SOP Tadika Daie Bestari Prosedur Memberikan Homework atau Tugasan di Rumah 1. Guru memastikan sesi pembelajaran di dalam kelas mengenai topik dan konsep sudah dibuat di tadika. 2. Tugasan yang diberikan ditandakan tarikh dan muka suratnya untuk rujukan mudah dirumah. 3. Guru memastikan semua tugasan dalam buku yang sudah siap disemak (ditandakan). 4. Nota kepada ibubapa diberikan melalui panggilan telefon atau buku komunikasi sekiranya perlu.
SOP Tadika Daie Bestari Mengendalikan Murid Daycare Prosedur Waktu makan adalah seperti berikut : Daycare : 12.00 tengahari dan 3.30 petang Waktu tidur daycare : Daycare : 12.30 tengahari dan 3.20 petang 1. Selesai sesi tadika,murid daycare akan makan tengahari 2. Sebelum murid makan guru perlu sediakan bekas untuk meletakkan makanan,tong sampah dan kain mengelap meja 3. Guru akan menyusun tilam murid mengikut label nama ,murid akan letakkan beg dan botol air di tepi tilam masing-masing supaya tidak berlaku pertukaran 4. Murid di minta untuk membasuh tangan dan mengambil makanan yang dihidang oleh guru 5. Murid akan duduk di ruangan makan dan membaca doa makan 6. Selesai makan,murid akan membuang sisa makanan di tong sampah dan letakkan pinggan/mangkuk/sudu/garfu dan cawan di bekas yang disediakan 7. Murid membasuh tangan dan membaca doa selepas makan 8. Setiap guru akan melakukan tugasan membasuh pinggan ,menyapu lantai,mengelap meja dan mandikan murid secara bergilir setiap hari selepas murid makan 9. Murid akan bergerak untuk menukar pakaian dengan pantauan guru untuk mandi.(tempat urus diri lelaki dan perempuan perlu berasingan) 10. Apabila menukar pakaian murid, pastikan segera simpan pakaian ke dalam beg pakaian kotor supaya tidak tertukar pakaian. 11. Jika ada kebocoran atau pakaian murid terkena najis, pendidik perlu basuhkan pakaian murid dan pulangkan pakaian murid dalam keadaan yang bersih 12. Murid akan dimandikan 2 kali sehari selepas makan tengahari dan makan petang 13. Guru akan mandikan murid 4 dan 5 tahun , manakala 6 tahun dengan pantauan guru
SOP Tadika Daie Bestari 14. Murid akan mandi mengikut giliran lelaki dan perempuan.Murid akan mengambil mandian mereka sendiri dan digalakkan murid untuk mengenal dan menjaga barangan mandian mereka sendiri. 15. Selesai mandi,tuala perlu dimasukkan di plastik baju kotor mereka.(murid perlu membawa pulang setiap hari) 16. Murid akan berbaring di tilam mereka untuk tidur,sebelum tidur murid diminta untuk membaca doa tidur. 17. Guru akan kejutkan murid pada pukul 3.20 petang.Guru dan murid akan menyusun tilam untuk di sanitasi 18. Selepas tilam sudah kering,tilam di susun dan di simpan ke tempat penyimpanan.Tilam perlu disusun secara menegak dan label nama di belah tepi boleh dilihat 19. Guru akan membawa murid-murid ke pantry untuk makan petang. 20. Selesai makan murid akan bersedia untuk mandi petang semula .(ulang dan rujuk no 9,10dan 11) 21. Selesai mandi murid perlu di sikat rambut dengan kemas,dipakaikan bedak yang dibawa mereka sebelum mereka diserahkan kepada ibubapa mereka untuk pulang.
