SOP Taska Daie Bestari 032023 1.15 Mengendali murid saringan penyakit berjangkit Prosedur Mengendalikan murid saringan penyakit berjangkit 1. Pendidik mestilah mengambil suhu badan murid untuk setiap hari pada waktu pagi, tengahari dan petang sebelum pulang supaya pihak tadika dapat menyaringkan murid yang terdedah kepada penyakit berjangkit. Pagi: 7.30 pagi – 8.30pagi Tengahari: 12.00 tengahari – 12.30 tengahari Petang: 5.00 petang – 6.00 petang 2. Pastikan suhu badan murid tidak melebihi 3.75°c, batuk, selsema dan mempunyai simptom penyakit berjangkit. Sekiranya mempunyai simptom seperti dia atas, pendidik hendaklah segera memberitahu penyelia supaya penyelia boleh memberitahu ibu bapa murid dengan segera untuk di bawa ke klinik bagi menerima rawatan lanjut. 3. Rekodkan suhu murid-murid pagi, tengahari dan petang di dalam borang rekod suhu atau sistem smap setiap hari tanpa gagal. 4. Sekiranya murid mengalami gejala penyakit berjangkit seperti Covid-19, Influenza A, penyakit, HFMD, Measels, Chicken Pox, cirit birit atau muntah-muntah segera asingkan murid tersebut di dalam bilik isolasi. Guru hendaklah memberitahu tim leaders supaya tim leaders boleh memberitahu ibu bapa murid dengan segera untuk di bawa ke klinik bagi rawatan lanjut. 5. Jangan sesekali gabungkan murid yang sihat dan murid yang sakit. 6. Sebelum murid masuk ke tadika/taska setelah keluar daripada hospital, pastikan ibu bapa mengemukakan surat pengesahan daripada doktor/hospital/klinik panel yang mengesahkan bahawa murid sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit berjangkit. 7. Sekiranya ibu bapa gagal menunjukkan surat pengesahan, murid tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam tadika/taska. Sekiranya ada pendidik yang memberi masuk tanpa surat pengesahan, pendidik tersebut akan di ambil tindakan oleh pihak pengurusan.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Carta Alir Mengendali murid saringan penyakit berjangkit Tidak Ya TAMAT Rekodkan suhu murid-murid pagi, tengahari dan petang di dalam sistem smap setiap hari tanpa gagal Maklumkan kepada penyelia untuk memberitahu kepada ibubapa murid berkenaan Pastikan suhu badan murid tidak melebihi 37.5 c, batuk, selsema dan mempunyai simptom penyakit berjangkit Pendidik ambil suhu badan murid setiap hari (pagi, tengahari, petang) Bawa murid ke ruang taska Bawa murid ke ruang pengasingan sementara menunggu ibubapa sampai Pastikan ibubapa mengemukakan surat pengesahan kesihatan daripada doktor/hospital/klinik MULA
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.16 Keselamatan dalam taska Prosedur keselamatan dalam taska Pastikan: 1. Kemasan lantai dalam kelas KERING, TIDAK LICIN dan bersih daripada bahan tajam atau yang boleh melukakan kaki murid-murid. 2. Meja, kerusi, almari dan semua perabot yang ada di dalam taska mestilah tidak tajam dan tidak mudah jatuh serta tidak mencederakan murid-murid. 3. Susun atur di dalam taska mestilah membolehkan murid-murid bergerak dengan selesa. 4. Susunan alat tulis seperti pensel, pembaris, gunting, gam dan semua bahan pembelajaran DISIMPAN KEMAS DITEMPAT YANG MURID-MURID TIDAK MUDAH CAPAI. Ini untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. 5. Bahan dan alat tulis yang kecil dan merbahaya seperti pin, thumb tack dan seumpamanya TIDAK BOLEH digunakan di dalam taska. 6. Permainan yang ROSAK perlu diasingkan dan dibuang jika tiada kegunaan lagi. Prosedur Senarai semak keselamatan dalam taska 1. Ruang untuk berjalan dan bergerak di luar kelas mestilah mengikut keluasan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak keselamatan dan perlesenan. (dalam kes ini: Bomba) 2. TIADA barang, bahan atau perabot seperti almari, rak kasut, bangku yang menghalang laluan atau menyempitkan laluan. 3. Ruang laluan mestilah cerah dan mempunyai pencahayaan yang cukup. 4. Apabila ruang perlu dibersihkan (disapu dan dimop), laluan mestilah dalam keadaan kosong. Prosedur Senarai semak keselamatan di tandas 1. Pintu tandas mestilah jenis pintu yang kukuh, tidak ada bucu tajam dan boleh ditutup dan dibuka dengan baik. 2. Lantai tandas mestilah kering ATAU diletakkan bahan 'anti-slip'. 3. Baldi dan gayung yang ada mestilah saiznya lebih kecil daripada saiz murid yang paling kecil yang ada di taska. 4. Kepala paip dan saluran batang paip mestilah 'childfriendly' yang boleh dan mudah dikendalikan oleh murid. 5. Pastikan air di dalam baldi dibuang dan tidak dibiarkan bertakung
