih banyak murid ke sekolah. Pihak sekolah juga perlu memastikan bahawa murid-murid di pedalaman mempunyai akses kepada teknologi yang diperlukan memandangkan kawasan pedalaman mengalami masalah sambungan internet yang agak perlahan dan menyebabkan kegagalan penerimaan internet secara langsung (Isa, M., 2021). Dalam era digital ini, banyak pembelajaran dilakukan secara daring, dan akses internet yang terbatas atau tidak ada sama sekali dapat menjadi penghalang serius. Usaha-usaha yang ditunjukkan ini mampu membina budaya positif di sekolah kerana mereka merasakan diri mereka diterima dan disokong dalam persekitaran pembelajaran yang inklusif. 6.0 Penutup Meskipun terdapat strata atau status manusia yang berbeza-beza, manusia tidak boleh terlalu terikat atau berbangga dengan status tersebut sehingga akan mengganggu keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Pendidikan yang diperoleh bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai agen perubahan untuk merealisasikan perpaduan bangsa di mana ianya selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang untuk mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
RUJUKAN Abdul Rahim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas perpaduan. Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Daud, Y. (2007). Budaya sekolah rendah: Hubungannya dengan kepemimpinan, komitmen organisasi dan pencapaian akademik. Unpublished doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia, Penang. Daud, Y., & Don, Y. (2024). Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 9, 111–139. https://ejournal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7639 Halal, R. (2016). Stratifikasi sosial dan kesadaran kelas. Uinjkt.ac.id. http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/handle/123456789/31358 Haji Idris, N. A. (2004). Mobiliti sosial di kalangan generasi kedua Felda. Akademika, 64, 83–95. https://journalarticle.ukm.my/4257/1/akademika64%5B01%5D.pdf Hasan, M. (2018). Pendidikan untuk Semua: Pembangunan dan Pendidikan dalam Perspektif Ideologi-ideologi Pendidikan. In Prosiding Seminar Nasional Administrasi Pendidikan & Manajemen Pendidikan (pp. 10-17). Ibrahim, S. S. (2015). Ciri Sahsiah Dalam Pemilihan Pelajar Ke Program Ulul Albab Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh, Negeri Sembilan. Universiti Putra Malaysia. Isa, M. (2021). Cabaran Guru Dalam Pengajaran Digital Secara Maya Dan Kesediaan Murid Pasca Covid-19. Liew, H., Ahmad, J., & Hashim, S. (2018). Peranan Sosiologi Dalam Pendidikan Alam Sekitar: Satu Cabaran. Online Journal for TVET Practitioners, 3(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4835 Mohd Rusdin, N., & Ali, S. R. (2019). Amalan dan cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. In International Conference on Islamic Civilization and Technology Management (pp. 87-105) Talib, J., & Muslim, N. (2016). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah? - UKM Journal Article Repository. Journalarticle.ukm.my. http://journalarticle.ukm.my/1142/1/1.pdf