SOP Tadika Daie Bestari Carta Alir Mengendalikan murid daycare MULA Guru semak waktu makan dan waktu tidur murid guru perlu sediakan bekas untuk meletakkan makanan,tong sampah dan kain mengelap meja sebelum murid makan Setiap guru akan melakukan tugasan membasuh pinggan ,memyapu lantai,mengelap meja dan mandikan murid secara bergilir setiap hari selepas murid makan TAMAT Susun tilam murid mengikut label nama Murid membasuh tangan dan ambil makanan yang telah dihidang Murid baca doa dan mula makan Murid menukar pakaian. Pastikan segera simpan pakaian ke dalam beg pakaian kotor supaya tidak tertukar Jika ada kebocoran atau pakaian murid terkena najis, pendidik perlu basuhkan pakaian murid dan pulangkan pakaian murid dalam keadaan yang bersih Murid mandi mengikut giliran lelaki dan perempuan Murid baring di tilam masing-masing dan bersedia untuk tidur Guru kejutkan murid pada jam 3.20 petang. Kemas dan buat sanitasi pada tilam. Bawa murid ke pantry untuk makan petang Murid bersedia untuk mandi petang dan kemaskan diri untuk pulang
SOP Tadika Daie Bestari Mengendalikan praktikal solat dan bacaan iqra prosedur 1. Selesai mandi dan bersiap,murid akan berkumpul di ruang solat untuk melakukan praktikal solat setiap hari. 2. Murid akan mengambil sejadah mereka yang telah di labelkan nama 3. Murid akan membuat praktikal solat dengan bimbingan guru. 4. Selepas solat murid akan lipat sejadah mereka dan letakkan sejadah mengikut kelas masing- masing. 5. Bacaan iqra dilakukan mengikut giliran murid.Bacaan mereka perlu direkod didalam rekod bacaan iqra. 6. Rekod bacaan iqra perlu dihantar kepada pengetua setiap akhir bulan untuk semakan 7. Setiap hari jumaat kumpulkan sejadah murid dan guru perlu basuh dan jemur sejadah murid untuk digunakan pada minggu baru.
SOP Tadika Daie Bestari Carta alir Mengendalikan praktikal solat dan bacaan iqra MULA murid akan berkumpul di ruang solat untuk melakukan praktikal solat Ambil sejadah yang telah dilabelkan nama dan mula praktikal solat dengan bimbingan guru Selesai solat, murid lipat sejadah dan letak mengikut kelas masing-masing Bacaan iqra dilakukan secara bergilir dan rekod di dalam rekod bacaan iqra Rekod bacaan iqra perlu dihantar kepada pengetua setiap akhir bulan untuk semakan TAMAT
SOP Tadika Daie Bestari Pembersihan Daycare Prosedur 1. Selepas sesi iqra,murid akan dikumpulkan di ruang menunggu sambil menonton televisyen sementara menanti ibu bapa. 2. Guru perlu bergilir-gilir membuat pembersihan di daycare mengikut jadual mingguan. 3. Bilik air perlu dicuci setiap hari dan disanitasi 4. Pinggan,mangkuk,sudu dan cawan yang dicuci perlu di lap dan di susun ke atas rak. 5. Bekas makanan yang sudah dicuci perlu dipulangkan kepada taska untuk kegunaan hari seterusnya. 6. Bahagian atas sinki dan dalam sinki di cuci dan dituangkan air panas seminggu sekali di dalam lubang sinki. 7. Bahagian bawah sinki juga perlu di buka seminggu sekali untuk memastikan tiada sisa makanan yang tersangkut. 8. Menyapu dan mop di semua ruang 9. Kain buruk perlu di cuci dan jemurkan di jemuran. 10. Sampah perlu dibuang ditempat yang disediakan dan tong sampah perlu di cuci setiap hari 11. Tangga di sapu dan di mop serta pemegang di sanitasi.