SOP Taska Daie Bestari 032023 Prosedur Senarai semak penggunaan peralatan taska 1. Ambil barang yang diperlukan dengan kuantiti yang perlu sahaja. 2. Ruang simpanan disusun semula apabila barang diambil / dikeluarkan. 3. Letak semula baki barang di tempat simpanan. 4. Ruang simpanan ditinggalkan dalam keadaan bersih dan kemas Prosedur Senarai semak penggunaan ruang umum (common area) di Taska. 1. RUANG UMUM termasuklah: Ruang lapang untuk aktiviti pelbagai. Ruang perhimpunan. 2. Kemasan ruang: Lantai yang kering dan tidak licin. Permukaan yang selamat dari bahan bahaya seperti pin dan seumpamanya. Pencahayaan yang mencukupi. Tidak terlalu gelap, tidak terlalu cerah. Pengudaraan yang segar dengan bau yang menyenangkan. 3. Kebersihan dan keceriaan ruang: Tong sampah disediakan di sudut yang sesuai. Sampah dibuang setiap hari sebelum TASKA ditutup. Kain lap atau tisu disediakan di sudut khusus. Dinding dalam keadaan bersih dan kreatif. Siling ruang bersih dari habuk dan sarang labah-labah. Prosedur Senarai semak keselamatan penggunaan pintu masuk utama. (main entrance) 1. Pintu masuk hanya dibuka mengikut jam kehadiran murid. 30 minit sebelum kelas bermula. Ditutup 30 minit selepas kelas tamat. 2. Semasa kehadiran dan kepulangan murid, pendidik atau staf sedia bertugas. 3. Murid diserahkan kepada penjaga yang sah (dinamakan) semasa sesi TASKA tamat. 4. Kemasukan mana-mana individu luar hanya DENGAN PENGESAHAN pengurusan tertinggi TASKA. 5. Mana-mana individu ATAU perkara yang mencurigakan, catatkan dan maklumkan kepada pihak keselamatan terdekat. 6. Nombor Telefon kecemasan mesti dipaparkan dengan jelas pada dinding pintu masuk utama.
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.17 Laporan kemalangan Prosedur Laporan kemalangan 1. Sekiranya berlaku kemalangan ringan di taska, pendidik segera memberitahu penyelia tentang kemalangan yang dihadapi. 2. Penyelia segera memaklumkan kemalangan tersebut kepada Guru Besar. 3. Kemudian Guru Besar memaklumkan kepada Ibubapa. 4. Bagi kecederaan ringan, seperti lebam, hendaklah disapu dengan krim anti lebam manakala bagi luka kecil, hendaklah dicuci lukanya dan disapu dengan antiseptik. 5. Sekiranya kemalangan tersebut adalah kemalangan teruk atau serius, pendidik mengambil tindakan membawa ke klinik / hospital yang terdekat dengan kadar segera. 6. Setiap maklumat kemalangan yang berlaku mestilah direkod bagi memudahkan urusan pentadbiran mengisi borang klaim insurans untuk pelajar yang mengalami kemalangan.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Pendidik segera memaklumkan kepada guru besar Murid beritahu pendidik yang bertugas Pendidik segera memaklumkan kepada guru besar Maklumat kemalangan dan tindakan direkod KEMALANGAN TERUK KEMALANGAN BERLAKU DI DALAM TASKA Guru besar memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga Guru besar memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga Pendidik mengambil tindakan merawat atau ibu bapa menghantar ke klinik jika perlu Pendidik mengambil tindakan membawa ke klinik / hospital yang terdekat dengan segera KEMALANGAN BERLAKU DI DALAM TASKA Murid beritahu pendidik yang bertugas Maklumat kemalangan dan tindakan direkod KEMALANGAN BIASA Carta Alir Carta Alir Laporan kemalangan biasa dan kemalangan teruk
