The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirahrhzd, 2022-05-21 10:08:51

GROUP 3

1018
1020
1026
1036

ILMU
Yang kau ceraikan itu isteri
Hak nafkah anak tapi anak- anak masih
selepas ibu bapa amanahmu

bercerai

Bapa terus jaga
kebajikan anak selepas

bercerai.Pihak
bercerai adalah ibu
bapa tetapi hubungan
darah antara anak
dengan ibu bapa tidak

akan putus.

ISU
NO.1



ilmu Page 2

Perkahwinan ialah akad
yang menghalalkan antara
lelaki dengan perempuan

hidup bersama dan
menetapkan tiap-tiap pihak
daripada mereka hak-hak
dan tanggungjawab. Dalam

erti kata lain, suatu akad
yang menghalalkan

persetubuhan dengan sebab
perkataan yang

mengandungi lafaz nikah,
perkahwinan dan
sebagainya.

Adakalanya ada sebab-sebab tertentu yang mengakibatkan
perkawinan tidak dapat diteruskan jadi harus diputuskan di tengah
jalan.Perceraian sebenarnya tidak digalakkan oleh agama islam, tetapi

kes penceraian banyak dijumpai dalam sebuah rumah tangga.
Persoalan yang sering terjadi bahwa setelah perceraian pemberian
nafkah terhadap anak tidak terlaksana dengan baik sehingga anak tidak
diberikan perhatian secukupnya , serta tidak menerima pendidikan
yang sewajarnya.Oleh itu, siapakah yang bertanggungjawab terhadap

hak nafkah anak selepas ibu bapa bercerai?

ilmu Page 3

Apa itu tanggungjawab suami

Yang pertama,memberi nafkah
zahir dan batin, dalam Islam tugas

mencari dan memberi nafkah
kepada keluarga terletak di atas
bahu suami. Setiap bulan para
suami wajib memberi nafkah
kepada isterinya. Nafkah zahir
adalah segala hal yang berkaitan
kebajikan pasangan seperti tempat
tinggal, makan minum, pakaian,

kebajikan, perubatan dan
keperluan rumah tangga. Selain
itu, suami juga wajib menyediakan
nafkah secukupnya mengikut

kemampuan kepada anak-
anak.Nafkah terhadap anak-anak
termasuklah makanan, minuman,
tempat tinggal selesa dan selamat,
pakaian, pendidikan, kebajikan,

keselamatan, kasih sayang dan
perhatian.

Yang kedua,menyediakan tempat tinggal dengan kudrat dan kemampuan yang ada.
Para suami haruslah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan isteri dan

keluarga. Sebagai contoh, suami mestilah menyediakan tempat tinggal yang selamat
untuk isteri dan anak-anak.



Yang ketiga,menggauli isteri dengan baik. Para suami wajib menggauli isteri dengan
cara yang dibenarkan syarak. Para suami ditegah untuk menyuruh isteri memenuhi

keinginan melalui cara yang bertentangan dengan syarak

ilmu Page 4

Yang keempat, mendidik isteri . Sebagai suami , wajib mendidik isteri dengan ilmu
agama yang secukupnya. Bekalkanlah keluarga anda dengan ilmu yang bermanfaat
untuk kegunaan di dunia dan di akhirat. Jika anda sibuk dan tidak mampu, bawalah
isteri dan anak-anak ke majlis agama untuk mendidik jiwa mereka. Selain itu, suami
juga harus mendidik akhlak isteri dan anak-anak. Sekiranya, mereka melakukan perkara
yang salah, tegur dan nasihatlah mereka dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan mereka
cara yang betul untuk melakukannya. Dalam mendidik, lakukanlah dengan penuh
kelembutan tetapi tetap tegas. Mintalah pertolongan Allah untuk memudahkan niat dan

usaha anda dalam membimbing keluarga.
Yang kelima, menyantun dan menghormati isteri. Dalam menjalani kehidupan
berumah tangga sudah tentu ada liku-likunya. Ketika menghadapinya, para suami
hendaklah melayani isteri dengan sopan santun dan penuh hormat. Suami isteri itu,
seharusnya berdiri seiring dengan saling mendampingi dan menyokong satu sama lain.
Apabila terjadi persengketaan, janganlah sesekali mengasari tubuh badan isteri dan
keluarkan kata-kata yang kasar padanya. Sebagai pembimbing, cubalah untuk
berbincang secara elok dengannya. Hormatilah dia dengan mengelak dari menyentuh

sensitivitinya.
Yang keenam, menggembirakan hati dan menjaga perasaan isteri. Sebagai contoh,
termasuk dalam nafkah batin yang harus diberikan oleh suami. Apa sahaja perbuatan
atau kata-kata yang menyenangkan hati isteri itu dikira sebagai nafkah batin juga.
Elakkanlah dari melakukan apa sahaja yang boleh mengguris dan melukakan hati isteri.