SOP Tadika Daie Bestari Carta alir Pembersihan daycare MULA Kumpulkan murid di ruang menunggu selepas sesi bacaan Iqra Guru membuat pembersihan secara bergilir-gilir mengikut jadual Bilik air perlu dicuci setiap hari dan disanitasi Pinggan,mangkuk,sudu dan cawan yang dicuci perlu di lap dan di susun ke atas rak Bekas makanan yang sudah dicuci perlu dipulangkan kepada taska untuk kegunaan hari seterusnya Bahagian atas sinki dan dalam sinki di cuci dan dituangkan air panas seminggu sekali di dalam lubang sinki Bahagian bawah sinki juga perlu di buka seminggu sekali untuk memastikan tiada sisa makanan yang tersangkut Menyapu dan mop di semua ruang Kain buruk perlu di cuci dan jemurkan di jemuran Sampah perlu dibuang ditempat yang disediakan dan tong sampah perlu di cuci setiap hari Tangga di sapu dan di mop serta pemegang di sanitasi TAMAT
SOP Tadika Daie Bestari Etika Pemakaian Guru 1. Pemakaian guru perlulah menutup aurat dan mengikut keselesaan semasa bertugas. 2. Guru tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan memakai pakaian yang ketat sehingga menonjolkan tubuh badan. 3. Guru perlu sentiasa kemas dan berpenampilan mengikut etika seorang pendidik 4. Aksesori yang berlebihan seperti barang kemas, pewarna kuku dan yang berkenaan tidak dibenarkan di tadika 5. Guru perlu memakai tanda nama dan apron yang disediakan pihak pengurusan
SOP Tadika Daie Bestari Carta Alir Etika pemakaian guru MULA Guru perlulah menutup aurat dan mengikut keselesaan semasa bertugas Tidak dibenarkan memakai pakaian berlabuci, manik dan memakai pakaian yang ketat sehingga menonjolkan tubuh badan Shawl tidak digalakkan kerana menggunakan jarum peniti yang boleh membahayakan murid-murid Tidak dibenarkan memakai alat solek yang tebal Aksesori yang berlebihan seperti barang kemas, pewarna kuku dan yang berkenaan tidak dibenarkan di taska TAMAT
SOP Tadika Daie Bestari Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Berkerja 1. Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa bertugas kecuali kecemasan. 2. Merakam video dan menangkap gambar murid untuk tujuan peribadi adalah dilarang kecuali untuk tugasan yang diberikan oleh pengurusan Tadika. 3. Memuat naik video dan gambar murid di media sosial tanpa kebenaran pihak pengurusan adalah satu kesalahan dan guru boleh dikenakan tindakan. 4. Penggunaan telefon ketika waktu kelas (update status di media sosial dan membuat perniagaan online adalah dilarang. 5. Penggunaan telefon bimbit hanya dibenarkan pada waktu rehat guru sahaja 6. Guru tidak dibenarkan memberi no telefon kepada ibubapa murid dan memberi kepada ibu bapa murid jika diminta.
SOP Tadika Daie Bestari Carta alir Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Bertugas TAMAT MULA Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa bertugas Dilarang merakam video dan menangkap gambar untuk tujuan peribadi Dilarang memuat naik video dan gambar murid di media social tanpa kebenaran pihak tadika Penggunaan telefon bimbit dibenarkan waktu rehat guru sahaja
SOP Tadika Daie Bestari Pengendalian Sesi Temuduga Polisi 1. Semua CV (resume) dan permohonan yang diterima dikumpulkan 2. Panggil semua calon yang layak untuk hadir temuduga 3. Borang permohonan berkerja disediakan untuk diisi semasa sesi temuduga 4. Semua calon yang lulus temuduga akan diberitahu melalui panggilan telefon selepas 1 hari daripada tarikh temuduga. 5. Failkan semula borang dan dokumen. Dokumentasi Maklumat Staf Prosedur 1. Satu fail khusus untuk setiap staf dibuka dan dilabelkan dengan kemas 2. Semua borang maklumat staf ,resume dan sijil yang berkenaan difailkan dalam fail staf 3. Salinan ic,salinan no akaun bank dan kwsp (jika ada) dimasukkan ke dalam fail 4. Semua maklumat,borang cuti,dokumen,surat menyurat dan sijil-sijil penyertaan kursus perlu dimasukkan ke dalam fail staf. 5. Fail staf perlu dikemaskini setiap 25hari bulan setiap bulan