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.18 Pengendalian Bekalan Elektrik Terputus Di Taska Langkah-langkah persediaan bahan jika terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba 1. Setiap taska/tadika perlu mempunyai lampu kecemasan dan kipas yang menggunakan bateri/caj menggunakan power bank untuk digunakan ketika ketiadaan elektrik. 2. Setiap suis dilabelkan nama dan pemeriksaan kerap terhadap semua soket perlu dilakukan seminggu sekali 3. Taska mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Semasa 1. Pendidik perlu menenangkan semua murid-murid. Pendidik perlu membuka lampu kecemasan dan kipas bateri supaya murid-murid tidak panas dan ketakutan dalam gelap 2. tus bekalan elektrik. 3. Pendidik perlu menutup suis dan mencabut plug penapis air, penyedut habuk dan lain-lain. 4. Pendidik perlu periksa peranti perlindungan litar jika suis tertendang. (pastikan tangan pendidik dalam keadaan yang kering dan tidak lembap serta basah. 5. Pendidik perlu memastikan pintu yang menggunakan sistem sekuriti, grill pintu dikunci secara “manual” 6. Pendidik perlu meletakkan ais block ke dalam peti bersama dengan susu ibu sekiranya bekalan elektrik terputus lama, untuk mengelakkan bekalan susu rosak. 7. Pendidik membuat semakan pengumuman gangguan bekalan elektrik dalam laman web TNB dan maklumkan segera pada pihak pengurusan jika bekalan elektrik terputus lama bagi membolehkan pihak pengurusan membuat tindakan susulan dengan menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan TNB. 8. Pendidik perlu memaklumkan kepada ibu bapa jika mengalami gangguan elektrik yang lama untuk mereka mengambil anak dengan segera. Selepas 1. Jika bekalan elektrik sudah kembali pulih, pendidik perlu merekodkan di dalam buku laporan bekalan elektrik terputus dari pukul berapa sehingga kembali pulih. 2. Pastikan kanak-kanak semua berada di kedudukan masing-masing. 3. Perhatikan keadaan kanak-kanak secara umum.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Pengendalian bekalan elektrik terputus di taska ( semasa & selepas ) Ya Periksa peranti perlindungan litar jika suis tertendang Maklumkan kepada ibu bapa untuk mereka mengambil anak dengan segera Rekodkan di dalam buku laporan TAMAT Tenangkan murid-murid, buka lampu kecemasan dan kipas bateri Tutup suis dan cabut plug penapis air, penyedut habuk dan lain-lain Kunci pintu yang menggunakan sistem sekuriti secara “manual” Pastikan kanak-kanak berada di kedudukan masing-masing dan perhatikan keadaan mereka secara umum MULA Sekiranya gangguan elektrik terputus lama
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.19 Pengendalian bekalan air terputus Langkah-langkah persediaan bahan jika terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba 1. Setiap taska/tadika perlu mempunyai tong simpanan air atau botol besar untuk digunakan jika bekalan air terputus. 2. Pastikan air di dalam tong simpanan air bertutup dan selalu periksa air didalam tong simpanan, jika kotor pastikan air diganti baru. 3. Guru perlu check di meter air diluar dan dapatkan maklumat terkini gangguan bekalan air menggunakan apps air Selangor. 4. Air mineral 5 liter dan tisu basah perlu sentiasa berada di taska. 5. Guna dan letakkan water dispenser di sinki untuk kegunaan guru 6. Gunakan pinggan, mangkuk, cawan dan sudu pakai buang ketika makan. 7. Maklumkan pada ibubapa jika bekalan air terputus dan berlarutan keesokan harinya, mohon ibubapa untuk membawa bekalan air yang mencukupi untuk digunakan ketika anak berada di taska.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Pengendalian bekalan air terputus Sediakan tong simpanan air atau botol untuk kegunaan semasa bekalan air terputus TAMAT Guru perlu periksa meter air di luar dan dapatkan maklumat terkini gangguan bekalan air menggunakan apps air Selangor Maklumkan kepada ibubapa sekiranya bekalan air terputus berlarutan dan mohon ibubapa untuk membawa bekalan air untuk kegunaan anak di taska Pastikan air di dalam tong sentiasa bertutup dan selalu diperiksa Pastikan air mineral 5 liter dan tisu basah sentiasa ada di taska Guna dan letakkan water dispenser di sinki untuk kegunaan guru Gunakan pinggan, mangkuk, cawan dan sudu pakai buang ketika makan MULA
