Bil. ISI KANDUNGAN Muka Surat
1. 1.0 Pengenalan Perkara 3
2. 2.0 Merancang dan melakar reka bentuk pelan edible 4
landscape. 5–6
7–9
3. 2.2 Jenis-jenis tanaman sayuran dan kaedah penjagaan
yang digunakan. 10
2.3 Elemen-elemen dan prinsip-prinsip reka bentuk
yang wujud pada edible landscape yang telah dibina.
4. 2.4 Gambar-gambar pelbagai bahan dan tanaman yang
digunakan.
2.5 Gambar-gambar pelbagai sudut pandangan edible
landscape.
5. 3.0 Jadual Kerja
6. 4.0 Belanjawan (Anggaran Kos) 11
7. 5.0 Rumusan 12
8. 6.0 Rujukan 13
9. 7.0 Lampiran 14 – 15
1
1.0 Pengenalan
Secara amnya, projek edible landscape merupakan satu pendekatan reka bentuk
taman yang menggabungkan penggunaan tanaman makanan dan tanaman hiasan.
Oleh itu, dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak dan telah
memilih salah satu sudut yang terdapat di sekolah tersebut.
Dalam pada itu, edible landscape yang saya hasilkan dalam Tugasan 3 bagi subjek
RBTS3073 ini menggabungkan beberapa jenis tanaman sayuran yang terdiri daripada
sayur-sayuran jenis buah, akar dan daun. Hal ini dapat menunjukkan bahawa edible
landscape ini dibangunkan dengan berkonsepkan tumbuhan yang boleh dimakan
mengikut kepelbagaian cita rasa. Saya juga menerapkan nilai minimal dalam
penghasilan landskap ini selaras dengan kedudukan serta reka bentuk landskap yang
ringkas dan kemas.
Dalam masa yang sama juga, saya turut menggabungkan landskap ini dengan
beberapa hiasan seperti air pancut, kolam ikan, laluan pejalan kaki serta beberapa
perabot dan bangku. Oleh itu, saya dapat menambahkan lagi keserian serta
keindahan landskap yang dibina ini.
2
2.0 Merancang dan melakar reka bentuk pelan edible landscape.
Proses Mengukur Kelebaran dan Panjang Landskap
Lakaran edible landscape melalui aplikasi Gardena.
2.1 Justifikasi Pemilihan
Saya telah memilih sudut tersebut kerana ia kelihatan strategik serta mempunyai
keluasan tanah yang bersesuaian untuk dibangunkan sebuah landskap yang indah
dan sistematik. Dalam masa yang sama juga, sudut tersebut juga mudah terdedah
kepada pengaliran air hujan serta terdedah kepada sinaran matahari. Jadi, pada
pendapat saya, pemilihan sudut tersebut adalah sangat bersesuaian dan strategik
untuk dibangunkan edible landscape.
3
2.2 Jenis-jenis tanaman sayuran dan kaedah penjagaan yang digunakan.
Terdapat beberapa jenis sayuran yang telah saya pilih dalam menghasilkan edible
landscape ini. Antaranya adalah sayuran jenis buah seperti timun. Sayuran jenis buah
ini boleh diambil buahnya untuk dijadikan sayuran ataupun makanan. Selain itu, jenis
sayuran yang lain adalah sayuran jenis akar seperti lobak merah dan kentang. Dalam
aspek ini, bahagian akarnya boleh diambil untuk dijadikan sayuran mahupun
makanan. Akhir sekali, jenis sayuran yang saya pilih untuk edible landscape ini adalah
sayuran jenis daun seperti kubis. Dalam aspek ini, bahagian daunnya boleh diambil
untuk dijadikan sebagai sayuran mahupun makanan.
Seterusnya, bagi kaedah penjagaan tanaman sayuran tersebut pula, anak benih
tanaman haruslah dijaga dengan baik dan sempurna supaya pertumbuhannya sihat
dan subur. Dalam masa yang sama juga, aktiviti penyiraman haruslah dilakukan.
Dalam aspek ini, penyiraman dapat mengekalkan kelembapan tanah serta
mengelakkan pokok daripada layu.
Selain itu, kaedah penjagaan tanaman sayuran yang boleh dilakukan adalah dengan
meletakkan bahan sungkupan. Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
hakisan tanah serta biji benih. Dalam masa yang sama juga, sungkupan turut
membantu dalam mengelakkan penyakit bawaan tanah serta dapat merendahkan
suhu tanah.
Dalam masa yang sama juga, penjagaan tanaman sayuran turut dapat dilakukan
dengan melakukan penjarangan anak benih. Dalam konsep ini, penjarangan anak
benih merupakan proses pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat antara
yang lain. Oleh itu, melalui proses ini, sayuran yang ditanam dapat membuahkan hasil
yang berkualiti serta dapat tumbuh dengan sekata.
Bukan itu sahaja, merumpai turut dapat dijadikan sebagai kaedah penjagaan
tanaman sayuran ini. Dalam aspek ini, merumpai merupakan proses membuang
rumpai yang tumbuh di sekeliling anak pokok sayuran. Sebagai contohnya, mencabut
rumput yang besar dengan serampang tangan, manakala rumput yang kecil pula
dicabut menggunakan tangan sahaja. Dalam masa yang sama juga, kaedah
merumpai termasuklah dengan menyembur racun rumpai di sekeliling kawasan
penanaman. Oleh itu, tanaman sayuran ini dapat dijaga dengan baik.