SOP Tadika Daie Bestari Menyediakan Surat Lantikan Prosedur 1. Surat lantikan staf disediakan mengikut staf jawatan dan bidang tugas.Surat dicetak atas kepala surat (letterhead) tadika. 2. Syarat pekerjaan (atau perincian kerja) dilampirkan bersama bidang tugas 3. Semua staf akan menandatangi surat tanda persetujuan dan menerima salinan original untuk dokumen 1 dan 2 4. Salinan pendua dokumen 1 dan 2 yang sudah ditandatangan terima,difailkan. 5. Selepas 3 bulan dari tarikh staf masuk,Surat pengesahan jawatan dikeluarkan dan salinan original diberikan kepada staf.Salinan pendua difailkan dalam fail staf Menyediakan bidang tugas pekerja Prosedur 1. Bidang tugas pekerja disediakan mengikut tugas: A) Pengurus Tadika B) Pengetua C) Guru Taska dan Tadika D) Pembantu guru E) Jawatan lain jika ada 2. Bidang tugas merangkumi: A) Tugas utama B) Tugas pentadbiran C) Tugas umum D) Tugas-tugas lain
SOP Tadika Daie Bestari Menyediakan Dan Memberi Buku Panduan Pekerja Prosedur 1. Buku panduan pekerja merupakan panduan yang digunakan sebagai rujukan oleh semua staf 2. Mengandungi maklumat,polisi dan prosedur am pengendalian hal ehwal pekerja di syarikat 3. Semua staf baru akan menerima satu salinan buku panduan pekerja 4. Staf diminta baca dan fahamkan isi kandungan buku panduan pekerja dan menandatangi di ruang yang disediakan sebagai tanda memahami isi kandungan. Pembukaan Akaun Untuk Staf Baru Prosedur 1. Admin akan memberi surat untuk membuka akaun untk staf mengikut akaun bank yang digunakan oleh pengurusan membayar gaji. 2. Staf perlu membuka akaun di bank mengikut surat membuka akaun yang diberi dalam masa 5 hari (hari bekerja) 3. Surat membuka akaun mengikut cawangan tadika seperti: a) Cawangan Bandar Mahkota Cheras - RHB Bank b) Cawangan Kajang dan Bangi - CIMB Bank 4. Salinan nombor akaun bank perlu diserahkan kepada admin untuk kemaskini fail staf
SOP Tadika Daie Bestari Carta Alir Pembukaan Akaun Untuk Staf Baru MULA Admin akan memberi surat untuk membuka akaun untk staf mengikut akaun bank yang digunakan oleh pengurusan Staff perlu buka akaun bank dalam masa 5 hari bekerja Surat membuka akaun mengikut cawangan tadika seperti: a) Cawangan Bandar Mahkota Cheras - RHB Bank b) Cawangan Kajang dan Bangi - CIMB Bank Salinan nombor akaun bank perlu diserahkan kepada admin untuk kemaskini fail staf TAMAT
SOP Tadika Daie Bestari Menjawab Pertanyaan Mengenai Perkembangan Anak Prosedur 1. Setiap pertanyaan atau concern mestilah diambil tahu dan dicatatkan 2. Maklumat perlu disampaikan kepada pihak yang berkenaan termasuk Guru kelas dan Pengetua 3. Tindakan susulan mesti diambil dan ibu bapa dimaklumkan akan perkembangan. CONTOH SKRIP Pengetua : Assalamualaikum Tadika Daie Bestari.Teacher xxxx bercakap.Boleh saya bantu puan/encik? Pemanggil : saya mahu tahu tentang noah.Dia di tadika macam mana? (sekiranya pengetua tidak tentang murid secara khusus) Pengetua : Guru kelas,Teacher Intan sedang mengajar sekarang.Tetapi secara umumnya,Noah sudah mula pandai berkawan.Dia sudah tidak menangis lagi.Tidak mengapa Puan.Saya akan minta Teacher Intan menghubungi Puan semasa waktu rehat guru dengan menggunakan no telefon tadika.
SOP Tadika Daie Bestari Menjawab Telefon Menerima Makluman Dari Ibu bapa Prosedur 1. Terima makluman dengan baik.Catatkan dalam buku log kerja harian 2. Maklumkan kepada Guru kelas berkenaan. 3. Berikan bantuan kepada ibu bapa sekiranya perlu.Lawatan ke rumah diadakan jika perlu. CONTOH SKRIP : Pengetua : Assalamualaikum Tadika Daie Bestari.Teacher xxxx bercakap.Boleh saya bantu Puan/Encik? Pemanggil : Saya nak beritahu Aus demam hari ini.Tak datang Tadika Pengetua : Apakah demam biasa atau keadaanya membimbangkan? Pemanggil : Tidak,demam biasa Pengetua : Baik,Puan.Saya akan maklumkan kepada guru kelas.Semoga Aus cepat sembuh dan boleh hadir ke tadika semula seperti biasa. (Sekiranya demam panjang dan berjangkit seperti chicken pox) Apabila Puan/Encik lihat Aus sudah agak baik,boleh kami bekalkan aktiviti di rumah. Jika Puan/encik mahukan guru kelas berikan aktiviti di rumah,Puan/Encik maklumkan sehari awal.Kami akan sediakan dan Puan/Encik datang ambil. Nota:Skrip diubah mengikut kesesuaian makluman sama ada cuti panjang,mengikut keluarga out station,ibu berpantang selepas bersalin dan seumpamanya.