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.20 Mengendali waktu pulang murid Prosedur Mengendalikan waktu pulang murid 1. Waktu pulang murid disusunkan bermula: 5.00 petang – 6.30 petang (selepas waktu ini dikira waktu OT) 2. Pastikan barangan murid siap kemas dan simpan di dalam beg pakaian murid seperti: - Botol susu Botol air (Jika perlu) Ubat (catat waktu beri ubat-Jika ada) Bekas plastik (Jika ada) Tuala mandi Pakaian kotor 3. Sekiranya ada pesanan, sila tulis nota simpan di dalam beg murid atau beritahu ibubapa jika perlu. 4. Susun beg pakaian di rak yang disediakan. 5. Pastikan periksa badan murid sekiranya ada apa-apa kesan luka atau lebam. Maklumkan kepada penyelia supaya penyelia memaklumkan ibu bapa SEBELUM mereka mengambil anak. 6. Pastikan periksa lampin pakai buang murid sebelum serahkan murid kepada ibubapa. 7. Pastikan semua barangan keperluan murid adalah lengkap sebelum diserahkan kepada ibubapa murid. 8. Pastikan pendidik tidak tertukar beg murid. 9. Sekiranya murid OT, pendidik yang bertugas mestilah scan keluar murid selepas ibu bapa datang mengambil anak. 10. Sekiranya bukan ibubapa/penjaga yang mengambil murid, pastikan ibu bapa telah memberi arahan kepada Pengetua/Penyelia terlebih dahulu dengan butiran nama dan nombor kad pengenalan/nombor kenderaan orang yang dibenarkan mengambil anak tersebut. Pendidik perlu periksa butiran adalah betul dan sama seperti yang diberitahu oleh pihak penyelia sebelum menyerahkan murid. 11. Pastikan pintu utama sentiasa ditutup dengan rapat.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Mengendalikan waktu pulang murid Tidak Murid berkumpul di ruang menunggu TAMAT Pastikan murid: - 1. Rambut disikat rapi 2. Lampin pakai buang bersih Pendidik periksa barangan keperluan murid lengkap dan sudah disimpan di dalam beg pakaian murid: - Botol susu Botol air (Jika perlu) Ubat (catat waktu beri ubat-Jika ada) Tuala mandi dan pakaian kotor di dalam bekas plastic/beg pakaian kotor Bekas makanan (Jika bawa) Beg murid disusun di rak Murid mengambil beg Murid hanya diserahkan kepada ibubapa/penjaga (sekiranya ibu bapa menghantar orang lain, mestilah maklumkan Pengetua/Penyelia terlebih dahulu) scan keluar murid yang melebihi 6.30 petang (OT) pada sistem maklumat pelajar Nama dipanggil apabila ibubapa sampai Pastikan pendidik periksa: Nama No IC / No Kenderaan Sebelum serahkan murid kepada saudara selain ibu/bapa MULA
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.21 Mengendali murid hidung berdarah Prosedur Mengendalikan murid mengalami hidung berdarah 1. Pendidik mestilah bertenang. Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. 2. Tunduk. Ini langkah pertama MESTI dibuat. Tundukkan kepala murid ke bawah. Jangan sesekali dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya. 3. Picit bahagian luar hidung. Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk. 4. Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini murid hanya perlu bernafas melalui mulut. 5. Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling. 6. Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. 7. Pendidik yang bertanggungjawab mestilah memberitahu ibu bapa murid tentang keadaan murid tersebut.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Mengendali murid hidung berdarah TAMAT Maklumkan kepada ibu bapa murid Bertenang dan cuba cari bantuan orang sekeliling Tundukkan kepala murid ke bawah Picit bahagian luar hidung selama 15-20 minit. Bimbing murid bernafas melalui mulut Letakkan ais di bahagian dahi dan cuba cari bantuan sekeliling Segera ke hospital sekiranya tiada tanda-tanda pendarahan akan berhenti MULA