“Diriwayatkan dari Aisyah R.A., bahawa pada suatu hari beliau pernah ditanya:
bagaimanakah sikap Baginda Rasulullah S.A.W. ketika didalam rumah? Maka Aisyah
menjawab: Baginda Rasul adalah orang yang paling lemah-lembut, sering ketawa dan

sering tersenyum”- Riwayat Ibnu Saad.
Akhir sekali, menjaga aib dan maruah isteri. Suami harus menerima kesalahan isteri
tetapi janganlah dicana pada orang sekeliling walaupun kepada ibu bapa anda. Orang
lain tidak mengenali isteri anda seperti anda mengenalinya. Jika terbuka aibnya, mereka
mungkin akan mencemuh dan hilang hormat padanya. Walaupun situasi sudah berubah
kelak, tidaklah semudah itu manusia melupakannya. Maruah isteri anda merupakan
maruah anda juga. Jika seorang isteri itu melakukan sesuatu yang tidak elok, si suami
akan turut terpalit juga. Gandingan suami isteri sememangnya begitu. Ditepuk air di

dalam dulang, akan terperciklah kemuka sendiri.

ilmu Page 5

Apa pula tanggungjawab isteri

Yang pertama, ialah isteri perlulah taat
kepada suami sepenuhnya. Ketaatan yang
diberikan haruslah berlandaskan hukum

syarak dan bukan taat membuta tuli.
Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Abbas ‘ Lelaki adalah pelindung
dan penjaga wanita, ini bermakna suami
berkuasa keatas isteri. Dalam erti kata lain,
isteri perlu patuh kepada suami, melayan

keluarganya dengan baik dan menjaga
hartanya.

Yang kedua , ialah isteri perlulah
memenuhi keperluan batin

suami.Memenuhi kehendak seksual suami
termasuk dalam tanggungjawab isteri yang

perlu dilaksanakan.Jika isteri tidak
memenuhi kehendak suami tanpa sebab
yang munasabah seperti uzur,tidak sihat
atau sedang berpuasa wajib,maka akan
dikira berdosa dan derhaka terhadap suami.

Yang ketiga, isteri tidak boleh membenarkan sesiapa masuk rumah tanpa izin suami.Hal
ini mungkin kelihatan sedikit ringan bagi sesetengah wanita diluar sana kerana ramai

yang terbiasa hidup bebas dan terlalu percaya dengan orang luar. Jika suami mengatakan
atau berpesan supaya tidak membenarkan sekian sekian individu daripada masuk

kedalam rumah, maka wajib untuk isteri mematuhi. Jika ianya merupakan seorang lelaki
yang bukan mahram adalah diharamkan untuk mempelawa lelaki tersebut masuk ke
dalam rumah.
Yang keempat, isteri perlulah berhias dan
berdandan untuk suami. Suami janganlah

memandang sesuatu yang buruk kepada isteri.Isteri jangan sesekali mengambil mudah
hal penampilan diri di rumah. Selain daripada menjaga kecantikan dan penampilan diri

sendiri,isteri juga perlu menjaga kecantikan,keceriaan dan kebersihan rumah.

ilmu Page 6

Yang kelima, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami. Ramai wanita masa kini
menganggap soal izin dan kebenaran ini sebagai hal yang ringan. Bagi wanita moden,
mungkin mereka merasakan seperti dikongkong apabila terpaksa meminta kebenaran
suami untuk keluar. Dalam perkongsian hidup bersama, sudah tentu para suami harus

cakna dengan pasangannya. Apabila anda meminta izinnya itu adalah satu
penghormatan kepada mereka sebagai ketua keluarga. Menurut mazhab Shafie dan
Hanbali, seorang isteri juga perlu untuk meminta izin dan kebenaran suami sekalipun

jika isteri tersebut ingin pergi menziarahi ibubapa sendiri yang sedang sakit.



Yang keenam , isteri hendaklah wajib menjaga kehormatan diri terutama apabila suami
tiada. Dari segi tingkah laku, tuturkata dan maruah diri. Segala yang dilakukan bukan

sahaja memberi kesan kepada diri sendiri tetapi banyak pihak lain yang akan turut
terpengaruh. Sebagai contoh , suami , keluarga , merta , dan anak anak anda . Apabila
isteri lakukan sesuatu ynag tidak elok , maruah mereka akan turut terjejas. Ini bukan

sahaja dari sudut pandangan adat dan budaya kita tetapi yang lebih utama agama .