SOP Tadika Daie Bestari Jika Murid Tidak Hadir lebih 3 Hari Prosedur 1. Jika murid tidak hadir ke tadika 3 hari berturut-turut tanpa memaklumkan kepada pihak tadika,guru kelas perlu maklumkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya. 2. Pengetua perlu whatsapp dan sms bertanya khabar tentang murid tersebut. 3. Jika tiada respon dari ibu bapa,pengetua perlu hubungi dan hubungi waris terdekat. CONTOH AYAT WHATSAPP/SMS Assalamualaikum Puan/Encik,I’m teacher XXXXXXX from Daie Bestari (branch),How are you? Sorry for disturbing you,may I know why xxxxxxx absent to school for 3 days? Is he / she ok? Thank you Puan/Encik,hopefully xxxxxxxx will recover quickly,thank for your time.Assalamualaikum. Assalamualaikum Puan / Encik, saya cikgu XXXXXXX dari Daie Bestari (cawangan), Apa khabar? Maaf kerana mengganggu anda, mungkin boleh saya tahu mengapa xxxxxxx tidak hadir ke sekolah selama 3 hari? Adakah dia baik-baik saja? Terima kasih Puan / Encik, semoga xxxxxxxx cepat sembuh, terima kasih untuk masa anda.Assalamualaikum.
SOP Tadika Daie Bestari Persiapan Am ( Perjumpaan ibu bapa ) Prosedur 1. Setiap bulan lakukan pendokumentasian kemajuan murid 2. Penyediaan Laporan Kemajuan Murid bermula bulan mei (penggal pertama) dan bulan november (penggal ke 2)setiap tahun. Sebarang perubahan pada Takwim Tadika akan dimaklumkan kepada ibu bapa murid. 3. Senarai nama murid dan jadual kedatangan mengikut masa yang ditetapkan guru.Pengetua perlu maklumkan seminggu awal kepada ibu bapa memo dan jadual mengikut slot yang ditetapkan. 4. Kemaskini semua bahan pembelajaran murid: Semua buku dan lembaran kerja dikemaskini dan disusun dalam keadaan teratur didalam fail pentaksiran Semua hasil kerja 1D dan 2D dimasukkan dalam fail khas Menyusun atur ruang pertemuan Hari Laporan Kemajuan 1. Susun atur ruang disediakan sehari sebelum hari pertemuan 2. Ruang kelas disusun untuk menerima 2-3 individu dalam sesi perbincangan mengikut kelas 3. Sebuah meja dengan tempat duduk guru dan 2 kerusi untuk tetamu disediakan 4. Buku laporan dan ssemua bahan kerja murid sudah disusun di rak dalam kelas. 5. Ruang mestilah disusun kemas,bersih dari habuk dan sampah serta berbau segar
SOP Tadika Daie Bestari Mengendalikan perjumpaan ibu bapa ketika bencana (covid) Prosedur 1. Boleh dilakukan dalam 2 kaedah iaitu perjumpaan bersemuka mengikut sop yang ketat hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan atau melalui video call .(mengikut kes) 2. Hanya 10 minit sahaja masa yang diberikan untuk setiap ibu bapa untuk kedua-dua cara. 3. Rangka dan susun atur jadual untuk setiap kelas. 4. Jika menggunakan kaedah video call,buku rekod,senarai semak murid,rekod bacaan dan fail pertaksiran diberikan sehari awal kepada ibu bapa. 5. Guru perlu bersiap sedia dengan semua rekod untuk rujukan ketika sesi perjumpaan sama ada bersemuka atau kaedah video call. 6. Ulasan dan komen perlu selaras mengikut perkembangan dan pertaksiran murid.Ia mesti menyeluruh perkara dan pencapaian positif dalam semua bahagian termasuk:kemahiran akademik,pencapaian sosial,kemahiran dan bakat kursus.