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.22 Penyakit Alahan Guru 1. Perlu mengenal pasti alahan yang dihadapi oleh setiap murid di bawah jagaannya seperti yang tercatat di dalam borang pendaftaran. 2. Jika alahan itu tidak dicatat atau dimaklumkan, Pendidik perlu menghubungi ibubapa murid tersebut untuk mengetahui punca dan jenis alahan. 3. Pendidik mesti sentiasa peka kepada kesihatan dan alahan murid. 4. Sekiranya berlaku alahan minor (ruam), guru boleh meletakkan ubat yang diberikan oleh klinik atau yang disediakan dengan izin ibubapa/penjaga. 5. Sekiranya tanda-tanda alahan berterusan, pendidik segera menghubungi ibubapa/penjaga untuk membawa murid pulang atau ke klinik. 6. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak dapat dihubungi, pendidik boleh membawa murid ke klinik berhampiran.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Penyakit alahan TAMAT Hubungi ibubapa murid untuk mengetahui jenis alahan sekiranya tidak dicatat dalam borang pendaftaran Hubungi ibubapa/penjaga sekiranya tanda-tanda alahan berterusan Sekiranya ibubapa/penjaga tidak dapat dihubungi, pendidik boleh membawa murid ke klinik Kenal pasti alahan yang dihadapi oleh setiap murid Peka dengan kesihatan dan alahan murid Sekiranya berlaku alahan minor (ruam), pendidik boleh meletakkan ubat yang diberikan oleh klinik atau yang disediakan dengan izin ibubapa/penjaga MULA
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.23 Pengendalian ubat-ubatan yang dibekalkan 1. Ibubapa perlu memastikan setiap ubat yang dibekalkan mempunyai label deskripsi yang betul. 2. Simpan ubat didalam bekas bertutup/ziplock dan letakkan di bahagian tengah peti ais. 3. Asingkan ruang simpanan ubat dengan ruang-ruang simpanan makanan yang lain. 4. Pastikan ubat tidak terdedah dan jauh dari kanak-kanak. 5. pendidik memberikan ubat tersebut mengikut dos dan waktu seperti yang telah dilabelkan oleh doktor atau ibubapa. 6. Basuh, keringkan dan simpan semula peralatan ubat selepas digunakan. 7. Maklumkan segera kepada ibubapa sekiranya terdapat sebarang tindak balas elergi terhadap ubat-ubat yang diberikan.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Pengendalian ubat-ubatan yang dibekalkan TAMAT pendidik beri ubat mengikut dos dan waktu seperti yang telah dilabelkan Basuh, keringkan dan simpan semula peralatan ubat selepas digunakan Maklumkan segera kepada ibubapa sekiranya terdapat sebarang tindak balas elergi terhadap ubat-ubat yang diberikan MULA Pastikan ubat mempunyai label yang betul Simpan ubat dalam bekas bertutup dan letak di bahagian tengah peti ais
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.24 Etika Pemakaian Pendidik Di Taska 1. Pemakaian pendidik perlulah menutup aurat dan mengikut keselesaan semasa bertugas. 2. pendidik tidak dibenarkan memakai pakaian berlabuci, manik dan memakai pakaian yang ketat sehingga menonjolkan tubuh badan. 3. Pemakaian shawl tidak digalakkan kerana menggunakan jarum peniti yang boleh membahayakan murid- murid. 4. Penggunaan alat solek yang tebal tidak dibenarkan kerana jika pendidik mencium bayi kerana alat solek ada yang mengandungi bahan kimia. 5. Aksesori yang berlebihan seperti barang kemas, pewarna kuku dan yang berkenaan tidak dibenarkan di taska.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Etika pemakaian guru di Taska TAMAT MULA pendidik perlulah menutup aurat dan mengikut keselesaan semasa bertugas Tidak dibenarkan memakai pakaian berlabuci, manik dan memakai pakaian yang ketat sehingga menonjolkan tubuh Shawl tidak digalakkan kerana menggunakan jarum peniti yang boleh membahayakan murid-murid Tidak dibenarkan memakai alat solek yang tebal Aksesori yang berlebihan seperti barang kemas, pewarna kuku dan yang berkenaan tidak dibenarkan di taska