Yang ketujuh , isteri hendaklah menjaga kehormatan dan aib suami. Antara yang boleh
menjadi punca keretakan rumahtangga ialah lisan para isteri yang tidak menjaga

kehormatan suami. Tugas isteri dalah menjaga kehormatan suaminya dengan menutup
aibnya dan membicarakan perkara yang baik tentang terutama ketika ketiadaannya.

Maruah suami boleh mempengaruhi seluruh ahli keluarganya.Kadang-kadang , apabila
seseorang suami itu dipandang rendah oleh masyarakat , isteri dan anak-anak nya akan

turut terkena tempias.



Akhir sekali,isteri hendaklah menjaga harta benda suami. Sedikit ataupun banyak
hartanya tidaklah menjadi alasan untuk isteri memperlekeh atau menggunakan suami.

Terutamanya apabila ketiadaan suami para isteri tidak boleh sewenang-wenangnya
menggunakan harta suami untuk kegunaan diri sendiri mahupun orang lain . Walaupun

untuk bersedekah isteri mestilah mendapatkan keizinan suamai terlebih dahulu.Isteri
yang bijak itu adalah wanita yang pandai menguruskan harta suaminya.Dengan harta
yang ada mereka mengutamakan keperluan berbanding kehendak dan tidak boros serta

membazir dalam berbelanja.Jika ada lebihan isteri menyimpan sebagai persediaan
menghadapi sebarang masalah kewangan dan perancangan masa hadapan .

ilmu Page 7

Tanggungjawab suami & isteri

Yang pertama, suami & isteri perlu saling

sayang menyanyangi.Sifat kasih sayang

akan melahirkan keharmonian dalam

rumah tangga.Cinta dan kasih sayang

dalam rumah tangga termasuk

menunaikan hak anggota keluarga,

menahan marah dan memaafkan

kesalahan orang lain.Suami dan isteri

hendaklah menghormati hubungan

persemendaan yang melibatkan

hubungan keluarga yang besar di kedua- Yang kedua, suami & isteri saling
dua belah pihak.Hak untuk hidup mempercayai dan menjaga maruah rumah
tangga.Rasa percaya akan membuahkan
bersama dalam keluarga saling hormat-
menghormati dari segi kejujuran dan kesetian dalam
keluarga.Kepercayaan juga wujud apabila
kedudukan,perasaan,fikiran,peranan dan suami isteri mempunyai sifat amanah.Tidak
pergaulan. berlaku dalam kalangan mereka tuduhan

Akhir sekali, suami &
isteri menjaga dan membuta tuli sehingga menyebabkan
mendidik anak-anak.Islam mewajibkan pertengkaran dan akhirnya membawa kepada
ibu bapa memberi nafkah dan mendidik
anak-anak supaya taat kepada perintah perceraian akibat cemburu yang
keterlaluan.Cemburu berasaaskan iman akan
Allah SWT dan berakhlak mulia.Al- membawa kepada kebahagian rumah tangga
Qardawi juga menegaskan bahawa berbanding cemburu berasaskan nafsu.Islam
pekerjaan yang lebih utama bagi wanita
adalah mendidik generasi.Wanita melarang suami dan isteri membicarakan
bertanggugjawab menjaga dan mendidik berkaitan hubungan seksual antara mereka
anak-anak bermula dari alam rahim kepada orang lain.Perkara ini merupakan

sehiggalah mereka dilahirkan ke amanah yang perlu dipelihara untuk
dunia.Isteri perlu mendidik anak-anak mengekalkan ikatan perkhawinan,menutup
dengan ilmu agama yang mantap dan fitnah dan menghindari keburukan yang besar.
melaksanakan segala kewajipan yang

dituntut islam

ilmu Page 8

Apakah yang dimaksudkan dengan

nafkah

Mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama
ada isteri,anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya.Ia termasuk keperluan

tempat tinggal,makanan,pakaian,pendidikan,keagamaan dan perubatan.