SOP Tadika Daie Bestari Carta alir Mengendalikan perjumpaan ibu bapa MULA Dilakukan dalam 2 kaedah : Bersemuka Video call 10 minit bagi setiap ibubapa (kedua-dua cara) Rangka dan susun atur jadual untuk setiap kelas Jika menggunakan kaedah video call,buku rekod,senarai semak murid,rekod bacaan dan fail pertaksiran diberikan sehari awal kepada ibu bapa Guru perlu bersiap sedia dengan semua rekod untuk rujukan ketika sesi perjumpaan sama ada bersemuka atau kaedah video call Ulasan dan komen perlu selaras mengikut perkembangan dan pertaksiran, menyeluruh perkara dan pencapaian positif dalam semua bahagian TAMAT
SOP Tadika Daie Bestari Menerima Aduan Kes-Kes Kecederaan/Kecuaian di Tadika & Taska Maklumat kes-kes kecederaan dan kecuaian di Tadika tidak dapat dielakkan. Perkara ini dapat dikurangkan dengan adanya SOP dan prosedur pengendalian situasi yang lengkap. Prosedur 1. Semua tadika dan taska mestilah dilengkapi dengan alat dan bahan yang diperlukan untuk memastikan keselamatan murid dan guru. 2. Premis tadika dan taska mestilah mempunyai First Aid Kit yang lengkap untuk kegunaan. 3. Pengurusan tadika mestilah mempunyai SOP dan prosedur untuk memastikan keselamatan semua pihak terjaga. 4. Semua aduan,kejadian dan laporan direkodkan dengan betul untuk rujukan. Polisi 1. Bertenang 2. Semak situasi kejadian daripada staf.Maklumat mestilah tepat dengan tujuan menanganinya dengan betul. 3. Pastikan hak staf dan pelanggan dijaga. 4. Maklumkan kepada pelanggan tentang situasi yang berlaku,apa amalan lazim dalam situasi biasa dan tindakan lanjut yang akan diambil. 5. Lakukan follow-up dan kemaskini pelanggan dan staf.Ini mengikut situasi kes kecederaan. 6. Jalankan proses tuntutan insuran.Tawarkan pendahuluan bayaran bil mengikut polisi syarikat. 7. Buat lawatan susulan ke rumah murid dengan kebenaran ibu bapa.
SOP Tadika Daie Bestari Apabila melibatkan kecederaan ( kecederaan yang memerlukan rawatan khas doktor) 1. Pastikan murid dan staf dalam keadaan selamat. 2. Semak status kecederaan dan buat rawatan kecemasan jika perlu. 3. Dapatkan kebenaran penjaga untuk membawa murid ke klinik berdekatan. 4. Bayaran bil perubatan didahulukan oleh pihak pengurusan Tadika. 5. Pastikan murid kembali kepada penjaga dalam keadaan sudah dirawat. 6. Pastikan maklumat yang betul disampaikan dengan tenang kepada pelanggan/penjaga. Apabila melibatkan kemalangan dan kecederaan ringan (kesam lebam atau luka yang boleh dirawat sendiri oleh guru) 1. Pastikan murid dalam keadaan tenang dan selamat 2. Berikan rawatan kecemasan dengan alat dan bahan yang ada dalam first-aid kit di tadika. 3. Pastikan murid sudah di rawat sebelum maklumkan kepada ibu bapa murid. 4. Maklumat yang disampaikan betul dan sampaikan dengan tenang. CONTOH SKRIP: “ Puan/Encik, semasa rehat tadi , Naufal terlanggar rakan dan jatuh.Kami sudah meletakkan sedikit minyak sapuan untuk melegakan sakit. Mohon Puan/Encik semak dan perhatikan Naufal di rumah.Kami berharap Naufal tidak mengalami sebarang kesan sampingan.Cuma sebagai langkah berhati-hati.
SOP Tadika Daie Bestari Carta Alir kecederaan yang memerlukan rawatan khas doktor MULA Pastikan murid dalam keadaan tenang dan selamat Semak status kecederaan dan buat rawatan kecemasan jika perlu Dapatkan kebenaran penjaga untuk membawa murid ke klinik berdekatan Bayaran bil perubatan didahulukan oleh pihak pengurusan Tadika Pastikan murid kembali kepada penjaga dalam keadaan sudah dirawat Pastikan maklumat yang betul disampaikan dengan tenang kepada pelanggan/penjaga TAMAT
SOP Tadika Daie Bestari Carta Alir melibatkan kemalangan dan kecederaan ringan MULA Pastikan murid dan staf dalam keadaan selamat Berikan rawatan kecemasan dengan alat dan bahan yang ada dalam first-aid kit di tadika Pastikan murid sudah di rawat sebelum maklumkan kepada ibu bapa murid TAMAT Maklumat yang disampaikan betul dan sampaikan dengan tenang