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.25 Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Berkerja 1. pendidik tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa bertugas kecuali kecemasan. 2. Merakam video dan menangkap gambar murid untuk tujuan peribadi adalah dilarang kecuali untuk tugasan yang diberikan oleh pengurusan Taska. 3. Memuat naik video dan gambar murid di media sosial tanpa kebenaran pihak Taska adalah satu kesalahan dan guru boleh dikenakan tindakan. 4. Penggunaan telefon bimbit hanya dibenarkan pada waktu rehat pendidik sahaja Carta Alir Penggunaan Telefon Bimbit Semasa Bertugas TAMAT MULA pendidik tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa bertugas Dilarang merakam video dan menangkap gambar untuk tujuan peribadi Dilarang memuat naik video dan gambar murid di media social tanpa kebenaran pihak taska Penggunaan telefon bimbit dibenarkan waktu rehat pendidik sahaja
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.26 Sop Pasca Covid 19 Sebelum memulakan operasi 1. Menyediakan QR Code Aplikasi MySejahtera dan mewajibkan penggunaan MySejahtera untuk merekodkan kehadiran pengusaha, pengasuh, kakitangan dan pelawat kawasan capaian internet yang luas. 2. Lakukan langkah pembersihan dan disinfeksi (nyahkuman) secara menyeluruh di dalam dan di luar kawasan TASKA sebelum memulakan pengoperasian. 3. Pengisytiharan kesihatan hendaklah dibuat samada kakitangan TASKA atau kanak-kanak atau ibu bapa atau penjaga atau keluarga terdekat secara langsung atau tidak langsung terdedah kepada mereka yang dijangkiti COVID-19 atau penyakit berjangkit yang lain serta samada mereka baru pulang dari luar negara. Borang pengisytiharan kesihatan hendaklah di isi sebelum TASKA dibuka dan diserahkan kepada pihak Taska. 4. Kakitangan dan kanak-kanak yang pernah dalam kontak rapat dengan orang yang disahkan positif COVID- 19 tidak dibenarkan hadir ke TASKA dalam tempoh 14 hari. 5. pendidik, ibu bapa dan penjaga harus segera memaklumkan pihak TASKA sekiranya mereka ataupun anak mereka pernah kontak rapat dengan orang positif COVID-19. 6. Semua kakitangan dan kanak-kanak yang baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke TASKA dalam tempoh 14 hari. 7. Penggunaan penutup mulut dan hidung adalah wajib untuk semua kakitangan dan ibu bapa yang menghantar dan menjemput kanak-kanak. Menerima Ketibaan Kanak-Kanak 1. Ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak adalah sihat sebelum dihantar ke TASKA. Jika sebaliknya, rehatkan kanak-kanak di rumah atau bawa ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. 2. pendidik perlu melakukan saringan gejala dan pemeriksaan suhu semasa ketibaan kakitangan dan kanak- kanak sebelum membenarkan mereka masuk ke premis. 3. Jika didapati kanak-kanak mempunyai symptom seperti demam, batuk dan sakit tekak atau suhu kanak- kanak adalah 37.5C atau lebih, maklumkan kepada ibu bapa bahawa anak mereka mesti balik dan berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya. 4. Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan TASKA. 5. Pengambilan suhu badan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu ketika menerima kanak- kanak ke TASKA, sebelum waktu tidur dan ketika kanak-kanak diserahkan semula kepada ibu bapa pada waktu balik dari TASKA. 6. Gunakan “termometer tanpa kontak” seperti alat pengimbas suhu digital dan termometer infrared.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Semasa Taska Beroperasi 7. Pelawat adalah tidak dibenarkan. Pelawat yang ingin melawat TASKA boleh berurusan melalui telefon dan cuba menerima lawatan dalam masa yang tiada kanak-kanak. 8. Kanak-kanak yang menunjukkan gejala semasa berada dalam premis perlu diasingkan dan ibu bapa perlu mengambil anak segera untuk rawatan. 9. Tombol pintu, kerusi meja dan tempat yang selalu disentuhi oleh orang ramai perlu dibersihkan sekurang- kurangnya dua kali sehari (tengah hari dan sebelum tamat waktu operasi). 10. Buka tingkap dan pintu untuk membantu aliran udara. Secara amnya, elakkan penggunaan penghawa dingin sekiranya boleh kerana ia hanya mengitar semula angin di dalam bilik. 11. Elakkan aktiviti secara berkumpulan, rancang dan lakukan aktiviti secara individu. 