Siapakah yang bertanggungjawab

terhadap hak nafkah anak selepas

ibu bapa bercerai

Bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya
menurut hukum fiqh, seorang bapa diwajibkan memberi nafkah kepada anaknya yang

masih kecil sehingga dia mencapai umur dewasa. Kewajipan ini adalah berdasarkan
perhubungan darah antara anak dan bapa. Bapa bertanggungjawab memberikan semua

jenis nafkah kepada anak-anaknya samada lelaki atau perempuan. Jika mereka tidak
mempunyai bapa, datuk (ayah kepada bapa) wajib mengambil tanggungjawab ini.
Begitulah seterusnya berdasarkan hubungan usul yang terdekat dengan furu. Bapa wajib
memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya, ini menunjukkan kewajipan
bapa memberikan nafkah kepada anaknya adalah lebih utama.Selain itu jika bapa
mempunyai masalah untuk menunaikan tanggungjawab nafkah kerana masalah

kesihatan ibu perlu melaksanakan tanggungjawab nafkah tersebut.

ilmu Page 8

Bapa tetap perlu memberi

nafkah kepada anak yang masih

belajar



Jika anak itu tidak bekerja kerana sibuk mencari ilmu yang bersangkutan
dengan kewajipan dirinya seperti ilmu akidah dan ibadah, ia juga dikira

tidak mampu bekerja dan bapa wajib memberikan nafkah kepadanya.
Sekiranya ilmu yang dipelajari itu ilmu fardu kifayah seperti ilmu

perubatan, perindustrian atau sebagainya, bapa mempunyai pilihan untuk
membenarkan anak tersebut terus belajar dan dia memberikan nafkahnya,
atau bapa tidak memberikan nafkah menyebabkan anak tersebut bekerja.

Bilakah tempoh nafkah anak tamat



Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan tempoh perintah nafkah

tamat apabila anak itu mencapai umur 18 tahun. Walaubagaimanapun, tempohnya
mungkin lebih singkat jika perintah mahkamah menyatakannya demikian, jika perintah
itu dibatalkan atau jika perintah itu dibuat untuk seorang anak perempuan yang belum
berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak
berkebolehan menanggung nafkah dirinya untuk seorang anak lelaki yang, oleh sebab

sesuatu hilang upaya dari otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah
dirinya.Peruntukan seterusnya juga menyatakan bahawa mahkamah boleh, atas

permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah dirinya
supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi

membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi. Secara
umumnya peruntukan tersebut juga adalah selaras dengan kehendak fiqh yang mana
memperuntukkan seorang bapa perlu mengekalkan atau menanggung nafkah anak-

anak sehingga mereka berusia 18 tahun, jangka masa untuk lelaki sepanjang
meneruskan pengajian atau latihan, atau bagi perempuan sehingga dia berkahwin.

ilmu Page 9

Oleh yang demikian, pemberian nafkah anak setelah terjadinya perceraian wajib
dilakukan oleh orang tuanya, khususnya bapa. Namun apabila kondisi bapa kurang
berkemampuan untuk memberi nafkah, maka pihak ibu berkewajiban untuk memberi
nafkah anak. Adanya kewajiban dari orang tuanya itu supaya anak yang lahir dari
perkawinan itu hidupnya tidak terabai akibat perceraian orang tuanya. Pemberian

nafkah anak setelah terjadinya perceraian tidak terlaksana dengan baik bila yang
memelihara dan mendidik anak tidak proaktif untuk mengusahakan sepenuhnya
terlaksananya putusan Mahkamah Syariah. Justeru, undang-undang keluarga Islam di
Malaysia telah menggariskan suatu peruntukan khusus berkenaan hal nafkah dan pihak
yang teraniaya boleh memohon tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah. Oleh itu,
Mahkamah Syariah sebagai sebuah institusi lazim dalam membicarakan hal berkenaan
kekeluargaan Islam berusaha dalam menjamin penyelesaian kes-kes tunggakan nafkah
diselesaikan dengan baik dan mampu mendatangkan maslahah kepada anak-anak.

ilmu Page 10

Rujukan

1. Azhar Basyir , Ahmad, !987.Hukum Perkahwinan
Islam .Yogyakarta: Bagian Penerbitan Perpustakaan
Fakultas Hukum Universitas Islam Indonesia.

2. Mustofa al-Khin 2009, Kitab FIqah Mazhab
Syafie,Ridzuan Hashim.Kuala Lumpur; Pustaka Salam
Sdn.Bhd.

3. Nora Abdul Hak 2007,"Jaminan Nafkah Kanak-
Kanak",dalam Najihah Mohd Zin,Undang-Undang
Keluarga Isam Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

4. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014
/10/12087/nafkah-anak-tanggungjawab-bersama

5. https://www.hmetro.com.my/addin/2020/01/537740/b
apa-wajib-tanggung

6. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/e
nakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e74
8256faa00188094/931aa33e11384ec848257030002e30c
4?OpenDocument

Ilmu

Penerbit
Politeknik Muadzam Shah,
Lebuhraya Tun Abdul Razak,
27600, Muadzam Shah,Pahang


Click to View FlipBook Version