4
2.3 Elemen-elemen dan prinsip-prinsip reka bentuk yang wujud pada edible
landscape yang telah dibina.
Elemen reka bentuk yang boleh diterapkan dalam penghasilan edible landscape ini
adalah elemen garisan. Dalam aspek ini, garisan yang dapat dititikberatkan adalah
garisan pepenjuru. Hal ini berkait rapat dengan landskap yang saya hasilkan yang
mempunyai beberapa penjuru yang menunjukkan kesinambungan bagi setiap
bahagian kawasan landskap. Selain itu, elemen yang terdapat dalam landskap
tersebut adalah elemen bentuk. Hal ini dapat dilihat melalui pelan landskap yang
mempunyai 6 bucu yang menunjukkan bahawa landskap ini mempunyai rupa bentuk
yang tersendiri.
Bagi aspek prinsip reka bentuk pula, prinsip reka bentuk yang terdapat dalam
landskap ini adalah prinsip harmoni. Dalam aspek ini, keharmonian ini dapat
memberikan keamanan dan kedamaian dalam menghasilkan landskap ini. Selain itu,
prinsip yang berikutnya adalah prinsip keringkasan. Hal ini demikian kerana idea yang
banyak akan mengelirukan serta menghilangkan tumpuan orang yang melihat. Jadi,
penghasilan landskap yang ringkas ini adalah lebih mudah dan sistematik.
5
2.4 Gambar-gambar pelbagai bahan dan tanaman yang digunakan.
Bil. Bahan dan Tanaman yang digunakan Gambar
1. Biji Benih:
- Lobak Merah
- Timun
- Kubis
2. Tion Ubu Kentang
3. Pergola
6
4. Parasol
5. Pokok Bucida
6. Air Pancut
7. Kolam Ikan
8. Set Kerusi dan Meja Kayu
7
9. Bangku Kayu
2.5 Gambar-gambar pelbagai sudut pandangan edible landscape.
8
3.0 Jadual Kerja Minggu Catatan
1
JADUAL KERJA
Bil. Perkara 2
1. - Menyemai biji benih
- Menanam pokok Bucida
- Menanam tion ubi kentang
- Menanam bunga Violet
2. - Membina air pancut
3. - Membina kolam ikan 3
4. - Mendirikan parasol 4
- Mendirikan pergola 5
- Menyusun meja dan bangku kayu mengikut
pelan landskap
- Menyediakan sebuah tong sampah
5. - Penjagaan tanaman
9
4.0 Belanjawan (Anggaran Kos) Harga Jumlah
Seunit (RM)
ANGGARAN KOS (RM)
Bil. Jenis & Spesis Bilangan 150
50
1. Pokok Bucida 3
2. Biji Benih:
1) Lobak Merah 5 3 15
5 30
2) Timun 6 4 24
5 30
3) Kubis 6 15 105
750 2250
3. Tion Ubi Kentang 6 1950 1950
4. Bunga Violet 7
5. Bangku Kayu 3
6. Set Meja & Bangku Kayu 1
(Penjuru)
7. Tong Sampah Besar 1 139 139
300 300
8. Parasol 1 3500 3500
9. Upah Bina Air Pancut 1
(termasuk barang)
10. Pergola 1 5000 5000
600 1200
11. Set Meja & Bangku Kayu 2
(Bulatan)
12. Kolam Ikan Empat Segi 1 3000 3000
30 1500
13. Laluan Pejalan Kaki 50
(Paving) (anggaran)
14. Wood (bawah set meja 40 18 720
& bangku kayu bulat)
JUMLAH 19,913
10
5.0 Rumusan
Secara rumusannya, edible landscape yang saya ingin hasilkan ini amat memenuhi
ciri-ciri edible landscape yang sepatutnya. Hal ini kerana ia mempunyai elemen
penting dalam penghasilan landskap iaitu penggabungan antara tanaman sayuran dan
juga tanaman hiasan. Dalam masa yang sama juga, penghasilan landskap ini turut
menitikberatkan keindahan serta keseragaman bagi setiap sudut yang ingin
dihasilkan. Hal ini dapat dilihat melalui nilai keringkasan serta sifat minimal yang
ditonjolkan dalam landskap ini. Oleh itu, penghasilan landskap ini mampu memberikan
keselesaan serta kemudahan kepada setiap pengguna yang menggunakannya.
11
6.0 Rujukan
Mnorzainiz. (2015, Januari 22). T1 Tanaman Sayuran. Slideshare.
https://www.slideshare.net/mnorzainiz/t1-tanaman-sayuran.
Ilaazmil2. (2014, November 12). Prinsip Reka Bentuk. Slideshare.
https://www.slideshare.net/ilaazmil2/prinsip-rekabentuk-41455572.
Azura Abu. (2021, Januari 28). Prinsip Reka Bentuk & Teknologi. Anyflip.
https://anyflip.com/jmbrt/ofen/basic.
Hazwani Hasman. (2012, Januari 11). Maksud Edible Garden. Blogspot.
http://hazwanihasman.blogspot.com/2012/01/maksud-edible-garden.html.
Ayu Ashilla. (2021). Penjagaan Tanaman / Tanaman Sayuran / Pertanian / KSSMPK.
YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=IHRqORJN4ZE.
Nurputeri Johari. (2019, Mac 13). Anggaran Kos Perbelanjaan Landskap. Scribd.
https://www.scribd.com/document/401795968/Anggaran-Kos-Perbelanjaan-
Landskap.
12
7.0 Lampiran
13
14