12. Elakkan aktiviti yang memerlukan sentuhan di antara orang, contoh memegang tangan, bersalaman, “high 5”, dan sebagainya. 13. Meningkatkan kekerapan membasuh tangan dan memastikan bahan untuk membasuh tangan mudah dicapai. 14. Disinfeksi semua permukaan dan objek selepas setiap sesi penggunaan, sebelum giliran individu seterusnya. 15. Pastikan jarak kedudukan kanak-kanak adalah 1 meter di antara satu sama lain. (Letakkan penanda di atas lantai berjarak 1 meter bagi memudahkan kanak-kanak menentukan tempat untuk mereka duduk atau berdiri.) 16. Kanak-kanak dilarang berkongsi makanan ataupun perkakas. 17. Tukang masak ataupun pengendali makanan harus memakai penutup mulut dan hidung atau penutup mulut plastik (spit-guard) dan elakkan berinteraksi dengan kanak-kanak. 18. Mandikan atau tukarkan baju kanak-kanak SEORANG demi seorang. 19. Basuh (bilas) tandas atau kawasan yang digunakan dengan cermat selepas setiap kali mandi atau sebelum kanak-kanak lain menggunakannya. 20. Semasa menukarkan pakaian kotor kanak-kanak, pendidik harus memakai penutup mulut dan hidung. 21. Setiap kanak-kanak, secara individu, harus mempunyai tilam, bantal, dan lain-lain yang dilabelkan mengikut nama masing-masing dan mengekalkan jarak 1 meter di antara satu sama lain.
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.27 Sop Menerima Pelawat 1. Pelawat hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke premis. 2. Pelawat diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut dan mengimbas QR code MySejahtera yang dipamerkan di premis. 3. Pelawat diwajibkan untuk mengambil suhu badan, tidak dibenarkan masuk sekiranya suhu melebihi 37.5 4. Menggunakan Hand Sanitizer sebelum memasuki premis. 5. Merekodkan maklumat pelawat di dalam rekod yang disediakan a) Nama penuh b) Tarikh dan masa c) Tujuan lawatan 6. Pelawat hanya dibenarkan masuk selepas waktu operasi taska atau semasa kanak-kanak tiada didalam taska. 7. Pelawat perlu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan amalan kebersihan yang lain sepanjang berada di premis taska. 1.28 Semasa Menghantar kanak-kanak Pulang 1. Sediakan ruangan menunggu untuk ibu bapa/penjaga mengambil anak-anak mereka. Letakkan penanda jarak 1 meter sebagai panduan ketika menunggu. 2. Semua kakitangan dan kanak-kanak digalakkan membasuh tangan dengan sabun sebelum meninggalkan TASKA. (Nota: Penggunaan hand sanitiser dengan kerap adalah tidak sesuai terutamanya bagi kanak- kanak. Adalah lebih baik menggunakan air dan sabun.) 3. Elakkan daripada membincangkan atau berbual dengan ibu bapa/penjaga di dalam kawasan TASKA untuk meminimakan perkumpulan. Sebaliknya, berkomunikasi melalui panggilan ataupun aplikasi telefon / buku catatan. 4. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak sebaik sampai di rumah, dan elakkan mereka dari mendekati warga emas di rumah setelah balik dari TASKA.
SOP Taska Daie Bestari 032023 1.29 Selepas Tamat Operasi Taska 1. pendidik harus membersihkan dan medisinfeksi setiap kawasan (contoh pejabat, tandas, dan ruangan am) yang digunakan dengan memfokuskan permukaan yang sering disentuh. 2. Sekiranya permukaan kotor, ia harus dibersihkan dengan menggunakan bahan pencuci atau air sabun sebelum disinfeksi. 3. Guru yang ot perlu membuat pembersihan mengikut setiap cawangan seperti: Taska Bandar Mahkota Cheras - lap cermin pintu hadapan dan cermin pada pintu masuk ke taska Daie Childcare Kajang & Bangi - lap grill & banting pintu masuk taska dan tadika. 4. Pastikan alatan yang digunakan seharian dibasuh dan di nyah kuman seperti mop dan baldi 5. Rekodkan pada borang disinfeksi selepas selesai membuat tugasan. 6. Plastik sampah diikat dengan kemas dan dibuang pada tempat pembuangan sampah. 7. pendidik yang ot sebelum pulang perlu memastikan suis lampu dan elektrik di tutup 8. Periksa keseluruhan taska sebelum pulang untuk memastikan tiada kecuaian yang berlaku.
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Sebelum Memulakan Operasi ( pasca covid-19 ) TAMAT Lakukan langkah pembersihan dan disinfeksi (nyahkuman) secara menyeluruh di dalam dan di luar kawasan TASKA MULA pastikan QR code MySejahtera sudah tersedia dan wajibkan penggunaannya Pastikan semua kakitangan dan ibubapa telah mengisi dan menyerahkan boring pengisytiharan kesihatan kepada pihak taska pendidik, ibu bapa dan penjaga harus segera memaklumkan pihak TASKA sekiranya mereka ataupun anak mereka pernah kontak rapat dengan orang positif COVID-19 Semua kakitangan dan kanak-kanak yang baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke TASKA dalam tempoh 14 hari Penggunaan penutup mulut dan hidung adalah wajib untuk semua kakitangan dan ibu bapa yang menghantar dan menjemput kanak-kanak
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Menerima Ketibaan Kanak-kanak ( pasca covid-19 ) YA TIDAK TAMAT Pendidik melakukan saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu sebelum membenarkan murid masuk ke dalam premis MULA Ibubapa perlu memastikan anak mereka berada dalam keadaan sihat Mempunyai symptom gejala dan suhu melebihi 37.5C Ibubapa atau penjaga tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan Taska Minta ibubapa untuk membawa anak mereka pulang
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Semasa Operasi Taska ( pasca covid-19 ) MULA Elakkan aktiviti berkumpulan dan aktiviti yang bersentuhan dengan orang lain. Buka tingkap dan pintu untuk membantu aliran udara. Elakkan penggunaan penghawa dingin. Lakukan pengambilan suhu badan sekurang-kurangnya 3 kali sehari Disinfeksi semua peralatan dan objek yang kerap disentuh selepas penggunaan Pastikan kedudukan murid berjarak 1 meter dan pastikan mereka tidak berkongsi sebarang peralatan atau makanan Basuh (bilas) bilik air selepas penggunaan atau sebelum individu yang lain masuk Mandikan kanak-kanak seorang demi seorang Pastikan murid mempunya label nama pada setiap tilam, bantal dan peralatan lain dan mengekalkan jarak 1 meter Pendidik menggalakkan murid untuk kerap membasuh tangan dan pastikan bahan mencuci tangan mudah dicapai Tukang masak ataupun pengendali makanan harus memakai penutup mulut dan hidung atau penutup mulut plastik (spit-guard) dan elakkan berinteraksi dengan kanak-kanak Pelawat adalah tidak dibenarkan semasa taska beroperasi. TAMAT
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Menerima Pelawat ( pasca covid-19 ) Pelawat hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke premis TAMAT Lakukan pemeriksaan suhu badan (tidak lebih 37.5 C ) dan minta pelawat untuk memakai hand sanitizer MULA Pastikan pelawat memakai penutup mulut dan hidung dan mengimbas QR code MySejahtera yang dipamerkan Pelawat hanya dibenarkan masuk selepas waktu operasi taska atau semasa ketiadaan kanak-kanak di premis Galakkan pelawat untuk sentiasa menjaga jarak fizikal, memakai penutup mulut dan hidung serta mengamalkan amalan kebersihan yang lain sepanjang lawatan Rekodkan maklumat kedatangan pelawat di dalam rekod yang telah disediakan
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Menghantar Kanak-kanak Pulang ( pasca covid-19 ) ... Sediakan ruangan menunggu untuk ibu bapa/penjaga mengambil anak-anak mereka. TAMAT MULA Semua kakitangan dan kanak-kanak digalakkan membasuh tangan dengan sabun sebelum meninggalkan TASKA Elakkan daripada berbual dan berbincang bersama ibubapa/penjaga Nasihatkan ibubapa untuk terus memandikan anak mereka sebaik saja sampai di rumah
SOP Taska Daie Bestari 032023 Carta Alir Selepas Tamat Operasi ( pasca covid-19 ) YA TIDAK TAMAT MULA Permukaan kotor Bersihkan dan disinfeksi setiap ruang dan peralatan yang telah digunakan sepanjang waktu operasi Bersihkan dengan menggunakan bahan pencuci atau air sabun sebelum disinfeksi Simpan alatan kebersihan di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh murid Rekodkan pada borang disinfeksi selepas selesai membuat tugasan